Anda di halaman 1dari 3

Konsep Profesion dan Profesionalisme

Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang
penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu
pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegangolehseseorang
individu diperlukan. Pendek kata, suatu profesion ialah suatu bidangyang
mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang
mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu
dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman,1956).
Menurut Kamus Dewan (2005), 'profesion' ialah suatu bidang pekerjaan khasnya
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas. (Contohnya: perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)
Nilaitara- nilaitara suatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh
organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya demi mengawal kualiti
dan nilaitara perkhidmatan tersebut. Secara umumnya, kita boleh menganggap
bidang keguruan sebagai suatu profesion manakala guru-guru merupakan ahli-ahli
profesional dalam profesion tersebut.

Konsep profesional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yangterdapat dalam
kalangan ahli dalam suatu profesion. Mengikut Ornstein dan Levine (1993), terdapat
empat atribut dalam suatu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan
yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika
untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran/persetujuan diberi kepada
suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
Berdasarkan atribut di atas, seorang profesional perlu menguasai pengetahuan yang
mendalam seperti mana guru melalui pendidikan formal hingga ke tahap sarjana
muda, sarjana dan doktor falsafah. Satu standard yang ditetapkan untuk seseorang
guru memperoleh latihan keguruan dalam subjek pengkhususan sebelum diiktiraf
sebagai seorang profesional. Tambahan pula, profesion keguruan mempunyai kod
etika untuk mengawal tingkah laku mereka dan kod etika ini merupakan pegangan
dan panduan seseorang guru semasa berkhidmat dalam profesion
keguruan.Manakala Hoyle (1980) menghuraikan profesionalisme sebagai sikap dan
tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-
hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang
berkaitan dengannya. Semuanya ialah hal-hal yang selalu dihubungkaitkan dengan
perjuangan kesatuan sekerja.

Selama ini, telah timbul suatu persoalan, iaitu 'Adakah guru seorang profesional?'
Anggapan umum bahawa guru adalah profesional termasuklah latihan perguruan
telah membekali mereka dengan pengetahuan yang mendalam tentang subjek,
pedagogi dan pelajar serta kedudukan mereka sebagai guru memberikan suatu
autonomi kepada mereka. Persoalan sama ada guru seorang profesional atau tidak
telah lama dibangkitkan. Secara tradisinya, seorang profesional berbeza daripada
orang lain kerana beliau mempunyai (a) asas pengetahuan mendalam, (b) komitmen
untuk memenuhi keperluan klien, (c) identiti kuat secara kolektif (komitmen
profesional) dan (d) autonomi profesional (Talbert & Mc Laughlin, 1994). Mengikut
Etzioni (1969), jika guru tidak mempunyai kawalan terhadap standard profesional
mereka, maka guru adakala dianggap sebagai separa profesional. Hal ini kerana, guru
tidak mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan untuk pelbagai aspek
dalam profesion. Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk
menjalankan tugas secara profesional menyebabkan imej profesion keguruan
menurun di kaca mata masyarakat. Walau bagaimanapun, guru kini dapat
menggunakan autonomi dalam membuat keputusan di dalam bilik darjah. Seperkara
lagi, pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ke dalam profesion sebelum
dilatih dan ditauliahkan juga merupakan satu lagi isu.

Namum begitu, aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru
memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh
masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan
mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan.

(a) Pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajar
Sebelum seseorang menjadi guru yang bertauliah, beliau perlu menerima latihan
keguruan dari segi pengetahuan mendalam tentang mata pelajaran, pengetahuan
kandungan pedagogi, kaedah dan teknik penyampaian pelajaran serta mempunyai
sahsiah yang baik hasil daripada latihan untuk membolehkannya melaksanakan
pengajaran dengan berkesan. Mengikut Shulman (1987), pengetahuan yang perlu
dikuasai termasuk:
Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran.
Pengetahuan mengenai pedagogi asas seperti prinsip dan strategi pengurusan bilik
darjah.Pengetahuan mengenai kurikulum, iaitu sukatan pelajaran, buku teks,
panduan pembelajaran dan bahan pengajaran untuk mata pelajaran.
Memperoleh pengetahuan kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge), iaitu
gabungan pengetahuan kandunganmata pelajaran dan pengetahuan tentang
pedagogi asas pengajaran bagi satu-satu mata pelajaran. Di samping itu juga,
pengetahuan ini membolehkan guru mengajarkan topik yang spesifik dengan tujuan
menggalakkan pemahaman konseptual pelajar. Pengetahuan ini dikatakan unik bagi
profesion keguruan dan merupakan satu kefahaman yang profesional (Lilia &
Abdullah, 1999).Pengetahuan mengenai pentadbiran sekolah, budaya sekolah dan
cara bekerja sebagai satu pasukan dalam organisasi.Pengetahuan mengenai tujuan,
nilai, falsafah dan sejarah pendidikan.

(b) Pengetahuan mengenai pelajar
Pengajaran yang efektif memerlukan guru mempunyai pengetahuan tentang
perkembangan kanak-kanak dan remaja dari perspektif kognitif, sosial, fizikal dan
emosi. Pemahaman tentang kepelbagaian kecerdasan pelajar, perbezaan individu
dari segi kognitif, budaya dan emosi dapat membantu guru memperkembang
potensi pelajar ke peringkat optimum. Di samping itu juga, guru perlu mempunyai
pengetahuan tentang cara pelajar belajar dan keperluan pelajar agar guru dapat
memberikan pendekatan pengajaran dan tugasan yang sesuai serta cara
memotivasikan pelajar setelah mengenai pasti kekuatan dan kelemahan pelajar.
Dalam proses menilai pelajar, guru harus berkebolehan menganalisis dan membuat
keputusan yang terbaik untuk pelajar. Guru perlu menilai pemahaman pelajar,
membuat refleksi amalan pengajaran serta menambahbaik perancangan dan proses
pengajaran.

(c )Peningkatan profesionalisme guru
Sebagai guru yang profesional, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah dan
teknik pengajaran perlu diperkemas dari semasa ke semasa. Guru perlu
melengkapkan diri dengan pembaharuan dan perubahan kurikulum agar tidak
ketinggalan terhadap perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan.
Maka profesion keguruan diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada
budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid,1998). Di samping
itu juga, guru harus berupaya membuat keputusan dalam hal- hal bilik darjah dalam
profesion keguruan. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan
sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah pentadbir dan gum harus boleh
membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai
semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan. Kini pentadbir bersama dengan guru
telah berupaya membuat keputusan secara kritis dan kreatif di dalam dan di luar
bilik darjah demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dalam pengurusan
sekolah.

Namum begitu, seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan
kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-
muridnya dikatakan mempunyai profesionalisme yang tinggi. Dengan perkataan lain,
guru itu melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan
tetapi sebagai satu profesion (Omar Hashim,1993).

Anda mungkin juga menyukai