Anda di halaman 1dari 2

Sistem Kebakaran Pasif

Sistem perlindungan kebakaran pasif merupakan elemen yang dibina pada


bangunan seperti struktur binaan bangunan, laluan melepaskan diri, pintu
rintangan api, akses perkakasan bomba dan sebagainya.

Jenis Perlindungan pasif.

i. Tangga terlindung.
ii. Koridor terlindung
iii. Pintu rintangan api
iv. Ruang akses menentang kebakaran
v. Lif Bomba

Pelan tindakan keselamatan
Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila
adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah
kemalangan. Salah satu faktor pencegahan adalah untuk menghadapi pelan
tindakan kecemasan.

Pelan tindakan keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang dan
organisasi terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan
harta benda.

Objektif PTK:-
i. membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa
berlakunya kecemasan.
ii.Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk
menjalankan tugas apabila berlakunya kecemasan.
iii. Peralatan kecemasan digunakan dengan selamat dan betul.
iv.Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur dan selamat apabila
berlaku kecemasan.

Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan
keselamatan diadakan seperti kebakaran, letupan, bencana alam, keracunan,
kebocoran toksid, bangunan runtuh dan lain-lain.

Prosedur keselamatan
Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan
keselamatan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:-

1.Pencegahan
Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara pengendalian
bahan berbahaya serta peralatan yang digunakan.

2. Kesediaan
Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa kecemasan yang dapat
bertindak apabila berlaku kecemasan.

3.Tindakan
Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak dengan
pantas dan efisien berserta kelangkapan yang mencukupi apabila terjadinya
kecemasan.

4.Pemulihan
Merupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas
kepada keadaan normal seperti menilai kerosakan, mengganti atau membaiki
peralatan yang rosak.

Anda mungkin juga menyukai