Anda di halaman 1dari 18

Pendidikan Alam

Sekitar
Isu Alam Sekitar : Gempa Bumi
Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber alam semula jadi. Sumber-
sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang
subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Ditambah pula
dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala
keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap
sumber-sumber ini adalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin
berkurangan.
Pemusnahan hutan, pemanasan global dan bencana alam adalah antara isu-
isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk
memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.
Gempa bumi adalah salah satu daripada isu yang dihadapi dunia. Pada masa kini,
gempa bumi sering terjadi dan walau secanggih mana pun teknologi tiada siapa mampu
meramal dengan tepat bila dan dimana gempa bumi akan berlaku.
Gempa bumi yang besar telah berlaku di Haiti pada 12 Januari 2010. Belum
sempat Haiti pulih sepenuhnya dari kejadian gempa bumi yang melanda negara itu pada
12 Januari lalu, dunia dikejutkan lagi dengan beberapa kejadian gempa bumi. Dalam
tempoh tidak sampai 100 hari, sekurang-kurangnya tiga kejadian gempa bumi besar
berlaku selepas peristiwa gempa bumi di Haiti iaitu di Chile pada 27 Februari 2010,
Pakistan dan Afghanistan pada keesokan harinya, 28 Februari 2010 manakala beberapa
negara seperti Taiwan, Filipina malah Malaysia juga terkena tempias gempa bumi
namun tidaklah sampai mengancam nyawa.

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, serta
bumi mengeluarkan segala isinya, dan berkatalah manusia apa yang telah
terjadi pada bumi, pada hari itu, bumi pun menceritakan khabar beritanya,
bahawa Tuhanmu telah memerintahkan padanya, pada hari tu manusia akan
keluar berselerak untuk diperlihatkan amal-amal mereka, maka siapa yang
berbuat kebaikan seberat zarah nescaya akan dilihatnya, dan siapa yang
berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihatnya.
( Az-Zalzalah : 1-8 )
Satu peristiwa bergetar atau bergoncangan permukaan bumi yang tiba-tiba
akibat pelepasan tenaga bumi secara mendadak. Di mana sejumlah tenaga
yang dilepaskan akan disebarkan ke semua arah permukaan bumi tidak kira
sama ada pada permukaan daratan atau lautan.
( Ensiklopedia Nasional Indonesia, jilid 6 )

Gempa Bumi Tektonik
Pelepasan tenaga yang terhasil daripada geseran
batuan
Gempa Bumi Gunung Berapi
Pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi
Proses alam semulajadi mengejut
seperti
Letupan dan hentaman meteor Pembinaan empangan.
Pembangunan yang tidak
terancang.
Pembebasan mengejut berpunca
daripada pergerakan plat tetonik
sepanjang garis rekahan, dan
lantunan glasiar.
Kerak bumi membengkok dan
berlipat.
Lantunan Iisostatic tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang
tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang
terkumpul di bahagian atas telah cair.
KESAN / IMPLIKASI
KESAN /
IMPLIKASI
Kematian
atau
Kecederaan
Menjejaskan
sektor
pelancongan
Kekurangan
sumber
makanan
Trauma
Penularan
penyakit
berjangkit.
Kerosakkan
infrastruktur
dan harta
benda awam
Tsunami
Tanah
Runtuh
Kebakaran
Cara menangani
Dalam bangunan
berlindung di bawah meja,meja tulis atau bangku
yang teguh.
Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk
bernafas
elakkan diri daripada berdekatan dengan tingkap,
dan lain-lain objek berat yang boleh
menggelungsur dan jatuh.
Ambil kot, selimut, buku dan lain-lain untuk
menutup kepala dan muka daripada bahan yang
jatuh dan serpihan kaca.
Bangunan Yang Tinggi
Berlindung menggunakan duck, cover and
hold, dan kemudian tinggalkan bangunan
sekiranya pemindahan diperlukan.
Jangan gunakan lif dan patuhi prosedur
pengungsian bangunan.
Laluan Pejalan Kaki Dekat Bangunan
Berjalan masuk ke arah muka pintu atau rapat
ke struktur bangunan untuk melindungi diri
anda daripada batu-bata, kaca, kepingan
simen dan barangan yang jatuh.
Lindungi juga kepala anda dengan tas tangan,
buku, fail atau apa jua barang yang anda
bawa.

Kereta
Berhentikan kereta di kawasan yangselamat
dan sesuai.
Tinggal di dalam kereta hingga gegaran
berhenti kerana kereta adalah penyerap
kejutan yang amat baik.
Keratan akhbar/artikel

Kesimpulan
Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung
berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam seperti gempa bumi atau gunung
berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam ini untuk memahami bumi dan alam
sekitar kita.
Tarikh 26 Disember 2004 banyak meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk dunia
khasnya penduduk negara sekitar Asia Tenggara kerana pada tarikh tersebut berlaku satu gempa
bumi yang dahsyat berukuran 9.0 pada skala Ritcher. Gempa ini berlaku di kawasan seluas 250
kilometer ke barat daya Sumatera. Ianya telah mengorbankan lebih daripada 100, 000 orang.
Kejadian seperti ini di luar jangkaan sesiapa sahaja bahkan para saintis sendiri.
Kejadian gempa bumi adalah suatu kejadian semulajadi yang tidak boleh dikawal atau dielakkan.
Gempa bumi itu sendiri bermaksud pergerakan permukaan bumi secara tiba-tiba disebabkan oleh
pelepasan tenaga dari kerak bumi. Di Negara kita iaitu Malaysia, kejadian gempa bumi jarang-jarang
dirasai kerana negara kita tidak berada di dalam zon lingkaran gempa bumi yang aktif dan kritikal
seperti di Negara Jepun, Indonesia dan Filipina.
Rentetan daripada peristiwa tersebut, telah memberi satu pengajaran kepada semua akan
kepentingan untuk mewujudkan satu sistem amaran awal bagi kawasan Asia Tenggara. Jika diteliti
secara mendalam statistik bilangan kematian akibat gempa bumi, kita dapati kadar kematian lebih
tinggi di negara yang tidak mempraktikkan kod seismik berbanding di negara yang mengamalkan
kod seismik. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan maklumat terhadap kelakuan bangunan dan
ketahanan terhadap seismik semasa peringkat merekabentuk dan analisis oleh jurutera.
Oleh yang demikian, kesan gempa bumi tehadap bangunan-bangunan tinggi boleh dilihat pada
jangka masa yang lama ataupun singkat jika tidak mempunyai faktor reka bentuk gempa bumi yang
mencukupi.

Refleksi
Walaupun bencana alam sering berkaitan dengan kesan-kesan negatif, namun bencana alam juga memberi banyak kesan positif dalam kehidupan manusia dan alam sekitar. Kesan-kesan
positif ini boleh dikategori dalam pelbagai aspek seperti kesedaran manusia, membantu dalam sektor ekonomi dan juga kondisi geografi sesuatu kawasan.

Kesedaran manusia sejagat merupakan impak terbesar yang dibawa oleh bencana alam. Contohnya, fenomena tsunami pada tahun 2004. Tragedi yang menakutkan ini telah
mengorbankan 156000 nyawa dan kehilangan serta kerosakan harta benda yang banyak. Bersamaan dengan itulah, semua negara membuka mata untuk sama-sama membantu mangsa-
mangsa tsunami ini. Pelbagai bantuan telah dihulurkan atas kesedaran dunia betapa pentingnya ikatan persaudaraan manusia kerana paha kanan dicubit,paha kiri juga turut sama terasa.
Di sini barulah berlakunya semangat pertalian manusia yang sentiasa sahaja berlumba-lumba ingin menjadi kuasa veto di dunia. Dalam negara pula, persediaan selepas fenomena
tsunami mulai dipersiapkan seperti benteng-benteng dan sistem amaran aras air bagi membendung tragedi ini berulang dengan kesan yang parah. Kesedaran terhadap tragedi seperti ini
adalah penting bagi memperbaiki diri setiap manusia.
Selain itu, dari segi sektor ekonomi, bencana alam juga sedikit sebanyak memberi kesan positif dengan pengaliran tunai yang berlaku. Contohnya, di Negara ini bencana alam seperti
banjir kilat dan tanah runtuh sering berlaku. Pada awalnya kerajaan negara tidak mempunyai idea dalam pengaliran tunai, jadi selepas berlakunya tanah runtuh atau seumpamanya
banyak kehilangan yang berlaku lalu kerajaan prihatin untuk memberi bantuan kewangan dan kebajikan kepada mangsa-mangsa. Di samping itu, bencana alam juga telah membantu
dalam sektor pelancongan. Contohnya, selepas fenomena tsunami di Acheh, Acheh menerima kedatangan pelancong asing yang ramai, lebih ramai daripada sebelumnya. Jadi, bala yang
menimpa Acheh sekurang-kurangnya membawa kesan yang positif bagi membangunkan kembali pembangunannya.
Tambahan itu, bencana alam juga membawa impak positif terhadap geografi di kawasan tersebut. Contohnya, letusan gunung berapi. Apabila letusan berlaku, gunung berapi akan
memancutkan lahar yang panas yang mampu mencairkan semua benda. Lahar tersebut menjadikan tanah menjadi subur untuk dijadikan sebagai tanah pertanian. Tanah yang subur
tersebut sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman buah-buahan dan sebagainya. Serba-sedikit bencana ini memberi kebaikan kepada para petani. Dalam hal ini,
masyarakat boleh memulakan kehidupan mereka semula dengan menggunakan tanah pertanian yang subur. Oleh itu
Bencana alam merupakan sebahagian daripada peringatan terhadap kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh manusia. Hal ini seperti yang berlaku terhadap umat Nabi Yunus. Nabi Allah
itu mengajak umatnya menganut agama tauhid dan menegah mereka daripada berbuat syirik dan kebinasaan. Tetapi, kaumnya enggan dan menolak dakwah itu. Maka, serta merta
datanglah gempa bumi yang dahsyat membinasakan harta benda, tanaman dan ternakan. Gempa besar itu menyedarkan mereka daripada kekhilafannya. Akhirnya umat Nabi Yunus
kembali ke ajaran agama tauhid yang sebenar.
Bencana alam ini sebenarnya boleh dilihat dari dua aspek yang berbeza mengikut pemikiran, cara dan pandangan manusia masing-masing. Perspektif manusia yang pertama ialah
bencana ini berlaku disebabkan oleh kejadian semula jadi yang mana hanya sains sahaja yang boleh menerangkan dengan lebih lanjut dan terperinci tentang kejadian tersebut. Kejadian
fenomena bencana alam dinilai 100% berdasarkan teori logik. Manusia mengkaji dan membuat kesimpulan bencana terbabit berdasarkan bukti saintfik semata-mata. Perspektif yang
kedua ialah manusia menerima hakikat bahawa fenomena ini bukan kejadian alam tanpa pengajaran dan menyakini setiap yang berlaku punya hikmah dan tauladan yang perlu dikirkan.
Setiap manusia haruslah menilai setiap kejadian dengan tujuan untuk muhasabah diri, manusia perlu menginsafi diri dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Setiap kejadian
bencana alam yang berlaku adalah atas kekuasaan Allah SWT. Manusia datang daripada Allah, maka kepada Allah juga manusia itu kembali. Setiap masyarakat perlulah bersyukur dengan
setiap kejadian yang telah diturunkan. Dalam kejadian bencana alam tersebut diperlihatkan bahawa dengan kuasa Allah tidak ada kuasa manusia yang mampu menolak atau melawan,
dan sebaliknya kalau Allah tidak mengkehendaki nescaya mereka akan hidup serta diselamatkan. Manusia tidak mampu menghindar takdir yang telah Allah SWT gariskan. Kemajuan
teknologi yang dicapai oleh manusia kadang menimbulkan sifat sombong bagi sebahagian orang, seakan dengan kemampuan tersebut mereka boleh menghindar atau menakluk bencana
alam.
Jika dipandang melalui kaca mata agama, bencana alam seharusnya dijadikan alat untuk merenung dan berfikir perkara yang telah dilakukan manusia. Sebab segala sesuatu yang berlaku
di alam ini tidak berlaku secara begitu saja, tanpa ada hikmah tersembunyi yang berfungsi sebagai pengajaran untuk manusia. Adakalanya bencana alam itu berlaku akibat proses semula
jadi alam, sama ada pergeseran yang bertujuan memperkukuhkan struktur bumi atau gejala alam biasa seperti letupan gunung berapi.
Namun, ada kalanya bencana alam itu terjadi akibat tangan manusia. Banjir, tanah runtuh dan kesan rumah kaca sering terjadi kerana manusia merosak hutan dan memotong pokok kayu
tanpa perhitungan. Mendirikan pelbagai bangunan tanpa menimbangkan keadaan alam sekitar juga sering menjadi punca pelbagai bencana alam. Perbuatan manusia yang membuang
sampah dan kilang yang turut membuang sisa toksik mungkin menjadi antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai dan banjir di sesuatu kawasan.
Setiap manusia perlulah mengambil iktibar daripada setiap peristiwa-peristiwa yang telan berlaku kepada manusia lain, dan memikirkan kembali segala dosa dan kesalahan yang telah
dilakukan di muka bumi. Setiap bencana yang datang merupakan satu peringatan kepada manusia untuk membetulkan kembali diri dan kembali kepada Allah.

Rujukan

Anda mungkin juga menyukai