Anda di halaman 1dari 4

Pendidikan drama di sekolah atau dalam bilik darjah lazimnya diserapkan

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau aktiviti kebahasaan yang lain. Bahkan
aktiviti berunsurkan drama, begitu bermanfaat kepada murid-murid kerana mereka
akan meneroka dan meraih pelbagai kemahiran baik secara langsung mahupun
secara tidak langsung. Sebagai contohnya, melalui aktiviti berdialog dengan
menggunakan skrip, akan mengasuh murid-murid membaca dan bertutur dengan
menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dan jelas. Manakala melalui aktiviti
gerak lakon pula, akan memupuk semangat berani tampil ke hadapan tanpa malu
dan segan, sekaligus akan menjadikan seorang murid yang bersikap yakin diri,
bertolak ansur dan seterusnya berupaya mencorakkan pembinaan personaliti diri
yang mantap. Minat boleh dipupuk dan sikap boleh diubah jika kena dengan cara
dan gayanya. Apa yang paling penting adalah usaha yang berterusan oleh para
pendidik untuk mencari strategi yang sesuai dalam usaha menyampaikan ilmu dan
nilai kepada murid. Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam
amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah mampu
menyuburkan daya kognitif dan kemahiran sosial murid-murid. Apa yang diharapkan
agar strategi yang dirancang dengan mengaplikasikan beberapa teknik drama
mampu memberi semangat dan dimensi baru kepada minat dan sikap murid-murid
orang asli terhadap subjek Bahasa Melayu khususnya dan terhadap bidang
pelajaran amnya. Sesungguhnya usaha murni ini diharap dapat mengubah senario
amalan pedagogi Bahasa Melayu ke arah yang lebih mantap,kemas dan tersusun
dalam usaha mengubah nasib masyarakat orang asli ke arah yang lebih cemerlang
dan terbilang.
Objektif
1. Untuk meninjau bagaimana reaksi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu
yang menerapkan teknik drama.
2. Untuk meninjau penglibatan murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama.
3. Untuk meninjau implikasi daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran teknik
drama ke atas kemahiran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan
murid-murid.
4. Untuk meninjau implikasi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu
teknik drama terhadap motivasi diri untuk datang ke sekolah di kalangan murid.

3.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 3 hingga 7 Julai 2013
Masa : 9.00 -11.00 pagi




4.0 TEMPAT

Dataran Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.




5.0 TEMA

KONSEP SAINS DALAM KESELAMATAN DI JALAN RAYA




6.0 SASARAN

o Seramai sepuluh orang murid tahun enam telah terpilih menyertai pertandingan ini.
Pemilihan peserta adalah berdasarkan keputusan ujibakat yang telah dijalankan.




7.0 TENTATIF PROGRAM


Hari
Pertama
(3 Julai
2013)

: Taklimat tentang pertandingan StreetSmart
kepada murid-murid tahun enam
Ujibakat mencari calon bagi setiap watak yang telah
ditetapkan di dalam skrip
Latihan melontarkan suara
Latihan bacaan dialong menggunakan intonasi yang
betul


Hari
Kedua
: Sesi menghafal dialog dengan menggunakan nada
dan intonasi yang betul
(4 Julai
2013)

Sesi bimbingan berkaitan dengan cara bacaan
yang betul diberikan oleh guru pembimbing.


Hari Ketiga
(5 Julai
2013)
: Sesi pembinaan bahan Props
Sesi lakonan sketsa dan percambahan idea

Hari
Keempat
(6 Julai
2013)
: Sesi memasukkan audio di dalam persembahan
Sesi melakonkan sketsa bersama dengan
penggunaan Props
Hari
Kelima
(7 Julai
2013)
: Latihan penuh peserta pertandingan bersama guru-
guru pembimbing
sesi memotivasikan peserta bagi persediaan
pertandingan pada keesokkan hari.

Hari
Keenam
(8 Julai
2013)
: Menyertai Pertandingan SmartStreet anjuran
Petronas bagi mewakili Sekolah.





8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


A. SUMBER


Sekolah Kebangsaan Tengku
Bariah
JUMLAH RM 57.00

B. ANGGARAN PERBELANJAAN


1. Alat Tulis 1 Unit RM 5.00
2. Kertas Warna 10 Unit RM 6.00
3. Polisterin berwarna 1 Unit RM 6.00
4. Air Mineral 30 Unit RM 30.00
5. Sewa Lab Coat 3 Unit RM 10.00

JUMLAH RM 57.00




9.0 AJK PELAKSANA


Penaung
Penasihat
:
:
Pn Hjh Azma Bt Senun (Guru Besar SKTB)
YM Tengku Hassan B Abd Rahman
Pengerusi : Muhammad Izzat Bin Baharuddin
Naib Pengerusi 1 : Muhammad Aliff Bin Abdul Rahman
Setiausaha : Nur Hafizah Bte Abdul Rahman
Jurulatih : Nurul Atiqah Bte Azahari

Guru Pembimbing : Pn. Hasnizai @ Halimah bt Jusoh
: Pn. Seri Banun Bt Abd Rahman
: En. Ahmad Shahrulnizam b. Che Abdullah




10.0 PENUTUP



Semoga melalui penganjuran aktiviti seumpama ini, pelajar-pelajar SKTB akan
mencapai matlamat untuk menghasilkan murid yang seimbang dari pelbagai aspek
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyeru ke arah
perkembangan potensi murid secara keseluruhan. Selain daripada itu, penyertaan di
dalam pertandingan SmartStreet ini juga dapat membuka minda murid berkaitan
tentang keselamatan semasa berada di jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai