Anda di halaman 1dari 32

TEMA

Maka dinobatkan negarawan merdeka


jejak-jejak patriot melangkah gagah
negarawan terbilang memahat sejarah.
Tapak-tapak pejuang membina tamadun
mendaulat agama, membela bangsa, membina negara.
Dato Onn Jaafar, Perintis Negara Bangsa
Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Kemerdekaan
Tun Razak Husin, Bapa Pembangunan
Tun Hussein Onn, Bapa Perpaduan
Tun Dr Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan
disambut gemilang, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Nama-nama pahlawan bersilat bersama ribuan
wira tak didendang
Melayu, Cina, India yang lainnya.
Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T Sambanthan
ribuan angkatan disenarai pejuang.
Negarawan merdeka...
memerdekakan negara
mengisi kemerdekaan negara
mendukung martabat bangsa
membawa obor perjuangan
sentiasa terang tanpa padam
menyinari ke persada antarabangsa.
Negarawan merdeka ini...
bersama barisan rakyat setia berjuang
meniti arus gelombang globalisasi.
Membina persamaan, menjauh kelainan
berlandas Islam Hadhari, menerus demokrasi
menyentuh setiap insan, di pelusuk watan.
Setengah abad merdeka...
tercatat tinta emas lipatan sejarah
titisan keringat, darah dan air mata
satu-satu tumpah mulia di bumi bertuah.
446 tahun dijajah dipijak dikeji
dipecah perintah dihina di bumi sendiri.
Detik 12 malam, 31 Ogos 1957
50 tahun pertama sudah berlalu
detik 12 malam, 31 Ogos 2007
50 tahun kedua sudah bermula.
Masih terdengar laungan keramat
dalam perjalanan yang semakin mencabar
tambahkan ilmu perisai azimat.
Berbekal warisan wawasan pimpinan
sebagai pewaris amanah merdeka
ayuh terus berjuang, kita Malaysia!
NAJIB ABDUL RAZAK*
(Utusan Melayu, 1 Ogos 2007)
* Sajak ini dihasilkan sempena Malam Penghargaan
Pejuang Kemerdekaan di Dewan Merdeka,
PWTC, Kuala Lumpur oleh
Y.A.B Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia. (2009 hingga kini)
NEGARAWAN
MERDEKA
3
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
INFO | MENTARI OGOS 2013
KANDUNGAN
Tahun 2013 menyaksikan negara ini sekali lagi
melaksanakan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
bagi membentuk kerajaan baru. PRU-13 yang berlangsung
pada 5 Mei 2013 berjalan dengan lancar di mana lebih 80
peratus pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab
terhadap negara.
Badan bebas yang melaksana dan mengurus proses
pilihan raya iaitu Suruhanjaya Pilihanraya berjaya
melaksanakan proses pilihan raya dengan lancar dan
telus. Rakyat telah membuat keputusan memilih semula
Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baru.
Sememangnya sejarah negara ini membuktikan bahawa
amalan demokrasi tidak pernah terputus semenjak
rakyat buat kali pertamanya mengundi sebagai sebuah
negara merdeka pada tahun 1959 kecuali untuk tempoh
kurang dua tahun apabila negara diletakkan di bawah
pemerintahan MAGERAN pasca tragedi 13 Mei 1969.
Selepas PRU-13, kerajaan BN yang diberi mandat telah
mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan kembali
perpaduan rakyat pelbagai kaum yang agak terjejas kesan
daripada kempen-kempen politik yang bersifat perkauman.
Inisiatif utama yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Dato
Sri Mohd Najib ialah mencadang pembentukan Majlis
Konsultasi Perpaduan Negara (MPKN) yang dijangka
akan dilaksanakan pada awal tahun depan. Majlis ini akan
membabitkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik
termasuk kalangan pembangkang.
Pada 31 Ogos ini, rakyat Malaysia akan menyambut ulang
tahun kemerdekaan ke-56 juga meraikan sambutan Jubli
Emas hari Malaysia yang ke-50 tahun pada 16 September
2013. Tema bagi kedua sambutan perayaan ini ialah
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku. Ini
bermakna sekali lagi rakyat negara ini akan menyambut
kedua-dua hari yang bersejarah tersebut dengan penuh
penghayatan terhadap erti kemerdekaan dan meningkatkan
semangat patriotisme serta memperkukuhkan jati diri.
Apa yang penting ialah rakyat mestilah bersama-
sama memperkukuhkan perpaduan bagi memastikan
perhubungan kaum negara ini berada dalam keadaan
harmoni. Semua pihak mestilah menjaga sensitiviti setiap
kaum supaya tidak berlaku krisis atau konfik perkauman
sehingga boleh mengancam kestabilan dan keselamatan
negara.
Kepentingan semua kaum dan agama di negara ini dijamin
dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Justeru
semua pihak mestilah mengikut lunas-lunas Perlembagaan
dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara.
Sesungguhnya, kefahaman terhadap kepentingan
perpaduan nasional amat perlu agar kita sama-sama
dapat mempertahankan kelangsungan negara bangsa di
persada antarabangsa. M
DARI MEJA MENTARI
FOKUS
4 Malaysiaku Berdaulat:
Tanah Tumpahnya Darahku
tema Kemerdekaan Ke-56
6 Pembentukan Malaysia Lalui Cabaran Getir
8 Muafakat Pasca PRU Ke-13
11 RUKUN NEGARA
12 Perkukuh Perpaduan Demi
Kelangsungan Negara Bangsa
PATRIOTIK
14 Jalur Gemilang Kebanggaan Negara
16 Kabinet Mendukung Transformasi
KHIDMAT KAMI
18 TLDM Brown Water Navy Kepada
Blue Water Navy
UMUM
22 Kahwin Lewat, Perceraian Trend Terkini?
TAZKIRAH
25 Bersyukur Dengan Nikmat-Nya
EKONOMI RAKYAT
26 Transformasi Medan Infodesa (MID)
kepada Mini RTC
INFO
26 Pelaksanaan Perakaunan AKRUAN
Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri
GLOBAL
30 Penentangan Dan Tangan Ghaib
Jatuhkan Morsi
Sidang Redaksi
MENTARI OGOS 2013
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya
Darahku menjadi tema sambutan hari kemerdekaan
yang ke-56 pada tahun ini. Tema yang lebih bersifat
perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan
kesatuan negara bangsa memberi peringatan kepada
rakyat agar bersatu mempertahankan negara di samping
mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.
Sambutan hari kemerdekaan mengajak kita untuk
menghayati dengan penuh kesedaran, keinsafan dan
kesyukuran bahawa tanah air ini adalah satu-satunya
tempat untuk kita membina kehidupan dan peradaban
mengikut acuan kita sendiri. Justeru, ianya perlu
dipertahankan dari segala ancaman musuh sama ada
musuh yang datang dari dalam mahupun dari luar negara.
Elemen kesedaran ini jugalah yang mendorong kita
mengenang kembali perjuangan kemerdekaan tanah air
yang dirintis oleh tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air.
Tidak lupa juga pengorbanan pasukan keselamatan yang
sewajarnya dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat
Malaysia. Keikhlasan dan peringatan menerusi catatan
sejarah menjadikan kita mengenal akar umbi sebenar
kewujudan negara ini sehingga menjadikan sebuah
negara bangsa yang bermaruah dan berdaulat di persada
antarabangsa.
Perpaduan rakyat
Budaya berterima kasih seharusnya ditanam bermula
dari anak kecil agar bila menjelang dewasa kelak dapat
menilai serta menghayati erti sebuah kemerdekaan.
Kemerdekaan negara perlu dipertahankan oleh generasi
muda kerana daripada merekalah kesinambungan
perjuangan itu diteruskan.
Kini, di bawah gagasan 1Malaysia kita terus bersatu
di dalam kepelbagaian. Masyarakat berbilang kaum
menjadikan perpaduan rakyat perlu terus kukuh walaupun
ada anasir-anasir jahat yang cuba menggugatnya. Rakyat
negara ini perlu berbangga, keharmonian dan perpaduan
PENASIHAT
Dato Haji Ibrahim bin Abdul Rahman
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia
ibrahim@inform.gov.my
Datuk Poziah binti Haji Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pengarah
(Penerangan strategik)
Jabatan Penerangan Malaysia
poziah@inform.gov.my
KETUA EDITOR
Haji Zabidin Ismail
zabidin@inform.gov.my
EDITOR
Mohd Ayop Abd Razid
mabar@inform.gov.my
EDITOR PENYELARAS
Hasnida binti Samsudin
hasnida@inform.gov.my
FOTO
Pusat Sumber dan Fotograf
Jabatan Penerangan Malaysia
PENGEDARAN
Cawangan Pengurusan Maklumat & Unit Stor
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
Jabatan Penerangan Malaysia, Angkasapuri
50612 Kuala Lumpur.
Sebarang sumbangan karya dan pandangan amat
dialu-alukan. Artikel yang sesuai dan terpilih akan
disiarkan. Sila hantarkan sumbangan anda kepada:
KETUA EDITOR MENTARI
Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN)
Jabatan Penerangan Malaysia
Aras 12, Kompleks KKMM
4G9, Persiaran Perdana Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.
Tel: 03-8911 3441 Faks: 03-8911 4957
PENCETAK
RNR Sdn Bhd (7777-U)
Tel: 03-80613119 Faks: 03-80614119
B.052 (B.M) OGOS 2013 (030.)
5
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
FOKUS | MENTARI OGOS 2013
hidup rakyat pelbagai kaum dikagumi oleh dunia luar dan
dijadikan model ikutan mereka. Suara kita terus didengari
dan dihormati di pentas dunia. Partisipasi dan sumbangan
cemerlang kita di peringkat global dihargai dan disanjung
oleh dunia. Justeru, kejayaan dan kemampuan kita mengisi
kemerdekaan dalam masa yang begitu singkat dengan
pelbagai kemajuan yang kini hampir membawa negara
maju berpendapatan tinggi dan menuju Wawasan 2020
adalah sesuatu yang amat dibanggakan.
Penyatuan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara.
Dengan adanya Rukun Negara (ideologi negara), bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Perpaduan dan Integrasi Nasional
serta dasar-dasar ekonomi seperti Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS) yang adil untuk semua kaum menjadi
alat dan mekanisme penting dalam menyatukan rakyat
pelbagai kaum di negara ini. Inilah uniknya negara Malaysia
yang menjadi tanah tumpah darah rakyat negara ini.
Pada hakikatnya, perpaduan dan keharmonian yang
dinikmati itu adalah berkat dasar keadilan sosial
yang diamalkan kerajaan untuk semua kaum di negara
ini. Semua kaum diberikan hak yang sama rata serta
kebebasan untuk membina kehidupan yang sejahtera.
Penyertaan mereka dalam politik juga tidak dihalang
sama ada sebagai ahli politik atau pengundi. Rakyat bebas
menyertai dan menyokong mana-mana parti politik yang
sah di sisi undang-undang.
Perkara penting yang harus dijaga dalam berpolitik ialah
tidak menyentuh perkara-perkara sensitif yang ditegah
perlembagaan dan undang-undang negara. Perkara-
perkara sensitif terbabit adalah sebahagian daripada
kontrak sosial yang dipersetujui bersama ketika
merangka perlembagaan negara yang merdeka.
Dalam membina kehidupan yang harmoni serta bersatu hati,
rakyat negara ini harus menginsaf bahawa keharmonian
akan tergugat andai kata ada yang menganggap ianya
satu perkara yang diambil ringan. Lihat sahaja dari apa
yang berlaku di negara lain yang bergolak menyebabkan
rakyatnya hidup menderita, berkonfik demi menuntut
hak kerakyatan dan berbunuhan sesama sendiri sehingga
menjadikan negara terbabit tidak stabil serta membuka
ruang kepada campur tangan kuasa asing.
Bagi negara ini, tiada satu kaum pun dinafkan
hak kerakyatan mereka. Semua kaum di negara ini
dilindungi oleh perlembagaan negara. Masing-masing
bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan agama
mereka. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 sudah dijadikan
pengajaran paling berkesan untuk membina perpaduan
dan keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum di
negara ini. Peristiwa terbabit telah dijadikan titik tolak
kejuruteraan sosial bagi membina masyarakat yang lebih
bersatu, demokratik dan liberal.
Jasa pemimpin
Dalam apa jua keadaan, jasa dan pemimpin negara tidak
sesekali dilupakan. Menerusi kepimpinan yang ampuh dan
berkesan, pencapaian pembangunan negara kita diiktiraf
oleh dunia. Seluruh kepimpinan negara (kerajaan) telah
berusaha gigih untuk membawa negara ini ke arah
kemakmuran dan kemajuan. Sejak merdeka, kerajaan
sentiasa merangka dan melaksanakan pelan pembangunan
yang komprehensif supaya taraf kehidupan rakyat dapat
dipertingkatkan. Dan, lihatlah hasilnya dengan apa yang
rakyat nikmati sekarang ini. Perlukah dinafkan lagi
kesejahteraan dan kenikmatan rakyat dalam mendiami
negara yang serba membangun dan maju ini? Bersama-
sama kita fkirkan.
Hakikatnya, segala pengisian kemerdekaan dan kejayaan-
kejayaan yang dicapai selama ini termasuk pelbagai
program transformasi yang dilaksanakan kerajaan hari ini
adalah untuk kesejahteraan rakyat di bumi yang bertuah
ini. M
Malaysiaku Berdaulat:
Tanah Tumpahnya Darahku
tema Kemerdekaan ke-56
6
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
FOKUS | MENTARI OGOS 2013
Pembentukan Malaysia pada 16
September 1963 merupakan satu
grand design untuk membentuk
super federation atau sebuah negara
persekutuan yang lebih besar dan
kukuh. Ia bukti keupayaan dan kejayaan
kepemimpinan negara membina sebuah
negara bangsa yang kuat dan bersatu
padu. Idea pembentukan Malaysia
dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
Putera Al-Haj pada 27 Mei 1961 dalam
satu majlis jamuan makan tengah
hari anjuran Persatuan Wartawan
Luar Negeri di Hotel Adelphi,
Singapura. Gagasan Malaysia berhasrat
menggabungkan Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan
Sarawak dalam satu unit politik yang
dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
Sebelum itu pernah lahir beberapa
cadangan penggabungan wilayah yang
gagal menjadi realiti. Pada tahun
1887 Lord Brassey, Pengarah Syarikat
Borneo Utara mencadangkan kepada
British untuk menggabungkan Sabah
(Borneo Utara) dan Sarawak dengan
negeri-negeri Melayu dan Negeri-
negeri Selat. Pada tahun 1955, David
Marshall mencadangkan penyatuan
Singapura dan Tanah Melayu. Cadangan
yang serupa juga pernah disuarakan
oleh Ghazali Shafe pada tahun 1954
dan Tan Cheng Lock pada tahun 1955.
Cadangan mengenai penggabungan
Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei
juga pernah disuarakan oleh Tunku di
dalam persidangan UMNO 1955. Pada
tahun 1959, Lee Kuan Yew mendesak
pihak British mengadakan rundingan
dengan Tunku Abdul Rahman untuk
menggabungkan Singapura dengan
Tanah Melayu. Namun, cadangan
itu ditolak kerana Tunku bimbang
berlakunya ketidaksamaan atau
ketidakseimbangan penduduk.
Akhirnya cadangan Tunku untuk
menubuhkan Malaysia menjadikan
kenyataan.
Faktor penubuhan Malaysia
Ada beberapa faktor yang mendorong
kepada penubuhan Malaysia. Pertama,
faktor politik iaitu untuk menjamin
keselamatan serantau daripada ancaman
komunis, menyegerakan kemerdekaan
Singapura, Sabah dan Sarawak serta
dasar dekolonisasi British untuk
merdekakan tanah jajahan. Kedua,
faktor ekonomi yang cenderung kepada
tujuan memperluaskan pasaran serta
mewujudkan kerjasama serantau dalam
bidang ekonomi. Faktor ketiga ialah faktor
sosial bertujuan untuk mengimbangi
komposisi kaum, mewujudkan perpaduan
kaum, memajukan negeri yang belum
membangun serta melahirkan satu bangsa
yang kaya warisan kebudayaan.
Selepas ucapan Tunku itu, beliau
memulakan lawatan ke Sabah dan
Sarawak pada Jun 1961 dan Brunei pada
Julai 1961. Siri-siri lawatannya itu adalah
untuk menerangkan konsep dan tujuan
penubuhan Malaysia. Perundingan
juga diadakan antara pegawai kanan
Persekutuan Tanah Melayu dengan
Pegawai-pegawai British dari Sarawak,
Sabah dan Singapura. Usaha ini membawa
kepada pembentukan Jawatankuasa
Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) di
Singapura pada Jun 1961.
JPPK yang dipengerusikan Donald
Stephan dari Sabah telah mengadakan
empat kali mesyuarat. Brunei hanya
menghantar pemerhatinya menghadiri
tiga mesyuarat terakhir. Dalam
mesyuarat terakhir di Singapura pada
Februari 1962, ahli-ahli bersepakat
mengemukakan satu memorandum
kepada Suruhanjaya Cobbold yang
ditubuhkan oleh kerajaan British pada
17 Januari 1962.
Selain itu, Jawatankuasa Antara
Kerajaan (JAK) turut ditubuhkan pada
Ogos 1962. JAK di pengerusikan
oleh Lord Landsdowne, Menteri
bagi Tanah Jajahan, manakala Tun
Abdul Razak, Timbalan Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu
dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.
Anggotanya terdiri dari wakil-wakil
dari Persekutuan Tanah Melayu,
Britain, Sabah dan Sarawak. JAK turut
melawat Sabah dan Sarawak untuk
menerangkan Penubuhan Malaysia.
Cabaran Dalaman
Laluan untuk melahirkan Persekutuan
Malaysia bukannya usaha yang mudah.
Ia penuh cabaran. Wujudnya pelbagai
anasir yang cuba mempengaruhi minda
rakyat supaya menentang gagasan
Malaysia menjadikan pembentukan
Malaysia bukannya satu laluan
yang mudah. Ia turut melibatkan
ancaman terhadap kedaulatan negara.
Persekutuan Tanah Melayu yang baru
beberapa merdeka ketika itu terpaksa
berhadapan dengan cabaran dari dalam
dan luar negara. Ia memang menguji
kemampuan dan kebijaksanaan
pemimpin negara ketika itu untuk
menjayakan satu idea pengintegrasian
wilayah yang besar. Walaupun pada
awal cadangan, gagasan Malaysia
diterima oleh penduduk Tanah Melayu
dan Singapura tetapi parti-parti politik
memberikan reaksi yang pelbagai.
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
mendesak supaya isu ini dibincangkan
terlebih dahulu kalangan penduduk
Tanah Melayu dan PAS lebih cenderung
untuk menerima MAPHILINDO.
Namun, setelah memahami manfaatnya
PAS akhirnya menerima idea gagasan
Malaysia. UMNO pula sejak awal-awal
lagi bersetuju dengan idea gagasan
Malaysia itu.
Di Singapura, Barisan Sosialis
menentang. Parti berhaluan kiri itu
menganggapnya gagasan Malaysia
sebagai satu bentuk penjajahan
baru. Untuk mendapatkan reaksi
sebenar rakyat Singapura maka
satu referendum untuk mendengar
pendapat umum rakyat Singapura
mengenai penubuhan Malaysia
diadakan pada 1 September 1962.
Referendum itu mendapati
bahawa majoriti rakyat Singapura
menyerahkan sepenuhnya kepada
kerajaan Singapura untuk membuat
keputusan mengenai penggabungan
Malaysia dan Singapura. Lee Kuan Yew
yang bersetuju dengan idea Tunku
itu menggunakan ancaman komunis
sebagai alasan menggabungkan
Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Beliau bimbang dengan
pengaruh parti Barisan Sosialis, iaitu
gerakan berhaluan kiri yang semakin
berpengaruh di Singapura ketika itu.
PEMBENTUKAN MALAYSIA
LALUI CABARAN GETIR
Mohd Ayop Abd Razid
Penganalisis Media PDN.
7
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
FOKUS | MENTARI OGOS 2013
Suruhanjaya Cobbold
Di Sabah dan Sarawak, rakyat di kedua-
dua negeri dilihat menentang gagasan
Malaysia. Kerajaan British menubuhkan
Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari
1962 bertujuan meninjau pendapat
sebenar penduduk di kedua-dua negeri
itu. Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan
oleh bekas Gabenor Bank England,
Lord Cobbold, manakala Setiausahanya
ialah Mr.H.Harris. Suruhanjaya itu
turut dianggotai oleh dua orang wakil
kerajaan British, iaitu Sir Anthony
Abell dan Sir David Watherson. Wakil
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
ialah Datuk Wong Pow Nee dan Encik
Mohamed Ghazali Shafe.
Tinjauan yang dibuat oleh suruhanjaya
itu mendapati lebih 80 peratus penduduk
Sabah dan Sarawak menyokong gagasan
Malaysia. Selain itu, suruhanjaya terbabit
turut mencadangkan beberapa perkara.
Antaranya, Perlembagaan Malaysia yang
baru harus berasaskan Perlembagaan
Tanah Melayu 1957, Sabah dan Sarawak
diberikan kuasa menentukan dasar
imigresen, Bahasa Melayu dijadikan
Bahasa Kebangsaan, jaminan terhadap
hak dan kedudukan Bumiputera Sabah
dan Sarawak. Suruhanjaya terbabit
turut mencadangkan pemberian nama
Malaysia kepada negara baru yang akan
dibentuk dan juga penentuan tarikh
penubuhan Malaysia.
Di Brunei, berlaku pemberontakan rakyat
pada 8 Disember 1962 yang dipimpin
oleh A.M. Azahari. Mereka membangkitkan
isu-isu mengenai kedaulatan Sultan Brunei,
isu minyak dan bayaran tahunan. Rakyat
Brunei berpendapat penyatuan akan
memudaratkan negara dan rakyat
jelata serta menggugat kemakmuran
Brunei. Penentangan turut dibuat
oleh pegawai-pegawai kolonial dan
kaum Cina yang bimbang sumber
ekonominya akan terjejas sekiranya
Brunei bergabung dalam Malaysia.
Penentangan terbabit menyebabkan
Brunei menarik diri untuk menyertai
Malaysia.
Tentangan Gagasan Oleh
Indonesia dan Filipina
Filipina dan Indonesia adalah di antara
negara yang kuat menentang gagasan
Malaysia. Presiden Macapagal membuat
pengumuman menuntut hak terhadap
Sabah (1962) berdasarkan perjanjian
Sultan Jamalul Alam dengan Baron
Overbeck pada 22 Jan 1878.
Indonesia di bawah kepimpinan Sukarno
pula melihat gagasan Malaysia itu sebagai
satu bentuk neokolonisme. Parti
Komunis Indonesia juga melihatnya
dengan kaca mata yang sama. Lebih
agresif lagi Sukarno mengisytiharkan
Konfrontasi dengan slogan Ganyang
Malaysia pada 20 Januari 1963. Indonesia
berhasrat menakluki Tanah Melayu.
Mereka bertindak menyerang kapal-
kapal nelayan Tanah Melayu, melakukan
pencerobohan udara serta melancarkan
serangan ketenteraan melalui Johor,
Sarawak dan Sabah. Indonesia turut
menjalankan kempen memburukkan
nama negara di negara Afro-Asia dan
Negara Dunia Ketiga. Namun, hasil
daripada semangat kental pemimpin
dan perpaduan rakyat pelbagai kaum
berjaya menghalang hasrat Indonesia itu.
Penentangan Indonesia menjadi kendur
setelah kepimpinan negara itu bertukar
tangan.
Penentangan kuat kedua-dua negara
terbabit telah mendorong Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar
satu misi ke Borneo pada 16 Ogos - 5
September 1963 untuk meninjau dan
melaporkan pandangan rakyat Sabah dan
Sarawak mengenai penubuhan Malaysia.
Misi itu mendapati majoriti penduduk
di Borneo menyokong gagasan Malaysia.
Akhirnya, setelah melalui cabaran getir
pembentukan Malaysia tetap menjadi
kenyataan. Perjanjian Malaysia telah
ditandatangani pada 9 Julai 1963 di pejabat
Perhubungan Komanwell di Malborough
House. Perjanjian itu diwakili oleh
wakil Kerajaan British iaitu Perdana
Menteri, Harold Macmillan, Ducan
Sandys dan Lord Landsdowne. Wakil
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
pula diwakili oleh Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman, Tan Siew Sin,
Datuk V.T. Sambanthan. Datuk Ong
Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Wakil
Sabah ialah Datuk Mustapha bin Daruk
Harun, Donald A.Stephen, W.K.H.
Jones, Khoo Siak Chiew, W.S.Holley dan
G.D. Sindang. Manakala, wakil Sarawak
pula ialah P.E.H.Pike, Temenggung Jugah,
Datuk Abang Haji Mustapha, Ling Beng
Siew dan Datuk Abang Haji Openg.
Pengisytiharan Malaysia pada
16 September 1963
Pada 26 Ogos 1963 Yang di-Pertuan
Agong memperkenankan Akta Malaysia
yang sudah diperkenankan Ratu Elizabeth
II serta diluluskan oleh Parlimen British.
Walaupun 31 Ogos dicadangkan
sebagai tarikh penubuhan Malaysia
tetapi disebabkan faktor tertentu
maka pengisytiharan Malaysia dibuat
pada 16 September 1963 di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur di hadapan Yang
di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu,
Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka,
dan Sabah. Selain Tunku Abdul Rahman,
tiga lagi pemimpin utama dari tiga negeri
baru turut hadir iatu Lee Kuan Yew
((Singapura), Donald Stephens (Sabah)
dan Stephens Kalong Ningkan (Sarawak).
Pada 9 Ogos 1965, atas faktor-faktor
tertentu Singapura mengambil keputusan
keluar daripada Malaysia dan menubuhkan
negara republik.
Manfaat pembentukan
Malaysia
Apa pun, nikmat dan manfaat pembentukan
Malaysia adalah sesuatu yang tidak ternilai.
Pembentukan Malaysia telah mempercepat
kemerdekaan bagi Singapura, Sabah dan
Sarawak. Sabah dan Sarawak yang terlalu
mundur ketika itu mula mendapat nikmat
pembangunan yang berterusan sehingga
kini setanding dengan negeri-negeri
di Semenanjung Malaysia. Ancaman
Komunis di Singapura, Sabah dan Sarawak
dapat diatasi .
Pembentukan Malaysia juga berjaya
mewujudkan keseimbangan kaum dan
perpaduan yang jitu. Ia berjaya membina
keluarga beser Malaysia yang baru
berteraskan perkongsian warisan budaya
yang kaya serta berada dalam satu unit
politik yang sama, iaitu Persekutuan
Malaysia. Kini, di bawah gagasan 1Malaysia,
Malaysia yang merangkumi semua negeri di
dalamnya mengalami proses transformasi
ke arah negara maju berpendapatan tinggi
menjelang 2020. M
8
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
FOKUS | MENTARI OGOS 2013
Muafakat Pasca PRU Ke-13
Pengenalan
Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN)
memenangi 133 kerusi berbanding dengan PAS 21; PKR 30 dan DAP 38. Berbanding
dengan keputusan PRU Ke-12 pada Mac 2008, BN kekurangan 7 kerusi manakala PAS
23; PKR 31 dan DAP 28 yakni 82 kerusi. Di peringkat Dewan Undangan Negeri
(DUN), dalam PRU Ke-12 BN menang 344 berbanding PR 161 tetapi di PRU Ke-13,
BN menang 275 dan PR 230, peningkatan sebanyak 71 kerusi.
Adakah keputusan ini merupakan penolakan ke atas BN dan penarikan ke atas barisan
pembangkang atau apakah faktor penolak dan penarik ke atas keterhakisan sokongan
kepada BN dan peningkatan sokongan kepada barisan pembangkang. Kuatkah
pembangkang; Lemahkah BN? Apakah keputusan ini merupakan sesuatu yang di luar
jangkaan ataupun merupakan keputusan yang bersesuaian dengan landskap politik
semasa. Apakah perancangan pasca PRU Ke-12 untuk kerajaan, parti politik, pemimpin
dan masyarakat sendiri? Dalam konteks global, majoriti dua pertiga bukan menjadi
trending lagi tetapi kemenangan melebihi majoriti mudah sudah dianggap selesa
walaupun kurang bergaya. Ini kerana dengan strata kaum/etnik, umur, kelas, geograf,
perbandaran, celik huruf, gender, pekerjaan; ia boleh mempengaruhi garis pengundian
dalam PRU.
Yang nyata, perkembangan dari PRU menunjukkan bahawa wujud pelbagai andaian,
analisis, pandangan, penerimaan dan penolakan. Bila mana Dato Sri Mohd. Najib
Tun Abd. Razak mengumumkan pembentukan kerajaan pada tengah malam 6 Mei
2013 diambang keputusan PRU Ke-13; beliau dengan jelas menampakkan kegusaran
mengenai trend pola pengundian dalam kalangan pengundi. Jika pada PRU 2008, parti
pembangkang menyatakan bahawa budaya mengundi sudah melangkaui garis keetnikan;
yang nyata sepanjang 2008 sehingga 2013, mahu tak mahu harus diakui keetnikan sudah
menjadi garis pemisah di kebanyakan kawasan dan bukan kesemuanya. Apakah ini satu
kebetulan atau merupakan satu yang dirancang?
Memang diakui pada PRU Ke-12,
penolakan dari pengundi Melayu, Cina
dan India menyebabkan keterhakisan
sokongan ke atas parti BN yang buat
pertama kalinya gagal pertahankan
majoriti dua pertiga tetapi di PRU Ke-
13; walaupun wujud penolakan sokongan
pengundi Melayu dan India di beberapa
kawasan tetapi ia diimbangi dengan
kembalinya sokongan komuniti ini di
kawasan-kawasan tertentu. Namun,
penolakan pengundi Cina lebih ketara
di kebanyakan kawasan berbanding
penolakan di PRU Ke-12 sehingga ia
dikatakan mempengaruhi keputusan
lebihan kerusi yang dimenangi oleh
parti pembangkang. Namun, penolakan
ini tidak dapat mengatasi kepulangan
sokongan pengundi Melayu, India, Sabah
dan Sarawak sehingga pembangkang
gagal di bawah slogan UBAH dan Ini
Kalilah. Maka, Lain Kalilah buat masa ini
tetapi lebih daripada itu, yang perlu diberi
tumpuan adalah mengapakah sokongan
popular bagi barisan pembangkang
meningkat?
Walaupun bilangan kerusi yang dimenangi
oleh barisan pembangkang jauh kurang
dari BN, tetapi sokongan popular
gabungan kesemua ketiga-tiga parti iaitu
PKR, PAS dan DAP menunjukkan sudah
wujud trend untuk menyokong sesiapa
sahaja asalkan bukan BN. Ini kerana
walaupun undi popular di 9 dari 14 buah
negeri berpihak kepada BN di peringkat
Parlimen, secara keseluruhan undi
popular BN adalah 47.38% berbanding
dengan PAS 14.78%; DAP 15.7% dan PKR
20.39%. Di bawah sistem majoriti mudah,
BN menang dan sistem the frst past the
post tidak memenangkan parti gabungan
tidak berdaftar untuk mendakwa lebih
popular.
BN tidak tewas walaupun desakan
berpanjangan dari lawan di dalam
dan luar negara walau wujud pelbagai
hasutan, pembohongan strategik dan
manipulasi menerusi tohmahan tetapi
BN juga perlu akur bahawa kelangsungan
politik BN bergantung kepada strategi
menyeluruh melangkaui penyokong
Pilihan Raya Umum Ke-13 dan Demograf Pengundian
konvensional kerana landskap politik
sudah tidak sama. Mengapakah BN
masih tidak popular walaupun sepanjang
empat tahun Najib mentadbir-urus
negara, pelbagai program dilaksanakan
di bawah Pelan Transformasi dan konsep
1Malaysia? Kelas pertengahan dan atasan
semacam tidak intim dengan falsafah
BN kerana masih mempunyai persepsi
bahawa parti BN bersifat eksklusif,
kurang engagement dengan golongan
profesional dan tidak mahu mendengar
pandangan serta angkuh. Jika benar,
pucuk kepimpinan bersama saf harus
mencari strategi yang lebih mudah dan
sesuai. Isu semasa yang berubah-ubah
dan saling berkaitan dengan pendekatan
yang diguna pakai oleh pembangkang
menyebabkan yang tidak benar menjadi
benar. Malahan jika dibiarkan menular
trend pola pengundian mengikut batasan
kaum dan etnik serta kelas, ia tidak akan
memberikan nilai tambah kepada negara
dan penghuninya.
Artikel ini ditulis oleh:
Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian
dan menjadi penulis tetap bagi majalah Mentari.
9
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
FOKUS | MENTARI OGOS 2013
Muafakat Agenda Nasional
Dengan mandat 133 kerusi, BN akan
terus menerajui negara untuk jangka
masa 5 tahun akan datang. Antara
yang mahu diberikan tumpuan adalah
proses pemulihan semangat muhibbah,
muafakat, perpaduan, keharmonian
dan kesepakatan. Ia adalah susulan dari
konsep 1Malaysia yang menekankan
elemen penerimaan, kenegaraan dan
keadilan sosial. Ini juga boleh dianggap
penting untuk mengatasi dapatan kajian
lama yang dikemukakan oleh JS Furnivall
bahawa rakyat negara ini bercampur
tetapi tidak bergabung. Muafakat akan
terus menjadi agenda induk nasional
agar perpaduan menjadi simbol
penyatuan masyarakat yang rencam di
negara ini.
Malaysia unik kerana faktor demograf
dan geografnya. Malaysia merupakan
salah sebuah negara yang masih dapat
pertahankan nilai MUHIBBAH di
sebalik pelbagai ancaman dan konfik
yang melanda pelbagai negara lain
sehingga konsep politik gabungan
besar consociationalism mereka
gagal dan tumbang. Dengan pelbagai
desakan dalaman dan luaran, BN masih
utuh ketika ramai menjangkakan BN
tidak relevan apatah lagi di peringkat
keduniaan, hampir kesemua parti politik
konvensional sudah tewas atau berada
dalam liga politik yang berlainan. Namun,
BN masih mampu menubuhkan kerajaan.
Hatta, penekanan ke atas amalan
muhibbah sememangnya perlu dengan
mengambil kira persekitaran Malaysia 5
tahun akan datang. Dengan perubahan
proses perbandaran, peningkatan
kedudukan dalam stratifkasi masyarakat
baik di peringkat bawahan, pertengahan
dan atasan, sudah pasti akan wujud
trend pemikiran yang berbeza dengan
mengambilkira keperluan dan kemahuan
masing-masing.
BN perlu melihat kepada trending
dalam kalangan golongan tengah
atau middle ground dalam lingkaran
kepompong demograf merentasi
Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Bagaimanakah Wassatiyah dapat
diterap agar ia menjadi agenda utama
Bagaimanakah
Wassatiyah
dapat diterap agar ia
menjadi agenda utama
tanpa mengira batasan
etnik, agama,
kepercayaan,
ritual, amalan dan
juga gender
Artikel ini ditulis oleh:
Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian
dan menjadi penulis tetap bagi majalah Mentari.
10
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
FOKUS | MENTARI OGOS 2013
tanpa mengira batasan etnik, agama,
kepercayaan, ritual, amalan dan juga
gender. Bagaimanakah walau mempunyai
perbezaan sesama kita; nilai perbezaan
dianggap satu keunikan dan yang
diraikan adalah persamaan berkiblatkan
kepada praktis kenal mengenali dengan
di dokong oleh nilai penerimaan,
hormat dan faham memahami antara
satu sama lain. Menjunjung ketertinggian
nilai ini dengan mendokong keluhuran
Perlembagaan mesti menjadi teras
agenda untuk memulihkan semula
persekitaran tanah air. Ini membolehkan
kita merasai semangat roh jiwa Malaysia
kerana Kitak kan Malaysia, muafakat
Malaysia adalah pada rakyatnya sendiri.
Penyatuan Nasional Pasca
Pilihan Raya Umum Ke-13
Hasutan, pembohongan, penipuan, helah
dan manipulasi boleh diatasi jika masing-
masing walau mempunyai fahaman politik
berbeza, boleh bersetuju dalam hal-ehwal
kenegaraan dan negara-bangsa. Keputusan
PRU Ke-13 menunjukkan bahawa
pengaruh sentimen kaum dan etnik masih
tebal. Apatah lagi, dengan kehadiran media
sosial baru, ia digunakan sebagai alat atau
mekanisme untuk mengembangkan sayap
pengaruh dengan apa cara sekalipun
sehingga yang benar menjadi salah dan
yang salah boleh menjadi benar. Media
sosial baru walau adalah alat untuk
hebahan informasi berteknologi tinggi
waktu yang sama menjadi alat untuk
hebahan khabar angin dan gosip sehingga
sudah tidak ada nilai yang bersifat peribadi.
Pembunuhan karakter berlebihan
dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat
dan anasir yang bertujuan menjatuhkan
kewibawaan kepimpinan. Ketika saya
ke stesen minyak pada hari mengundi,
pengurus stesen minyak menyatakan
bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah
melarikan diri ke luar negeri sedangkan
beliau baru mengundi di Titi Gajah! Sampai
tahap itu usaha terdesak dilakukan untuk
menunjukkan bahawa BN akan tewas!
Penyatuan nasional menjadi asas dalam
memelihara kedamaian masyarakat
pelbagai kaum negara ini. Akidah dan
akhlak wajar diutamakan jika mahu
mengembalikan MUHIBBAH dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Sifat
saling perlu memerlukan di antara satu
sama lain yakni sifat kebergantungan
tanpa mengira apa-apa batasan mesti
dihormati. Setiap kelompok etnik
mesti boleh maju ke hadapan bersama.
Tidak ada gunanya ada kaum yang
keterhadapan dan waktu yang sama
ada yang masih keterbelakang. Proses
kehidupan berkualiti terutama yang
masih di paras 40% di bawah garis
kemiskinan juga perlu diberikan
tumpuan merentasi kaum Melayu,
Cina, India, Sabah Sarawak. Jurang intra
dan inter kaum juga wajar diberikan
penekanan supaya tidak ada jurang
dalam kaum dengan yang kaya menjadi
kaya dan yang miskin menjadi miskin.
Agenda MUHIBBAH yang mahu
diperkenalkan oleh Perdana Menteri
bersesuaian dengan persekitaran
semasa kerana beliau juga adalah
Perdana Menteri untuk semua. Defsit
perwakilan kaum dalam konteks politik
boleh terjawab di bawah agenda ini dan
bagaimana dengan perluasan agenda yang
merangkumi bukan sahaja kepentingan
ekonomi dan politik tetapi lebih daripada
itu adalah kesejahteraan menyeluruh,
Najib boleh mempertimbangkan Majlis
Perundingan Hubungan Etnik di peringkat
negeri yang agenda dominannya adalah
untuk memastikan kesemua lapisan
masyarakat tahu betapa bumi Malaysia
tidak boleh terpisah disebabkan oleh
fahaman politik yang rigid sedangkan
yang mahu dibina sekian lama adalah
sifat kepunyaan dalam diri masing-
masing. Mereka juga perlu tahu bukan
mudah untuk membina apa yang sudah
dicapai selama 56 tahun tetapi ia boleh
roboh sekelip mata kerana keterlanjuran
emosi yang kadang-kadang memerlukan
kematangan dalam melihat sesuatu dengan
rasional dan praktikal.
Perpaduan dan Kewarganegaraan sebagai
asas dalam ke semua dasar negara mesti
terus dipertimbangkan di peringkat
pusat supaya masing-masing tahu bahawa
soal tanggungjawab warga negara
bukan sekadar menjaga periuk nasi
masing-masing tetapi lebih daripada itu,
memelihara kemuafakatan dan perpaduan
demi masa depan anak bangsa negara ini
sebagaimana dalam Perlembagaan dan
Rukun Negara. Ia boleh dipanjangkan
merentasi peranan Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional bersama
Rukun Tetangga; perlu ada agensi
memulihara perpaduan di peringkat
cawangan, bahagian, negeri dan pusat
dalam konteks parti politik. Gen-Y juga
mesti sedar bahawa dalam keseronokan
mahukan perubahan, bagaimana nilai
MALAYSIA tidak luntur dek perbezaan
yang sepatutnya dihargai dan dihormati.
Ekspektasi menjadi tinggi saban hari
tetapi kita juga tidak boleh bersifat
selektif. Hormati dan akur apa yang sudah
ditentukan oleh majoriti masyarakat
negara ini.
Kesimpulan
Baik seorang kanak-kanak, ibu bapa,
warga emas, pejalan kaki, penjual
akhbar, pelajar, peniaga, guru, polis,
pencuci tandas, tukang kebun, mekanik,
jaga, tentera, pensyarah, penjual kereta,
insurans, kad kredit, niaga barangan
kosmetik, doktor, peguam, pekerja
syarikat swasta, pramugara, pekerja di
rumah ibadah sekalipun, yang penting
adalah kualiti kehidupan. Soal periuk
nasi tidak pernah di kompromi dan
agenda MUHIBBAH adalah untuk
memastikan sesiapa sahaja masih dapat
sesuap nasi dalam kemelut kehidupan
harian mereka. Sama-sama kita pastikan
agenda MUHIBBAH dapat dilaksanakan
dan ketepikan perbezaan yang mesti
dilihat sebagai aset dan bukan liabiliti
dalam negara yang bernama Malaysia
ini. Kitak Kan Malaysia; jom sama-sama
raikan kemakmuran, keamanan dan
keselamatan negara ini. Yang menang
tidak menang semuanya; yang kalah tidak
kalah semuanya. Sudah tiba masanya
masing-masing mengabdikan diri
untuk keamanan dan dalam bersetuju
untuk tidak bersetuju; masing-masing
masih boleh menjadi relevan dengan
memainkan peranan mereka secara
efektif. Akui ada kelemahan dan lakukan
muhasabah untuk mencari kepastian masa
depan bagi semua supaya keputusan
pengundi dihormati. Bagi yang menang,
cari titik keseimbangan bersama; yang
kalah terima hakikat dan bersama demi
kelangsungan politik tanah air. M
Rukun Negara
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil dan saksama; menjamin satu cara liberal
terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;











MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
12
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
FOKUS | MENTARI OGOS 2013
Perkukuh perpaduan
demi kelangsungan
negara bangsa
Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk. Isu
paling mendasar bagi sebuah negara majmuk ialah perpaduan.
Justeru, perpaduan menjadi agenda utama bagi setiap pucuk
kepemimpinan negara. Namun, ianya bukan satu perkara yang
mudah kerana sering kali isu-isu sensitif bernafas perkauman
dibangkitkan oleh golongan yang memiliki agenda sempit dan
berniat jahat. Isu-isu perkauman juga sering dimainkan ahli-ahli
politik tanpa mempedulikan kepentingan dan agenda nasional
yang lebih besar iaitu perpaduan dan integrasi nasional.
Perpaduan merupakan satu proses penyesuaian di antara unsur-
unsur yang saling berbeza supaya tidak saling bertentangan atau
berkonfik sehingga menggagalkan pembinaan sebuah bangsa
Malaysia yang bersatu padu. Ini bermakna suatu konsensus
nasional mengenai sistem nilai yang akan mendasari hubungan
sosial di antara anggota masyarakat dipersetujui bersama.
Penghayatan terhadap nilai-nilai asas
Penerimaan dan penghayatan terhadap beberapa nilai utama
seperti nilai kepunyaan, kebersamaan, kekitaan, kerjasama dan
saling bertoleransi penting supaya perpaduan dan integrasi
bangsa Malaysia kukuh sepanjang masa dan sukar untuk
diganggu gugat oleh anasir-anasir luar. Sebenarnya nilai-nilai
asas itu sudah pun diterima, dipersetujui dan diamalkan secara
konkrit sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Namun,
kita harus akui bahawa perpaduan sebagai satu proses yang
membabitkan pelbagai elemen bukan satu perkara yang mudah
kerana dalam mana-mana masyarakat, terutamanya masyarakat
majmuk sering wujud pelbagai konfik yang perlu diurus dengan
bijaksana.
Perkauman halangan perpaduan
Elemen-elemen perkauman sering menjadi halangan utama
kepada proses perpaduan. Kuasa pemecah masyarakat inilah
sering timbul disebabkan permainan sesetengah ahli politik
atau kumpulan tertentu yang mempunyai agenda sempit, iaitu
di luar dari landasan kepentingan nasional. Justeru, proses
perpaduan harus mampu memperkukuh elemen-elemen
seperti persefahaman, toleransi, penerimaan dan perundingan.
Ia memerlukan kita merangka dan melaksana mekanisme yang
Mohd Ayop Abd Razid
Penganalisis Media PDN.
13
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
FOKUS | MENTARI OGOS 2013
berkesan supaya masyarakat yang terpisah dari segi budaya,
sosial dan lokasi dapat disatukan di bawah semangat atau roh
kebersamaan dengan berpegang kepada satu identiti nasional.
Proses penyatuan
Di negara kita, proses penyatuan kaum ini lebih banyak
melibatkan proses integrasi, akomodasi dan akulturasi. Semua
proses terbabit dilakukan melalui pelbagai dasar yang konkrit
seperti dasar yang membabitkan integrasi wilayah, integrasi
sosial, integrasi pendidikan, integrasi kebudayaan, integrasi
ekonomi dan integrasi politik.
Dasar-dasar itu mesti dijaga, malah mesti terus diperkukuh
supaya kewujudan kita sebagai sebuah negara bangsa tidak
tergugat disebabkan berlakunya konfik dan perpecahan
dalam masyarakat yang sudah kita bina sejak negara mencapai
kemerdekaan dan juga diperkukuh melalui pembentukan
Malaysia. Justeru, dasar dan objektif perpaduan di negara
kita adalah untuk mengurangkan segregasi (pemisahan) dan
kerenggangan dalam perhubungan kaum serta meningkatkan
integrasi antara wilayah-wilayah yang ada di dalam Persekutuan
Malaysia.
Perlu kepada pengorbanan
Pada hemat penulis, integrasi nasional yang kukuh hanya dapat
berkembang apabila masyarakat pelbagai kaum bersedia untuk
melakukan pengorbanan sebagai langkah penyesuaian antara
banyak perbezaan, perasaan dan keinginan berasaskan kaum.
Pengorbanan ini akan membawa kepada berkembangnya sikap
toleransi, persefahaman dan penerimaan sehingga terciptanya
kesedaran dan kesediaan untuk mengidentifkasikan akar
persamaan di antara budaya-budaya etnik yang ada.
Gagasan 1Malaysia
Jika sikap positif ini dapat diamalkan dalam kehidupan
masyarakat kita maka makin berkuranglah aspek-aspek negatif
yang memecahkan masyarakat seperti prasangka, prejudis dan
diskriminasi. Gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh DatoSri
Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah satu inisiatif kerajaan
untuk memperkukuh perpaduan nasional. Gagasan perpaduan
itu menekankan prinsip keseimbangan (fairness), keadilan
(justice), kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of
belonging). Justeru, gagasan 1Malaysia menekankan hak untuk
hidup di negara ini bukanlah monopoli sesuatu kaum kerana
sikap mengutamakan kaum tanpa mempedulikan orang lain
akan membawa kepada pemisahan etnik (segregasi).
Perlembagaan dan Rukun Negara sebagai
landasan
Namun, semua itu mestilah berasaskan landasan Perlembagaan
dan Rukun Negara. Di dalam perlembagaan ada digariskan
perkara-perkara berkaitan hubungan etnik. Manakala, Rukun
Negara pula menjadi ideologi, falsafah dan pedoman hidup
kenegaraan. Semua pihak harus menghormati lunas-lunas
perlembagaan dan berpegang kukuh kepada prinsip-prinsip
Rukun Negara.
Komitmen berterusan
Komitmen kerajaan untuk memperkukuh perpaduan dalam
kalangan rakyat terbukti apabila Najib mencadangkan
penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN).
Cadangan penubuhan majlis itu dijangka akan dimulakan pada
awal tahun depan. Cadangan terbabit kena pada masanya
memandangkan selepas PRU-13 semacam wujud perpecahan
dalam kalangan masyarakat berasaskan kaum dan ideologi
politik. Selain itu, kerajaan juga sedang berusaha menggubal
Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan
1948. Akta itu akan menekankan tiga prinsip utama, iaitu:
i) menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan
kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan
tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana
Raja;
ii) menangani perbuatan dan perlakuan yang mengembangkan
perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau
golongan penduduk berlainan agama; iii) menangani perbuatan
dan perlakuan mempersoalkan apa-apa perkara yang
dilindungi di bawah Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan
Persekutuan.
Harapan kita ialah semua pihak termasuk kalangan parti
pembangkang akan bersikap positif dan terbuka menerima
dan menyokong penubuhan MKPN itu nanti dan juga
menerima serta menyokong penggubalan Akta Keharmonian
Nasional. Kerajaan mahu menjadikan MKPN dan Akta itu
sebagai kaedah terbaik untuk melangkah ke hadapan demi
kesejahteraan rakyat dan masa Malaysia yang stabil, kukuh,
harmoni dan maju. M
14
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
PATRIOTIK | MENTARI OGOS 2013
Bulan Ogos dan September merupakan bulan bersejarah
buat negara. Negara kita mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957 manakala penubuhan Malaysia ialah pada
16 September 1963. Ini bermakna pada tahun ini kita
menyambut hari kemerdekaan negara ke-56 dan hari
Malaysia yang ke-50. Sabah dan Sarawak merdeka pada
hari penubuhan Malaysia.
Kedua-dua bulan ini dianggap sebagai bulan sambutan
kemerdekaan. Apa jua acara dan aktiviti memperingati
kemerdekaan sangat sesuai dilakukan sepanjang bulan
kemerdekaan ini.
Antara aktiviti atau amalan yang boleh dikatakan sinonim
dengan sambutan bulan kemerdekaan ialah aktiviti
mengibar Jalur Gemilang iaitu bendera rasmi negara.
Bagi mereka yang nipis semangat patriotisme atau
kenegaraannya mungkin akan bertanya, kenapa perlu
mengibarkan Jalur Gemilang? Jika mereka yang faham
dan menebal semangat kenegaraannya akan berfkir
secara positif erti sebuah bendera.
Jalur Gemilang
Kebanggaan Negara
15
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
PATRIOTIK | MENTARI OGOS 2013
Bagi rakyat yang tinggi sifat patriotisme akan melihat
bendera kebanggaan negara mempunyai nilai dan darjat
yang cukup istimewa. Jalur Gemilang merupakan sehelai
kain yang dicorakkan dengan 14 jalur merah dan putih
yang bermaksud mewakili keanggotaan 13 buah negeri
dan sebuah Wilayah Persekutuan serta mempunyai anak
bulan dan bintang berwarna kuning yang membawa
maksud agama Islam sebagai agama rasmi. Sementara,
warna biru melambangkan perpaduan dalam kalangan
rakyat yang berbilang kaum.
Jalur Gemilang memiliki makna ideologi dan menjadi
saksi sejarah terhadap kemerdekaan, kedaulatan dan
kewujudan identiti kita sebagai sebuah negara bangsa
yang berdaulat di pentas dunia. Seorang warga negara
yang prihatin terhadap kedaulatan negaranya akan
memberikan penghormatan sewajarnya dengan tidak
akan memijak, menconteng dan mengoyakkan bendera
tanah airnya.
Selain itu, ia juga akan memastikan Jalur Gemilang
yang ingin dikibarkan itu berada dalam keadaan
yang baik dan sempurna. Jalur Gemilang akan dilipat
dan dibentangkannya dengan baik dan tertib serta
diletakkan di tempat yang bersih dan layak seperti
di premis-premis bangunan, kediaman dan kenderaan
sebagai tanda menghargai Jalur Gemilang yang menjadi
kebanggaan negara.
Apa pun, mengibarkan Jalur Gemilang bukanlah satu-
satunya cara bagi menunjukkan semangat patriotisme
tetapi sekurang-kurangnya sambutan kemerdekaan
negara yang disambut setahun sekali ini diperindahkan
melalui kemeriahan kibaran Jalur Gemilang. Apatah lagi
jika ia dilakukan dengan penuh penghayatan terhadap
erti kemerdekaan sebuah negara yang berdaulat yang
menjadi kebanggaan kita semua. M
Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
telah membariskan barisan kabinet yang baru selepas
Pilihan Raya Umum ke-13. Barisan kabinet itu terdiri
daripada muka baru dan lama yang akan mendukung
Gagasan 1Malaysia dan program transformasi yang
telahpun dilakukan oleh kerajaan.
Barisan kabinet yang terdiri daripada mereka yang
berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda
Kabinet
Mendukung
Transformasi
dilihat mampu membawa negara ke arah kecemerlangan
dan meneruskan agenda transformasi nasional. Seramai
30 menteri dilantik bagi menerajui 24 kementerian,
manakala 27 timbalan menteri dilantik dalam kabinet
baru ini. Bagi pihak rakyat, mereka mengharapkan kabinet
baharu ini akan benar dapat mendokong aspirasi rakyat
dan berpegang kepada falsafah pentadbiran kerajaan hari
ini iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. M

Ini memperlihatkan kepercayaan, keyakinan tinggi,


penghargaan dan pengiktirafan Perdana Menteri
terhadap kebolehan serta kewibawaan pemimpin-
pemimpin Sabah untuk menerajui kementerian-
kementerian penting di peringkat pusat. Terima kasih
untuk Perdana Menteri.
Datuk Seri Musa Aman
Ketua Menteri Sabah

Ini merupakan barisan kepimpinan yang


seimbang terutama dalam menampilkan muka-
muka baharu yang pastinya sesuai dengan
kehendak dan aspirasi
golongan muda masa kini.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Ini adalah hadiah paling bermakna buat pengundi


Sabahenam menteri dan empat timbalan menteri
adalah daripada Sabah.
Datuk Seri Mohd. Shae Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Terima kasih kepada semua dan saya amat


memerlukan pandangan, teguran dan nasihat bagi
saya menunaikan tanggungjawab yang diberikan ini.
Datuk Ismail Abdul Muttalib
Timbalan Menteri Sumber Manusia

Saya akan menggunakan pengalaman selama lima


tahun sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan/
Inovasi) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
untuk memajukan bidang inovasi sebagai sumber
pendapatan ke arah menjadikan Malaysia negara
berpendapatan tinggi.
Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Satu tanggungjawab besar yang perlu saya


pikul bagi membawa perubahan dalam kedudukan
sosio-ekonomi masyarakat India di negara ini. Ini
seumpama perkhidmatan dari rakyat kepada rakyat.
Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
Reaksi Kabinet Baharu
Apa kata mereka...
18
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
KHIDMAT KAMI | MENTARI OGOS 2013
MENTARI : Boleh Dato Anuwar
ceritakan sejarah ringkas TLDM.
Dato Anuwar : TLDM merupakan
salah satu cabang perkhidmatan dalam
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang
bertanggungjawab terhadap aspek
keselamatan dan kedaulatan negara,
selain Tentera Darat Malaysia (TDM)
dan Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM).
Sejarah TLDM bermula sejak 79 tahun
yang lalu dengan penubuhan Tentera
Laut Simpanan Sukarelawan Negeri
Selat atau Straits Settlement Naval
Volunteer Reserve (SSNVR) pada 27
April 1934. Ia ditubuhkan oleh Kerajaan
Kolonial British di Singapura bagi
membantu Tentera Laut Diraja British
mempertahankan kawasan perairan
Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat
ekoran daripada pergolakan politik di
Asia. Pasukan ini kemudiannya telah
berkembang dengan penubuhan unit
di Pulau Pinang pada tahun 1938 dan
seterusnya dikenali sebagai Malayan
Royal Naval Volunteer Reserve (MRNVR).
Semasa Perang Dunia Kedua, SSNVR
telah dikerahkan untuk perkhidmatan
aktif sebagai unit dalam Royal Navy Malay
Section, juga dipanggil Royal Malay Navy
ataupun Malay Navy dengan kekuatan
seramai 400 orang anggota. Pasukan
ini telah menjalani latihan di HMS
PELANDOK, Sembawang, Singapura.
Keanggotaan Malay Navy kemudiannya
meningkat kepada 1450 orang apabila
perang meletus di Asia Tenggara. Apabila
darurat di Tanah Melayu diisytiharkan
pada 24 Disember 1948, akibat
ancaman pengganas komunis, pihak
British telah mengaktifkan semula Malay
Navy dan dikenali dengan Malayan
Naval Forces (MNF). Misi utama MNF
ialah mengawasi pesisir pantai Tanah
Melayu bagi menghalang pengganas
komunis daripada memperoleh bantuan
bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini
juga diberi tugas mengawal laluan ke
Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain.
Pada bulan Ogos 1952, Ratu Elizabeth II
telah mengurniakan gelaran Diraja
kepada MNF di atas perkhidmatan
MNF yang cemerlang ketika Darurat,
menjadikan MNF dikenali sebagai
Tentera Laut Diraja Malaya (Royal
Malayan Navy).
Tentera Laut Diraja Malaya telah
diserahkan secara rasmi kepada
Persekutuan Tanah Melayu pada 12
Julai 1958 dan seterusnya menandakan
TLDM bertanggungjawab sepenuhnya
mempertahankan perairan Persekutuan
Tanah Melayu. Tentera Laut Diraja
Malaya dinamakan semula sebagai
Tentera Laut Diraja Malaysia seiring
dengan pembentukan Malaysia pada 16
September 1963.
Bermula sebagai sebuah tentera laut
pesisir pantai atau Brown Water Navy,
kini TLDM telah berjaya mencapai
status sebagai sebuah Blue Water Navy.
TLDM kini telah dilengkapi dengan
beberapa buah pangkalan tentera laut,
kapal selam, kapal perang, kapal ronda,
bot tempur, helikopter, pasukan selam,
pasukan khas laut dan kemudahan lain
bagi menyokong pengoperasian TLDM.
TLDM juga turut mempunyai kekuatan
anggotanya seramai 2469 pegawai
dan 15,374 lain-lain pangkat yang
berkepakaran dalam pelbagai bidang.
MENTARI : Tanggapan masyarakat
terhadap peranan dan tanggungjawab
yang dilaksanakan oleh TLDM.
Dato Anuwar : TLDM memainkan
peranan penting dalam aspek
keselamatan dan pertahanan maritim
sejajar dengan misi untuk melindungi
kedaulatan dan kepentingan maritim
negara. Tanggungjawab yang diamanahkan
ini amat besar kepada TLDM
memandangkan Malaysia merupakan
sebuah negara maritim kerana
mempunyai jumlah kawasan perairan
yang luas. Bagi menyokong matlamat
ini, TLDM komited untuk memastikan
keselamatan komuniti maritim
sentiasa terpelihara. Komitmen ini
telah diterjemahkan melalui Piagam
Pelanggan TLDM yang memberi
fokus kepada 11 perkara utama
merangkumi penyediaan angkatan
laut yang seimbang dan kredibel,
pelaksanaan operasi dan eksesais
dengan cemerlang serta menjalinkan
jaringan pertahanan dua hala dan
pelbagai hala yang erat.
Bagi menilai persepsi dan keyakinan
masyarakat kepada TLDM, TLDM
telah menetapkan Indeks Keyakinan
Awam sebagai salah satu Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) TLDM. Beberapa
kaji selidik telah dilaksanakan sejak
beberapa tahun kebelakangan
bagi mengetahui tahap keyakinan
masyarakat terhadap TLDM dalam
melaksanakan peranannya. Hasil kaji
selidik yang dilaksanakan mendapati
tahap keyakinan awam terhadap
TLDM adalah tinggi terutamanya
dalam aspek pelaksanaan operasi di
kawasan perairan bagi menentukan
Laksamana Pertama
Dato Anuwar Bin Mad Said
Asisten Ketua Staf Pengurusan Strategik
TLDM
BROWN WATER NAVY kepada
BLUE WATER NAVY
19
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
KHIDMAT KAMI | MENTARI OGOS 2013
keselamatan maritim negara. Ini adalah
hasil daripada pelaksanaan aktiviti
operasi dan rondaan yang berterusan di
kawasan-kawasan yang berkepentingan di
samping hubungan yang erat antara TLDM
dengan komuniti maritim. Penglibatan
TLDM dalam menangani insiden yang
berlaku seperti misi menyelamatkan kapal
MT NAUTICA daripada tawanan lanun
dan operasi pembenterasan rompakan
di laut terutamanya di kawasan perairan
Selat Melaka berjaya mewujudkan
keyakinan masyarakat terhadap keupayaan
TLDM. Selain itu, peranan TLDM dalam
melaksanakan Operasi Fajar di Teluk
Aden turut diiktiraf bukan sahaja oleh
masyarakat tempatan tetapi juga di
peringkat antarabangsa.
TLDM juga turut melaksanakan
Tanggungjawab Sosial Korporat melibatkan
aktiviti-aktiviti seperti memberi bantuan
kemanusiaan dan bencana alam, aktiviti
Jiwa Murni, bantuan penerbangan
ihsan, bantuan perubatan menggunakan
hyperbaric chamber untuk penyelam
awam dan sebagainya. Pelaksanaan
tanggungjawab ini adalah salah satu
inisiatif bagi mewujudkan hubungan serta
kerjasama yang erat serta harmoni antara
TLDM dan masyarakat.
Secara umumnya, masyarakat Malaysia
mengetahui tentang peranan yang dimainkan
oleh TLDM dalam memastikan kedaulatan
perairan negara sentiasa terpelihara.
Kesedaran ini walau bagaimanapun perlu dan
akan terus ditingkatkan memandangkan
peranan TLDM kini bukan sahaja mencakupi
kawasan maritim tetapi juga diperairan
luar negara di mana Malaysia mempunyai
kepentingannya.
MENTARI : Agenda transformasi TLDM ke
arah mencapai misi dan visi TLDM.
Dato Anuwar : Pada tahun 2010,
Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj
Jaafar telah memperkenalkan 6 teras
transformasi TLDM ke arah mencapai
visi menjadi sebuah tentera laut
bertaraf dunia. 6 Teras Transformasi
tersebut ialah Sikap, Penambahbaikan
Proses, Kecekapan dan Profesionalisme,
Kepatuhan Kepada Peraturan dan
Undang-undang, Integriti dan Inisiatif
Penjimatan.
Bagi memastikan agenda transformasi
ini dapat direalisasikan dengan lancar,
TLDM telah membangunkan Pelan
Strategik TLDM untuk memastikan
setiap teras yang digariskan mencapai
matlamat yang ditetapkan. Pelan ini
menjadi panduan utama TLDM dalam
merancang dan melaksanakan strategi
ke arah mencapai misi dan visi yang
ditetapkan. Pelan ini juga akan disokong
oleh pelaksanaan inisiatif-inisiatif
baru yang boleh memberi impak dan
perubahan kepada TLDM. Agenda
transformasi TLDM turut memberi
penekanan terhadap budaya kreatif,
inovatif dan kompetetif yang menjadi
elemen penting dalam menyokong
program transformasi yang dirancang.
Penerapan budaya ini perlu agar setiap
program dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan.
Kesungguhan TLDM dalam melaksanakan
transformasi turut diterjemahkan melalui
tema sambutan Hari Ulang Tahun TLDM
ke-79 pada 27 April 2013 yang lalu.
Bertemakan Warga Berinovasi Menjana
Transformasi, tema ini jelas menunjukkan
bahawa proses transformasi TLDM
adalah dijana oleh warga yang mempunyai
inovasi dan kreativiti yang tinggi.
Sepanjang tempoh 79 tahun yang lepas,
TLDM telah melalui pelbagai proses
transformasi. Transformasi yang paling
jelas ialah transformasi keupayaan
daripada Brown Water Navy kepada Blue
Water Navy. Daripada permulaan yang
serba kekurangan, warga TLDM kini
boleh berbangga dengan status sebagai
tentera laut yang mengoperasikan kapal
selam dan pesawat helikopter yang
canggih. Proses transformasi Armada
turut merangkumi perolehan platform-
platform baru bagi menggantikan
platform-platform yang telah usang.
Selain itu pengenalan aset-aset baru
turut dilakukan untuk menampung
keperluan operasi semasa dan masa
hadapan.
MENTARI : Apakah strategi TLDM untuk
mengekalkan kecemerlangan yang telah
dikecapi?
Dato Anuwar : Pelan Strategik TLDM
merupakan pelan utama yang digunakan
dalam memastikan TLDM dapat
mengekalkan kecemerlangan yang
telah diperoleh. Pelan ini menggariskan
strategi-strategi yang akan dilaksanakan
oleh TLDM dalam usaha mencapai
misi dan visinya. Pelan yang dirangka
bagi tempoh 8 tahun ini akan
menjadi platform utama TLDM dalam
memastikan agenda transformasi TLDM
dapat berjalan lancar.
Laksamana Pertama Dato Anuwar bin
Mad Said dilahirkan di Pulau Sebang,
Melaka pada 16 November 1958.
Beliau memasuki perkhidmatan melalui
Skim Pegawai Kadet Pengambilan ke-
18 pada tahun 1976 dan seterusnya
ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM
sebagai Leftenan Muda TLDM pada 21
Disember 1978.
Sepanjang 32 tahun perkhidmatannya,
Laksamana Pertama Dato Anuwar
bin Mad Said telah menjawat pelbagai
perjawatan penting sebagai staf dan juga
pemerintah di markas dan unit TLDM.
Antara jawatan yang telah disandang
oleh beliau adalah sebagai Timbalan
Pegawai Bekalan Kapal Logistik dan
Pegawai Pembelian MX1A di Depot
Besar Logistik TLDM. Beliau juga
memegang portfolio yang penting dalam
perkhidmatan TLDM sebagai Pegawai
Memerintah Depot Peluru dan Letupan
TLDM, Pegawai Memerintah Depot
Bekalan Armada, Pengarah Pengurusan
Peralatan Merangkap Ketua Pengarah
Cawangan Material, Pengarah Cawangan
Teknologi Maklumat dan juga sebagai
Asisten Ketua Staf Sumber Manusia,
Markas Tentera Laut. Beliau kini
diberikan kepercayaan oleh Pengurusan
Tertinggi TLDM untuk memegang
jawatan Asisten Ketua Staf Pengurusan
Strategik, Markas Tentera Laut mulai 24
Februari 2011.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Sastera
(Kajian Pertahanan) daripada Universiti
Kebangsaan Malaysia, Laksamana Pertama
Dato Anuwar bin Mad Said amat dikenali
sebagai seorang pegawai yang tegas,
berdisiplin serta komited dalam tugasnya.
Beliau seterusnya dinaikkan Pangkat
Laksamana Pertama dan dianugerahkan
pingat Darjah Kebesaran Dato Sultan
Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) dan
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)
yang membawa gelaran Dato. Beliau
mendirikan rumah tangga bersama Datin
Norani Ab Kadir pada 29 Ogos 1980 dan
dikurniakan empat orang cahaya mata.
Laksamana Pertama Dato Anuwar bin
Mad Said menjadikan sukan Golf sebagai
hobi di masa lapangnya.
Sidang redaksi MENTARI berpeluang
menemu ramah Laksamana Pertama
Dato Anuwar bin Mad Said bagi
mendapatkan perkembangan terkini
Pengurusan Strategik, Angkatan Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM) di
MINDEF, Kuala Lumpur.
20
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
KHIDMAT KAMI | MENTARI OGOS 2013
Pelan Strategik TLDM yang dibangunkan
berasaskan metodologi Balanced
Scorecard (BSC) ini difokuskan kepada
pencapaian 3 Teras Strategik dan
14 Objektif Strategik yang telah
ditetapkan. 3 Teras Strategik yang
dimaksudkan adalah Keupayaan
Angkatan, Kecemerlangan Operasi
serta Perhubungan dan Penglibatan
Strategik. Dalam aspek Keupayaan
Angkatan, TLDM akan memberi fokus
dalam usaha menyediakan angkatan
laut yang seimbang dan kredibel.
Aspek Kecemerlangan Operasi pula,
TLDM akan memberi tumpuan ke
arah mencapai kecemerlangan dalam
pelaksanaan operasi dan eksesais.
Manakala, dalam aspek Perhubungan
dan Penglibatan Strategik, TLDM akan
mengeratkan jaringan pertahanan
dua hala dan pelbagai hala ke arah
mewujudkan kerjasama pertahanan
yang unggul.
Bagi menyokong 3 Teras Strategik
tersebut, 14 Objektif Strategik yang
dipecahkan kepada 4 perspektif iaitu
Pihak Berkepentingan (Stakeholder),
Pengurusan Sumber (Resource
Management), Proses Pembolehan
(Enabling Process) dan Keupayaan
Organisasi (Organizational Capacity)
telah dikenal pasti. 14 Objektif Strategik
tersebut ialah Kesiagaan Tertinggi,
Sumber Yang Dioptimumkan, Tadbir
Urus Yang Cemerlang, Kerjasama
Awam dan Tentera Yang Padu, Polisi
dan Doktrin Yang Relevan, Operasi
dan Eksesais Yang Berkesan, Kerjasama
Pertahanan Yang Progresif, Peperangan
Informasi dan Interoperabiliti Operasi
Yang Berkemampuan, Aset dan Infra
Yang Mampan, Bantuan Logistik Yang
Berkesan, Budaya Kecemerlangan Yang
Berterusan, Pasukan Simpanan Yang
Aktif, Pengurusan Modal Insan Yang
Dinamik dan Warga Yang Bermotivasi.
Objektif Strategik ini akan menjadi
strategi pengerak dalam pelaksanaan
Pelan Strategik TLDM untuk mencapai
kecemerlangan yang dihasratkan.
Bagi memastikan Pelan Strategik TLDM
ini dapat dilaksanakan dengan berkesan,
ia telah diterjemahkan kepada Piagam
Pelanggan yang merupakan suatu
komitmen berterusan TLDM kepada
rakyat dan negara. 11 pernyataan di
dalam Piagam Pelanggan TLDM ini
merangkumi kesemua strategi yang
telah digariskan di dalam PS1320.
Bagi mengukur pencapaian PS1320,
TLDM telah menetapkan KPI bagi
setiap Objektif Strategik yang
digariskan. KPI ini akan menentukan
sama ada strategi tersebut berjaya
mencapai matlamat yang ditetapkan.
Manakala, setiap KPI pula akan
disokong oleh pelaksanaan inisiatif
dan pelan tindakan yang bersesuaian.
Inisiatif dan pelan tindakan ini akan
diurus dan dilaksanakan secara
berkesan bagi memastikan setiap
sasaran yang ditetapkan dapat dicapai
dengan cemerlang.
Di samping itu, TLDM turut melaksanakan
pengurusan risiko terhadap pelan
strategik di mana setiap KPI yang
ditetapkan dianalisis bagi mengenal pasti
kemungkinan sebarang risiko yang bakal
dihadapi. Seterusnya risiko tersebut akan
ditangani sama ada melalui tindakan
kawalan mahupun mitigasi.
MENTARI : Penerapan nilai-nilai murni
dalam TLDM.
Dato Anuwar : Sebagai organisasi
ketenteraan, warga TLDM telah dilatih
dan diterapkan dengan nilai dan etika
murni sejak mereka mula memasuki
perkhidmatan. Proses pertukaran
daripada seorang awam kepada anggota
tentera memerlukan perubahan dari
segi sikap, cara hidup, prinsip dan
pemikiran yang harus dipegang sebagai
anggota keselamatan.
Bagi memastikan nilai-nilai murni
sentiasa diterapkan ke dalam diri
setiap warga, TLDM telah menetapkan
empat (4) Nilai Teras TLDM yang harus
dihayati, diamal dan dibudayakan. Empat
nilai teras tersebut ialah Kemuliaan,
Kesetiaan, Keberanian dan Kebanggaan.
Nilai teras ini menjadi prinsip TLDM
dan perlu dihayati oleh setiap peringkat
warga.
Nilai teras ini juga merupakan elemen
yang terkandung di dalam Pelan
Strategik TLDM. Ia menjadi asas utama
kepada TLDM dalam membangunkan
warga yang mempunyai jati diri yang
Keutamaan akan terus diberikan kepada penyediaan
angkatan laut yang seimbang dan kredibel bagi melindungi
kedaulatan dan kepentingan maritim negara.
21
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
KHIDMAT KAMI | MENTARI OGOS 2013
kukuh dalam usaha merealisasikan
setiap strategi yang digariskan.
Beberapa inisiatif bagi membudayakan
penerapan Nilai Teras TLDM di kalangan
warga telah dilaksanakan antaranya
penerbitan Buku Nilai Teras TLDM
dan Lagu Nilai Teras TLDM. Kedua-dua
inisiatif ini telah dilancarkan oleh Yang
Berbahagia Panglima Tentera Laut pada
tahun 2011. Buku Nilai Teras TLDM
yang diterbitkan dalam dwibahasa ini
telah dijadikan rujukan kepada warga
dalam menghayati serta memahami
secara mendalam maksud tersirat dan
tersurat di sebalik Nilai Teras TLDM
ini. Manakala, lagu Nilai Teras TLDM
yang dihasilkan turut dinyanyikan pada
setiap minggu dan semasa upacara-
upacara tertentu untuk meningkatkan
penghayatan terhadap Nilai Teras TLDM.
Di samping itu juga, usaha penerapan
nilai teras turut dimasukkan ke dalam
kurikulum pembelajaran di pusat-pusat
latihan TLDM. Usaha ini akan memastikan
setiap pegawai dan anggota TLDM yang
baru menyertai perkhidmatan TLDM
diberi pendedahan awal tentang nilai
teras TLDM. Pendedahan awal ini secara
langsungnya akan dapat memupuk nilai
dan etika yang murni ke dalam diri
setiap warga TLDM.
MENTARI : Cabaran yang dihadapi dalam
konteks global.
Dato Anuwar : Dalam usaha TLDM
mengharungi arus masa kini, beberapa
cabaran perlu ditempuhi oleh TLDM.
Antara cabaran utama semasa adalah isu
keusangan dan kekurangan aset TLDM.
Keusangan aset akan mempengaruhi
keberkesanan pelaksanaan operasi
dan misi yang dimandatkan. Walau
bagaimanapun, isu ini sentiasa diberi
perhatian di mana beberapa inisiatif telah
dilaksanakan bagi mengatasi kekangan ini
melalui program pemodenan peralatan
dan pemanjangan jangka hayat aset.
Sementara itu, projek pembinaan
kapal-kapal baru turut direalisasikan
antaranya pembinaan kapal latihan dan
Littoral Combatant Ship (LCS). Namun,
pembinaan ini adalah bergantung pada
kemampuan kewangan negara kerana ia
melibatkan perbelanjaan yang besar.
Menyediakan modal insan yang
profesional dan kompeten seiring
dengan perkembangan semasa juga
merupakan antara cabaran utama yang
perlu dihadapi oleh TLDM. Kemahiran
dan pengetahuan warga dalam
mengendali sesuatu peralatan perlu
seiring dengan perubahan teknologi yang
cepat. Dalam konteks ini, warga TLDM
perlu sentiasa peka dengan sebarang
perkembangan teknologi semasa agar
tidak ketinggalan contohnya dalam bidang
ICT. Perkembangan yang pesat dalam
bidang ini memerlukan warga TLDM
untuk mengambil inisiatif agar mereka
sentiasa peka untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka.
MENTARI : Harapan TLDM untuk jangka
masa panjang.
Dato Anuwar : Sebagai sebuah organisasi
pertahanan yang bertanggungjawab
menjaga kedaulatan dan kepentingan
maritim negara, TLDM sentiasa berusaha
untuk memberikan yang terbaik kepada
kesejahteraan rakyat dan negara. Justeru,
TLDM akan berusaha sedaya upaya
untuk meningkatkan tahap kesiagaan dan
keupayaan angkatan dari semasa ke semasa
seiring dengan perkembangan serta
cabaran semasa. Proses memperlengkapkan
keupayaan sistem pertahanan maritim
yang dikendalikan oleh warga yang
profesional akan menjadi tumpuan
utama dalam memastikan tiada
pencerobohan dan ancaman luar yang
mampu menggangu gugat keamanan
negara.
TLDM akan meneruskan agenda
transformasi yang telah digariskan
untuk melaksanakan core business
sebagai sebuah tentera laut yang moden.
Keutamaan akan terus diberikan kepada
penyediaan angkatan laut yang seimbang
dan kredibel bagi melindungi kedaulatan
dan kepentingan maritim negara.
TLDM akan kekal komited untuk
melaksanakan semua penugasan dan
tanggungjawab yang diamanahkan oleh
kerajaan dan rakyat demi memastikan
keselamatan dan kedaulatan maritim
negara sentiasa terpelihara. M
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56
dari kami untuk seluruh rakyat Malaysia
22
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
UMUM | MENTARI OGOS 2013
Persoalan dengan perbincangan mengenai isu kahwin lewat,
berkahwin tetapi akhirnya bercerai seakan tiada noktahnya.
Persepsi masyarakat nyata kian berbeza. Seolah-olah isu
ini selari dengan peredaran zaman dan tiada apa yang perlu
dirisaukan. Namun dari sudut kesejahteraan dan pembangunan
keluarga, isu ini tidak boleh dipandang ringan. Menurut Timbalan
Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Anjli Panalal K. Doshi, untuk
memberi nilai kesejahteraan itu bukanlah satu perkara yang
mudah kerana terpaksa menghadapi pelbagai cabaran masa
kini. Antara cabaran masa kini adalah senario kahwin lewat
dan penceraian. Di banyak negara, isu kahwin lewat menjadi
masalah nasional kerana melibatkan soal institusi kekeluargaan,
kependudukan, populasi dan kelangsungan sumber tenaga
manusia, jelas beliau kepada penulis ketika diwawancara di
pejabatnya di LPPKN.
Kenyataan Dr. Anjli ada asasnya dan hal trend kahwin lewat
membawa implikasi yang negatif kepada institusi kekeluargaan.
Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada
tahun 2000 menunjukkan bahawa 30 peratus wanita di negara
ini yang berumur antara 25 hingga 29 tahun masih belum
berkahwin berbanding dengan 25 peratus lelaki yang berumur
antara 30 hingga 34 tahun. Sementara faktor yang menyumbang
kepada isu kahwin lewat adalah seperti berikut:
Senario ini secara tidak langsung memberi kesan kepada
jumlah populasi dan tahap kesuburan penduduk di negara ini.
Daripada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara,
kadar kesuburan penduduk di Malaysia pada tahun 1991 adalah
3.4 anak dan menurun dengan drastik pada 2009 kepada 2.2
anak. Tidak mustahil kadar ini terus menurun hingga ke hari
ini. Namun, bagaimana jika dikatakan fenomena sedemikian
adalah disengajakan disebabkan pelbagai faktor yang boleh
diperincikan dalam kalangan wanita mahupun lelaki seperti
kedudukan kewangan, tiada calon yang sesuai serta kepentingan
kerjaya.
Peningkatan taraf hidup berkait rapat dengan kedudukan
kewangan kerana ia menjamin kestabilan sesebuah keluarga.
Apabila kedudukan kewangan menjadi faktor penghalang,
mereka tidak bersedia untuk memberikan komitmen kepada
keluarga yang dibina. Namun, jika wujudnya tolong menolong
dalam membina sebuah keluarga. Masalah kewangan boleh
diatasi sekiranya mampu berkomunikasi dengan baik sesama
pasangan, ujar Dr. Anjli.
Selain itu, faktor ketiadaan calon yang sesuai menjadikan wanita
mahupun lelaki lebih suka membujang. Merujuk kepada LPPKN,
19.4 peratus responden lelaki dan 40 peratus responden wanita
merangkumi 27.8 peratus daripada 1192 orang responden
menyatakan bahawa faktor tiada calon sesuai menyebabkan
mereka tidak berkahwin.
Faktor memilih pasangan yang setaraf menjadi punca 30 peratus
golongan wanita yang berumur 25 tahun hingga 29 tahun masih
belum berkahwin. Ketika ini, golongan wanita yang berjawatan
tinggi semakin meningkat bilangannya berbanding dengan kaum
lelaki di negara ini. Mengakui kehidupan kaum wanita masa kini
boleh dikatakan sempurna dari sudut berpendidikan tinggi serta
kerjaya yang baik. Dan, sesetengah wanita turut mengakui boleh
hidup tanpa seorang lelaki. Ini mengambil kira beberapa faktor
termasuk kebebasan, komitmen dan tanggungjawab apabila
berkahwin. Namun, wujud juga perasaan takut untuk membina
mahligai apabila memikirkan kehidupan berumah tangga yang
sangat mencabar seperti suami yang berkecenderungan untuk
berpoligami, kahwin kontrak dan sebagainya.
Kahwin lewat
Penceraian
Trend Terkini?
Oleh: Hasnida Samsudin
BPDN
Faktor
Kahwin Lewat
Lelaki
(peratus)
Wanita
(peratus)
Jumlah
(peratus)
Kestabilan kewangan 44.8 14.0 32.3
Tiada calon yang
sesuai
19.4 40.0 27.8
Kemajuan kerjaya 12.6 8.4 10.9
Komitmen terhadap
keluarga
6.3 7.2 6.7
Selesa hidup
membujang
3.6 8.4 5.5
Bimbang komitmen
perkahwinan
3.6 2.8 3.2
Lain-lain 9.8 19.2 13.6
Jumlah 100 100 100
Sumber: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
23
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
UMUM | MENTARI OGOS 2013
Tidak keterlaluan juga, jika dikatakan kahwin lewat biasanya
melanda golongan wanita yang berprofl tinggi. Wanita sebegini
dikatakan agak selektif dalam memilih pasangan hidup.
Menurut Pakar Perubatan dari Hospital Kangar, Dr. Teh Nadia,
tidak mustahil bagi kalangan wanita ini bertemu jodoh akhirnya.
Kebanyakan mereka yang mengambil keputusan untuk
berkahwin telah bersedia dari pelbagai aspek. Perkahwinan
seumpama kontrak jangka masa panjang apabila pasangan
tersebut bersetuju untuk mengharungi kehidupan bersama,
sama ada waktu susah mahupun senang. Sungguhpun demikian,
di sebalik perjanjian tersebut, pasangan mungkin bersedia
untuk bercerai jika tiada lagi persefahaman, ujar beliau ketika
dihubungi penulis baru-baru ini.
Bukan trend masyarakat
Walau bagaimanapun, isu-isu yang berkaitan kahwin dan cerai
adalah bukan perkara yang boleh dijadikan trend atau gaya
hidup masyarakat. Menurut Dr. Anjli, kadar penceraian semakin
meningkat di mana kes didaftarkan adalah 49,666 kes / setahun
iaitu 43,137 adalah daripada kalangan muslim dan 6,529 adalah
bukan muslim. Apa yang pasti terdapat faktor yang membawa
keruntuhan institusi perkahwinan. Jika dilihat, realiti kehidupan
masyarakat sekarang jauh berbeza dengan 20-30 tahun dahulu.
Sistem kehidupan kekeluargaan yang kukuh, kebergantungan
isteri kepada suami sebagai pencari nafkah utama keluarga,
dan tarikan persekitaran yang tidak sehebat sekarang antara
faktor krisis rumah tangga masih dapat diselamatkan. Kini,
faktor kebergantungan isteri dari aspek ekonomi kepada suami
semakin berkurangan. Kebanyakan pasangan adalah bekerja
dan oleh itu, faktor sara hidup bukan lagi masalah utama dan
pasangan bebas memilih untuk membuat keputusan demi
kepentingan masing-masing.
Bagi kaum wanita yang berpelajaran, apabila mendapati hak-
hak mereka dalam perkahwinan dinafkan dan pihak suami
juga tidak berusaha untuk menjalankan tanggungjawab yang
sewajarnya sebagai ketua keluarga, jalan penyelesaian yang
terbaik adalah bercerai. Dalam hal ini, perkahwinan tidak
boleh bertahan hanya berbekalkan cinta dan kasih sayang
semata-mata. Ini adalah kerana sesuatu hubungan boleh
musnah jika adanya konfik seperti masalah kewangan yang
semakin menghimpit disebabkan peningkatan kos sara hidup
serta bilangan ahli keluarga yang semakin bertambah. Menurut
laman web Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),
www.akpk.org.my, jika pasangan berkahwin sering bertengkar
berkaitan kekurangan wang, itu adalah petanda pasangan
tersebut menghadapi masalah kesulitan wang dan jika tidak
ditangani dengan bijak, mungkin penceraian boleh berlaku.
Selain faktor kewangan, perkenalan yang singkat juga turut
menjadi punca penceraian. Menurut Kaunselor Berdaftar, Encik
Chua, individu yang berkahwin tanpa benar-benar mengenali
pasangan adalah menjadi penyebab utama penceraian di
negara ini. Usia perkenalan seharusnya berlaku dalam tempoh
sekurang-kurangnya enam bulan bagi membolehkan pasangan
mengenali hati budi masing-masing, jelas beliau.
24
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
UMUM | MENTARI OGOS 2013
Selain itu, perkahwinan tanpa persetujuan keluarga juga
membawa kepada kemusnahan institusi perkahwinan.
Kelangsungan ikatan perkahwinan adalah berhubung kait dengan
jalinan harmoni antara keluarga pasangan. Hal ini merupakan kunci
utama mengekalkan kebahagiaan rumah tangga, tambah beliau
lagi.
Begitu juga, latar belakang keluarga juga menyumbang kepada
penceraian jika tidak ditangani dengan bijak. Lebih buruk, ada
sesetengah ibu bapa bertindak menghasut anak mereka bercerai
lantaran tidak menyukai menantu mereka. Contoh yang boleh
diambil kira ialah berlaku konfik dalam keluarga apabila salah
seorang pasangan berkahwin tidak berharta yang akhirnya
membawa kepada keretakan dalam perkawinan.
Adakah benar jika berkahwin dan kemudian bercerai dirasakan
sebagai jalan penyelesaian masalah rumah tangga? Meskipun
penceraian adalah jalan terakhir tetapi boleh dielakkan dengan
mencari kaedah penyelesaian lain terlebih dahulu. Perkahwinan
adalah proses semula jadi bagi membolehkan pasangan saling
mengenali antara satu sama lain. Ianya mungkin mengambil masa
yang lama, namun perkara utama yang perlu diberi perhatian
adalah aspek pengurusan emosi kedua-dua belah pihak dalam
menangani krisis rumah tangga, jelas Chua.
Usaha LPPKN
Sementara itu, dapatan kajian yang telah dijalankan oleh
LPPKN melalui kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia
2004 ke-4 (MPFS-4) yang dijalankan setiap sepuluh tahun
mendapati bahawa antara punca penceraian adalah masalah
ketidakfahaman antara pasangan, suami tidak bertanggungjawab
dan campur tangan orang ketiga. Selain itu, tuntutan sara hidup
yang semakin meningkat serta berbelanja melebihi pendapatan.
Masalah komunikasi juga turut menjadi faktor penyumbang
seperti kurang memahami dan mengambil berat keperluan
pasangan; mementingkan diri; bahasa dan nada suara tinggi serta
kasar; kurang menjaga maruah pasangan; perbezaan budaya dan
perspektif; masalah seksual; dan tuntutan komitmen, masa dan
terlalu dalam kerjaya.
Menurut Dr. Anjli, bagi membantu pasangan yang menghadapi
konfik, LPPKN juga menyediakan perkhidmatan sokongan
keluarga, kaunseling perkahwinan dan kaunseling keluarga
menerusi kaunselor berdaftar seramai 68 orang (18 orang
kaunselor tetap dan 50 orang kaunselor panel).
Daripada data Kaunseling LPPKN berkaitan masalah
perkahwinan pada tahun 2012 adalah seperti berikut:
Bagi meningkatkan kesejahteraan dan mencapai objektif
melahirkan penduduk berkualiti, LPPKN telah mempergiatkan
serta meningkatkan program dan aktiviti berkaitan perkahwinan,
kekeluargaan dan keibubapaan. Antara peranan yang dimainkan
ialah penyaluran maklumat, pengetahuan dan panduan melalui
Kursus Pra Perkahwinan SMARTSTART, Pakej Modul KASIH
yang dibangunkan berasaskan kepada kitaran hidup keluarga,
program untuk keluarga dwi-kerja iaitu keluarga @kerja,
perkhidmatan kaunseling keluarga.
Menurut Dr. Anjli, SMARTSTART merupakan program khusus
untuk pasangan pengantin baru serta bakal pengantin. Kursus
ini dijalankan dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO)
serta badan agama dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia,
Inggeris, Mandarin dan Tamil. Kursus ini bertujuan memberi ilmu
pengetahuan, kemahiran bagi persediaan awal perkahwinan di
samping membina sikap positif terhadap diri pasangan masing-
masing. Antara topik-topik yang disediakan merangkumi aspek
persediaan perkahwinan, kesihatan keluarga, kehamilan dan
kelahiran cahaya mata. Kesemua topik ini diyakini bersesuaian
dan amat berguna bagi bakal pengantin malahan pasangan
yang telah lama berkahwin sebagai sumber untuk menambah
pengetahuan dan kemahiran berkaitan alam perkahwinan,
terang Dr. Anjli.
Ketika ditanya mengenai pembangunan keluarga sejahtera,
Dr. Anjli menaruh harapan agar keluarga sejahtera dapat
direalisasikan walaupun pada masa ini pelbagai cabaran sedia
menanti. Isu keluarga semakin meningkat selari dengan
peredaran masa dan kemasukan budaya luar serta teknologi
baru berorientasi jaringan internet. LPPKN berharap dapat
meningkatkan kesejahteraan keluarga yang diukur dengan
Indeks kesejahteraan keluarga agar melepasi indeks 8.0
seperti saranan Perdana Menteri semasa pelancaran Bulan
Keluarga Kebangsaan di Pahang. Oleh yang demikian, setiap
lapisan masyarakat haruslah merebut peluang menyertai
program-program dan fasiliti yang LPPKN sediakan agar
matlamat menjadikan keluarga di Malaysia sejahtera tercapai
dan seterusnya menjamin kemakmuran negara, jelas Dr. Anjli
mengakhiri perbualan. M

Kategori Keluarga Lelaki Perempuan
Pra Perkahwinan 7 26
Perkahwinan 152 362
Perpisahan 39 59
Penceraian 35 113
Keibubapaan 23 86
Anak-anak 30 135
Keganasan rumah tangga 1 11
Seksual 5 28
Orang Ketiga 3 19
Poligami 1 17
Komunikasi 20 31
Kewangan 23 57
Jumlah 339 944
Pakej Modul KASIH yang
dibangunkan berasaskan kepada
kitaran hidup keluarga, program
untuk keluarga dwi-kerja iaitu
keluarga @kerja, perkhidmatan
kaunseling keluarga.
25
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
TAZKIRAH | MENTARI OGOS 2013
Bersyukur
Dengan
Nikmat-Nya
Allah SWT telah memberi pelbagai kenikmatan kepada
kita. Hasil pembangunan dan kemajuan negara dapat kita
kongsikan bersama. Sungguhpun hidup dalam kalangan
masyarakat yang berbilang bangsa, kita masih bersatu hati,
hormat menghormati dan menghayati perpaduan demi untuk
kestabilan negara tercinta. Menerusi kepimpinan tadbir urus
negara yang cemerlang, kehidupan kita bertambah selesa
dengan mempunyai pekerjaan tetap dan gaji yang halal. Justeru,
kita mampu merasai nikmat berbelanja dengan membeli
berpakaian yang indah lagi menarik di samping berupaya
menikmati juadah makanan yang sedap lagi menyelerakan.
Memiliki kediaman yang selesa turut tidak dilupakan kerana
kita berkemampuan.
Namun, kita pastinya akan lebih bahagia jika mensyukuri
nikmat dan rahmat yang Allah SWT berikan itu. Kecil atau
besar nikmat yang dirasai bukan untuk bermegah dan
berbangga diri sebaliknya kita sama-sama berbisik dalam hati,
terima kasih ya Allah, nikmat dan rahmat yang kau turunkan
memang tidak terhitung. Aku akan lebih menghargai dan
menyayangi diriku dan apa yang aku capai. Walaupun tidak
sehebat mana, tetapi sekurang-kurangnya aku lebih baik
daripada orang lain yang lebih lemah daripadaku. M
Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya
Allah SWT telah menundukkan untuk (kepentingan
kamu) apa yang ada di langit dan apa yang ada di
bumi dan menyempurnakan nikmat-Nya untuk
kamu zahir dan batin.
(Surah Luqman: ayat 20)
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah SWT (yang
dilimpahkan kepada kamu), kamu pasti tidak tidak
akan dapat menghitungnya satu per satu.
( Surah An-Nahl: ayat 18)
26
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
EKONOMI RAKYAT | MENTARI OGOS 2013
Selaras dengan pelancaran Program Transformasi Luar Bandar
(RTP), kerajaan telah melancarkan Pusat Transformasi Luar
bandar (RTC) sebagai mekanisme untuk mengoptimumkan
potensi luar bandar dan menjanakan pertumbuhan ekonomi
luar bandar. RTC berfungsi sebagai pusat pembekalan agro-
makanan dan agri-bisnes yang menghubungkan pengeluar
dengan pengguna seluruh negara serta memperhebatkan
rangkaian pemasaran produk desa.
Berikutan pengumuman bajet 2013 oleh Perdana Menteri,
Dato Sri Mohd Najib, kerajaan telah mempercepatkan
transformasi luar bandar menjadi kawasan yang produktif,
maju dan berdaya saing. Kini, MID seluruh Negara dijadikan
Mini RTC secara berperingkat.
Kepentingan Mini RTC dalam usaha mentransformasi
masyarakat luar bandar telah menjadi agenda tetap dalam
Mesyuarat National Strategik Executive Summit (NSES)
secara mingguan dan pelaporannya di bawah agenda NBOS
5: Converting MID into Mini RTC dan NBOS 8: Pelaksanaan
Strategic Linkages Between Existing UTCs1, RTCs1 dan
Mini RTCs. Hasilnya, Mini RTC akan menjadi platform untuk
menyelaras semua program daripada pelbagai agensi/jabatan
berlandaskan konsep Strategi Lautan Biru Nasional 5 (NBOS
5 dan NBOS 8).
Fokus juga tertumpu kepada usaha menggalakkan kolaborasi
pelbagai agensi/jabatan/ swasta dalam aspek tenaga dan kepakaran
bagi melaksanakan program di premis Mini RTC. Kolaborasi
yang dilaksanakan bertujuan untuk memaksimakan penggunaan
sumber sedia ada di pelbagai kementerian yang terlibat bagi
mencipta lonjakan dalam pembangunan luar bandar melalui
penjimatan kos serta pelaksanaan program/aktiviti dalam
tempoh yang singkat.
Transformasi
Medan Infodesa (MID)
kepada Mini RTC
Encik Omar bin Samsuri
27
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
EKONOMI RAKYAT | MENTARI OGOS 2013
Encik Omar bin Samsuri, salah seorang penduduk Kg Sg
Haji Muhamad, Daerah Hilir Perak telah menjalankan usaha
perniagaan kedai mini kampung bermula tahun 2003. Menurut
beliau, menerusi transformasi yang dilaksanakan, beliau turut
mendapat faedah antaranya khidmat nasihat daripada pihak
FAMA, dan bantuan peralatan yang dibekalkan secara percuma.
Hasilnya, pendapatannya meningkat lima kali ganda dan
menjadikan kehidupan bertambah sejahtera.
Pendapatnya di sokong oleh Encik Hafz seorang peniaga kedai
mini daripada Daerah Lekir, Perak. Menurut Hafz, pelanggan
sekarang bijak dengan memilih barangan yang bermutu dan
murah. Selain itu faktor kebersihan kedai serta penyusunan
barangan yang teratur dan cantik menjadi daya penarik untuk
pelanggan selalu datang membeli barangan keperluan di
kedainya. Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas insentif
yang diterima antaranya daripada pihak FAMA.
Bagi pengusaha Lina Cookies, Puan Roslina Harun, 44
tahun, berpendapat lokasi kilangnya di RTC, Gopeng Perak
memberi satu kelebihan untuknya memasarkan produk dan
seterusnya menjalinkan rantaian bisnes yang mantap terutama
Kolaborasi yang dilaksanakan bertujuan untuk
memaksimakan penggunaan sumber sedia ada di
pelbagai kementerian yang terlibat bagi mencipta
lonjakan dalam pembangunan luar bandar melalui
penjimatan kos serta pelaksanaan program/aktiviti
dalam tempoh yang singkat.

daripada syarikat korporat. Beliau menceburkan diri dalam


perusahaan ini sejak tiga tahun lepas dan mengakui usahanya
telah menampakkan hasil dengan nilai jualannya adalah antara
50 hingga 60 ribu sebulan dan jualannya meningkat setiap kali
musim perayaan. Saya berterima kasih kepada FAMA kerana
sentiasa mengambil berat dengan memberi khidmat nasihat
serta menawarkan bantuan peralatan kepada saya. Langkah
pihak kerajaan dalam mewujudkan RTC sebagai satu hentian
pelbagai perkhidmatan memberi kemudahan kepada pengeluar
untuk memasarkan produk secara terus kepada pelanggan
memberikan pulangan yang lumayan di samping menjimatkan
masa dan tenaga, ujarnya. M
Encik Haz
Puan Roslina Harun
28
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
INFO | MENTARI OGOS 2013
Penganjuran Persidangan Akauntan
Sektor Awam Kebangsaan ini adalah
bertepatan dengan usaha Jabatan
Akauntan Negara Malaysia untuk
meningkatkan pengetahuan pegawai
perkhidmatan perakaunan ke arah
pelaksanaan perakaunan akruan
Pengurusan perubahan merupakan salah
satu cabaran yang paling kritikal dalam
menentukan kejayaan transformasi ini.
Pelaksanaan perakaunan akruan adalah
selaras dengan Dasar Transformasi
Sektor Awam yang digariskan dalam
Model Baru Ekonomi. Pelaksanaannya
akan memberi kesan signifkan dalam
pengurusan fskal berhemat serta
dapat mempertingkatkan kecekapan
pengurusan kewangan dan perakaunan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri.
Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak telah meluluskan pelaksanaan
perakaunan akruan yang merupakan
salah satu daripada 21 inisiatif SRI Public
Finance Lab dan Jabatan Akauntan
Negara Malaysia merupakan lead agency
bagi pelaksanaan tersebut.
Pelaksanaan perakaunan akruan bagi
pengurusan kewangan dana perakaunan
di peringkat Kerajaan Persekutuan akan
bermula pada tahun 2015 manakala
pelaksanaan diperingkat Kerajaan
Negeri mulai tahun 2016.
Asas perakaunan yang diamalkan
oleh kerajaan pada masa kini
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri kini mengamalkan asas
perakaunan tunai ubahsuai iaitu satu
kaedah perakaunan yang mengiktiraf
dan merekod sesuatu urusniaga
kewangan apabila tunai diterima atau
dibayar dalam tempoh perakaunan
tersebut. Di bawah kaedah ini,
perbelanjaan aset tidak dipermodalkan
dan liabiliti tidak dilaporkan di dalam
penyata kewangan, segala perbelanjaan
akan menggunakan peruntukan tahun
PELAKSANAAN PERAKAUNAN
AKRUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
DAN KERAJAAN NEGERI
Sumber: Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kewangan Malaysia
semasa dan pembayaran dibuat sehingga
bulan Januari tahun berikutnya.
Faedah pelaksanaan
perakaunan akruan
Antara faedah yang akan diperolehi
dengan pelaksanaan perakaunan akruan
adalah:
Memberi gambaran kedudukan
kewangan Kerajaan yang lebih
menyeluruh dan tepat;
Meningkatkan ketelusan dan
akauntabiliti Kerajaan dalam
pengurusan kewangan dan akaun;
Menambahbaik pengurusan
kewangan dan perakaunan Kerajaan
melalui tadbir urus yang baik (good
governance) serta menjurus kepada
value for money;
Meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan Kerajaan dengan
penjanaan laporan prestasi dan
penyata kewangan secara lebih
lengkap dan menyeluruh;
Pengukuran kesan polisi secara
lebih efektif melalui pelaksanaan
perakaunan pengurusan; dan
Memberi petunjuk yang lebih baik
dalam pengurusan kewangan secara
berhemat.
Strategi Pelaksanaan
Bagi melancarkan pelaksanaan perakaunan
akruan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia
yang diberi tanggungjawab sebagai lead
agency telah merancang dan sedang
melaksanakan strategi berikut:
Polisi dan Piawaian
Menetapkan polisi perakaunan dan
seterusnya mengeluarkan Piawaian
Perakaunan Sektor Awam Malaysia
(MPSAS) berdasarkan International
Public Sector Accounting Standard (IPSAS).
Sehingga kini, 7 MPSAS (daripada
keseluruhan 30 MPSAS) telah diluluskan
manakala 6 deraf dedahan dalam
proses untuk kelulusan. Sementara itu,
polisi perakaunan akruan juga telah
diluluskan oleh Jawatankuasa pemandu
Perakaunan Akruan Jabatan Akauntan
Negara Malaysia.

Undang-undang dan Peraturan
Mencadangkan pindaan ke atas
Perlembagaan Persekutuan, Akta
Prosedur Kewangan 1957, Akta
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan,
Akta Wang Tak Dituntut dan Akta
Tabung Amanah Negara. Semua
cadangan pindaan sedang dalam
tindakan Bahagian Undang-undang
Kemeneterian Kewangan.
Proses dan Teknologi
Sistem perakaunan akan dinaiktaraf
mengguna pakai satu pangkalan data
berpusat, berintegrasi dengan sistem
utama seperti ePerolehan, Sistem
Pemantauan Projek (SPPII), Human
Resources Management Information
System (HRMIS), Outcome Based
Budgeting (OBB) dan sistem kewangan
lain.
Proses kewangan dan perakaunan
sedang dikaji semula dengan mengambil
kira persekitaran perakaunan akruan.
Sumber Manusia
Keperluan sumber manusia dikaji semula
untuk pelaksanaan perakaunan akruan.
Bahagian Akaun Kementerian akan
diwujudkan atau dimantapkan sebagai
Pejabat Perakaunan bagi melaksanakan
fungsi-fungsi perakaunan pengurusan,
perundingan, perakaunan kewangan,
pemantauan serta pentadbiran dan
kewangan.
Program pengurusan perubahan
dilaksanakan untuk memberi pendedahan
dan pengetahuan sebagai persediaan ke
arah pelaksanaan perakaunan akruan. M
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan Malaysia
PENERBIT TERUNGGUL KERAJAAN
TERISI MINDA DENGAN KAMI
30
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
GLOBAL | MENTARI OGOS 2013
Setelah kejatuhan Hosni Mubarak, politik Mesir mula
mengorak langkah ke arah yang lebih demokratik. Satu
lembaran baru politik Mesir mula terserlah apabila pilihan
raya yang demokratik, bebas dan adil dilaksanakan di negara
itu. Pilihan raya itu menyaksikan Ikhwan Muslimin mendapat
tempat di hati rakyat Mesir. Dalam keputusan Pilihan Raya
Parlimen Mesir yang pertama selepas kejatuhan Hosni
Mubarak, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), iaitu sayap
Ikhwan Muslimin memenangi jumlah kerusi tertinggi dengan
memenangi 235 (47 peratus) kerusi daripada 498 kerusi
Parlimen yang dipertandingkan.
Walaupun memenangi peratusan yang besar kerusi
Parlimen, namun Ikhwan Muslimin mulanya tidak mahu
mengambil bahagian dalam pemilihan kerusi Presiden. Apa
yang mereka harapkan ialah mahu terlibat aktif di Parlimen
bagi membentuk dasar dan polisi-polisi pembangunan yang
dapat memberikan manfaat kepada rakyat Mesir secara adil.
Namun, ia telah mendapat pelbagai reaksi rakyat Mesir. Malah,
beberapa pemimpin berpengaruh parti itu mahukan Ikhwan
Muslimin bertanding untuk kerusi Presiden. Antaranya,
anggota Majlis Syura Ikhwan Muslimin, Dr. Abdel Moneim
Aboul Fotouh. Beliau mengkritik secara terbuka dan
menganggap keputusan itu membawa parti itu melangkah ke
belakang setelah rakyat memberi kepercayaan kepada parti
itu dalam pilihan raya peringkat Parlimen. Kritikan keras
beliau itu menyebabkan beliau dipecat keanggotaannya.
Pendirian Majlis Syura Ikhwan Muslimin mula berubah
menjelang hampirnya pilihanraya Presiden. Mengambil kira
tuntutan semasa serta kehendak rakyat dan anggota parti
itu, akhirnya Ikhwan Muslimin bersetuju untuk meletakkan
calon bagi bertanding kerusi Presiden. Ini dilakukan melalui
FJP dengan mengemukakan dua calon, iaitu Dr Khairat Al-
Shater dan Dr Muhammad Morsi.
Presiden pertama dipilih melalui pilihan raya
Morsi hanyalah calon tambahan bagi menghadapi
kemungkinan Dr Khairat Al-Shater gagal melepasi penapisan
kelayakan untuk bertanding jawatan Presiden. Apa yang
dijangkakan itu berlaku dan Dr Morsi yang layak dan
akhirnya memenangi pilihan raya pada 30 Jun 2012 dengan
mendapat 51.7 peratus undi. Morsi boleh dianggap presiden
pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih melalui pilihan raya
yang dijalankan secara demokratik.
Sebagai parti yang memperjuangkan Islam sejak mula
penubuhannya, Ikhwan Muslimin mahu mengambil
pendekatan wasatiyyah seperti yang dianjurkan Islam.
Justeru, sebaik sahaja dilantik menjadi Presiden, Morsi mahu
bekerjasama dengan semua pihak bagi membangunkan
kembali Mesir serta menerapkan pelaksanaan Islam secara
sederhana.
Kredibiliti Morsi sebagai pemimpin demokrasi amat terserlah.
Pemimpin yang hafaz keseluruhan al-Quran itu mahu
membuka ruang demokrasi yang luas, termasuk memberikan
kebebasan kepada media massa serta hak rakyat untuk
berhimpun secara aman. Namun, mengemudikan Mesir
yang telah lama di bawah cengkaman kediktatoran dan
pemikiran sekular bukannya mudah.
Mubarak tinggal beban hutang negara
Dr. Morsi memahami hakikat bahawa ia akan berhadapan
dengan tentangan dan cabaran besar. Lagi pun mentadbir
rakyat Mesir tidak semudah mentadbir rakyat Malaysia
di mana watak dan pengalaman sejarahnya cukup
berbeza. Bekas presiden diktator, Hosni Mubarak juga
meninggalkan beban hutang negara yang besar melalui
sistem pentadbirannya yang korup.
Justeru, banyak polisi yang ingin dilaksanakan oleh
Presiden Morsi tidak disenangi pelbagai pihak dan
institusi yang telah lama bertapak di era Mubarak.
Beberapa kelemahan pentadbiran beliau dijadikan landasan
oleh penentang-penentangnya untuk menjatuhkan beliau.
Institusi ketenteraan Mesir menjadi medium ampuh untuk
menggulingkan Morsi.
Kaedah rampasan kuasa
Sepatutnya Parlimen digunakan sebaik mungkin untuk
mengkritik dan membetulkan kelemahan pentadbiran
Morsi dan seterusnya menanti tempoh pilihan raya akan
datang sekiranya mahu menukar kerajaan. Cara ini dilihat
lebih demokratik daripada kaedah rampasan kuasa yang
PENENTANG DAN
TANGAN GHAIB
JATUHKAN MORSI
Mohd Ayop Abd Razid
Penganalisis Media PDN.
31
MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
GLOBAL | MENTARI OGOS 2013
didalangi oleh mereka yang memang pada awal lagi tidak
senang dengan kemenangan Ikhwan Muslimin. Tidak
mustahil di belakang atau di balik tabir penentang itu ada
tangan-tangan ghaib yang terlibat mencatur politik Mesir.
Golongan terbabit tidak mungkin mahu berpegang dan
menghargai nilai kebebasan yang dibuka oleh Morsi. Ini
termasuk golongan yang terlalu liberal yang berfkiran
sekular yang kononnya memperjuang keadilan dan
kebebasan turut bersekongkol menjatuhkan Morsi secara
tidak sah. Golongan liberal seperti ini juga terdapat
di negara kita yang mahu meruntuhkan semangat
perlembagaan dan kerajaan sah yang diangkat oleh rakyat
melalui pilihan raya.
Seruan Morsi agar mereka mengadakan dialog dan
perundingan untuk sama-sama menghadapi pelbagai
cabaran yang dihadapi Mesir selepas rejim Mubarak
juga tidak dihiraukan mereka. Presiden Morsi naik
secara demokratik melalui pilhan raya yang bebas dan
adil. Justeru, jika mana-mana pihak tidak berpuas hati
dengannya maka Parlimen dan pilihan raya harus dijadikan
landasannya. Apa yang berlaku ialah golongan yang tidak
berpuas hati itu bersekongkol dengan pihak tentera bagi
menjatuhkan Presiden.
Media cetus ftnah,
orang kepercayaan berpaling tadah
Rampasan kuasa itu berlaku pada 4 Julai 2013 dipimpin
oleh Ketua Majlis Angkatan Bersenjata Mesir, Jeneral
Abdul Fatah As-Sisi. Syeikul Al-Azhar, Ahmed al-
Tayyeb yang dilantik oleh Hosni Mubarak menyokong
rampasan kuasa itu. Sebelum ini beberapa media di
Mesir menuduh Ikhwan Muslimin bekerjasama dengan
Amerika Syarikat (AS) untuk memecat Menteri
Pertahanan, Abdul Fattah As-Sisi. Tujuan mereka
adalah mahu melaga-lagakan antara Ikhwan Muslimin
dan institusi tentera.
Media terbabit juga cuba mencetuskan konfik antara
hakim dengan kerajaan pimpinan Morsi dengan
menyebarkan berita tidak benar kononnya Ikhwan mahu
mengurangkan had usia persaraan golongan hakim. Fitnah
juga disebarkan kononnya Ikhwan Muslimin terbabit
dalam peristiwa keracunan makanan yang menimpa
beratus-ratus pelajar Universiti Al-Azhar.
Orang kepercayaan bersekongkol
Siapa sangka orang kepercayaan Morsi, Dr. Abdel
Moneim Aboul Fotouh boleh bersekongkol dengan
golongan yang merampas kuasa secara tidak bermaruah.
Beliau bukannya seorang yang tidak pernah melalui
tarbiyyah Islamiyyah kerana beliau pernah bersama
gerakan Islam tetapi kini sanggup berpaling tadah untuk
menggulingkan Dr Morsi. Adalah tidak realistik apabila
pihak tentera menafkan bahawa ianya satu rampasan
kuasa sedangkan dunia tahu bahawa mereka telah
menduduki dan menguasai stesen televisyen, mengawal
lapangan terbang bagi menyekat perjalanan pemimpin
Ikwan Muslimin. Malah tentera Mesir turut berkonvoi di
jalan-jalan utama bersama kereta kebal. Tentera seolah-
olah sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan
penyokong Morsi yang kini mengadakan himpunan bagi
membantah rampasan kuasa itu.
Kini, Mesir kemungkinan besar akan melalui satu lagi
pergolakan besar yang boleh mengundang hura-hara
di negara itu. Penyokong Morsi bertindak balas dengan
turun ke jalan raya. Jumlah mereka dijangkakan lebih
ramai daripada yang berhimpun menentang Morsi. Harus
diingat bahawa Ikhwan Muslimin mempunyai anggota
dan penyokong yang cukup ramai. Pengaruh pertubuhan
yang diasaskan oleh Hassan Al-Banna itu tidak boleh
diperkecilkan sama sekali.
Pemimpin dan anggota Ikhwan Muslimin adalah golongan
yang sentiasa melalui proses tarbiyyah Islamiyyah yang
cukup berkesan. Mereka mempunyai semangat juang yang
cukup tinggi dan mereka tahu dalam keadaan masa yang
bagaimana untuk bertindak. Selain itu, kelompok golongan
muda yang berperanan menjatuhkan Hosni Mubarak dan
juga menentang Morsi di Dataran Tahrir mula mengubah
haluan dengan menyokong Morsi.
Harap Mesir kembali tenang
Mereka bersedia untuk menyokong Morsi kerana marah
tidak bersetuju dengan sikap penentang Morsi yang
keterlaluan serta bersekongkol dengan penyokong Mubarak
dan tentera. Kita berharap keadaan di Mesir akan kembali
tenang dan satu pilihan raya yang baru wajar diadakan atau
kuasa dikembalikan kepada Morsi yang dipilih oleh rakyat.
Sudah pasti kita tidak mahu Mesir menjadi medan permainan
kuasa asing untuk melemahkan umat Islam di sana yang
merupakan sebahagian daripada umat Islam yang digeruni
oleh kuasa kuffar. Walaupun Presiden Amerika Syarikat,
Barrack Obama menggesa agar kuasa pemerintahan Morsi
dikembalikan, namun kita ragu dengan gesaan itu.
Seperti yang diketahui bahawa Zionist Israel adalah kuasa
yang tidak menyenangi kejayaan Ikhwanul Muslimin.
Justeru, Obama yang tetap mesra dengan Israel tidak
mungkin ikhlas dan bersungguh-sungguh mahukan kuasa
itu dikembalikan kepada Morsi yang diangkat secara sah
oleh rakyat Mesir. M
Diterbitkan oleh :
Laman web : www.penerangan.gov.my E-mel : webmaster@inform.gov.my
Kekuatan perpaduan,
integrasi yang tinggi
menjadikan kita
aman dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai