Anda di halaman 1dari 5

REMAJA AKHIR ZAMAN

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,


Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana Redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah




Entry kali ini amat sesuai dibaca oleh pasangan yang masih bercinta, masih dalam alam
pertunangan & kepada mereka yang baru nak berkenalan

Biasanya golongan begini memang kerap melakukan aktiviti negative seperti memandang,
sentuhan, bersolek, haruman, duduk & hiburan. Moga dapat memberikan pengajaran kepada
kita semua yang sering alpa, leka & lalai dengan mainan & nikmat dunia. Sesungguhnya
iblis & syaitan laknatullah sangatlah bijak untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s
Sesungguhya iblis pernah bersumpah :
Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka
semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka."
(Surah Shaad : 82-83)

Iblis menjawab, "kerana engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-
benar akan akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,
kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka & dari belakang mereka, dari
kanan & dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati mereka bersyukur
(taat)."
(Surah Al-A'raf : 16-17)



MEMANDANG seseorang terutama yang disayangi, sangat sukar di tahan.
Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun
keinginan seseorang.
Jarang nikmat penglihatan ini digunakan sebaiknya. Astaghfirullah

SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta & kasih sayang . Tetapi, apabila
seseorang mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora
dalam jiwa. Astaghfirullah



BERSOLEK & BERHIAS menyerlahkan seri serta kecantikan.
Ramai yang akan memuji wajah, rambut & susuk tubuh yang menarik. Suruhan Allah agar
menutup aurat mengikut syariat yang telah digariskan tidak mampu ditunaikan.
Astaghfirullah

HARUMAN yang digunakan sering membuat orang lelaki berasa senang untuk bersama.
Alangkah bangganya apabila mereka terpesona & tergoda. Astaghfirullah



DUDUK berdua-duaan bagi sesetengah mereka yang sedang bercinta apa salahnya selagi
mereka tidak melakukan zina. Sesekali mereka perlukan privacy.
Lagi pun mereka kata, bukannya buat apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan
syaitan sukar ditepis. Percayalah sahabatku.

HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan bagi mereka yang sedang kesunyian & kesepian.
Tanpanya terasa kosong dunia ini. Selalu bersama kawan-kawan lelaki & perempuan ke
pesta, wayang atau konsert. Masa banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat &
kadang-kadang sukar mengawal batas-batas pergaulan. Astaghfirullah



JIKA BENAR LELAKI ITU
MENCINTAIMU
Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum
menikah denganmu
Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG
sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MELIHAT AURATMU
sebelum menikah denganmu
Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI
MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK :
)



Kita kena ingat
CINTA bukan pada couple
CINTA juga bukan pada I love you'
CINTA tak terletak pada I miss you
Dan CINTA bukan pada can I touch you?
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata
Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz
ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana
ALLAH


Allah Taala berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya
zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu
jalan yang buruk."
(Al-Israa' : 32)

JOM MENGISLAHKAN DIRI
.The Beauty of Islam.

Anda mungkin juga menyukai