Anda di halaman 1dari 9

TAJUK 8: GLOBALISASI DAN EKONOMI MALAYSIA

KONSEP DAN DEFINISI GLOBALISASI


Proses berterusan yang melibatkan sempadan ekonomi antara negara di dunia yang
semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan
dengan cepat, mudah, dan pantas ke arah satu pasaran seragam.
Istilah lain :
- Dunia tanpa sempadan/Kampung dunia.
- Liberalisasi ekonomi atau dasar pasaran bebas
- Deregulasi ekonomi (menghapuskan dasar perlindungan yang dijalankan oleh
sesebuah negara
FAKTOR MERANGSANG GLOBALISASI
- Perkembangan/perubahan dalam teknologi (faksimili)
- Perubahan dalam teknologi pengeluaran
- Suasana pasaran yang liberal (sekatan pada paras minimum)
KESAN GLOBALISASI
POSITIF NEGATIF
- Mencipta pelbagai instumen pasaran
global seperti treasury bond, global
fund, global depository receipts
- Peningkatan arus modal antarabangsa
dalam bentuk pelaburan portfolio



- Keseragaman sistem kewangan
global yang dikembangkan oleh
negara maju melalui IMF akibatkan
dasar ekonomi di negara
membangun dipengaruhi oleh negara
maju
- Kegiatan pelaburan portfolio dikuasai
oleh sebahagian kecil iaitu negara
maju
- Hilang keupayaan untuk bersaing
dalam pasaran bagi negara
membangun
- Timbulkan kuasa monopoli oleh
syarikat/produk multinasional
KESAN POSITIF
LIBERALISASI &
GLOBALISASI KEPADA
EKONOMI MALAYSIA
Dapat mengurangkan
kadar kemiskinan
dalam kalangan
penduduk
Peluasan pasaran
produk negara dapat
ditingkatkan melalui
perdagangan dan
eksport barangan ke
luar negara
Kemasukan banyak
modal dan pelabur
luar dapat menambah
keupayaan modal
dalam negara
Penyediaan peluang
pekerjaan yang luas
dapat mengurangkan
masalah pengangguran
Galakan
pemindahan
teknologi dan
kepakaran luar
dapat
menyumbang ke
arah
penambahbaikan
produk negara
Daya
saing/kompetetif
produk negara
akan meningkat
melalui kemasukan
barangan luar
Eksport negara
akan bertambah
seterusnya
meningkatkan
pendapatan
negara melalui
kemasukan mata
wang asing













EKONOMI MALAYSIA DALAM PASARAN GLOBAL
PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Jenis Pelaburan
- Firma asing melakukan pelaburan dengan memiliki aset asing untuk
mendapatkan pulangan kewangan Ia dibahagi kepada pelaburan langsung
dan pelaburan portfolio
- Faktor yang mendorong pelaburan asing :
o ketiadaan sumber asli di negara sendiri
o keinginan untuk meningkatkan daya saingan kerana penyesuaian yang
cepat terhadap keperluan di pasaran asing dan lain-lain
PELABURAN LANGSUNG PELABURAN PORTFOLIO
Firma asing melakukan pelaburan dengan
memiliki firma tempatan
Firma asing melakukan pelaburan dengan
membeli aset kewangan seperti bon, saham
dan sebagainya yang diterbit oleh firma
tempatan
Pemilikan ini membolehkan firma asing
mempunyai kuasa mengawal firma
tempatan
Tujuannya adalah untuk mendapat pulangan
ke atas dana yang dilaburkan

Faktor Penarik Pelaburan Asing di Malaysia
- pasaran tempatan yang stabil
- kadar upah yang murah
- kualiti buruh
- kestabilan politik
- kewujudan pelabuhan yang baik (fasiliti yang lengkap)



KESAN POSITIF FDI KESAN NEGATIF FDI
- menambah pendapatan negara
melalui cukai keuntungan syarikat
- tingkatkan aliran masuk tukaran
mata wang asing
- tingkatkan mutu dan daya saing
produk tempatan
- beri peluang pekerjaan kepada
penduduk melalui pembukaan
kilang oleh syarikat multinasional
(TESCO,CARREFOUR)
- pengusaha tempatan tidak
mampu bersaing dengan produk
daripada syarikat multinasional





ISU DAN CABARAN MASA HADAPAN
Peranan Bank Dunia/ Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
- Membantu pembangunan ekonomi dalam kalangan negara anggota (BD)
- Membantu menyelesaikan masalah kewangan dan sistem pembayaran
antarabangsa (IMF)
- Bantuan geran pinjaman yang diberikan oleh negara maju melalui BD.
Fungsi utama WTO (World Trade Organization)
- Memastikan aliran dagangan dunia bergerak dengan lancar dan bebas serta
tingkatkan kebajikan rakyat negara anggota berdasarkan 4 prinsip asas :
o Layanan Most Favoured Nation (MFN) yang diintegrasikan engan
semangat tanpa amalan berat sebelah (diskriminasi) terhadap anggota
o Layanan yang sama rata antara barangan asing dan barangan
tempatan apabila kedua-duanya berada dalam pasaran domestic
o Ketelusan dalam dasar perdagangan yang berkaitan dengan
barangan, perkhidmatan dan hak intelek
o Layanan yang istimewa dan berbeza kepada negara membangun
kerana WTO iktiraf perbezaan tingkat kemajuan negara anggota

Hegemoni Amerika Syarikat
- Dominasi AS dalam semua aspek ekonomi
- Pembekal utama bagi peralatan dan kelengkapan perang dan pertahanan
negara
- Menjadi pengkalan kepada semua agensi perbankan dan kawalan matawang
(bursa saham Wall Street)
- Revolusi Perindustrian (1760-1860) yang memangkin semua negara maju
menjadi negara yang moden dari segi perindustrian dan ekonomi
Multilateralisme
- Kegiatan pertukaran dan perdagangan antarabangsa antara lebih daripada
dua buah negara tanpa ada diskriminasi antara negara-negara yang terlibat
Regionalisme
- Satu tindakan yang diambil oleh beberapa kerajaan serantau atau bukan
serantau (tetapi punya agenda yang sama) secara kolektif untuk
meliberalisasikan dan memudahkan urusan dagangan mereka (ASEAN,
AFTA)
- Menubuhkan satu organisasi formal serantau atau RTA (Regional Trade
Agreement) seperti AFTA

AFTA
- AFTA telah ditubuhkan pada tahun 1992.
- Usaha kolektif oleh negara-negara anggota ASEAN untuk untuk
mengembangkan perdagangan yang lebih besar dan keterkaitan industri di
antara negara anggota ASEAN.
- Dengan jumlah penduduk gabungan dari 513 juta orang, pembentukan Free
Trade Area antara ASEAN, menawarkan potensi besar untuk kerjasama
ekonomi lebih besar.



KELEBIHAN/OBJEKTIF PENYERTAAN MALAYSIA DALAM AFTA
- Memastikan eksport Malaysia tidak hilang kelebihan akibat bertambahnya
bilangan RTA yang dilaksanakan sekarang
- Mencari jalan masuk ke pasaran dengan lebih baik melalui pengurangan dan
penghapusan dalam tariff dan bukan tariff
- Bekerjasama untuk kemudahan dan mempromosi perdagangan, pelaburan
dan perkembangan industri
- Membangun kemampuan dalam ruang yang lebih jelas melalui kerjasama
teknikal dan usahasama
MEKANISME AFTA
- duti import antara negara-negara anggota akan dikurangkan menjadi antara
0-5% pada pelaksanaan penuh AFTA pada tahun 2010
- penghapusan sekatan kuantitatif (permit import, kuota) & sekatan bukan-tarif
yang lain (NTB) di antara negara anggota ASEAN
- pemindahan progresif produk ke Program Tariff Keutamaan Sama Rata
(CEPT) berdasarkan kapasiti dan kemampuan anggota ASEAN masing-
masing.


SEKATAN DALAM PERDAGANGAN (JENIS-JENIS SEKATAN)

SEKATAN TARIF
Tarif merupakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan
perkhidmatan yang diimport.
Sekatan tarif akan
1. menaikkan harga import barangan,
2. mengurangan permintaan tempatan terhadap barangan import,
3. menambahkan permintaan tempatan terhadap barangan pengganti import,
4. memperbaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran negara
5. menambahkan pendapatan negara
SEKATAN BUKAN TARIF
1- Kuota
Kuota merupakan tindakan kerajaan mengehadkan kuantiti maksimum barang atau
perkhidmatan yang boleh diimport dari luar negara untuk satu tempoh masa tertentu.
2- Kawalan Pertukaran Asing
Kawalan pertukaran asing merupakan tindakan kerajaan campur tangan dalam
pasaran pertukaran asing. Bank pusat mengawal terhadap jumlah pelbagai mata
wang asing yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan. (galakan perkembangan
industri gantian import dalam negara)
3-Subsidi Eksport
Bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar yang berorientasikan
eksport. (Subsidi eksport akan mengurangkan tanggungan kos pengeluar dan
seterusnya menurunkan harga barang eksport)
Embargo
Dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import dari negara
tertentu.(Sekatan embargo bertujuan menyekat import dan seterusnya menjejaskan
ekonomi negara musuh atau negara yang melanggar prinsip kemanusiaan dunia.)
Piawai Kesihatan dan Keselamatan
Sekatan dalam bentuk peraturan mengawal jenis barang import.
Barang import yang tidak mematuhi Piawai Kesihatan Dan Keselamatan kerajaan
tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara.



LATIHAN

1- Tunjukkan kesan-kesan negatif terhadap ekonomi Malaysia akibat
kemasukan pelaburan asing ke negara ini.

- pengaliran keluar modal dalam bentuk keuntungan ke negara asal
pelabur. Ini kemudiannya menyebabkan defisit dalam akaun
perkhidmatan.
- kebergantungan kepada pengurus asing telah menghadkan skop
pemindahan teknologi di sektor pembuatan.
- pelabur asing menguasai pelaburan domestik negara ini dengan
pelaburan mereka sentiasa melebihi pelaburan tempatan. Ini akan
mengugat semangat DEB.
- bidang pekerjaan yang ditawarkan kepada rakyat tempatan hanya di
peringkat bawahan.
- pelabur asing mengeksploitasi pekerja tempatan yang dibayar upah
murah dan tidak memindahkan sepenuhnya kemahiran dan teknologi.

2- Nilaikan aspek daya saing sektor pembuatan di Malaysia apabila
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) diwujudkan.

- Sektor pembuatan mula mempelbagaikan keluaran supaya selaras
dengan kehendak pengguna.
- pengeluar tempatan memberi penekanan kepada aktiviti yang
menghasilkan inovasi dan aktiviti R&D yang dipertingkatkan untuk
bersaing dengan barangan negara lain.
- kerjasama dengan pelabur asing dari negara ASEAN membantu
mencergaskan ekonomi Malaysia. Misalnya pelaburan dari negara
Singapura dan Brunei.
- meluaskan aktiviti ekonomi syarikat tempatan ke negara ASEAN ,
misalnya pelaburan syarikat Malaysia di Vietnam dan Kemboja.
- Daya saing syarikat tempatan difokuskan dengan mengurangkan kos
pengeluaran bagi membolehkan harga barangan kilang boleh bersaing di
peringkat global
3- Jelaskan lima peranan pelabur asing dalam menjadikan Malaysia
sebagai negara perindustrian baru.

i) Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan
ii) Pemindahan teknologi dan kepakaran
iii) Dapat mempelbagaikan ekonomi negara
iv) Mengoptimumkan penggunaan sumber asli tempatan
v) Pembangunan infrastruktur dalam negara
vi) Meningkatkan pendapatan negara melalui penambahan
pusingan modal dalam negara

-