Anda di halaman 1dari 29

1

ELEMEN 1

MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

KERJA KURSUS SEJARAH


NAMA CALON : SHAZLIN MA IBRAHIM

TINGKATAN : 3 DELTA

SENARAI SUMBER
1. Buku Ilmiah
Nama Pengaarang
Tahun Terbit
Tajuk Buku
Tempat Terbit
Penerbit

2. Akhbar
Nama Akhbar
Tarikh

3. Majalah
Nama Majalah
Tarikh

4. Orang Sumber
Nama Encik Tam bin Mat
Umur 46 Tahun
Alamat Taman Jutaya 2

5. Melawat Tempat Kejadian
Nama Tempat My Caf and Catering
Upacara Proses Pembuatan Nasi Lemak
Alamat Tingkat 3,Keningau Mall, 89008 Keningau.

6. Internet
Alamat laman web www.google.com
Alamat laman web www.wikipedia.com
Alamat laman web www.myresepi.com.my


2

7. Television/Radio
Tajuk Program Best Wan
Tarikh Setiap Hari Rabu
Masa 9.30pm
Rangkaian Asian Food Channel





















3

SENARAI SUMBER
ORANG SUMBER
Encik Tam Bin Mat
Pemilik restoran My Caf and Catering


Melawat tempat kejadian
My Caf and Catering




4

Internet
www.google.com
www.wikipedia.com
www.myresepi.com.my

Television/Radio
Tajuk program: Best Wan
Masa: 9.30 pm (setiap hari rabu)
Rangkaian: Asian Food Channel






#Give evidence yg internet tue. Me lupaa..



5





















6

SENARAI KANDUNGAN

Bil

Senarai Kandungan

Muka Surat

1

Tajuk Kajian

7

2

Penghargaan

8

3

Objektif Kajian

9

4

Kaedah Kajian

10

5

Hasil Kajian

11

6

Rumusan

19

7

Lampiran

20

8

Rujukan

24











7




TAJUK KAJIAN
Produk Tempatan di Negara kita
(i) Makanan















8

Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan
hidayah-Nya. Alhamdulillah, kerja kursus sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham,
kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, En. Parigu Tingadon kerana memberi tunjuk ajar
kepada saya sepanjang menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru
subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya.
Jasa beliau akan saya kenang hingga ke akhir hayat.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberi sokongan dan dorongan
kepada saya sepanjang menyiapkan folio ini.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada Encik Tam Bin Mat kerana sudi untuk
ditemuramah dan memberikan informasi yang saya perlukan.Tidak lupa juga kepada rakan-
rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-
masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi
kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya
lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung sepanjang folio disiapkan.



9

Objektif Kajian
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian institusi pentadbiran tempatan. Kajian saya
merangkumi objektif-objektif berikut :

a) Kajian ini dilakukan untuk menjalankan penyelidikan berkaitan produk tempatan yang
terdapat di Negara kita.

b) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk
tempatan yang ada di Malaysia.

c) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga di kalangan
rakan saya dalam kajian ini.











10

KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini saya telah menggunakan beberapa jenis kaedah kajian untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan iaitu:

a) Temu Bual : Saya telah menemu ramah Encik Tam Bin Mat selaku pemilik restoran untuk
mengetahui dengan lebih lanjut tentang makanan yang telah saya pilih.
b) Perbincangan : Saya telah membentuk satu kumpulan untuk berbincang dan mencari
maklumat tentang kajian yang telah saya pilih. Kami juga saling bertukar pendapat, maklumat
dan idea yang bernas untuk menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

c) Penyelidikan : Saya telah membuat satu kaji selidik di perputakaan. Segala maklumat dan
fakta yang saya dapat kumpulkan, telah saya tafsir dan analisis terlebih dahulu sebelum dijadikan
bahan tulis. Saya juga telah menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk
mencari maklumat-maklumat yang diperlukan.







11

Hasil Kajian
1. Maklumat Asas Produk Tempatan
Nama Produk : Nasi Lemak
Kategori : (i) Makanan
Nama pengusaha/syarikat/status hak milik : Encik Tam bin Mat
Lokasi : My Caf and Catering, Tingkat 3,Keningau Mall, 89008 Keningau.
















12

2. Latar Belakang


Nasi lemak

Hidangan nasi lemak yang merupakan makanan kegemaran orang Malaysia sehingga jualannya
terpaksa di hadkan di sekolah-sekolah.
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutama sebagai sarapan pada
waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa
bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak
dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun,kacang goreng dan sambal. Tetapi kini
nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam,
sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).



13

Pemakanan asal
Nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu
pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan / tapau
makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa
sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh kerana nasi lemak mempunyai jumlah kalori/ tenaga
yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk memebekalkan tenaga yang
lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan
Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka
selepas membanting keringat.
Makanan popular

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada
waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan
yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang
murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja.
Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan satu Ringgit Malaysia sebungkus.




14

Kontroversi
Malaysia
Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan
lemaknya oleh pakar pemakanan.
Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
(Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai
satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan
juga mudah dan siap dihidangkan.
Pada 2011, timbul cadangan agar nasi lemak dihadkan jualannya pada dua kali seminggu.
Cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan
Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan
Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Langkah ini diambil sebagai satu usaha kementerian
menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama
kanak-kanak.






15

Variasi nasi lemak
Nasi lemak yang biasa terdapat di warung tepi jalan, berlauk sambal ikan bilis.


Nasi lemak bersama ayam


Nasi Lemak yang terdapat di Sydney





16

Nasi Lemak yang biasa disajikan di rumah


Nasi lemak yang dibungkus bersama daun pisang













17

3. Kaedah/Cara Penghasilan

Tenaga kerja
Proses membuat Nasi Lemak hanya memerlukan 2 0rang tenaga kerja sahaja ini kerana
cara-cara untuk membuat makanan ini adalah mudah dan senang.

Senarai Bahan Masakan
Bahan untuk nasi
2 cawan beras
1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
1 helai daun pandan disimpul
3 hirisan halia
secubit garam
Bahan untuk sambal
6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji bawang besar dihiris
segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
18

sedikit belacan (jika suka)
garam dan gula
Bahan sampingan lain
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.
Senarai Alat Masak
Mangkuk
Sudu besar dan kecil
Piring
Periuk
Lesung batu












19

Proses/peringkat penghasilan
Nasi
Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
Sambal
Tumis bawang besar, masukkan bawang yangg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan
bilis yngg ditumbuk hingga sedikit garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak sambalnya pekat.
Apabila nasi telah masak, bolehlah anda hidangkan dengan sambal yang ditumis tadi.












20

4. Perkembangan produk
Malaysia bukan sahaja kaya dengan budaya dan keramahan rakyat, bahkan makanannya sebagai
hidangan tanpa mengira agama, bangsa dan Negara.
Nasi lemak ialah antara makanan bercirikan Malaysia mendapat tempat di hati rakyat tidak
kira pagi, tengah hari, petang atau malam. Malah, nasi lemak kini diumumkan sebagai Warisan
Kebangsaan 2009 apabila disenaraikan antara 100 jenis makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Maka tidak hairanlah jika ia boleh didapati di mana-mana, dari gerai jalanan, restoran hingga
hotel, malah dihidangkan kepada penumpang dalam pesawat. Namun, siapa sangka perniagaan
nasi lemak seorang usahawan hanya bermula daripada gerai kecil dan kini telah membuka
sebuah restoran yang menambat hari orang ramai.
Kemajuan yang dicapai oleh Encik Tam semakin meningkat.Dulu, ia dilakukan secara kecil-
kecilan sahaja, pak cik dibantu oleh beberapa anak dan hanya beberapa segantang beras sahaja
dimasak, katanya. Dan sekarang beliau mempunyai kakitangan sendiri dan teknologi yang
cukup. Keuntungan yang dulunya hanya dapat menampung makan malam keluarga kini dapat
menampung keseluruhan keperluan keluarga beliau. Bersyukur kehadrat Ilahi atas rezeki yang
diturunkan.
Pak cik terpaksa buka awal sebab kebanyakan pelanggan bekerja di pejabat, jadi mereka akan
singgah dan membeli untuk kawan-kawan sekali, katanya. Permintaan terhadap nasi lemak
Encik Tam semakin meningkat menyebabkan beliau menambah beras kepada lima kilogram
sehari. Hari demi hari, pak cik menambah bilangan kilogram beras disebabkan permintaan yang
makin meningkat. Rangkaian pemasaran yang dulu mula dari tepi jalan ke warung dan kini telah
21

membuka sebuah restoran. Perubahan waktu perniagaan dan konsep warung itu menjadi titik
tolak kepada penubuhan pertama restoran My Caf and Catering. Nasi lemak menjadi makanan
utama di restoran itu.
Sambutan daripada pelanggan telah memberi beliau semangat untuk memajukan perniagaan
Nasi Lemak dan kini menjadi kunjungan orang ramai. Malahan, pelancong turut menjadikan
Nasi Lemak sebagai santapan pagi dan tengahari mereka di restoran Encik Mat.
Menurutnya, bukan mudah untuk mencipta nama dan tidak susah juga menjadi terbaik, tetapi
beliau yakin semuanya akan tercapai dengan usaha berganda.
Apa yang lebih penting adalah penerimaan pelanggan berterusan, katanya.
Begitulah perkembangan perniagaan Nasi Lemak yang dibangunkan sejak 2005 oleh
pengasasnya, Encik Tam Bin Mat, yang bermula dari tepi jalan ke warung dan seterusnya
restoran. Perancangan masa hadapan beliau ialah ingin menjadikan Nasi Lemak Antarabangsa
pada masa akan datng dan membawa nama negeri.





22

Rumusan
Sebagai rumusan, Rakyat Malaysia merupakan peneraju kepada masa depan Negara kita. Oleh
itu kita seharusnya berbangga akan barangan-barangan buatan Malaysia. Selain murah dan
berpatutan, barangan buatan Malaysia juga bermutu tinggi dan berkualiti.Genarasi muda pada
masa kini seharusnya didedahkan kepada barangan buatan Malaysia seperti makanan tempatan
yang ada di Negara kita. Terdapat pelbagai jenis makanan tempatan yang ada di Malaysia,
antaranya ialah makanan warisan turun-temurun orang melayu, cina, india dan banyak lagi.
Malaysia juga digelar sebagai `syurga makanan` dimana wujudnya pelbagai jenis juadah
daripada pelbagai kaum. Seperkara lagi, saya turut mempelajari sebuah nilai murni iaitu
kerjasama diantara rakan-rakan dan cara untuk bertoleransi dengan orang lain dengan sopan dan
penuh tatatertib.Di samping itu saya juga mempelajari banyak perkara sepanjang kajian ini
dijalankan. Saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut akan makanan tempatan yang ada di
Negara kita. Akhir sekali, sebagai seorang rakyat Malaysia saya amat berbangga kerana
Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang kaum, terdapat pelbagai juadah yang boleh
kita nikmati bersama.







23

Lampiran

Restoran My Caf and Catering


Encik Tam bin Mat Pemilik restoran My Caf and Catering








24







Peta : Daerah Keningau




25


Peta lakar kawasan kejadian










26

RUJUKAN
1. Television/Radio
Best Wan
Setiap Hari Rabu ( 9.30pm)
Asian Food Channel

2. Orang Sumber
Encik Tam bin Mat
Pemilik Restoran- My Caf and Catering

3. Melawat Tempat Kejadian
My Caf and Catering

4. Internet
www.google.com
www.wikipedia.com
www.myresepi.com.my























27

























28

Soalan : BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di
Negara kita ?
Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik,
keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan.
Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan
pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam
usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. Mungkin sudah tiba masanya bagi
rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini
sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran
negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara mampu
menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan
bersama. Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu. Dalam
nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di
samping menyahut inspirasi dan hala tuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang
diharapkan.
Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah
merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak
yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk,
penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri
pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah
29

dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya
berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.
Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk
beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus
mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk
tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah
dan isu yang berkaitan dengan negara.

Anda mungkin juga menyukai