1. Nama : Wan Naimah Fadhilah Bt Wan Chik 2. Mata Pelajaran : Pendidikan Islam 3. Kelas : 1 Furqan 4. Tarikh : 1 April 2014 5. Masa : 9.00 10.00 pagi 6. Bilangan Murid : 33 orang. (15 Lelaki) (18 Perempuan) 7. Bidang : Adab Dan Akhlak Islamiyah 8. Tajuk : Adab Makan Dan Minum 9. Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah membaca doa sebelum makan. 2. Murid membasuh tangan sebelum makan. 10. Standard Kandungan : 5.1 Memahami dan mengamal adab makan dan minum. 11. Standard Pembelajaran : 5.1.1 Menyebut adab makan dan minum Sebelum makan dan minum Semasa makan dan minum Selepas makan dan minum 5.1.2 Menyatakan kelebihan mengamalkan adab makan dan minum 5.1.3 Membaca dan menghafaz doa sebelum dan selepas makan serta minum 12. Hasil Pembelajaran Aras 1 : Murid boleh menyebut adab sebelum makan dan minum. Aras 2 : Murid boleh menyebut adab selepas makan dan minum. Aras 3 : Murid dapat menyatakan 2 kelebihan mengamalkan adab makan dan minum. 13. Kemahiran Berfikir : 1. Menyenaraikan adab makan dan minum 2. Menyenaraikan kebaikan mengamalkan dan keburukan tidak mengamalkan adab makan dan minum 14. Gabung Jalin : Sirah cara pemakanan Rasulullah SAW 15. Penerapan Ilmu : Sains kelebihan makan dan minum dengan cara yang betul 16. EMK : 1. ICT : Pengenalan kepada penggunaan komputer dan LCD dalam PdP. 2. Kreativiti : Murid dapat menyenaraikan kebaikan dan keburukan tidak mengamalkan adab makan dan minum. 3. Keusahawanan : Murid berinteraksi sesama mereka dan dengan guru. 17. Bahan Bantu Mengajar : Komputer, pembesar suara, LCD, lembaran kerja, carta, silde, pinggan, mangkuk Langkah /masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran & pembelajaran Catatan Aktiviti Guru dan Murid.
Muqaddimah (2 minit)
Bacaan doa
1) Guru masuk ke dalam kelas dan memberi salam kepada murid. 2) Murid berdiri dan menjawab salam guru. 3) Guru meminta murid membaca doa sebelum belajar. 4) Murid membaca doa seperti yang diminta oleh guru. 5) Guru membaca doa bersama- sama dengan murid. 6) Guru meminta murid duduk dan bersedia untuk belajar. 7) Murid duduk mengikut arahan guru.
Set induksi (5 Minit)
Bahan maujud (pinggan, mangkuk dan cawan)
1) Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan dengan bahan maujud tersebut. ( Apakah fungsi pinggan? ) 2) Murid memberi pelbagai jawapan ( Untuk makan. ) 3) Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan diajar
Teknik: Soal jawab
BBM: Bahan maujud (pinggan)
Nilai: Berani Bersungguh- sungguh
KBKK: Menjana idea
Langkah 1 (20 Minit)
1. Carta adab sebelum makan
1. Cuci tangan terlebih dahulu 2. Makanan halal dimakan 4. Duduk dengan tertib 5. Berpakaian sopan 6. Dahulukan makanan yang paling hampir dengan tempat duduk. 7. Membaca doa Makan
2. Doa Makan
1) Guru mempamerkan carta adab sebelum makan kepada kelas. 2) Murid memerhatikan carta adab yang dipamerkan. 3) Guru meminta seorang pelajar tampil kehadapan dan memegang carta tersebut. 4) Seorang murid tampil ke hadapan untuk memegang carta. 5) Guru meminta murid untuk membaca carta secara kelas (beramai-ramai). 6) Murid membaca carta adab sebelum makan secara beramai- ramai. 7) Guru meminta seorang murid mengetuai bacaan carta. 8) Seorang murid membaca dan murid lain mengikutnya. 9) Guru menerangkan tentang adab sebelum makan kepada murid- murid. 10) Murid mendengar penerangan daripada guru. 11) Guru memainkan slide audio doa sebelum makan. 12) Murid mendengar dengan teliti. 13) Guru meminta murid membaca doa sebelum makan secara beramai-ramai. 14) Murid membaca doa secara beramai-ramai. 15) Guru meminta seorang murid mengetuai bacaan doa dan murid lain mengikutnya. 16) Seorang murid mengetuai bacaan doa dan murid lain mengikutnya.
Teknik: Penerangan
Latih tubi
BBM: Carta
Slide
Pembesar suara
Nilai: Berani
Bersungguh- sungguh
Langkah 2 (20 Minit)
1. Adab selepas makan
1. Basuh tangan hingga bersih 2. Pastikan lebihan makanan ditutup dengan kemas 3. Kemaskan meja makan 5. Membaca doa selepas makan
2. Doa selepas makan
1) Guru menampal carta kosong bertajuk Adab Selepas Makan pada papan putih. 2) Guru bertanyakan kepada murid tentang pengalaman mereka tentang adab selepas makan. 3) Murid menceritakan pengalaman masing-masing tentang adab selepas makan di rumah. 4) Guru menerangkan tentang adab selepas makan menggunakan slaid 5) Murid mendengar dengan teliti penerangan daripada guru. 6) Guru meminta murid menampal adab selepas makan pada jadual kosong di hadapan. 7) Murid menampal adab selepas makan pada jadual kosong. 8) Guru memperdengarkan audio doa selepas makan 9) Murid mendengar dengan teliti 10) Guru meminta murid membaca doa sebelum makan secara beramai-ramai. 11) Murid membaca doa secara beramai-ramai. 12) Guru meminta seorang murid mengetuai bacaan doa dan murid lain mengikutnya. 13) Seorang murid mengetuai bacaan doa dan murid lain mengikutnya.
Teknik: Penerangan
Sumbangsaran
Perbincangan
Soal Jawab
BBM : Manila Kad
Slide
Pembesar suara
Nilai:
Berani
Kerjasama
KBKK:
Menjana idea
Langkah 3 (8 Minit)
Kebaikan mengikut adab makan dan minum serta keburukan tidak mengikut adab makan dan minum.
kebaikan keburukan 1. 1. 2. 2. 3. 3.
1) Guru memberi sehelai kertas yang mempunyai jadual kosong bertajuk Kebaikan mengamalkan dan keburukan tidak mengamalkan adab makan dan minum. 2) Guru meminta murid untuk mengisi jadual kosong berikut. 3) Murid mengambil masa untuk berfikir dan mengisi jadual kosong yang diberikan. 4) Guru meminta beberapa orang murid untuk membentangkan jawapan yang telah ditulis dalam jadual berkenaan. Murid yang aktif akan diberikan hadiah misteri daripada guru. 5) Murid mengangkat tangan untuk membentangkan jawapan mereka.
Teknik:
Latih tubi
Soal jawab
BBM:
Lembaran kerja
KBKK :
Menjana idea
Penutup (5 minit)
Merumus kembali adab-adab sebelum dan selepas makan dan minum serta menasihati murid agar dapat mengamalkan adab makan dan minum selepas ini.
1) Guru merumuskan kembali adab-adab makan dan minum. 2) Murid mendengar dengan teliti rumusan yang dibuat oleh guru. 3) Guru meminta murid membaca doa sebelum dan selepas makan secara beramai-ramai 4) Murid membaca doa makan secara beramai-ramai.