Anda di halaman 1dari 2

PERGERAKAN PUTERI UMNO

BAHAGIAN JELEBU





TAJUK USUL :

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN MELALUI MEDIA SOSIAL

Terima kasih pengerusi persidangan.





Yang berusaha Puan Rosilawati Bte Abd Malek, Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Bahagian Jelebu
Barisan Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Jelebu
Yang dikasihi pemerhati dari UMNO Bahagian Jelebu En Abd Malek Bin Abd
Manap, En Azmi Bin Yusof dan Puan Raja Misariah Bte Raja Hamzah
Ketua-ketua Pergerakan Puteri cawangan
Hadirin & Hadirat serta semua perwakilan Puteri UMNO Bahagian Jelebu.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh & Salam Perjuangan,
Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya pada
hari yang mulia ini kita semua dapat bersama-sama untuk menjalankan amanah
dan tanggungjawab yang telah diberikan.
Saya Noor Syafiqah Bt Jalaluddin diberi tugas dan tanggungjawab untuk
membawakan dan membentangkan usul berkaitan dengan Media Sosial seperti
facebook, telegram, wechat, twitter, whatsApp atau juga mudah dikenali sebagai
jaringan alam maya dalam persidangan kita pada kali ini.
Menyedari bahawa dalam usaha mengecapi keharmonian dalam
masyarakat dan menikmati kemakmuran dalam negara, serta bagi menjamin
pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020, maka pengujudan perpaduan dikalangan rakyat pelbagai
agama, kaum serta latar belakang dinegara ini adalah menjadi suatu kemestian
kepada kita semua;
Menerima bahawa prinsip-prinsip rukun negara yang mengariskan
tatasusila kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan serta norma-norma
sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan
perundangan yang telah digubal pada 31 Ogos 1970, sebagai ideologi bersama
yang perlu kita junjung dan kita pertahankan;
Mengakui hakikat bahawa semangat kerjasama serta suasana perpaduan
dikalangan rakyat telah mula merenggang melalui pelbagai bentuk prasangka,
kebencian dan penghinaan terhadap agama, budaya serta sensitiviti masing-
masing yang perlu ditangani dimana ketika ini amat berleluasa melalui media
sosial seperti laman blog, facebook, wechat, twitter, telegram dan pelbagai lagi.
Bahawasanya, penularan medium maklumat yang luas serta penggunaan
media penyampaian yang pantas pada hari ini telah menyumbangkan kepada
bentuk pemikiran baru yang menuntut kepada kaedah pengawasan yang cekap,
adil dan tegas;

Sidang perwakilan yang dirahmati Allah sekalian,

Maka atas prinsip perpaduan dan keharmonian nasional, saya dan para
perwakilan di dalam Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Jelebu yang
bersidang pada hari ini, Sabtu 06hb September 2014 membuat ketetapan berikut
:-
Menggesa supaya kerajaan melalui kementerian dan SKMM mengambil
tindakan tegas kepada segala penyalahgunaan media sosial tanpa mengira kaum,
latar belakang akademik, ekonomi dan juga umur;
Mencadangkan supaya pembinaan sistem serta dasar pendidikan Negara
dikaji secara komprehensif selaras dengan apa yang termaktub di dalam
perlembagaan negara untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak
atau individu yang melanggar akta media sosial;
Menyokong usaha kerajaan dalam memberikan tumpuan kepada
pembangunan manusia yang seimbang tanpa membezakan dan meminggirkan
kawasan pendalaman, luar bandar dan bandar disamping memastikan kemajuan
negara dikongsi secara adil dan saksama serta mendesak agar diwujudkan satu
undang-undang pencegahan bagi memastikan matlamat perpaduan dan
keharmonian nasional tercapai, sekaligus dapat membendung segala bentuk
salah laku serta perlanggaran media sosial yang boleh meruntuhkan perpaduan
rakyat dinegara ini,
Selain memastikan secara bersungguh-sungguh bahawa penguatkuasaan
segala undang-undang yang ada dilaksanakan secara tuntas agar pengkhianat
pembawa fitnah tidak terlepas dari pengadilan.

Dengan ini saya Noor Syafiqah Bt Jalaluddin mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai