Anda di halaman 1dari 3

ULASAN JURNAL

TAJUK 2 : ISU DAN TREND ICT MASA KINI



SINOPSIS

Jurnal yang telah saya pilih adalah bertajuk Modensasi, Masyarakat Malaysia
Dan ICT : Isu, Cabaran Dan Penyelesaiannya yang telah ditulis oleh Prof. Madya Dr.
Mohd. Noor Mat Yazid, Program Hubungan Antarabangsa, Sekolah Sains Social,
University Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Dalam jurnal ini, penulis membincangkan
mengenai modensasi, kemodenan yang telah dicapai oleh masyarakat Malaysia,
pengaruh dan hubungannya dengan ICT serta cabaran dan penyelesaian yang
mungkin boleh dilakukan. Semakin tinggi tahap kemodenan semakin menurunnya nilai
agama, moral dan etika yang dipegang oleh sesebuah masyarakat sebelum ini. Selain
itu, dalam jurnal ini juga merumuskan bahawa pengaruh ICT dalam tahap kemodenan
dan kehidupan masa kini dapat dielakkan. Ini kerana ICT telah menjadi sebahagian
daripada kehidupan yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya. Untuk
mengelak serta mengurangkan kesan negetif dan menghancurkan nilai-nilai positif
budaya masyarakat kita, semua pihak hendaklah memainkan peranan untuk
mengukuhkan lagi nilai agama, moral dan etika masyarakat khususnya generasi muda
masa kini.

ISU YANG DIBINCANGKAN

1. Perbincangan asas yang melihat hubungan songsang di antara urbanisasi /
tahap kemodenan yang dicapai dengan nilai-nilai tradisi, agama, moral dan etika
yang dipegang dan diamalkan.

2. Perbincangan mengenai beberapa isu yang terpilih / cabaran-cabaran semasa
masyarakat akibat daripada berkembang dan meluasnya pengaruh dan
penggunaan ICT dalam kehidupan kini.


3. Cadangan kepada masalah yang timbul bagi mengelakkan kesan negatif akibat
daripada semakin meluasnya, pengaruh ICT dan semakin rendah / keruntuhan
nilai-nilai tradisi, agama, moral dan etika.


CADANGAN / ULASAN TENTANG ISU

Saya amat menyokong jurnal yang telah di tulis oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Noor
Mat Yazid kerana keadaan masyarakat kini telah berubah dengan perkembangan
terkini dalam ICT. Ini kerana keupayaan dan kemahiran generasi muda dalam ICT jauh
lebih baik daripada generasi yang lebih tua dan akan membawa kesan negatif kepada
seseorang terutamanya golongan generasi muda remaja. Bagi mengelakkan kesan
negatif yang semakin meluas dalam ICT, kesedaran hendaklah diberikan lebih awal dan
dikaitkan dengan kesedaran agama tentang bahaya dan kesan buruk daripada ICT ini
supaya mereka tidak akan melayari sumber-sumber/ cerita-cerita yang tidak bermoral.
Selain itu juga beliau banyak menekankan supaya setiap perlakuan atau tindakan yang
dilakukan oleh anak-anak remaja kini dipantau sepanjang masa. Ini untuk mengelakkan
mereka berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh
percaya. Seseorang itu juga akan mengambil kesempatan ke atas remaja-remaja
dengan meminta maklumat-maklumat peribadi yang lengkap dan akan digunakan untuk
tujuan-tujuan jahat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa
kini tidak dapat dielakkan dan ia mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan
terutamanya generasi muda masa kini. Oleh itu bagi mengurangkan kesan negatif
penggunaan ICT, semua pihak dari pelbagai peringkat mestilah memainkan peranan
untuk megukuhkan lagi nilai agama, moral serta etika masyarakat masa kini. Kesan
negatif dari penggunaan ICT tidak dapat dihapuskan sepenuhnya tetapi mungkin dapat
dikurangkan dengan melakukan perkara yang lebih positif.