Anda di halaman 1dari 32

PERANCANGAN PENGURUSAN DAN PENJAGAAN IKAN HIASAN

1.0 PENGENALAN

Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan
kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan
ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan
ke banyak negara di dunia. Di samping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi,
kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila
penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan
akan melahirkan rasa keperihatinan penternak terhadap ikan hiasan. Ia juga merupakan satu
hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga
tabiat hidupnya.

2.0 PENGURUSAN IKAN HIASAN

Saya dikehendaki membuat satu perancangan pengurusan ikan hiasan bagi memenuhi
kehendak tugasan pada kali ini. Perancangan pengurusan ikan hiasan melibatkan proses awal
dalam memelihara ikan hiasan. Proses yang dimaksudkan ialah pemilihan akuarium, pemilihan
aksesori yang hendak dimasukkan dalam akuarium seperti batu, kayu, pokok akuatik dan
sebagainya. Proses ini juga merangkumi aspek pemilihan ikan hiasan yang akan dipelihara,
aksesori elektrikal seperti penapis air dan pam udara.

2.1 Pemilihan Akuarium

Sebelum memelihara ikan hiasan, terlebih dahulu kita harus mempunyai sebuah akuarium
sebagai tempat tinggal untuk ikan hiasan tersebut. Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran
hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat
dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum,
akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan:
i. saiz akuarium;
ii. bentuk akuarium;
iii. bahan buatan akuarium

2.1.1 Saiz akuarium
Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar,
besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium
boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis
panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air
antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen
isipadu air (100-200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter).

2.1.2 Bentuk akuarium
Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Namun
begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium
empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium),
akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback
hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan akuarium
silinder(cylindricalaquarium). Akuarium segi empat tepat adalah jenis bentuk kuboid merupakan
akuarium paling biasa digunakan di Malaysia.

Rajah 1: Akuarium Bentuk Kuboid

Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan
sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di
Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan
sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala
akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai
namanya.


Rajah 2: Akuarium Bentuk Selinder

2.1.3 Bahan buatan akuarium
Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium:
i. akuarium kaca (glass aquarium); dan
ii. akuarium akrilik (acrylic aquarium).
Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon.
Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping
itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat
percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan
kerja-kerja pengurusan akuarium. Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang
berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh
dibuat dalam berbagai bentuk.

2.2 Sistem penapisan air
Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium. Fungsi utama
sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan
partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa
makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini
merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai
bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH
air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia
melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan).
Terdapat dua sistem penapisan akuarium iaitu sistem penapisan biologikal dan sistem
penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik
seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan
kotoran partikulat dari akuarium. Penggunaan penapis undergravel filter membantu pembiakan
bakteria di bawah penapis yang akan menguraikan nitrit kepada nitrat untuk digunakan oleh
tumbuhan akuatik. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau
aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem
penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan
akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem
penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium.
Operasienapisannibiasanyaberjalanterusmenerus.Aksesori utama sistem penapisan mekanikal
terdiri daripada pam penapis (filtering ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan
beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini
terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis
digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam
air (submersible filtering pump).
Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis
biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media
penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil kapas
penapis (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti
polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam
penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah
bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi
pam penapis digerakkan.


Rajah 3 : Penapis Air Akuarium


2.3 Sistem Pengudaraan
Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air
apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem
pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi
(Rajah D). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu
udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injap-
injap akuarium (aquarium valves).
Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan
udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu udara
merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh
akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan
pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam
udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke
batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air
berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk
digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak,
oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.


Rajah 4 : Pam Udara Akuarium

2.4 Sistem Pencahayaan
Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang
pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun,
pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam
akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan
pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa
jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan
cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan
dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10
hingga 12 jam sehari.
Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk
fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai
lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu
untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak
tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi
perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar
umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik
untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya
mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu
yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.


Rajah 5 : Lampu Akuarium
Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya
lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah
akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat luxmeter boleh digunakan untuk
mengukur kuantiti cahaya dalam unit lux. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan
5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux.
Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes)
yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai spektrum
warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh
mensimulasi siang hari. Lampu jenis tungsten dan halogen tidak begitu sesuai. Lampu jenis-
jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk
tumbuhan.

2.5 Tumbuhan Akuatik
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan
mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik
yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan.
Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan
menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Rajah 6: AnubiasSp
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas
oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga
berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi
tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun
tumbuhan akuatik.

Rajah 7: Acoruspusillus
Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya
merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini
bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan
akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada
industri induk ikan hiasan.

Rajah 8: Aponogetoncrispus
Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies
ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri.


Rajah 9: Cabombacaroliniana
Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor,
antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan hiasan
yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv) tahap
kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan
terhadap kualiti air akuarium.
Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan
juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak
dapat hidup di air tawar dan sebaliknya.
Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan
akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies
ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan
tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan.
Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan
tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang
dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan.


Rajah 10: Cardaminelyrata

Rajah 11: Java Fern
Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah
akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam
akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan
yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium.




Spesis
1. Anubiassp
2. Aponogetonsp
3. Azollasp
4. Bacopasp
5. Cabombasp
6. Hydrocotylesp
7. Hygrophilasp
8. Hydrillaverticiliata
9. Elodea sp
10 Althonanthera spp.
11 Lobelia spp.
12 Java fern
13 Sumatra fern

Jadual 1: Jenis-jenis Tumbuhan Akuatik


2.6 Ikan Hiasan

Tujuan memelihara ikan hiasan ialah sebagai memenuhi kehendak hobi. Ini kerana akuarium
ikan hiasan dapat memberikan ketenangan , mengindahkan ruang di tempat tinggal ataupun
tempat kerja serta berpeluang menghayati alam akuatik. Sesetengah akuarium memelihara ikan
yang boleh memberikan keuntungan atau aura yang baik dalam memajukan sesebuah
perniagaan.
Bagi memcari criteria dalam memilih ikan hiasa, bebrapa aspek perlulah diikuti. Antaranya ialah
ikan yang hendak dipelihara haruslah bersesuaian dengan bekas ataupun akuarium. Ikan
hendaklah dibeli di kedai ikan kerana ikan ini biasanya lebih jinak dan sudah biasa dengan
dengan suasana akuarium. Keutamaan ialah kepada sepsis ikan yang cantik, menarik dan
mudah dipelihara. Ikan itu juga mestilah tahan terhadap perubahan mutu air dan tahan
penyakit. Antara spesis ikan yang sering dipelihara adalah seperti gambarajah di bawah.


2.6.1 Ikan Guppy



Rajah 12: Ikan Guppy



Rajah 13: Ikan Guppy



Ikan Guppy (Poeciliaveticulata) boleh didapati di perairan Venezuela, kepulauan Barbados dan
Trinidad, utara Brazil dan Guyana. Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm.
Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi bahan pemerhatian dan
kajian genetik. Ciri-ciri ikan Guppy ialah;
a) dapat hidup dalam air kotor.
b) membiak secara beranak.
c) sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung.
d) boleh mengambil pelbagai jenis makanan.
e) cepat matang dan kurang penyakit.
f) dapat hidup dalam suhu air 60-1000F.
g) tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu.
h) Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk
mencantikkan lagi.






2.6.2 Ikan Emas


Rajah 14: Ikan Emas


Rajah 15: Ikan Emas

Pembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Perak dan Pulau Pinang.
Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale, Comet, Pompom, Moor,
Teleskop, Lionhead dan Ranchu.
Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang gemuk dan bulat
(rounded). Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji mutiara kecil.
Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim pembiakannya.


2.6.3 Ikan Tiger Barb
Ikan ini berasal dari India, Malaysia dan sebahagian dari Negeri China dan Afrika. Ia boleh
menyesuaiakan diri dengan semua kualiti air. Sesuai di pelihara dalam akuarium yang
mempunyai sistem pengudaraan yang baik.




Rajah 16: Ikan Tiger Barb


Rajah 17: Ikan Tiger Barb (Golden Barb)

Ikan ini cantik, aktif dan mudah dipelihara serta dibiakkan. Ia dapat hidup Selma 2 hingga 3
tahun.Jenis-jenis ikan Tiger Bard ilah:
a) Golden Barb (Barbusschuberti)
b) Cherry Barb (Barbusconchonius)
c) Black Ruby Barb (Barbusnigrofasciatus)
d) Rosy Barb (Barbusconchonius)

2.6.4 Ikan Angel


Rajah 18: Ikan Angel
Ikan Angel boleh membesar sehingga 15 cm. Ia amat disukai oleh akuaris kerana ia ikan yang
tahan lasak. Tebiat pemakanan jejentik dan pellet, ikan ini mempunyai ciri-ciri yang menarik.
Antranya ialah bahagian atas kepala bewarna coklat kehitaman manakala bahagian bawah
tubuhnya bewarna kelabu berkilat. Bentuk tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam.
Mempunyai sirip yang panjang terjuntai bewarna keputihan.


2.6.5 Ikan Pembersih / Ikan Bandaraya
Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ikan bandaran atau ikan bandaraya kerana sifatnya
yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini memakan sisa-sisa
makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan
pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya
walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu.



Rajah 19: Ikan Bandaraya (Pleco)




2.7 Mengenal Dan Memilih Jenis Makanan Ikan Hiasan

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk
mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel.
Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut
yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis
permakanannya. Pertama jenis ikan karnivor. Ikan ini memakan benda-benda hidup seperti
ikan kecil atau haiwan lain yang dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan
pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ika
karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau,
Oskar dan Arowana.


Rajah 20: Ulat Roti




Jenis yang kedua ialah ikan pemakan plankton. Ikan ini memakan organisma di dalam air
dikenali Plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Tiger Barb, Ikan Tetra dan kebanyakan
jenis ikan semasa peringkat anak.

Rajah 21: Plankton Segera

Rajah 22: Plankton Hidup

Jenis ikan yang ketiga ialah ikan herbivor. Ikan ini memakan tumbuhan. Ikan ini tidak sesuai
dipelihara dalam akuarium yang mempunyai tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivore ialah
ikan Lampam dan Tiger Barb.
Jenis ikan yang terakhir ialah ikan omnivore iaitu ikan yang memakan pelbagai jenis makanan
seperti ptumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakkan ikan hiasan jenis ini banyak
dipelihara kerana ia dapat meyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivore
ialah ikan Pelaga, Oskar dan Cichild.
Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering,
cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan
yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan
hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki,
pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa
sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.
Makanan ikan boleh dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu makanan kering, makanan
basah, makanan hidup dan makanan rumusan.


Rajah 23: Pelbagai Jenis Pellet

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,
ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya. Makanan kering
ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti. Makanan basah ialah seperti kerang, hati
lembu, sayuran seperti salad atau bayam. Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping,
stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari
kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

2.8 Penyakit Ikan
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut:
a. Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
b. Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
c. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

2.8.1 Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:
a. Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu
sejuk.

Rajah 24: Ikan yang mengalami penyakit rintik putih
Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan
larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat
yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b. Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian
yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan
seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan
larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang
dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.


Rajah 25 : Ikan yang mengalami penyakit kulat

c. Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya
mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan
mengalami stress.

Rajah 26: Ikan yang mengalami penyakit bakteria

Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat
tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.














3.0 PENJAGAAN IKAN HIASAN
Pemeliharaan ikan hiasan bermula dengan penyediaan sebuah akuarium yang lengkap supaya
ikan dapat hidup dengan selesa sesuai seperti di habitat asalnya. Penjagaan ikan hiasan ini
bermula dengan pembasmian kuman dan bakteria pada akuarium, aksesori dan peralatan,
kebersihan air, kesihatan ikan, pemilihan makanan dan rutin penjagaan harian.

3.1 Penyediaan Akuarium

3.1.1 Membersihakan Akuarium
Akuarium hendaklah dalam keadaan bersih dan bebas dari sebarang kotoran dan bakteria.
Akuarium hendaklah dibasuh terlebih dahulu menggunakan air sabun. Segala kekotoran yang
melekat pada akuarium hendaklah ditanggalkan. Selepas itu akuarium hendaklah dibilas
dengan air garam bertujuan membunuh bakteria yang terdapat pada cermin akuarium.
Akuarium yang telah dibilas dengan air bersih akan dibiarkan kering sebelum air dimasukkan.


Rajah 27: Lap akuarium sebelum dibiarkan kering




3.1.2 Memasukan Aksesori
Setelah kering akuarium, lapisan pasir dimasukkan kedalam akuarium. Pasir diratakan diatas
permukaan lantai akuarium. Batu-batu kecil juga sesuai digunakan untuk menampakkan kesan
yang menarik. Setelah itu masukan aksesori lain seperti replika bot, batuan bertingkat dan objek
lain yang sesuai dengan tema dikehendaki. Masukkan pokok akuatik dan kayu bagi
menampakkan kesan semulajadi dalam akuarium. Pastikan semua aksesori yang dimasukkan
terlebih dahulu dibersihkan bagi mengelakkan penyebaran bakteria dan kulat.



Rajah 28: Memasukkan batu kecil dan kayu

3.1.3 Pemasangan Pam Udara, Penapis Air dan Lampu
Sebelum air dimasukkan ke dalam akuarium, pam udara dan penapis air hendaklah dipasang
terlebih dahulu. Kedudukan penapis air mestilah sesuai dengan susunan aksesori yang lain
agar aliran air yang ditolak keluar dari penapis akan memberikan kesan yang menarik pada
pergerakan ikan nanti. Selepas itu pasangkan lampu pada akuarium. Pastikan lampu tidak
terlalu hamper dengan air bagi mengelakan berlakunya renjatan elaktrik.

3.1.4 Memasukkan Air
Apabila akuarium siap disediakan, maka air dimasukkan. Pastikan air tidak terus dipancut ke
dalam akaurium sebaliknya hendaklah dituang secara berlapik atau alas bagi mengelakkan
batu-batu dan hiasan eksesori tidak berserak atau berubah kedudukan. Sebaiknya alas dengan
tapak tangan atau mangkuk. Masukkan juga anti klorin secukupnya agar kandungan ph air akan
stabil dan sesuai untuk ikan hidup dengan baik. Sebelum ikan dimasukkan, pasangkan pam
selama 2 jam supaya suhu air dan keadaan air sudah stabil dan bersedia untuk menerima ikan.

3.2 Memasukkan Ikan Ke Dalam Akuarium
Apabila air akuarium sudah stabil iaitu pada suhu sekitar 26
o
hingga 27
o
C maka ikan boleh
dimasukkan. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu
yang sejuk di bawah 26
o
C menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan
suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik
adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.
Begitu juga dengan nilai pH air. Nilai pH air akuarium yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5
iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air
perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

Rajah 29: Memasukkan ikan ke dalam akuarium
Setelah suhu dan pH air sesuai, maka ikan hiasan bolehlah dimasukkan. Sebelum dilepaskan,
beg plastik yang mengandungi ikan akan direndam di dalam akuarium lebih kurang 20 hingga
30 minit. Ini bertujuan agar suhu air dalam beg plastik dan air dalam akuarium berada pada
suhu yang sama.
Jika terus dilepaskan, bimbang perubahan suhu air yang mendadak akan mengganggu
pelakuan ikan. Selepas itu buka plastik dan lepaskan ikan bersama kandungan air yang
terdapat dalam plastik. Elakkan dari memegang ikan dengan tangan. Ini kerana suhu ikan dan
tapak tangan adalah berbeza.

3.3 Pemberian Makanan Ikan
Ikan hiasan yang terdapat dlam akuarium bergantung sepenuhnya bekalan makan dari pemilik
akuarium. Satu jadual pemakanan yang rutin haruslah dibuat agar ikan mendapat bekalan
makanan yang mencukupi dan mengelakkan ikan memakan sesama sendiri. Biasanya jenis
makanan ikan bergantung kepada jenis atau spesis ikan tersebut. Ikan Karnivor biasanya akan
memakan ikan-ikan kecil, udang,ulat, cacing atau serangga-serangga kecil seperti belalang dan
cengkerik. Pemilik akuarium akan menyediakan stok makanan ini untuk ikan-ikan seperti
Arowana, Kaloi, Ketutu, Puyu, Sebarau, Oskar dan sebagainya.
Sementara itu, pemberian makanan kepada ikan-ikan jenis Herbivor, Omnivor dan pemakan
plankton atau ikan-ikan kecil, biasanya pemilik akan memberi makan Pellet yang suadah siap
diproses. Ini akan memudahkan lagi kerja-kerja penjagaan dan simpanan stok makanan
berbanding makanan hidup bagi ikan Karnivor. Ikan yang biasa memakan pellet ialah ikan Kap,
Lampam, Tiger Bard, Patin, Emas, Sepat dan pelbagai spesis anak-anak ikan yang kecil.
Rutin memberi makan kepada ikan-ikan biasanya dua kali sehari iaitu di sebelah pagi dan
petang. Makanan yang diberikan biasanya akan bergantung kepada bilangan ikan. Biasanya
makanan yang diberikan kepada ikan boleh dihabiskan dalam tempoh masa satu atau dua minit
sahaja.

3.4 Penjagaan Kesihatan Ikan Hiasan
Jika terlebih memberi makanan ikan, boleh menyebabkan air akuarium akan menjadi kotor dan
berbau. Makanan yang berlebihan juga akan menyebabkan sistem penapisan air akan
tersumbat dan cepat kotor. Jika ini berlaku, maka ikan akan mudah diserang penyakit. Ikan
yang sakit akan menunjukkan tanda-tanda seperti kulit menggelupas, pergerakan lemah,
perubahan warna kulit dan mata membengkak. Ikan yang sakit atau cedera perlulah diasingkan
dengan segera supaya tidak berjangkit kepada ikan-ikan yang lain.
Bagi ikan yang mati dalam akuarium, pemilik haruslah membuang dengan segera agar tidak
menjadi makanan kepada ikan-ikan yang lain. Ini bertujuan mengelak ikan dari mendapat
serangan penyakit yang sama.

3.5 Penjagaan Harian dan Mingguan
Air akuarium hendaklah diganti sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Bahagian tangki,
penapis dan aksesori akuarium hendaklah dibersihkan supaya tiada bakteria yang boleh
menyebabkan penyakit kepada ikan. Pastikan semua perlatan elektrik seperti penapis, pam
udara dan lampu berfungsi dengan baik dan selamat. Buang atau potong bahagian pokok
akuatik yang telah mati atau rosak. Begitu juga dengan pokok-poko akautik yang telah menjalar
panjang sehingga keluar dari akuarium.
Air baru yang dimasukkan ke dalam akuarium hendaklah dicampurkan dengan sedikit anti
klorin. Sadiakan satu alat khas bagi menyukat kandungan nilai pH air agar sesuai dengan
habitat ikan hiasan. Pemilik boleh menyediakan nota penjagaan seperti berikut:

HARIAN MINGGUAN
Memberi makanan ikan dua kali sehari
mengikut kadar yang sesuai dengan bilangan
dan saiz ikan
Air yang telah kotor hendaklah diganti
sekuarng-kurangnya 2 minggu sekali
Ikan perlu dirawat atau diasingkan jika
terdapat tanda-tanda kecederaan dan
pergerakan lemah
Tumbuhan akuatik yang panjang atau rosak
hendaklah dicantas atau dibuang
Ikan yang telah mati hendaklah dibuang
segera supaya penyakit tidak berjangkit
kepada ikan yang lain
Akuarium dan peralatan aksesori hendaklah
dibersihkan dari segala kotoran
Pastikan aksesori dan peralatan elektrik yang
digunakan dalam keadaan baik dan selamat
Air yang dimasukkan hendaklah dicampurkan
dengan sedikit anti klorin
Kualiti air hendaklah diukur dengan alat yang
sesuai


Rajah 30: Nota Penjagaan Akuarium
Jadual tugas juga boleh disediakan jika melibatkan akuarium dimiliki lebih dari seorang pemilik.
Jadual ini bertujuan memberikan pengagihan tugas yang perlu dilakukan supaya akuarium
berada dalam tahap yang sesuai untuk ikan-ikan hidup. Tugasan tersebut merangkumi tugasan
harian dan mingguan seperti yang terdapat dalam Rajah 30.

4.0 PENUTUP
Dalam pengurusan dan penjagaan ikan hiasan, seseorang itu haruslah mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas tentang akuarium, peralatan elektrik dan eksesori, tumbuhan akuatik,
jenis-jenis ikan, tabiat pemakanan ikan, jenis-jenis makanan ikan dan cara-cara memelihara
dan menjaga ikan dalam akuarium.
Melalui ilmu pengetahuan inilah, maka seseorang peminat ikan hiasan boleh merancang
bagaimana untuk mendapatkan sebuah akuarium yang menarik dihiasi dengan susunan batu-
batu kecil, tunggul kayu dan deretan pokok akautik sehingga menyerlahkan suasana seperti
habitat asal ikan yang hidup bebas di sungai atau tasik. Pemahaman dan pengetahuan dalam
pemilihan peralatan elektrik seperti lampu dan penapis air membantu mencantikkan lagi
suasana dalam akuarium.
Kesimpulannya, ilmu pengetahuan dalam pengurusan dan penjagaan ikan hiasan amat
membantu seseorang yang meminati hobi ini supaya menjadi akuatis yang berjaya dan mampu
memberikan kepuasan diri yang maksimum .













REFLEKSI
Alhamdulillah..



Apabila menerima tugasan untuk menghasilkan satu akuarium ikan hiasan dan kerja kursus
berkaitan pengurusan dan penjagaan ikan hiasan, maka saya beranggapan bahawa ini
merupakan satu tugas yang mudah kerana sebelum ini saya juga pernah beberapa kali
memelihara ikan dalam akuarium di rumah.
Semasa mengikuti kuliah yang disampaikan oleh .. saya dan rakan-rakan yang
lain diberi peluang untuk melihat beberapa contoh akuarium ikan hiasan yang terdapat di
bahagian Agriculture di Kampus IPG Temenggong Ibrahim. Perasaan saya begitu teruja melihat
keindahan suasana dalam akuarium yang dihiasi dengan batu-batu kecil, tunggul-tunggul kayu
serta tumbuhan akuatik yang menampakkan lagi panorama semulajadinya. Kelincahan dan
warna-warni ikan hiasan yang bergerak bebas dalam akuarium menggamit perhatian saya.
Sebelum menghasilkan tugasan yang diberikan, saya membuat pencarian dalam internet
berkaitan pemeliharaan ikan hiasan. Terlalu banyak maklumat yang saya perolehi tentang
perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan ikan hiasan ini. Walaupun sudah ada
pengalaman dalam memelihara ikan hiasan suatu ketika dahulu, namun ianya bukan perkara
mudah untuk saya katakana saya boleh melakukan tugasan ini dengan baik. Rupa-rupanya
banyak lagi ilmu yang berkaitan dengan pemeliharaan ikan hiasan ini yang saya tidak tahu.
Patutlah, saya tidak berjaya mengekalkan tempoh yang lama apabila memelihara ikan hiasan
ini.
Penjagaan ikan hiasan sememangnya memerlukan rutin harian yang ketat kerana ia melibatkan
proses memberi makan kepada ikan, kawalan penyakit ikan dan penjagaan mutu air agar
akuarium kelihatan menarik. Mungkin kerana itulah saya gagal dalam memelihara ikan hiasan
ini. Melalui tugasan ini juga, banyak ilmu yang saya perolehi berkaitan dengan pengurusan ikan
hiasan. Antaranya ialah mengenal pelbagai jenis ikan hiasan serta sifat pemakanannya. Kalau
sebelum ini saya akan meletakkan ikan dalam sesebuah akuarium mengikut cantik sahaja
tanpa mengira jenis pemakanannya. Jelas sekali ilmu dalam memilih ikan untuk diletakkan
dalam sesebuah akuarium sangat penting supaya tidak berlaku pemangsa memakan atau
mencederakan ikan-ikan yang lain. Begitu juga ikan yang memakan rumput atau tumbuhan
akuatik tidak sesuai dimasukkan dalam akuarium kerana ia akan memakan dan merosakkan
tumbuhan tersebut.
Saya juga tahu cara-cara memasukkan ikan ke dalam akuarium supaya ikan tidak mengalami
kejutan akibat perubahan suhu air yang mendadak. Begitu juga cara-cara mengenal jenis-jenis
penyakit ikan dan cara merawat serta mengatasi masalah tersebut. Saya juga tahu bagaimana
mengikat pokok akautik pada tunggul-tunggul kayu supaya kelihatan menarik dan pokok akan
tumbuh dengan baik di dalam akuarium.
Sekiranya saya ingin memelihara ikan hiasan, maka saya akan memilih ikan yang mudah
diperolehi, senang cara penjagaannya dari segi pemilihan makanan dan ketahanannya
terhadap serangan penyakit. Akhir kata, melalui tugasan ini banyak maklumat dan
pengetahuan berguna yang saya perolehi dari pembacaan dan penagalaman menyediakan
sebuah akuarium ikan hiasan bersama rakan-rakan yang lain.