Anda di halaman 1dari 1

Persatuan Agroekologi Malaysia SRI-Mas (PPM 009-10-28032013)

Telefon: +6 03 8921 5391 Faksimili: +6 03 8921 5490 Emel: srimas2011@gmail.com Laman web: http://www.srimas.org/

9 September 2014

En. Rosli Bin Mat Yaman
MSD Digital Intelligence Sdn Bhd,
Pejabat Urusan MSD Wilayah Timur,
PT5173, Tingkat Bawah, Belakang Supermas,
Taman DLahar, Gong Kapas, 22000,
Besut, Terengganu, Malaysia.

Tuan,

Permohonan mengadakan Bengkel Latihan SAFSeN di Pusat Internet 1 Malaysia, Kampung Wakaf Aik,
Bachok, Kelantan.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Agroekologi Malaysia (SRI-Mas) dengan kerjasama SEACON
ingin mengadakan Bengkel Latihan SAFSeN seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 dan 18 September 2014
Masa : 8.00 pagi 5.00 petang
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia, Kampung Wakaf Aik, Bachok, Kelantan

3. Untuk makluman Tuan, SAFSeN merupakan satu sistem jaringan perkongsian maklumat yang
menghubungkan semua petani dari semua negara ASEAN yang terlibat. Matlamat bengkel latihan SAFSeN ini
diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada petani terhadap sistem ini, serta melatih mereka untuk
menggunakan dan memanfaatkan ICT bagi tujuan meningkatkan mutu pertanian mereka.

4. Sehubungan itu, pihak kami memohon keizinan Tuan untuk mengadakan bangkel latihan ini ditempat
Tuan. Pihak kami juga berbesar hati menjemput Tuan dan semua staf Tuan untuk turut serta dalam bengkel
latihan ini. Bersama ini disertakan tentatif program bengkel latihan tersebut. Segala kerjasama dari pihak Tuan
amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Utamakan kelestarian alam dan keselamatan makanan

Yang benar,



(PROF. MADYA DR. ANIZAN ISAHAK)
Setiauasaha Persatuan Agroekologi Malaysia SRI-Mas

Anda mungkin juga menyukai