Anda di halaman 1dari 13

DIMENSI BUDAYA PENDIDIKAN SENI

Seni dan Budaya


Seni sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan,
peradaban dan kebudayaan manusia. Seni memberi peluang untuk
memahami pengalaman manusia dengan baik.Untuk memahami sesuatu
masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial,
politik dan ekonomi sesuatu masyarakat, Ini kerana seni dan kesenian terlalu
akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan
dan mempunyai hubungan dan perkaitan yang kuat terhadap hubungan
sesama manusia baik dalam komunikasi mahupun budaya sesebuah
masyarakat tersebut.
Koentjaraningrat, dalam bukunya Pengatar Ilmu Antropologi,
mengatakan bahwa suatu kebudayaan memiliki tujuh unsur penting, iaitu
bahasa, sistem pengetahuan, organisasi sosial, sistem peralatan hidup dan
teknologi, sistem mata pencarian, sistem keagamaan, dan kesenian. Dalam
hal ini, seni yang mempengaruhi kehidupan manusia, dapat tercermin dari
bentuk-bentuk atau benda-benda yang merupakan hasil dari karya seni,
misalnya candi, patung, ukiran dan bahkan kaligraf.
Dalam perkembangan sejarah seni, persoalan berhubung apakah
kepentingan yang dapat dilakukan oleh seni dalam kehidupan manusia
sering menjadi bahan perbahasan. une King !c"ee berbicara mengenai
kepentingan seni dalam budaya iaitu seni dilihat sebagai sebuah medium
untuk berkomunikasi sesama manusia. #idak ada cara yang lebih baik untuk
memahami dan mengalami kepelbagaian budaya dan kesamaan
kemanusiaan melainkan melalui seni. Ia bukan sahaja kesedaran budaya
tetapi juga perkembangan peribadi. !elalui sesebuah karya seni, seniman
dapat memberikan reaksi terhadap sebuah pernyataan tentang penolakan
atau penerimaan berbagai gelora budaya yang sedang berlaku iaitu cukup
hanya dengan mengetengahkan apa yang sedang berlaku, kemudian
diungkapkan menjadi sebuah karya. Seterusnya melalui karya seni, pelbagai
gelora budaya tadi akan sampai kepada masyarakat melalui sebuah
pameran. !aka pada saat inilah terjadi hubungan atau perkaitan di antara
seniman dan masyarakat di mana seniman mengaitkan permasalahan yang
sedang berlaku menjadi permasalahan bersama antara seniman dan
masyarakatnya.
Seni menjadi jambatan yang menghubung antara indi$idu dan
masyarakat. Ia menghubungkan sesama manusia dan tempat serta
bagaimana manusia bergantung sesama mereka. %ntara aspek sosial yang
terlibat ialah kumpulan keluarga, komuniti,kumpulan umur, &enomena kelas,
kaum dan etnik, agama serta jantina dan baka. Semua elemen tersebut
menyumbang ke arah pembangunan sosial.
!alahan di 'aman moden para pengiklan, penghibur dan ahli politik
menggunakan unsur seni untuk menyampaikan mesej dan memupuk sistem
kumpulan masyarakat. Seni mempunyai kuasa yang amat kuat dan penting
untuk membantu menjelaskan isu budaya dan kehidupan sosial serta
mengangkat persoalan-persoalan yang dapat membantu masyarakat kita
terhadap isu-isu yang kompleks dan berbahaya di persekitaran kita. Sebagai
contoh bahan-bahan dan teknik penghasilan seni yang digunakan dalam
menghasilkan sesuatu seni boleh memberi ke&ahaman tentang &aktor
geograf, alam sekitar dan struktur sosial sesuatu masyarakat.
Seni merupakan suatu perkara yang tidak dapat dilepaskan dari
kehidupan manusia dan akan selalu berkembang dari pelbagai aspek yang
melingkupinya. (eredaran masa telah memperlihatkan perubahannya yang
berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu
sendiri. Ini sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya
dengan warisan dan kebudayaan masyarakat. Kebudayaan yang terbentuk
dalam sesebuah masyarakat akan terus bergerak secara dinamik dan
mengikuti perkembangan 'aman. )egitu juga dengan pola pemikian dan
selera setiap manusia yang terus berubah dari 'aman ke 'aman, dan hal ini
diikuti oleh perkembangan seni itu sendiri.
Dalam pemahaman sosiologi seni ada perkaitan antara seni dengan
masyarakat yang ketara dalam mengemukakan berbagai jenis seni.
Ke&ahaman dari masyarakat kepada golongan sosial, perbe'aan etnik dan
ke&ahaman dari masyarakat membawa pelbagai jenis seni yang ada dalam
kehidupan. Sosiologi menjadikan seni itu di&ahami dalam konteks
masyarakat. %pa yang muncul dalam sosiologi seni merupakan hasil atau
produk masyarakat kerana itu, seni dilihat sebagai hak masyarakat. Dari
ke&ahaman ini, seni juga di&ahami sebagai kelahiran dari masyarakat dan
kehidupan. Di sebalik itu perubahan dalam seni, kepelbagaian dalam seni
pada suatu masa dikatakan boleh memperjelaskan beberapa sudut dalam
sosiologi.
%da golongan tertentu yang berkuasa dalam politik dan budaya
meletakkan seni sebagai tanda kecanggihan budaya. Dikatakan orang yang
tidak berupaya menghayati seni abstrak maka dianggap golongan yang tidak
modenisasi. Dengan meletakkan anggapan sebegini, martabat seni itu
dengan sendiri membawa perbe'aan kelas dalam kehidupan manusia.
Kesenian menjadi suatu lambang pada masa, budaya dan status yang dicipta
sendiri oleh manusia. !asyarakat tradisional yang diwarisi datang dari tradisi
raja-raja dan kaum bangsawan boleh dijadikan bukti dalam konteks sejarah
orang !elayu. )uktinya seni tradisional dan objek-objek berkaitan dengan
kehidupan di istana telah diletakkan pada status yang tinggi dalam
masyarakat berbanding hasil seni yang halus dan kreati& dari ciptaan rakyat
biasa.
(ada abad ke-*+ hingga ke abad ke-,-, kita telah melihat kepada
sebuah &enomena yang menunjukkan pandangan yang begitu sempit yang
ditimbulkan oleh golongan atasan masyarakat di barat. .olongan elit dalam
masyarakat barat pada abad ke-*+ telah mewujudkan satu tanggapan
bahawa orang-orang yang berkongsi sikap dan gaya hidup yang sama
diterima sebagai orang-orang yang berbudaya. !anakala bagi mereka yang
mempunyai nilai yang berbe'a dari kalangan mereka dianggap sebagai
orang yang kurang berbudaya, atau dalam kebanyakkan kes, mereka
dianggap tidak berbudaya langsung /.oodenough, *+0*1 iaitu yang dinilai
berdasarkan kepada nilai-nilai dan simbol peradaban masyarakat barat
seperti yang dita&sirkan oleh /2irsch, *+031, iaitu yang menjelaskan di sini
bahawa seseorang itu harus menguasai pendidikan.
Seni dikatakan tidak berupaya dikuasai oleh indi$idu-indi$idu tertentu
kerana kepentingan seni dalam kehidupan diberikan adalah kecenderungan
dari ideologi tertentu. Setiap ideologi itu ada kepentingan dan berkait dalam
kehidupan. Kepentingan sejarah diberikan pada seni adalah kecenderungan
untuk mengaitkan sejarah dengan kehidupan dan seni menjadi akti$iti
terdekat dalam kehidupan.
Sesungguhnya, walau apapun bentuk karya seni yang dihasilkan oleh
sesuatu masyarakat, pasti tidak akan terlepas daripada pengaruh
kebudayaan yang berlaku. 4alau betapa besar sekalipun daya imaginasi dan
kreati$iti yang dimiliki oleh seseorang seniman tersebut, ia sentiasa akan
merujuk kepada nilai-nilai budaya, norma-norma sosial ataupun pandangan
hidup yang berlaku dalam kalangan masyarakat. (emberontakan yang
diungkapkan oleh seniman dalam karya-karyanya, terutama yang
berpangkal kepada rasa ketidakpuasan terhadap kemapanan yang ada.
Demikian pula seandainya seniman itu mengungkapkan pembaharuan di
dalam karyanya, ia pastinya berpangkal kepada kenyataan sosial budaya
yang dianggapnya kurang dinamik. Ungkapan-ungkapan yang
mendambakan semangat kebebasan, biasanya bersi&at mencerminkan rasa
tidak puas akan peraturan yang dirasakan membelenggu mereka.
(ada hakikatnya, setiap orang berkomunikasi dengan manusia lain
menggunakan bahasa kerana ia merupakan medium yang paling e&ekti&,
mudah dan cepat untuk di&ahami. 4alau bagaimanapun, bahasa tetap
mempunyai batasannya kerana adalah mustahil untuk semua orang
mengha&al dan mempelajari semua bahasa-bahasa yang ada di dunia ini
sekaligus. Seni dilihat sebagai sebuah medium yang paling e&ekti& dalam
berkomunikasi sesama manusia. Ini kerana seni dapat menembusi batasan-
batasan bahasa $erbal mahupun berbe'aan lahiriah setiap orang. 2anya
melalui seni, manusia dapat berkomunikasi dengan dunia di luar dirinya
serta melalui seni kita dapat mengenal budaya bangsa lain yang ada di
dunia ini.
une King !c"ee mengatakan bahawa untuk memahami pengalaman
estetika dalam budaya lain adalah sangat kompleks. Ini kerana kebudayaan
setiap bangsa cenderung mengarah kepada globalisasi dan menjadi
peradaban dunia sehingga melibatkan manusia secara menyeluruh. 4alau
bagaimanapun, kepelbagaian dan perbe'aan menjadikan seseorang indi$idu
itu unik. Sebuah kebudayaan besar biasanya memiliki sub-kebudayaan iaitu
sebuah kebudayaan yang memiliki sedikit perbe'aan dalam hal perilaku dan
kepercayaan dari kebudayaan induknya. !unculnya sub-kebudayaan adalah
disebabkan oleh beberapa hal, antaranya ialah kerana perbe'aan umur, ras,
etnik, kelas, estetik, agama, pekerjaan, pandangan politik dan jantina. 5leh
itu, !c"ee telah menekankan bagaimana seni itu dilihat sebagai sebuah
medium komunikasi yang sangat penting pada masa kini, iaitu dengan
mengaitkannya melalui pendidikan multikultural iaitu suatu sikap dalam
memandang keunikan manusia dengan tanpa membe'akan ras, budaya,
jantina, kedudukan jasmani atau status ekonomi seseorang /Skeel, *++61.
(endidikan multikultural /multicultural education1 merupakan strategi
pendidikan yang meman&aatkan kepelbagaian latar belakang kebudayaan
pelajar sebagai salah satu kekuatan untuk membentuk sikap multikultural.
Strategi ini sangat berguna, terutamanya bagi pihak sekolah dalam
membentuk dan menerapkan perse&ahaman antara pelajar atas konsep
kebudayaan, perbe'aan budaya, keseimbangan, dan demokrasi dalam
maksud yang luas dan menyeluruh.
(endidikan multikultural mengakui adanya kepelbagaian etnik dan
budaya masyarakat sesebuah bangsa, sebagaimana yang dikatakan oleh 7.
Sta$enhagen8
9Religious, linguistic, and national minoriti, as well as indigenous and
tribal peoples were often subordinated, sometimes forcefully and against
their will, to the interest of the state and the dominant society. While many
people ... had to discard their own cultures, languages, religions and
traditions, and adapt to the alien norms and customs that were consolidated
and reproduced through national institutions, including the educational and
legal system.:
(endidikan multikultural mempunyai dasar prinsip yang melibatkan
pemeliharaan terhadap budaya dan saling mempunyai rasa hormat antara
semua kolompok budaya di dalam sesebuah masyarakat tersebut. Konsep
pendidikan multikultural di negara-negara yang menganut konsep demokrasi
seperti %merika Syarikat dan Kanada, bukan lagi perkara yang baru. !ereka
telah melaksanakannya terutamanya dalam usaha meghapuskan masalah
diskriminasi perkauman di antara orang kulit putih dan kulit hitam, yang
bertujuan dalam memajukan dan memelihara integriti nasional.
Di %merika contohnya, telah muncul satu siri konsep tentang
pluralisme yang pelbagai, bermula dari melting pot sehinggalah ke
multikulturisme. Sejak ;olumbus menemui benua %merika, benua itu telah
didiami oleh pelbagai bangsa. (enduduk asalnya yang memang telah berada
di sana sebelum bangsa-bangsa <ropah membentuk tanah jajahan-jajahan
mereka di %merika Utara, terdiri daripada pelbagai jenis suku atau etnik
yang berbe'a dari segi bahasa dan budayanya. =amun, pada pandangan
bangsa %nglo-Sa>on yang melebarkan tanah jajahannya pada abad ke-*3,
menganggap bahawa tanah di negara baru itu mempunyai kawasan yang
tidak bertuan manakala bangsa-bangsa yang ditemui di benua baru tersebut
tidak ubah seperti makhluk primiti& yang merupakan sebahagian daripada
alam yang harus ditakluki.
Dari perspekti& kumpulan radikal agama yang menjadi acuan utama
kepada sebahagian besar pendatang dari Inggeris tersebut, pelbagai suku
bangsa telah dilabel secara umum dengan nama ?Indian? iaitu yang
merupakan bangsa kafr pemuja dewa yang membahayakan kehidupan
komuniti dengan berlandaskan kepada agama tersebut. !aka di sini kita
melihat bagaimana pandangan berperspekti& tunggal yang datang dari
budaya tertentu telah membutakan mata terhadap kenyataan yang terdapat
pada kepelbagaian yang wujud.
(erubahan budaya yang terjadi di dalam masyarakat tradisional, yakni
perubahan dari masyarakat tertutup menjadi masyarakat yang lebih terbuka,
dari nilai-nilai yang bersi&at homogen menuju pluralisme nilai dan norma
sosial merupakan salah satu dampak dari adanya globalisasi. Dalam konteks
yang lebih luas, pendidikan multikultural cuba untuk membantu dalam
menyatukan bangsa secara demokrasi iaitu dengan menekankan kepada
perspekti& pluralis masyarakat dari pelbagai keturunan, etnik, dan kelompok
budaya yang berbe'a. !aka dengan itu, sekolah telah mempraktikkan nilai-
nilai demokrasi. Dalam kurikulum, ia dapat mengembangkan rasa hormat
kepada orang yang berbe'a budaya, memberi ruang untuk bekerja bersama
dengan orang atau kelompok orang yang berbe'a etnik atau rasnya secara
langsung dan sekaligus menjunjung nilai-nilai kerjasama.
Sejak pertengahan tahun *+3--an, telah muncul perkembangan
terhadap kepentingan seni serta pengiktira&an oleh para ahli antropologi
yang mempercayai bahawa seni dan nilai estetika dalam sesebuah budaya
mungkin mengalami perubahan. Seperti yang ditulis sebelumnya, )ourdieu
/*+0@1 mendapati bahawa kelas sosial dan gaya hidup merupakan &aktor
yang kuat dalam mempengaruhi perkembangan sikap terhadap seni. %da
golongan tertentu yang berkuasa dalam politik dan budaya meletakkan seni
sebagai tanda kecanggihan budaya. Dikatakan orang yang tidak berupaya
menghayati seni abstrak maka dianggap golongan yang tidak modenisasi.
Dengan meletakkan anggapan sebegini, martabat seni itu dengan
sendiri membawa kepada perbe'aan kelas dalam kehidupan manusia.
Kesenian telah menjadi suatu lambang pada masa, budaya dan status yang
dicipta sendiri oleh manusia. !asyarakat tradisional yang diwarisi datang
dari tradisi raja-raja dan kaum bangsawan boleh dijadikan bukti dalam
konteks sejarah orang !elayu. )uktinya seni tradisional dan objek-objek
berkaitan dengan kehidupan di istana telah diletakkan pada status yang
tinggi dalam masyarakat berbanding hasil seni yang halus dan kreati& dari
ciptaan rakyat biasa.
Dalam konteks masyarakat, seni dilihat sebagai hak masyarakat iaitu
yang dianggap sebagai sebuah kelahiran daripada masyarakat dan
kehidupan. Dalam pemahaman sosiologi seni, terdapat perkaitan antara seni
dengan masyarakat yang ketara dalam mengemukakan pelbagai bentuk
seni. (erubahan dan kepelbagaian dalam seni pada sesuatu masa dikatakan
boleh menjelaskan beberapa aspek dalam sosiologi. %pa yang muncul dalam
sosiologi seni adalah merupakan hasil atau produk masyarakat. Ke&ahaman
dari masyarakat kepada golongan sosial, perbe'aan etnik dan ke&ahaman
dari masyarakat membawa kepada pelbagai jenis seni yang terdapat dalam
kehidupan.
Seperti yang telah dinyatakan oleh )ourdieu /*+0@1, yang mendapati
bahawa perkembangan sikap terhadap seni adalah berkaitan dengan kelas
sosial dan gaya hidup. Keperluan untuk memiliki barang yang sesuai untuk
menunjukkan status atau kelas sosial menjadi sangat kuat. Keperluan ini
muncul kerana adanya dorongan dalam diri manusia yang sentiasa
bercitarasa. (emenuhan keperluan estetik biasanya dilakukan oleh manusia
melalui kebudayaan khususnya melalui kesenian. Dalam mempertahankan
kelas seseorang itu, ia dapat diekspresikan melalui kemampuan estetika
seseorang terhadap pemilihan objek persekitaran dan seni /)ourdieu, *+0@1.
Di sini menjelaskan bahawa konsep seni mempunyai pertalian yang
erat dengan estetika. !enurut pandangan )arat, estetika bererti sesuatu
yang berkaitan dengan pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana
yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek
kegunaannya. !isalnya menurut 2erbert 7ead dalam buku /#he !eaning o&
%rts 1, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,
keseronokan dan kesenangan estetik / %rt is <>pression 1. Kesenangan
estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil
kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni $isual, termasuklah
kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan. !aka dalam konteks
ini, menjelaskan bahawa seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan
estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan
mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap
pancaindera yang ada.
(erkataan estetika mula digunakan oleh )aumgarten pada tahun *3A6.
!enurutnya, keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang
yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya.
Kebudayaan )arat telah memisahkan seni dengan agama. (emisahan ini
wujud dengan lahirnya sekularisme. Bantaran itu, seni menjadi suatu yang
bebas. Demi seni, semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian
aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme, kubisme,
impressionisme dan sebagainya.
!anakala Sil$er /*+3+1 telah melakukan satu tinjauan dan kajian yang
menyeluruh tentang seni dalam budaya sehingga ke pertengahan *+3--an.
)eliau telah menciptakan sebuah landasan yang berguna untuk kita berfkir
mengenai seni. Istilah Seni etno digunakan sebagai pengganti kepada seni
rupa. Keadaan ini mendorong kita untuk melihat kepada respon atau tindak
balas yang diberikan oleh sesebuah budaya terhadap sesebuah bentuk seni
yang sering digunakan dalam konteks budayanya sendiri. Sil$er telah
menggunakan istilah etno-estetika untuk mengenalpasti sistem nilai yang
diberikan dalam budaya sesebuah kumpulan etnik, iaitu dengan mengambil
kriteria dalam perkembangan bentuk estetikanya. )eliau mengingatkan kita
kepada cara kategori dalam aspek kesenian yang ada pada masyarakat
barat, seperti bentuk dan &ungsi, serta tidak uni$ersal seperti yang sering
kita andaikan. =amun, sudah pasti ahli dari sesebuah kumpulan etnik
tersebut tidak berkongsi budaya yang sama, maka sistem ini juga
mempunyai kelemahannya.
.eert' /*+0A1, pula dalam analisisnya mengatakan tentang kedudukan
seni dalam sesebuah budaya. Seni adalah medium dalam penyampaian
sesuatu maksud atau lambang. Kita dapat mengetahui tentang budaya
seseorang seniman dan perkara yang ingin disampaikan oleh seseorang
seniman tersebut hanya melalui karyanya. Ini selaras dengan pendapat
beliau yang menurutnya, manusia dalam kehidupannya menggunakan
simbol sebagai sarana untuk berkomunikasi sesama mereka. Kesenian
sebagai unsur kebudayaan tidak hanya dilihat dari hasil ciptaannya semata-
mata, tetapi dalam hal ini lebih dipandang sebagai simbol iaitu mengatakan
sesuatu tentang sesuatu, dengan demikian kesenian sebagai simbol akan
berhadapan dengan makna dan pesan untuk diresapkan. Sistem simbol
adalah sistem penandaan yang di dalamnya mengandungi makna harafah,
bersi&at primer dan langsung ditunjukkan, juga mengandung makna
sekunder yang biasanya berupa kiasan yang menunjuk pada makna yang
tersembunyi dan memerlukan interpretasi / 2adi, ,--C 8 ,6 D ,3 1.
Dalam konsep seni dalam budaya, seni merupakan paparan budaya
milik bangsanya, dijelmakan dengan identiti, nilai, adat resam, kepercayaan
dan sistem hidup yang tersendiri /%nwar, ,--01.
*
Karya seni biasanya
dihasilkan secara terancang dengan pengisian tertentu yang
menggambarkan identiti pencipta dan masyarakat yang mengawalnya.
Konsep seni terus berkembang sejajar dengan berkembangnya sesebuah
kebudayaan dan kehidupan masyarakat yang dinamik.
Selain itu, .eert' /*+0A1 turut menunjukkan bahawa orang-orang yang
terdapat dalam budaya yang berbe'a mendefnisikan diri mereka sendiri
sebagai orang yang berbe'a. Seperti yang dapat dilihat melalui kajian
mengenai cara pengajaran dalam bahasa ;ina, epun dan prasekolah di
%merika. #erdapat beberapa cara yang berbe'a yang digunakan oleh anak-
anak ini dalam belajar mengenai diri mereka serta hubungan mereka dengan
kelompok mereka. !anakala di negara lain seperti di awa, !aghribi dan )ali,
.eert' mendapati kelompok ini masing-masing mempunyai takri&an defnisi
terhadap diri mereka sendiri dalam cara yang berbe'a, baik dari sudut
&alsa&ah, sosial dan peribadi.
Dalam sebuah tulisan beliau yang bertajuk ?"rom the =ati$esE (oint o&
Fiew,? beliau telah membahaskan tentang kesukaran masyarakat barat
dalam mendefnisikan diri mereka sendiri, sepertimana adanya masyarakat
lain mendefnisikan diri mereka sendiri dalam hubungan mereka dengan
realiti kehidupan. Ini berlaku secara berterusan dalam kelompok mereka, dan
banyak &aktor-&aktor yang memisahkan mereka antara satu dengan yang
lain. !ereka banyak merujuk kepada estetika dan puisi daripada seni $isual,
dan Kebanyakkan yang diperkatakan adalah tentang seniman, iaitu
mengenai perasaan seseorang artis yang mempengaruhi seni yang
dihasilkannya.
*
Anwar Din (pnyt.), 2008. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Penerbit UKM.
2al ini mungkin nampak seperti tidak memberikan maklumat kepada
guru kelas, namun pembawa-pembawa budaya yang berbe'a yang duduk di
dalam satu kelas ini cuba untuk memahami struktur dan realiti yang mereka
dapati jauh berbe'a daripada budaya mereka sendiri. !aka dalam konsep
perbe'aan inilah kita melihat bahawa pendidikan multikultural merupakan
satu strategi pendidikan yang sangat berguna, terutamanya bagi pihak
sekolah dalam membentuk dan menerapkan perse&ahaman antara pelajar
atas konsep kebudayaan, perbe'aan budaya, keseimbangan, dan demokrasi
dalam maksud yang luas dan menyeluruh. Seperti yang kita ketahui, tidak
ramai anggota masyarakat yang memahami erti penting dari pluralisme
budaya, dan tidak ramai juga anggota masyarakat yang berkeyakinan
bahawa kita dapat hidup bersama walaupun di dalam keragaman budaya.
=amun, ideologi atau &ahaman multikulturalisme ini bukanlah jalan
penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kepelbagaian
budaya. !ultikulturalisme yang pada ketika ini telah menjadi sebuah isu
dalam dunia pendidikan, mungkin pada anggapan pertama dilihat sangat
sesuai untuk diamalkan di dalam sistem pendidikan di negara kita yang
terkenal dengan kepelbagaian dari segi budaya, tradisi , serta sistem
kepercayaannya yang luar biasa. =amun, jika dikaji secara mendalam dan
terperinci iaitu dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, sistem ini dilihat
mempunyai kelemahannya sendiri yang mungkin tidak disedari oleh
sesetengah pihak.
(ara pendukung idea atau teori ini menganggap bahawa apa yang
mereka tawarkan adalah sesuatu yang harus diikuti oleh semua pihak.
=amun, adakah teori ini dapat dipastikan benar secara seratus peratusG
)agaimana pula jika ia sebuah teori yang salahG pastinya semua ahli
masyarakat yang mengikuti idea ini akan turut juga salah kerana mengikuti
sebuah idea yang salah yang belum tentu dipastikan betul seratus peratus.
Ini kerana teori multikulturalisme ini, tujuannya adalah persamaan dan
kesederajatan. ika antara salah dan benar dianggap sama atau budaya baik
dan budaya buruk dianggap sama, maka yang terjadi adalah kebingungan
dan skeptisisme kepada golongan yang dididik itu.
Kesimpulannya, teori multikulturalisme ini bukanlah jawapan kepada
masalah kepelbagaian budaya dalam sesebuah negara yang mempunyai
masyarakat yang majmuk. (erlu diingat bahawa, keberagaman corak
budaya, bahasa, ras, etnik, suku serta agama adalah sebuah realiti yang
wujud atas kekuasaan maha pencipta yang menciptakan manusia yang
beraneka ragam ,supaya manusia saling mengenal dan saling menghargai
antara satu dengan yang lain. 5leh itu, untuk menjadikan sesebuah
masyarakat itu menjadi satu adalah satu kemustahilan.

Anda mungkin juga menyukai