Anda di halaman 1dari 31

PRABACAAN

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah
menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu
didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti
membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. (www.bakalguru.com, 2009).
Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau
sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak.
Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras
penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap
penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca.
Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut:
Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah
mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan.
Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad.
Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa.
Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul
Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan.
Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan
huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran
difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u.
Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya,
pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi
membaca suku kata itu.
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih
tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama
huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk
perkataan buku, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata
bu; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata ku, dan akhir
disebut perkataan buku.
Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa
Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu
huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja.

Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku
kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu
vokal atau diftong. dengan satu vokal atau diftong.
Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal
pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai
suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa
sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna
perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan murid asas yang kukuh untuk membaca.

Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak.
Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan
menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan
kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-mana kumpulan sasar
dengan menggunakan kaedah ini.

Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan
menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan. (http://mohdisa-
abdrazak.blogspot.com, 2009).
Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih
tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan
kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya
menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata dan perkataan.
Contoh lambang b bukannya bi tetapi disebut beh, a disebut ah dan begitulah seterusnya.
Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri
daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang
baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru.
Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah
perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam perkataan-
perkataan tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyi-bunyi
yang terdapat dalam perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Contohnya, selepas murid-
murid diajarkan perkataan-perkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama seperti mana,
mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar melihat dan mengenal bahawa perkataan-
perkataan itu bermula dengan huruf dan suku kata yang sama tetapi memberi makna yang
berbeza-beza.
Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman).Kaedah inijuga dikenali
dengan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, dan kaedah ayat. Kaedah ini lebih
menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk
kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang
dipamerkan itu.
Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu
menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan
berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan berhampiran dengan perkataan
tersebut, kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili maksud yang terdapat di
dalam gambar tersebut.
Kaedah Frasa. Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun mementingkan unsur-unsur
yang bermakna semasa permulaan pengajaran membaca. Kaedah ini berasaskan andaian
bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini lebih
menarik minat murid-murid daripada perkataan.
Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah,
contohnya:
Ini meja
Ini kerusi
Itu buku
Itu bola
Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayat-yat mudah, misalnya:
Ini meja saya
Ini kerusi guru
Itu buku saya
Itu bola Ahmad
Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar terdapat peningkatan dalam
proses pengajaran, daripada yang senang kepada yang susah. Dengan cara ini juga perkataan-
perkataan yang baru dapat diperkenalkan.
Kaedah Kalimat. Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan kepada
kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna. Guru akan menulis dan membaca
satu kalimat daripada pertuturan beberapa kali. Kemudian murid-murid disuruh mengulangi
membaca kalimat tersebut. Sesudah itu perhatian murid-murid ditarik kepada perkataan-
perkataan yang membentuk kalimat itu. Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian
disisipkan ke dalam kalimat-kalimat baru.
Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam perkataan diperkenalkan.
Pengetahuan mengenai unsur-unsur kemudiannya digunakan untuk membentuk kemampuan
mengenal perkataan baru secara tepat dan berdikari.


Rujukan:

http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/
http://bakalguru.com














PRATULISAN
PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS
PRATULISAN
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat
mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa
murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf
dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta
koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan
mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran
tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan
yang berbentuk bebas.
Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan
pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang
dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas
supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di
udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti
melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh
melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan
tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan
mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan
rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan
rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk
corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.



PERINGKAT TULISAN MEKANIS

Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel
serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang
tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang
tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah dilatih membentuk
huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas
bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga
kepada lembaran satu garis. Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran
satu garis itu. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan
dan garis lurus dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua,
latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan
dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan
yang seragam.
Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada
beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf
dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk
membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guru haruslah memberi perhatian kepada
kanak untuk menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan
dengan menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah
menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-
alat dengan baik , baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis mengikut
urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan menyalin dua suku kata
supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya menulis huruf yang tertinggal dalam
ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini diteruskan dengan menyalin perkataan yang
mudah dan menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.
PERINGKAT MENULIS UNTUK PELAHIRAN

Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran
mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu
berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tenpat kosong, melengkapkan ayat-ayat
dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di
antara aktiviti aktivit-aktiviti menulis yang boleh dijalankan adalah seperti mengisi silang kata,
mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang
sesuai, menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Selain itu aktiviti seperti
memanjangkan ayat dengan menambahkan rangka kata yang sesuai juga boleh dilakukan.
Seterusnya adalah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita, menulis ayat
berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapn kefahaman, menulis rencana
daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis karangan daripada tajuk yang disediakan.
Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran
menulis.


AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN

a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.

i. --------- . .. ...



c) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa
menggunakan alat tulis.

BULATAN BESAR BULATAN KECIL






d) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari,
menggoyangkan tangan, ma=eramas-ramas jari dan sebagainya.
e) Latihan membentuk garisan lurus.







f) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara
bebas.





g) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.









AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN TULISAN MEKANIS
i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.







ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.





iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.



iv. latihan membentuk lambing tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman
cara menulis bagi





Pratulisan

Menurut Golden (1984; 4), kanak-kanak pada umur tiga tahun telah berupaya untuk
mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan lakaran. Pandangan beliau
menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan
bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat
ke atas tulisan dan bacaan boleh bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun.

Pratulisan merujuk kepada latihan-latihan yang dilakukan untuk pergerakan tangan. Dengan itu,
dapatlah kanak-kanak menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan
selesa dan sempurna.Selain itu, kanak-kanak juga dapat melakukan latihan-latihan pergerakan
mata serta melakukan latihan-latihan kordinasi tangan.

Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya
mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk
garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan
sempurna.


CARA MELAKSANAKAN PENGAJARAN PRATULISAN

Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah
memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi
masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah
meletakkan kertas lurus sebagai anduan untuk murid menulis.




Contohnya, Huruf c hendaklah ditulis di dlam garisan, lihat contoh berikut



Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru
hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan. Perhatikan cara dia memegang
pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untuk memastikan
pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan
mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba
latih tubi murid menulis huruf mengikut jark hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang
pensel.

Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri
untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh
digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru terlalu kerap
menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk
menarik minat murid ketika menulis.

Di pusat prasekolah kanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran menulis secara
mekanis dengan tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas. Pada peringkat
awal pembelajaran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah suatu aktiviti yang
menyeronokkan Aktiviti-aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah
penting. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas.
Melalui aktiviti tersebut ia dapat membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran
menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.
Guru memainkan peranan penting dalam memastikan kefahaman kanak-kanak tentang
pratulisan. Terdapat banyak caranya dan salah satu ialah Menyediakan Sudut Tulisan.
Matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka sendiri kemahiran
menulis, kita seharusnya menyediakan satu suasana untuk memungkinkan perkara tersebut
berlaku. Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya kesan menarik sama dengan sudut main
blok. Alat-alat tulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah
pemadam, pad stamp, klip kertas dan sebagainya boleh disediakan.

Malah, Kit Pengajaran Program KIA2M telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran. Kit ini
telah disediakan sebagai alat bantu mengajar untuk membantu guru dalam menjalani Kelas
Intervensi Awal Membaca dan Menulis Tahun Satu yang telah diperkenalkan oleh
KementerianPelajaran.

Kit Pengajaran Program KIA2M ini mengandungi :

18 keping Kad Pembelajaran Membaca & Menulis :
a) Bahan Prabacaan & Pratulisan
Bahan Bacaan Mekanis Huruf Vokal &
Konsonan
c) Bahan Bacaan Mekanis Suku Kata
d) Bahan Bacaan Mekanis Frasa
e) Bahan Bacaan Mekanis Ayat Pendek
Satu set Papan Pameran (dengan tep pelekat
velcro)
Satu set (160 keping) Kad Huruf (Besar & Kecil)
6 naskhah Kit Belajar Menulis & Buku Latihan

Guru prasekolah juga boleh melengkapkan bilik darjah dengan bahan-bahan yang
menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah seperti buku-
buku, majalah-majalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan,
logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi
dengan bahan-bahan tulisan (print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang
tulisan dan bacaan.

Selain itu, guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan
menyediakan sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-kanak boleh berlatih menulis
menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini mudah bagi kanak-kanak untuk
memadam dan menulis semula bentuk-bentuk yang diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu
mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk menulis semula huruf dan sebaginya.

Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan mereka boleh
menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing) kepada rakan atau ibu bapa
mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok (mock letter
writing) kepada ibu bapa mereka. Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-
olok, guru akan menulis sebenar mesej surat tersebut dalam mock letter writingtersebut.
Apabila ibu bapa mereka bertindak balas terhadap surat tersebut kanak-kanak akan merasakan
bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah akan timbul motivasi
mereka untuk terus belajar menulis huruf-huruf yang sebenarnya.


PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN BONEKA
Konsep Boneka
Objek @ bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang disesuaikan dengan bahanyang
diceritakan.
Objek yang yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk
haiwan,tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan
menggunakan dialog mengikut sesuatu watak @ cerita.
Tujuan Penggunaan Boneka dalam Pengajaran
Mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan
Mengguna dan memperkukuh kemahiran bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti
yang menggembirakan
Mempercepat dan mempermudah pemahaman murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau
isi pelajaran
Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni
Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P
Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan
Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman
Terangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan kekal
Jenis-jenis Boneka
Boneka Sarung Tangan
Boneka daripada alat sebenar
Boneka lidi
Wayang kulit
Boneka bertali
Boneka jari
Boneka tongkat
Boneka penuh
Jenis-jenis Pentas
Pentas kerusi
Pentas rentang
Pentas tingkap
Pentas pintu
Pentas meja
Pentas berlipat
Pentas terbuka


1. Boneka
Boneka terus berkembang mengikut perkembangan zaman. Setiapbangsa di dunia mempunyai
pegangan dan kepercayaan tersendiriterhadap boneka. Secara amnya, boneka dicipta untuk
tujuankeagamaan dan hiburan. Boneka yang digunakan di Mesir, Itali, Jepun,Cina dan India
berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Di
Jepun, boneka yang dikenai sebagai
banraku
digunakan untuk tujuan
berhibur. Boneka ini dicipta bertujuan menghiburkan orang ramai.Boneka ini dicipta daripada
kayu yang boleh digerakkan mengikutdialog penceritanya.
2. Definisi Boneka
Boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yangterkandung dalam beberapa
watak animasi yang dimanipulasikan olehseorang dalang yang mahir. Kamarudin Husin dan Siti
Hajar AbdulAziz (1998) mendefinasikan boneka sebagai objek atau bahan yangdigerakkan
serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan denganbahan yang diceritakan. Manakala
Jamilah Ahmad(1999) mentakrifkanboneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar
atau bahanciptaan yang berbentuk orang, haiwan tumbuh-tumbuhan dansebagainya yang
digeraklakonkan oleh pemainnya denganmenggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu
watak atau cerita.Dari segi binaan pula, boneka boleh dibahagikan kepada tigaperingkat, iaitu
mudah dan ringkas, sederhana dan rumit.




Kebaikan Menggunakan Boneka
Belajar sambil berhiburPenggunaan boneka memberikan peluang kepada murid-muridbelajar
sambil berhibur tanpa disedari oleh mereka. Cara ini memberikan kesan yang amat berkesan
dalam proses pembelajaran murid-murid terlibat .
Menggunakan pelbagai deriaPembelajaran menggunakan boneka akan melibat pengunaan
pelbagai deria secara serentak, iaitu deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan.
Menggunakan kemahiran bahasa secara serentakSebelum persembahan, murid-murid diberi
peluang untukmerancang dan mengadakan pelbagai aktiviti. Semasapersembahan pula, murid-
murid berpeluang membaca, menghafaldan menggunakan pelbagai dialog. Manakala
selepaspersembahan, mereka digalakkan pula berbincang dan bersoal jawab tentang cerita
tersebut bersama-sama rakan di dalam bilikdarjah. Secara tidak langsung, murid-
murid terlibat akanmenggunakan pelbagai kemahiran bahasa secara serentak tanpadisedari
oleh mereka.
Memperkukuh kemahira mata pelajaran lainPersembahan boneka melibatkan
penggabungjalinan matapelajaran seni visual terutama semasa membina boneka. Jika
lagudigunakan semasa simulasi, maka mata pelajaran music jugaBerjaya diserapkan.
Mempercepat pemahamanini terjadi apabila murid-murid berpeluang menggunakan
kemahiranmendengar, bertutur, berlakon, manipulatif dan sebagainya melaluipersembahan
boneka.
Penglibatan diri secara aktifOleh sebab boneka boleh dimainkan secara individu,
berpasangandan berkumpulan, peranan murid adalah pelbagai dan bergantungkepada
kemampuan dan kebolehan masing-masing.
Memupuk daya kreativitiAspek ini boleh diaplikasikan menerusi aktiviti menghasilkan
skrip,menulis, membuat dan mereka cipta boneka, mengadakan kesanbunyi, teknik
menggerakan boneka dan sebagainya.Penggunaan boneka berjaya meningkatkan minat
danmotivasimurid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalambilik darjah. Guru
boleh menggunakan boneka sama ada pada
peringkat set induksi, perkembangan pelajaran ataupun untuk tujuanpengukuhan. Penggunaan
boneka dalam pelajaran dan pembelajaranBahasa Melayu di dalam bilik darjah banyak
memberikan pelbagaipengalaman baharu kepada guru-guru dan murid-murid


















RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-
prasekolahhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bonekahttp://ctdollartists.com/history.htmhttp://ms.wikipedi
a.org/wiki/BonekaAzman Wan Chik. (1993).
Mengajar Bahasa Melayu
. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.Khairuddin Mohamad (2011).
Literasi Bahasa
. Shah Alam: OxfordFajar Sdn. Bhd.Siti hajar Abd. Aziz. (1996).
Permainan bahasa untuk sekolah rendah dan menengah
. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mat Nor Hussin, & Ab. Rahman Ab. Rashid.
(1998).
Alat Bantu Mengajar dalam pengajaran bahasa
. Petaling Jaya : Longman Sdn.









Contoh Soalan Literasi Bahasa Melayu
JAWAB SEMUA SOALAN

1. Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama
Memilih yang sama dan yang berbeza
Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf
Mengelaskan benda atau gambar mengikut urutan yang
munasabah

Aktiviti di atas merupakan merupakan komponen dalam pengajaran ;

A Lisan
B Prabacaan
C Bacaan mekanis
D Kesediaan membaca

2. Kaedah Abjad memberi penekanan supaya murid dapat ;

A. membunyikan suku kata
B. mengeja terus sesuatu perkataan
C. mengenal nama-nama huruf dan bunyinya
D. membunyikan perkataan berdasarkan gambar

3. Kaedah Pandang dan Sebut mementingkan

I. pengejaan dan membatang suku kata
II. penyebutan ayat melalui gambar yang ada cerita
III. membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman
melalui gambar.
IV. membunyikan huruf-huruf dahulu sebelum menjadikannya suku kata
dan perkataan.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. II dan IV sahaja

4. Yang manakah paling benar tentang kaedah pandang dan sebut ?

A. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali
B. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf
C. Kaedah ini sangat sesuai dengan susuk bahasa Melayu
D. Kaedah ini menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran
dengan tulisan.

5. Dalam sesi pengajaran pra bacaan di dalam kelas, pilih set induksi yang paling
sesuai digunakan oleh guru untuk memulakan pengajaran.

A. Guru menunjukkan cara menulis huruf a
B. Guru menunjukkan kad huruf dan meminta murid menyebutnya
C. Guru menulis huruf a di papan tulis dan meminta murid menyebutnya
D. Guru berbual dengan murid mengenai sesuatu perkara yang berkaitan
dengan tajuk pembelajaran.

6. Kaedah yang memperkenalkan bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf terlebih
dahulu ialah

A. Kaedah Abjad C. Kaedah Perkataan
B. Kaedah Fonetik D. Kaedah Suku Kata

7. Kaedah yang paling tua digunakan oleh manusia bagi megajarkan bacaan
kepada kanak-kanak ialah;

A. Kaedah abjad
B. Kaedah fonik
C. Kaedah suku kata
D. Kaedah pandang sebut

8. Melalui kaedah abjad, murid mengenal huruf kecil dan besar melalui cara-cara
seperti yang berikut, kecuali

A. mengenal nama huruf
B. mengenal bunyi huruf
C. mengenal bentuk huruf
D. mengenal suku kata

9. Mengikut kaedah abjad sebelum diajarkan membaca perkataan proses yang pertama
murid mestilah ,

A. mengeja suku kata
B. mengeja perkataan
C. mencantum suku kata
D. menyebut dan menghafal huruf a hingga z

10. Berikut merupakan aktiviti peringkat penulian mekanis kecuali

A. menamakan gambar-gambar
B. menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf
C. melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat
D. menekap huruf atau perkataan yg ditulis dengan bentuk garis putus-putus

11. Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan. Melalui kaedah ini perbendaharaan
kata imbasan diperkenalkan dahulu sebelum diperkenalkan bunyi kepada murid. Pernyataan di
atas merujuk kepada;

A. Kaedah fonik
B. Kaedah abjad
C. Kaedah pandang sebut
D. Kaedah ayat dan cerita

12. Apakah yang dimaksudkan dengan peringkat penulisan mekanis ?

A. Murid menyalin ayat-ayat yang ditulis oleh guru
B. Murid didedahkan dengan penulisan huruf-huruf kecil dan besar
C. Murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengalaman yang telah
dilalui.
D. Murid didedahkan dengan aktiviti pengamatan penglihatan dan pengamatan
pendengaran.

13. Antara kelebihan kaedah padang sebut ialah;

I. Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak
II. Kaedah ini dari awal mementingkan makna
III. Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama
IV. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan perkataan
baharu walaupun perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka.

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

14. Seorang murid menghadapi masalah menyebut fonem /m/ seperti ayat di bawah:
Mereka makan mangga muda masa emak mandi dalam kolam

A. main peranan
B. pasangan minimal
C. pemintal lidah
D. lakonan

15. Peringkat pra menulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan
aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas
dan betul. Latihan pra menulis menitikberatkan perkara-perkara berikut kecuali;

A. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan
B. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata
C. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat
D. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa
dan sempurna

16. Kaedah fonetik mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah

I. sesuai dengan susuk bahasa Melayu
II. mempelajari perkataan baru secara berperingkat
III. membolehkan kanak-kanak membaca perkataan baru
IV. memberi asas dan binaan yang kukuh dalam proses membaca

Antara berikut, yang manakah aktiviti yang sesuai untuk penyataan di atas ?

A. mengenal nama huruf
B. menenal bunyi huruf
C. mengenal bentuk huruf
D. mengenal bunyi suku kata

17. Dalam aktiviti kemahiran pra tulisan murid diberi latihan pergerakan mata dari
kiri ke kanan serta mengkoordinasi pergerakan mata dan tangan.
Berdasarkan pernyataan yang di atas aktiviti yang bersesuaian ialah;

A. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua
B. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu
C. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.
D. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk
mendapat keseragaman

18. Berikut merupakan matlamat aktiviti main peranan dalam pengajaan dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

I. Murid memahami masalah sendiri dengan mendalam
II. Murid memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk
masalah sosial.
III. Membantu murid pendiam mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
IV. Kurang membantu murid pendiam mengambil bahagian dalam aktiviti-
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

A. I dan II sahaja C. I, II, dan III sahaja
B. III dan IV sahaja D. I, II, dan IV sahaja

19. Pilih langkah yang sesuai untuk memasukkan fail lagu secara berterusan ke dalam
beberapa slaid.

A. Pilih lagu Custom Animation pilih Effect Option set jumlah slide
B. Record sound press button dan mainkan bunyi sewaktu anda melihat
keseluruhan slide.
C. Mainkan udio dari CD set lagu dari CD untuk jangkamasa lagu dimainkan.
D. All programs assesories record sound - save

20. Format digital bagi rakaman audio ialah

A. pdf C. jpag
B. waw D. mdb

21. Perisian Sound Recorder digunakan untuk merakam bunyi-bunyi alam dan mekanikal.
Berikut adalah format yang digunakan untuk menyimpan fail audio.

A. wav C. pdf
B. mdb D. exe

22. Guru mata pelajaran Seni Visual boleh menjalankan aktiviti mengeja
dan menyebut perkataan berdasarkan bahan-bahan berikut, kecuali

A. gambar yang dilukis
B. kraftangan batik
C. lukisan tanah liat
D. lirik lagu yang dinyanyikan


23. Langkah 1 - Pilih huruf kegemaran sama ada huruf di awal nama
atau sebaliknya.
Langkah 2 - Membina mengikut teknik tone warna gabungan sekurang-kurangnya
dua warna supaya lebih menarik.
Langkah 3 - Gunakan gam untuk menampal bahan binaan tersebut.
Langkah 4 - Gunakan plastik lutsinar sebagai pembalut, supaya bahan binaan
utama tidak mudah tanggal bila disentuh.

Langkah di atas merujuk kepada pembinaan bahan pemulihan membaca dan
menulis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual jenis

A. kolaj C. Kraf tangan
B. origami D. mewarna

24. Antara pergerakan lokomotor berikut, pergerakan menakah yang merupakan
aktiviti yang dapat membantu murid mengenal huruf ?

A. berlari secara lurus dengan pantas.
B. memulakan langkah kaki secara teratur
C. membentuk huruf mengikut posisi badan
D. menyambut dan membaling bola berpasangan

25. Tujuan penyerapan mata pelajaran PJK dalam pendidikan pemulihan membaca dan
menulis adalah untuk

A. memudahkan guru-guru mengajar membaca
B. bermain dengan huruf dan perkataan secara beriadah
C. menyakinkan murid-murid untuk membaca dan menulis
D. menyenangkan murid-murid mengingat huruf yang telah dipelajari

26. Boneka yang dikendalikan oleh tiga orang dalang dalam pengajaran dan
pembelajaran guru dikenali sebagai Boneka

A. Bunrako
B. Marrionette
C. Polistrina
D. Ventriloquist

27. Guru berjaya mengesan salah seorang muridnya menghadapi masalah untuk menyebut
fonem /k/dalam ayat berikut:

Kulit kaki kakak kamu kurap kerana kulat kurap kucing kurap hinggap kulit kaki
kakak kamu. Kakak kamu harap kudis kurap kurang pada kulit kaki kelak bila kopi
kelat pekat sapu pada kudis kulit kaki kurap kakak kamu.

Berdasarkan penyataan masalah di atas, apakah aktiviti yang paling sesuai untuk
mengatasi masalah muridnya.

A. main peranan
B. pemintal lidah
C. pasangan minimal
D. latih tubi

28. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang pengajaran secara individu

A. murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri
B. hubungan mrid dengan guru adalah paling minima
C. amat sesuai untuk pengajaran pemulihan dan pengayaan.
D. menggalakkan murid-murid berinteraksi sesama sendiri secara bebas.

29. Semua yang berikut merupakan ciri-ciri permainan bahasa, kecuali

A. menyeronokan
B. bersifat persaingan
C. penglibatan menyeluruh
D. tidak mementingkan unsur etiket

30. Yang manakah di antara berikut merupakan ciri-ciri pengajaran tutoring

I. Sebarang kerja rumah akan dikembalikan melalui perkhidmatan pos
II. Seorang guru hanya dikhususkan untuk seorang murid sahaja
III. Kaedah pengajaran individu yang paling asli dan tertua
IV. Seseorang murid tidak perlu menunggu arahan guru untuk maju

A. I sahaja C. III dan IV sahaja
B. I dan II sahaja D. Semua di atas

31. Guru mata pelajaran Seni Visual boleh menjalankan aktiviti mengeja dan
menyebut perkataan berdasarkan bahan-bahan berikut kecuali

A. gambar yang dilukis
B. kraftangan batik
C. lukisan tanah liat
D. lirik lagu yang dinyanyikan

32. Manakah antara penyataan berikut merupakan objektif utama pembelajaran
berkumpulan ?

A. mendorong sikap egosentrik dalam kalangan murid
B. memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih guru
yang digemari sahaja.
C. memberi peluang kepada murid belajar mengikut kemampuan dan kebolehan
masing-masing.
D. menggalakkan murid-murid menggunakan bahan pembelajaran individu secara
bersendirian.

33. Antara pergerakan lokomotor berikut, pergerakan manakah yang merupakan aktiviti
yang dapat membantu murid mengenal huruf?

A. berlari secara lurus dengan pantas
B. memulakan langkah kaki secara teratur
C. membentuk huruf mengikut posisi badan
D. menyambut dan membaling bola berpasangan

34. Tujuan pendidikan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan membaca
dan menulis adalah untuk

A. menyenangkan guru-guru mengajar
B. menyakinkan murid-murid untuk belajar
C. membolehkan murid-murid bekerjasama antara satu sama lain.
D. menyenangkan murid-murid untuk mengingat huruf yang telah
mereka pelajari menerusi nyanyian.

35. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan boneka mempunyai beberapa
kelebihan. Antara kelebihannya ialah;

I. dapat menarik perhatian murid
II. dapat membina keyakinan diri
III. dapat menggunakan pelbagai deria
IV. dapat menggunakan kemahiran bahasa secara serentak

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III dan IV

36. Tujuan pendidikan pendidikan jasmani dan kesihatan dalam pengajaran dan
pembelajaran pemulihan membaca dan menulis adalah untuk

A. menyenangkan guru-guru mengajar
B. menyakinkan murid-murid untuk belajar
C. membolehkan murid-murid bekerjasama antara satu sama lain.
D. menyenangkan murid-murid untuk mengingat huruf yang telah
mereka pelajari menggunakan kaedah pergerakan.

37. Pilih penyataan yang tidak benar tentang pengajaran secara individu

A. murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri
B. guru boleh menyediakan pengajaran berdasarkan keperluan murid
C. guru boleh merancang satu set jadual khusus dan modul bersesuaian
D. murid boleh berkongsi idea dan memberi sumbangan untuk menyelesaikan
tugasan yang diberikan.

38. Murid-murid didedahkan dengan teknik mengeja perkataan dan suku kata mengikut
melodi dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan supaya

A. murid-murid boleh bertutur dengan lancar
B. murid-murid dapat mengecam bunyi huruf dengan betul
C. murid-murid boleh menyanyi dengan intonasi yang baik
D. murid-murid mudah mengingat dan menghafal perkataan dan
suku kata yang dipelajari.

39. Manakah antara penyataan berikut merupakan objektif utama pembelajaran
berkumpulan ?

A. mendorong sikap egosentrik dalam kalangan murid-murid
B. memberi kebebasan kepada murid untuk memilih guru yang disukainya sahaja
C. memberi peluang kepada murid belajar mengikut kemampuan dan kebolehan
masing-masing.
D. menggalakkan murid-murid menggunakan bahan-bahan pembelajaran individu
secara bersendirian.

40. Semua yang berikut merupakan jenis pameran kecuali

A. pameran tetap
B. pameran bermusim
C. pameran bergerak
D. pameran sementara


BAHAGIAN B Jawab 2 soalan sahaja

1. Pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas
pancaindera dengan bantuan kuasa intelek.

(a) Nyatakan dua jenis pengamatan

i. _____________________________

ii. _____________________________

(b) Senaraikan tiga punca kelemahan pengamatan

i. _____________________________

ii. _____________________________

iii. _____________________________

2. Peringkat pratulisan ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan akiviti-
aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.

(a) Nyatakan tiga aktiviti kemahiran pratulisan mengikut urutannya.

i. _____________________________________

ii. _____________________________________

iii. _____________________________________

(b) Dalam aktiviti kemahiran pratulisan, murid telah diberi latihan
pergerakan mata kiri ke kanan serta mengkoordinasi pergerakan mata
dan tangan.

i. _____________________________________

ii. _____________________________________

3. Penggunaan boneka dalam bilik darjah perlu dirancang dengan teliti agar
aktiviti tersebut dapat membantu dalam perkembangan bahasa dan sahsiah murid.


a. Nyatakan tiga persediaan murid sebelum terlibat dalam pengajaran
menggunakan boneka.

i. _____________________________________

ii. _____________________________________

iii. _____________________________________


b. Nyatakan dua persediaan guru sebelum melaksanakan pengajaran yang
menggunakan boneka.

i. _____________________________________

ii. _____________________________________



















Kaedah Membaca.
PENGENALAN.
Abd. Aziz (2000 dalam Khairuddin Mohamad, 2011) mengatakan bahawa kefahaman
merupakan aspek terpenting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Untuk membolehkan seseorang itu
membaca, kefahaman yang tinggi amatlah perlu bagi memudahkan individu itu memperoleh
maklumat daripada apa yang dibacanya.
Bagi peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah membaca
yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah merupakan prosedur
menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara kaedah
yang sering digunakan oleh para guru ialah kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang
sebut, dan kaedah cerakinan.

Kaedah Abjad.
Kaedah klasik dan kaedah yang paling tua.
Pernah digunakan pada zaman kerajaan Greek dan Rom.
Dimulai dengan pengenalan abjad dan kemudian membunyikan abjad tersebut.

Zulkifley Hamid (1994 dalam Khairudin Mohamad, 2011 ) mengatakan bahawa kaedah abjad
berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf.
Guru memperkenalkan huruf vokal dan konsonan terlebih dahulu.
Vokal : a, e, i, o, u
Konsonan : b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w
Nama-nama abjad perlulah disebut dan dihafal oleh murid.
Aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan.
Guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf.
Contoh : a untuk api.





Rumusan Kaedah Abjad.
Kaedah abjad ini merupakan kaedah yang mengutamakan abjad depan bagi setiap
perkataan. Guru akan mengajar murid huruf pangkal bagi setiap perkataan atau objek.
Contohnya untuk perkataan api , huruf pangkalnya ialah a. Maka murid akan mengingati
bahawa huruf a itu digunakan untuk perkataan api. Setelah murid menguasai kaedah ini,
barulah murid akan diajar menggunakan kaedah yang seterusnya.
Kaedah Fonetik.
- Sesuai untuk kanak-kanak yang baru mengenal huruf.
- Murid perlu mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi.
- Asosiasi bunyi.
Kelebihan Kaedah Abjad.
Terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya dalam sistem bahasa Melayu.
Setelah mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik, murid dapat membaca
perkataan baharu.
Kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca.
Murid-murid dapat mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca.
Kelemahan Kaedah Abjad.
Murid dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak memahaminya.
Murid membaca secara merangkak-rangkak kerana terbawa-bawa cara membaca sambil
mengeja.
Terdapat kemungkinan bahawa murid akan lupa pelajaran yang lepas jika tidak diulang kali
dalam bilik darjah.
Murid akan berasa bosan kerana aktiviti yang lebih kepada hafalan dan kurang penghayatan.
Contoh : Guru membunyikan aa dan mengaitkannya dengan peristiwa atau kejadian di
kawasan persekitaran seperti terkena api, aaaaaaaaaaa panas!
- Asosiasi gambar.
Contoh : Guru menggunakan kad gambar emak untuk bunyi ee.
Guru memperkenalkan bunyi-bunyi a, i, u dahulu kerana e dan o lebih kurang digunakan.
Konsonan pula diperkenalkan dahulu k,s,t,d,r,l,m,g, dan n kerana ia bunyi-bunyi yang
lebih mudah berbanding konsonan yang lain.

Kelebihan Kaedah Fonetik.
Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.
Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.
Murid dapat mengurangkan beban memori.
Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu

Kelemahan Kaedah Fonetik
1. Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini.
2. Sesuai untuk murid-murid yang pandai.
3. Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca.
4. Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu.
5. Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan
mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.
Rumusan Kaedah Fonetik.
Kaedah Fonetik menggunakan bunyi-bunyian vokal dan konsonan untuk
memperkenalkan perkataan. Contohnya bunyi vokal untuk e merupakan furuf vokal untuk
perkataan emak. Contoh huruf konsonan pula iaitu huruf l boleh dikaitkan dengan objek lori.
Maka, murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan konsonan itu untuk dikaitkan dengan
perkataan dan objek yang lain.
Kaedah Pandang Sebut.
Dicadangkan penggunaannya di Amerika Syarikat oleh Samuel Worcester

2 aktiviti : Membunyikan suku kata berdasarkan gambar
Membunyikan ayat berdasarkan gambar

Bertujuan untuk murid membiasakan diri mengecam perkataan tanpa perlu mengeja dan ia
dapat memendekkan masa murid untuk mengeja.

Konsep Kaedah Pandang Sebut
Murid-murid menyebut perkataan pada kad-kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru.
Kemudian aktiviti membaca bahan yang sama daripada buku teks.
Murid mengecam gambar dan menyebut perkataan.
Murid diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan tersebut.
Murid menyebut berulang kali perkataan tersebut.


Kebaikan Kaedah Pandang Sebut.
Murid tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu maka masa dapat dijimatkan.
Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya.
Kaedah ini merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran membaca.

Kelemahan Kaedah Pandang Sebut.
Murid tidak pandai mengeja.
Murid tidak dapat menyebut perkataan baharu kerana tiada pendedahan.
Perbendaharaan kata murid terbatas.
Kaedah ini hanya sesuai untuk murid-murid yang pandai.


Rumusan Kaedah Pandang Sebut.
Kaedah pandang sebut ini merupakan kaedah yang digunakan dengan cara
pengamatan dan mengingat. Contohnya apabila guru menunjukkan kad gambar dadu dan
tertera ejaan dadu, murid akan mengamatinya dan mengingati perkataan dan gambar tersebut.
Apabila murid itu terpandang perkataan atau objek yang sama dalam situasi lain, murid tersebut
akan terus mengetahui bunyi dan ejaan dadu itu.
Kaedah Suku Kata.

Kaedah suku kata merupakan satu deretan bunyi yang mengandungi satu puncak kelantangan.
(Daniel Jones.)
Suku kata merupakan ujaran terkecil dari sebuah kata yang didengarkan pada
kehadiran vokal.
Satu suku kata sekurang-kurangnya mengandungi satu buah vokal dan konsonan.

Jenis-jenis suku kata.

i) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K (sos)
ii) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (api)
iii) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + KV + KV (kereta)
iv) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + V + KV+ KV (suasana)

Kelebihan Kaedah Suku Kata

Murid-murid dapat mengeja dengan baik kerana dilatih untuk mengeja bagi tiap-tiap perkataan
yang dibaca.
Guru tidak perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang banyak dan ini memudahkan guru-
guru menjalankan tugasnya.



Kelemahan Kaedah Suku Kata

Murid tidak lancar membaca kerana lebih fokus kepada huruf.
Terlalu mementingkan ejaan hingga menyebabkan fahaman tidak berjaya diperoleh
Kanak-kanak mudah keliru kerana nama-nama huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf
tersebut.

Rumusan Kaedah Suku Kata.
Kaedah suku kata ini,murid akan mengenal perkataan melalui ejaan suku kata
vokal dan konsonan. Contohnya perkataan susu, suku kata yang digunakan ialah kv+kv=kvkv.
Murid akan mengeja setiap satu suku kata dan hasilnya murid tersebut akan mengetahui
perkataan apakah yang tertera itu.