Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA PROGRAM MESRA, PRIHATIN, BELAI, KASIH KE INSTITUT

MASALAH PEMBELAJARAN DAN AUTISME (IMPIAN)


ANJURAN : J18 MASALAH PEMBELAJARAN
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP)
IPGM KAMPUS IPOH

1.0 PENGENALAN
Pendidikan di kampus amat memerlukan pendedahan dan pengamatan
kendiri yang responsif ke arah pendidikan global. Penglibatan dengan dunia luar
adalah satu aspek yang penting untuk memupuk kemahiran insaniah dan rohaniah
dalam diri setiap individu. Seorang bakal pendidik yang proaktif dan inovatif, kita
perlulah sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran sejajar
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Justeru, kami sebagai pelajar pengkhususan Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh akan menganjurkan satu
program ke salah sebuah organisasi Pendidikan Khas.

2.0 RASIONAL
i. Program ini perlu dijalankan untuk melengkapkan kerja kursus kami.
(Pengurusan Kokurikulum [WAJ 3108]).
ii. Untuk memberi pendedahan awal kepada kami sebagai persediaan
sebelum kami bergelar seorang pendidik.
iii. Menimba pengalaman dalam mengendalikan sesuatu program.

3.0 OBJEKTIF
i. Memberi pendedahan mengenai kepelbagaian masalah pembelajaran
pendidikan khas.
ii. Memupuk budaya penyayang, prihatin dan empati dalam diri.
iii. Memupuk keyakinan diri, kebolehan berinteraksi dan berhadapan dengan
orang ramai dalam kalangan peserta program.
iv. Memperkenalkan tempat dan sistem pengurusan di agensi yang
menawarkan khidmat pendidikan khas.
v. Mengeratkan hubungan silaturrahim, bekerjasama dan mewujudkan ikatan
persaudaraan yang mesra antara peserta program, pensyarah dan pelajar
di pusat berkenaan.
vi. Memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan dalam diri peserta.
vii. Meningkatkan kemahiran insaniah dalam setiap diri individu yang terlibat
dalam program ini.
viii. Untuk menimba pengalaman mengenai selok belok menguruskan sesuatu
program secara efektif dan terperinci.
ix. Untuk memenuhi syarat kerja kursus Pengurusan Kokurikulum

4.0 TARIKH, MASA, TEMPAT
Tarikh : 15 April 2011
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Autism and Learning Difficulties Institute,
No 4, Persiaran Titiwangsa,
Taman Tasik Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur.
(SILA RUJUK LAMPIRAN 1)
No. Tel: 03-40200308

5.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA
i. Pelajar PISMP unit J18 yang terdiri daripada 19 orang ahli dan pelajar
PPISMP unit K16 iaitu seramai 19 orang turut serta dalam program ini.
(SILA RUJUK LAMPIRAN 2)
ii. Program lawatan ini turut melibatkan tiga orang pensyarah. Mereka
terdiri daripada Encik Kamarul Bahrin bin Mohd Radzi, Encik Khairul
Anuar bin Abdullah, Encik Yusri bin Mat Johor dan tutor K16.
iii. Semua kanak-kanak dan tenaga pengajar di Institut Masalah
Pembelajaran dan Autisme.

6.0 PENGANGKUTAN
Bas IPG. Diharapkan pihak maktab dapat menyediakan bas pada tarikh-
tarikh lawatan yang dilampirkan.


7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

PENASIHAT
Encik Kamarul Bahrin bin Mohd Radzi
Encik Yusri bin Mat Johor

PENGERUSI
Ahmad Syamil bin Kamaruddin

NAIB PENGERUSI
Nur Wahidah binti Mohamad Redzuan

SETIAUSAHA
Nadhiratul Akmal binti Ahmad Mazuki

NAIB SETIAUSAHA
Noraini binti Abdul Khalif

BENDAHARI
Nor Nanisya Asyakina binti Romzi

UNIT-UNIT PELAKSANA

Penginapan : Muhammad Syukri bin Shaari
Pengangkutan : Mohd Nazreen Adzha Bin Mazlan
Mohd Naseri Bin Zawawi
Cenderamata dan Hadiah : Nurjannah Shahida binti Mamat
Jessica binti Salapan
LDK dan Aktiviti : Haslinda binti Mohd Jamil
Muhamad Lukman Hakim bin Bahrudin
Dana : Nurdiana binti Alinifpiah
Mohd Hafiz bin Suhaili
Dokumentasi : Naseef bin Muhabad
Fotografi : Muhammad Azim bin Md Rahim
Peralatan : Wan Mohamad Irfan bin Wan Johari
Zulfazdli Hisyam bin Ibrahim
Perhubungan : Abdul Muhaimin bin Zubaidi

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BAJET LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)
Bil. Perkara Kuantiti Harga
seunit
Harga
1 Kertas A4
2 Krayon
3 Tag Nama Urusetia
Jumlah

BAJET HADIAH DAN SAGUHATI
Bil. Perkara Kuantiti Harga
seunit
Harga
1 wakil institut
2 Pelajar
Jumlah

BAJET MAKANAN DAN MINUMAN
Harga Harga seunit Kuantiti Perkara

38
3



1
Makanan
- Pelajar
- Pensyarah
- sarapan pagi
dan makanan
tengahari
- Pemandu


BAJET KESELURUHAN PROGRAM LAWATAN

Bil. Perkara Jumlah
1 Latihan dalam kumpulan (LDK)
2 Hadiah & saguhati
3 Makanan & minuman
Jumlah

9.0 PERLAKSANAAN
9.1 PROGRAM TENTATIF
JUMAAT 15 April 2011
7.00 pagi : Bertolak dari IPGMKP Teknik
8.30 pagi : Tiba di Institut Masalah Pembelajaran dan Autisme
9.00 pagi : Taklimat dan pembahagian LDK
9.30 pagi : Aktiviti LDK 1
10.30 pagi : Minum pagi
11.00 pagi : Aktiviti LDK 2
12.00 tengah hari : Majlis Penutup
12.30 tengah hari : Bertolak pulang ke IPGMKP Teknik

9.2 BENTUK PERLAKSANAAN
9.2.1 Taklimat dan Pembahagian LDK
Masa: 30 minit
Objektif:
Memberi peluang kepada pelajar menjadi fasilitator program
Menyampaikan objektif utama program khidmat dalam masyarakat yang
diadakan kepada pihak IMPIAN.
Menghargai kesudian pihak IMPIAN untuk menjalankan program ini
Aturcara:
i. Taklimat ringkas daripada penasihat program dan pihak IMPIAN.
ii. Pembahagian fasilitator dan peserta IMPIAN kepada beberapa kumpulan.

9.2.2 Aktiviti LDK 1: Ice-breaking dan aktiviti mewarna
Masa: 1 jam
Objektif:
Mengeratkan silaturrahim antara peserta dan fasilitator.
Melancarkan perjalanan program
Aturcara:
i. Semua peserta (pelajar IMPIAN) dikehendaki berkumpul di dalam dewan.
ii. Semua peserta diagihkan mengikut kumpulan dan diketuai oleh empat
fasilitator.
iii. Setiap kumpulan dikehendaki melantik ketua kumpulan dan memberi nama
bagi kumpulan mereka.
iv. Sesi perkenalan dan ramah mesra diadakan antara fasilitator dengan peserta.
v. Peserta akan diberikan taklimat tentang aktiviti yang bakal dijalankan
sepanjang program diadakan.
vi. Aktiviti mewarna dijalankan.

9.2.2 Aktiviti LDK 2: Susun suai gambar (jigsaw puzzle)
Masa: 1 jam
Objektif:
Dapat mengembangkan kemampuan dan IQ peserta dalam menyelesaikan
masalah.
Dapat membangunkan kemahiran psikomotor peserta
Dapat mempertingkatkan koordinasi mata peserta dan membolehkan mereka
memahami bentuk dan warna
Dapat meningkatkan keyakinan diri peserta.
Memupuk semangat kerjasama antara peserta.
Aturcara:
i. Setiap kumpulan akan diberikan satu set susun suai gambar.
ii. Masa selama 45 minit akan diberikan kepada setiap kumpulan untuk
melengkapkan susun suai gambar tersebut.
iii. Setelah masa tamat, fasilitator akan menerangkan mengenai gambar yang
telah dilengkapkan kepada peserta.

9.2.3 Majlis Penutup
Masa: 30 minit
Objektif:
Memberikan penghargaan kepada pihak institut IMPIAN dan penyampaian
cenderamata.
Sebagai penutup perasmian program, memberi peluang terakhir kepada
peserta dan fasilitator angkat bermesra.
Aturcara :
i. Majlis ini dihadiri oleh semua peserta yang terlibat dalam perlaksanaan
Program Mesra, Belai, Kasih, Prihatin.
ii. Pengerusi majlis mempersilakan ketua program untuk memberikan ucapan
sebagai tanda penghargaan.
iii. Majlis diteruskan dengan ucapan pihak IMPIAN.
iv. Penyerahan cenderamata daripada pelajar IPGM Kampus Ipoh kepada
peserta dan pihak IMPIAN.
v. Sesi bergambar diadakan bersama peserta dan pihak IMPIAN.
vi. Peserta berangkat pulang ke IPGMKP Teknik.

10.0 PENUTUP
Kami berharap program ini akan dapat memberi manfaat kepada para peserta
yang bakal menjadi pendidik agar mereka mampu mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan disamping mentadbir persatuan di
sekolah dengan jayanya pada masa akan datang. Kami juga berharap pihak IMPIAN
mendapat input yang berguna untuk kehidupan. Selain itu, diharapkan agar sasaran
objektif program ini tercapai. Sokongan yang padu daripada semua pihak yang
terlibat juga adalah sangat diperlukan.







Disediakan oleh :

....................................
(NADHIRATUL AKMAL BINTI AHMAD MAZUKI)
Setiausaha,
Program Mesra, Prihatin, Belai dan Kasih
PISMP Masalah Pembelajaran Semester 1
IPGM Kampus Ipoh,
Perak Darul Redzuan.







Disemak oleh :

....................................................................
(EN KAMARUL BAHRIN BIN MOHD RADZI)
Pensyarah Penasihat,
Program Mesra, Prihatin, Belai dan Kasih
PISMP Masalah Pembelajaran Semester 1
IPGM Kampus Ipoh,
Perak Darul Redzuan.









Diluluskan oleh :

....................................................................
(TN. HJ ABDUL KADIR BIN BASIRAN)
Pengarah,
IPGM Kampus Ipoh,
Perak Darul Redzuan.





KEPUTUSAN PENGARAH IPGM KAMPUS IPOH
Diluluskan / tidak diluluskan
Tarikh :
Tandatangan pengarah :



















Tuan Pengarah,
Autism and Learning Difficulties Institute,
No 4, Persiaran Titiwangsa,
Taman Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur 28 Mac 2011

Tuan,

Memohon Kebenaran Untuk Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Institut
Masalah Pembelajaran dan Autisme, Kuala Lumpur.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

1. Adalah dimaklumkan bahawa Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (PISMP) kursus Masalah Pembelajaran semester pertama bercadang
mengadakan satu lawatan sambil belajar ke program tuan.

2. Tujuan lawatan adalah seperti berikut :
Memberi pendedahan mengenai kepelbagaian masalah pembelajaran
pendidikan khas.
Memperkenalkan tempat dan sistem pengurusan di agensi yang menawarkan
khidmat pendidikan khas.
3. Butiran lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh : 15 April 2011
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi 12.30 tgh
Bilangan Peserta : 38 orang
Pensyarah : 3 orang
4. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan
untuk membenarkan peserta kursus tersebut mengadakan lawatan
berkenaan.

Di atas sokongan dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima
kasih.


Sekian.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAILAH BAHASA KITA


Saya yang menurut perintah,


........................................
(........................................)
Ketua Jabatan Pendidikan Khas
b.p Pengarah,
Institut Perguruan Kampus Ipoh,
Perak.