Anda di halaman 1dari 4

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Matematik Tahun 4


Tarikh / Hari : 6.7.2012/Jumaat
Masa : 8.25 pagi 9.25 pagi (60 minit)
Tahun : 4 Cerdas
Bilangan Pelajar : 34 Orang
Tajuk : Wang Hingga RM10 000
Subtopik : Memahami dan menggunakan perkataan yang
melibatkan wang.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran ini, pelajar akan dapat :
1. Membaca wang sehingga RM10 000.
2. Menuliskan wang di dalam ringgit dan sen.
Hasil Pembelajaran: Selepas pengajaran, pelajar dapat:
1. Domain Kognitif
i. Membina kemahiran pemikiran dan kefahaman.
2. Domain Afektif
i. Membina sikap, emosi dan tingkah laku yang positif.
3. Domain Psikomotor
i. Membina kemahiran manipulatif dan jasmani
ABM : Set duit mainan, Kad Imbasan, Set kad barang jualan,
pelekat magnetik, lembaran kerja dan marker pen,
Elemen Merentas Kurikulum:
a) Keusahawanan
b) Kreatif & Inovatif
c) Teknologi
Kemahiran : Menamakan wang dalam ringgit dan sen
Strategi : Berpusatkan pelajar
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui tentang kegunaan wang.
Nilai-nilai : Kerjasama, keberanian, kejujuran, kerajinan,
kesyukuran,rasional
Kaedah : Perbincangan, Penyoalan, Permainan
KBKK : Mencirikan, menjana idea, menghubungkait
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah /
Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi/ Kaedah/ ABM/
Nilai/KBKK
Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

Set Induksi
(7 minit)

Pengenalan
(Sumbangsaran)
Pemilihan
barangan
jualan.

1. Guru bertanyakan kepada murid
jumlah wang belanja yang mereka
bawa pada hari ini.
2. Guru menunjukkan beberapa
gambar barangan dan meminta
murid meneka anggaran harganya.
3. Guru meminta murid ke hadapan
untuk menampalkan harga pada
gambar barangan tersebut.

1. Murid menyatakan jumlah wang
belanja yang bawa pada hari ini.
2. Murid melihat gambar barangan
yang ditunjukkan dan meneka
harganya.
3. Secara rawak, murid diminta
menampalkan harga pada gambar
barangan yang ditunjukkan tersebut.

Strategi : Berpusatkan guru &
pelajar.
Kaedah : Penyoalan, Inkuiri
penemuan
ABM : Kad Imbasan, gambar
foto, pita pelekat.
Nilai : Keberanian, kebebasan,
rasional, Kejujuran.
KBKK : Menjana Idea,
mencirikan



Langkah 1
(15 minit)

Pengenalan
wang di
Malaysia.
Wang kertas:
RM1,RM2,
RM5, RM10,
RM20, RM50,
RM100.
Wang syiling:
5 sen, 10 sen,
20 sen, 50 sen.

1. Guru menunjukkan beberapa set
wang mainan kepada murid.
2. Guru membuat perkaitan wang
mainan tersebut dengan gambar-
gambar barangan jualan di papan
putih.
3. Secara rawak, guru meminta
murid melekatkan harga (wang
mainan) yang sesuai pada setiap
gambar barang jualan tersebut.

1. Murid menyatakan nama kepada
wang mainan yang ditunjukkan.
2. Murid memberi pendapat mereka
berkaitan harga setiap barangan.
3. Murid menampal harga dan
menamakannya.

Strategi :
Berpusatkan pelajar dan guru
Kaedah : Penyoalan,
Perbincangan,
ABM :
Set wang mainan dan Gambar
Barang jualan
Nilai : Keberanian, kebebasan,
kesyukuran.
KBKK : Mencirikan,
menghubungkait, meneka.

Langkah 2
(15 minit)

Menamakan
harga (wang)
Menamakan
dalam ringgit
dan sen.

1. Guru menerangkan harga boleh
dibaca dalam ringgit dan sen.
2. Guru membuat tunjuk cara
pengiraan menukarkan wang
dalam ringgit dan sen.
3. Guru membimbing murid
menamakan wang dalam ringgit
dan sen.

1. Murid mendengar dan memahami
cara membaca harga (wang) dalam
ringgit dan sen.
2. Murid mendengar dengan teliti dan
memahami tunjuk ajar guru.
3. Murid menamakan wang dalam
ringgit dan sen.
Strategi : Berpusatkan pelajar
dan guru.
Kaedah : Penerangan,
Tunjuk cara
ABM : Marker pen,gambar
barang jualan.
Nilai : Kerajinan,rasional
KBKK : Mencirikan,
menghubungkait


Langkah 3
(15 minit)

Aktiviti
kumpulan.


1. Guru mengedarkan sampul berisi
wang mainan dan kad gambar
barang jualan.
2. Guru menerangkan arahan
aktiviti kumpulan.
3. Guru mengedarkan jadual kepada
semua kumpulan untuk
dilengkapkan.

1. Secara berkumpulan, murid
melihat dan mengagihkan wang
mainan kepada ahli kumpulan
masing-masing.
2. Murid mendengar dan memahami
arahan guru.
3. Murid berbincang secara
berkumpulan dan melengkapkan
jadual yang diberi.

Strategi : Berpusatkan pelajar
Kaedah : Perbincangan.
ABM : Wang mainan,
Nilai : Ketelitian, kerjasama
KBKK : Mencirikan, ,
menghubungkait

Penutup
(8 minit)

Pengukuhan

1.Guru meminta wakil beberapa
kumpulan membacakan hasil
jawapan mereka
2.Guru merumuskan pengajaran
dan pembelajaran hari ini.


1. Murid mendengar jawapan rakan-
rakan.

Nilai: Keberanian

Anda mungkin juga menyukai