Anda di halaman 1dari 7

Lampiran 4

KUIZ SAINS & MATEMATIK


1. ATUCARA PERTANDINGAN
(a) Dalam kuiz ini, kesemua peserta dalam setiap kumpulan (3 orang setiap kumpulan)
akan melalui 3 pusingan.
(i) Pusingan Pertama (Jawab secara Individu)
- Setiap kumpulan perlu memilih seorang peserta dari kumpulan masing-
masing untuk menjawab soalan secara individu.
- Peserta tersebut akan menjawab satu soalan Matematik yang
dikemukan tanpa dibantu oleh peserta yang lain. Sekiranya peserta
tersebut tidak dapat menjawab soalan yang dikemukan maka
kumpulan tersebut tidak akan memperoleh sebarang markah
- Masa yang diperuntukkan untuk menjawab satu soalan matematik ini
adalah selama 5 minit.
- Terdapat 5 soalan matematik yang berlainan akan dikemukan untuk
kelima-lima kumpulan.
(ii) Pusingan Kedua (Jawab secara Perbincangan)
- Setiap kumpulan akan diberikan satu soalan Sains.
- Setiap peserta boleh berbincang di antara satu sama lain untuk
menjawab soalan yang dikemukakan.
- Masa yang diperuntukkan untuk menjawab satu soalan Sains ini
adalah selama 2 minit.
- Terdapat 5 soalan Sains yang berlainan akan dikemukan untuk kelima-
lima kumpulan.
(iii) Pusingan Ketiga (Siapa Cepat Dia Dapat)
- Dalam pusingan ini soalan akan diajukan secara terbuka.
- Sebanyak 20 soalan yang terdiri daripada 10 soalan sains dan 10
soalan matematik akan dikemukakan.
- Setiap peserta dalam kumpulan boleh berbincang untuk menjawab
soalan yang dikemukakan.
- Kumpulan yang menjawab dengan cepat dan betul akan mendapat
markah.
- Masa yang diperuntukkan untuk pusingan ini adalah 30 minit.




2. KAEDAH PENGIRAAN MARKAH & HAKIM
(a) Seramai 3 orang hakim diperlukan untuk mengadili pertandingan ini. Hakim yang
dicadangkan adalah terdiri daripada Ketua Program JKA, JKM dan JP.
(b) Setiap hakim yang dipilih akan diberikan jawapan bagi setiap soalan kuiz yang akan
dikemukan kepada peserta.
(c) Markah yang diperuntukan adalah sebanyak 10 markah untuk satu jawapan yang
tepat. Bagi jawapan yang salah 0 markah akan diberikan.
- Hakim yang menghakimi pertandingan perlu menyatakan BETUL & TEPAT
untuk jawapan yang betul. Bagi jawapan yang salah, hakim perlu menyatakan
SALAH.
- Markah bagi setiap soalan untuk setiap kumpulan akan dicatat oleh Pencatat
Markah pada papan markah.

3. SYARAT PERTANDINGAN
(a) Penggunaan calculator dan buku rujukan adalah TIDAK dibenarkan dalam
pertandingan ini.
(b) Prosedur untuk menjawab soalan kuiz :
(i) Bagi pusingan pertama dan kedua
- Peserta yang akan menjawab soalan perlulah menulis jawapan pada
whiteboard kecil yang diberikan dan juga menyatakan jawapan dengan
suara yang jelas dan lantang.
(ii) Bagi pusingan ketiga
- Peserta dari mana-mana kumpulan yang memperolehi jawapan
dengan cepat perlu berdiri sambil mengangkat jawapan yang ditulis
pada whiteboard dan juga menyatakan jawapan dengan suara yang
jelas dan lantang.











PERTANDINGAN POSTER BERTEMAKAN FUTURISTIK SAINS & PERTANDINGAN
FOTOGRAFI SAINS DAN KEHIDUPAN
Syarat-syarat pertandingan :
Tujuan pertandingan adalah untuk mencungkil bakat menghasilkan poster kreatif di
kalangan pelajar Politeknik Mukah Sarawak.

Penyertaan adalah dibuka kepada pelajar Politeknik Mukah Sarawak sahaja.

Tema bagi pertandingan:

Poster : Sains Futuristik
Fotografi :Sains & Kehidupan
Para peserta hendaklah mentakrifkan sendiri secara kreatif makna sains futuristik di
dalam poster yang dihasilkan.

Para peserta wajib memastikan poster tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan
masyarakat.

Para peserta dikehendaki mencetak sendiri poster masing-masing dengan format
berikut :

a) cetakan bersaiz kertas A3.
b) cetakan berwarna penuh.
Para peserta dikehendaki menghantar penyertaan masing-masing di Pejabat Jabatan
Matematik, Sains dan Komputer. Sila pastikan perkara-perkara berikut dipatuhi :

a) Serahkan satu salinan bercetak poster.
b) Serahkan satu salinan fail softcopy poster.
c) Serahkan borang penyertaan yang telah lengkap diisi.
d) Tidak lewat daripada tarikh tutup penyertaan (11 Jan 2013)
e) Butir diri peserta hendaklah ditulis dibelakang poster (nama, jabatan dan nombor
telefon)
Keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang rayuan adalah tidak
dibenarkan.

Karya yang dihantar hendaklah hasil karya asli peserta.



Semua karya peserta akan menjadi hak milik Jabatan Matematik Sains dan Komputer
PMU sepenuhnya.

Layout Ruang Pameran :





















poster
cubical
lantai



PERTANDINGAN WATER ROCKET
PERATURAN UMUM DAN SYARATSYARAT
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik Mukah Sarawak.
2. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang pelajar sahaja.
3. Borang penyertaan boleh diperolehi di Pejabat Pensyarah JMSK dan borang tersebut
hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 11 JAN 2013.
4. Pertandingan adalah untuk pelancaran roket yang paling jauh.
5. Setiap pasukan perlu membina dua (2) model roket air untuk pertandingan pelancaran
roket air tersebut. Satu (1) model adalah sebagai backup sekiranya roket utama tidak
dapat dilancarkan
6. Setiap model roket air hendaklah siap dibina sebelum tarikh pertandingan iaitu sebelum
19 JAN 2013.
7. Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk membuat dua (2) pelancaran dan roket yang
mencatat jarak paling jauh sahaja diambil kira.
8. Asas kepada binaan roket air tersebut mestilah menggunakan botol plastik minuman
berkarbonat 1.5 liter.Semua alat dan bahan keperluan untuk pembinaan model roket air
adalah disediakan oleh peserta itu sendiri.
9. Setiap pasukan perlu kreatif dalam membuat rekaan model roket air tersebut dengan
menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja.
10.Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara
sahaja.
11. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jarak pendaratan roket yang paling jauh.
12. Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang
disediakan oleh Pihak Penganjur sahaja.
14.Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa
tanpa notis awal.
15. Keputusan panel hakim adalah muktamad.








KOMPONEN UTAMA ROKET AIR








EKSPLORASI SAINS DAN MATEMATIK

1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
a. Setiap Jabatan perlu menghantar 1 kumpulan yang terdiri daripada 3 peserta
(lelaki dan perempuan).
b. Peserta hendaklah tidak mempunyai masalah kesihatan.
c. Mempunyai pengetahuan asas dalam Sains dan Matematik.
d. Eksplorasi akan bermula dan berakhir di kantin PMU, Sarawak. Kumpulan
pemenang dinilai berdasarkan siapa cepat dia dapat. Ini bermakna kumpulan
yang paling pantas dan cepat sampai ke garis penamat dikira sebagai
pemenang.
e. Eksplorasi melibatkan 5 check point utama iaitu JTMK, JKA, JMSK, JPA dan
DKU. Setiap check point mempunyai soalan yang perlu dijawab oleh kumpulan
dan dipantau oleh AJK bertugas. Setiap kumpulan akan memilih sampul
berwarna pada tempat permulaan (kantin) sebelum ke check point pertama
untuk menjawab soalan. Sekiranya berjaya, ahli kumpulan akan pergi ke
check point kedua yang telah ditetapkan dan memilih warna sampul yang
sama seperti check point pertama. Peraturan ini berterusan sehingga pada
check point yang terakhir. Selepas melepasi kesemua check point, kumpulan
dikehendaki untuk kembali ke kantin untuk menamatkan eksplorasi.
f. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan bagi setiap check point
adalah 7 minit. Sekiranya gagal menjawab soalan dalam masa yang
ditetapkan, mereka akan dikenakan penalti sebanyak 7 minit. Ini bermakna ahli
kumpulan tidak boleh pergi ke check point seterusnya sehinggalah masa
penalti 7 minit tamat.

Komponen utama
roket air ( botol
minuman berkabonat
1.5 liter
Sayap roket



SODOKU
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Penyertaan terbuka kepada 20 orang peserta terawal sahaja.
2. Setiap peserta akan menjawab satu set soalan Sodoku.
3. 3 peserta yang terpantas menjawab dengan tepat akan dikira sebagai pemenang.

CUBIC COLOUR CHALLENGE
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Penyertaan terbuka kepada 15 orang peserta terawal sahaja.
2. Setiap peserta akan diberi sebuah kubik berwarna yang telah di shuffle.
3. 3 peserta terpantas menyelesaikan kubik berwarna akan dikira sebagai pemenang.