Anda di halaman 1dari 4

Di atas sebatang pokok terdapat satu sarang lebah yang sangat besar.

Di dalamnya tinggal
Ratu Lebah bersama pengikut-pengikutnya. Berhampiran pokok tersebut terdapat sebuah
kebun bunga yang luas. Kebun bunga itu milik seorang penjual madu yang kaya raya. Lebah-
lebah itu sangat gembira tinggal di situ. Namun, Ratu Lebah sangat tamak, dia mahu lebah-
lebah itu membawa pulang madu yang banyak setiap hari.
Pada suatu hari, 5 ekor lebah telah ditugaskan untuk keluar terbang mencari madu di kawasan
kebun tersebut. Walaupun kepenatan kerana terpaksa membawa pulang madu yang banyak, 5
ekor lebah itu terpaksa juga menurut perintah Ratu Lebah yang tamak itu. Sedang asyik
menghisap madu di kebun bunga itu, seekor lebah berkata,

Lebah 1 : Aku sudah penat menghisap madu di sini. Setiap hari kita perlu membawa pulang
madu yang banyak untuk ratu.

4 ekor lebah yang lain bersetuju dengan kata-kata lebah 1. Lantas Lebah 2 bersuara,

Lebah 2 : Betul kata kau wahai Lebah 1, marilah kita pergi ke rumah penjual madu itu, di
sana pasti terdapat lebih banyak madu.
Lebah 3 : Ya, betul tu. Ratu pasti gembira jika kita berjaya membawa pulang madu yang
banyak.
Lebah 4,5 : Kami setuju! Ayuh kita ke sana!

Tanpa membuang masa, 5 ekor lebah itu segera terbang menuju ke rumah penjual madu.
Setibanya di sana, lebah-lebah itu sungguh teruja kerana terdapat banyak bekas yang berisi
madu di situ.

Lebah 2 : Tepat sekali jangkaan aku. Ada 5 bekas berisi madu yang sangat besar di sini.

Lebah 1 segera terbang menuju ke arah bekas 1, Lebah 2 menuju ke arah bekas 2 dan
seterusnya lebah-lebah lain pula menuju ke arah 3 bekas madu yang lain. Setelah puas, 5 ekor
lebah itu pulang ke sarang dengan gembira lalu menceritakan tentang rumah penjual yang
penuh dengan madu itu. Ratu Lebah sangat teruja mendengar cerita itu.

Ratu Lebah : Mari kita pergi lagi ke rumah penjual itu. Beta mahu mengikut kamu semua.

5 ekor lebah yang kepenatan itu terkejut mendengar kata-kata Ratu Lebah. Namun, mereka
tidak berani membantah dan terpaksa membawa Ratu Lebah ke rumah itu semula. Setibanya
mereka di sana, 4 bekas madu telah pun ditutup oleh penjual madu itu. Hanya tinggal 1 bekas
yang masih terbuka.

Ratu Lebah : Cepat! Beta mahu madu yang banyak lagi.
5 ekor Lebah : Baik tuanku!

Lebah-lebah itu termasuk Ratu Lebah segera terbang ke arah bekas ke-5 yang masih terbuka
dan segera mengambil madu dengan banyak.

Ratu Lebah : Beta mahu kamu semua hisap madu-madu ini dengan banyak sehingga perut
kamu penuh.
Lebah 1 : Tapi Ratu, badan kami akan menjadi berat dan kami pasti tidak mampu untuk
terbang nanti.
Lebah 2 : Betul tu Ratu, patik sudah berasa sangat kenyang.
Ratu Lebah : Jangan melawan perintah beta!

5 ekor lebah itu terdiam dan hanya menurut perintah. Tiba-tiba penjual madu datang dan
mahu menutup bekas madu itu.

Lebah 3 : Ratu! Bekas madu ini akan ditutup, kita harus pulang segera.

Ratu Lebah terkejut dan cuba untuk terbang, namun badannya menjadi sangat berat dan Ratu
Lebah tidak mampu untuk terbang. Begitu juga dengan 5 ekor lebah yang lain. Mereka semua
tidak dapat keluar kerana terperangkap di dalam bekas madu itu dan akhirnya mereka mati.

oleh : Ainismaira

Pengajaran : Kita mestilah menjauhi sifat tamak, kerana orang yang tamak selalu rugi.

Ada seorang pemikat burung. Kamat namanya. Pada suatu hari, Kamat pergi ke
pinggir hutan. Sesudah memasang getah pada suatu dahan, Kamat pun
bersembunyi dan menunggu. Kemudian itu dia tertidur. Apabila terbangun
daripada tidur, Kamat terkejut. Dia melihat seorang gadis rupawan sedang
menanggalkan getah pemikat di kakinya.

"Nama saya Cenderawasih. Saya sesat jalan," kata gadis itu.

Kamat terpikat dengan Cenderawasih.Dia membawa Cenderawasih pulang.
Kamat cuba menanyakan orang kampung jika mereka mengenali Cenderawasih.
Setelah beberapa purnama, masih juga tiada yang mengenali Cenderawasih.
Akhirnya, Kamat dan Cenderawasih pun berkahwin.

Sebaik sahaja mereka mendapat anak, perangai Kamat mula berubah. Dia tidak
mempedulikan anak dan isterinya. Dia lebih senang keluar berseronok dengan
teman-temannya. Cenderawasih menangis dan merajuk. Pada suatu hari,
Cenderawasih meninggalkan anaknya di sisi ibu mentuanya yang sedang tidur.
Dia membaca mantera, lalu bertukar menjadi burung Cenderawasih semula.
Maka terbanglah ia dari rumah itu.

Apabila Kamat pulang, dia mendapati Cenderawasih
sudah tiada. Dia bertekad untuk mencari isterinya. Anaknya dikendong. Dia
meredah hutan belantara. Dalam perjalannya itu, dia telah menolong seekor
semut yang hampir lemas di permukaan sungai. Dia juga memabantu seekor
kelisih yang lendir tubuhnya kekeringan dan sukar bergerak menuju ke air. Dia
turut membantu seekor kelip-kelip yang dihanyutkan oleh arus sungai. Akhirnya,
Kamat dan anaknya tiba di sebuah negeri. Dia hairan melihat orang ramai yang
sedang sibuk. Setelah bertanya kepada orang kampung dia mendapat tahu Puteri
Cenderawasih akan dikahwinkan dengan tunangnya.

Kamat terkejut. Dia menghadap raja negeri itu dan menyatakan tujuannya
menjejaki Cenderawasih. Raja tidak percaya dan mahu menguji Kamat. Ujian
pertama, Kamat mesti memisahkan seguni beras yang digaul dengan seguni
pasir.

"Jangan bimbang. Beri peluang saya membalas budi dengan membantumu," kata
seekor semut di sisinya.

Dalam sekelip mata, beribu-ribu ekor semut muncul dan membantunya
mengasingkan beras dan pasir itu.

Raja terperanjat, ujian kedua pula dilaksanakan. Kamat dikehendaki mengisi air
ke dalam tempayan di halaman istana dengan raga berlubang-lubang. Sekali ini,
kelisih yang pernah dibantunya pula datang menolong. Ia menutup lubang-lubang
raga itu dengan lendir tubuhnya dan menyuruh Kamat menjemur raga itu hingga
kering. Setelah kering, barulah mudah Kamat mengisi air di dalam tempayan.

Ujian terakhirnya ialah, Kamat diminta datang pada tengah malam itu. Kamat
mesti memasuki bilik gelap yang dipenuhi oleh ramai gadis. Kamat diperintahkan
memilih isterinya antara mereka. Kalau berjaya, bererti benarlah Kamat memang
menantu raja.

Kamat dibantu oleh seekor kelip-kelip yang pernah diselamatkannya . Dengan
bantuan kelip-kelip itu,Kamat berjaya membawa Puteri Cenderawasih keluar dari
bilik itu. Raja tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Tidak lama kemudian, Kamat
dilantik menggantikan raja itu. Hiduplah Kamat dan anak isterinya dengan aman
damai.

Anda mungkin juga menyukai