Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan Kepekaan Deria

Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu
persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu, pancaindera
manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima
maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.
Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi
perkembangan deria murid. Murid yang dikelilingai persekitaran social yang mendorong
akan menjadi seseorang yang sentiasa bermotivasi.
Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru pendidikan seni mestilah
sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang lainuntuk mewujudkan keadaan dan
suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.
Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi
sumber ilham bukan sahaja kepada murid dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat
sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja murid, guru seni hendaklah cuba mendapatkan
contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan
dalam bilik seni.

















3.0 Pengintegrasian elemen Seni Dalam Pendidikan boleh membantu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Frank Cizek yang dipetik di dalam buku Pengenalan Pendidikan Seni
Visual (OUM) bahawa, Pendidikan seni berkaitan dengan peranan ekspresi bebas
dalam pendidikan. Seterusnya, Seni juga merupakan subjektif untuk digambarkan. Seni
itu indah dan halus dan bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam
beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon, dan seni pengajaran.
Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan,
suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga
diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan
pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang diekspresikan
dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang
dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Penggunaan teknik seni
dalam pengajaran mampu menarik minta murid sekaligus dapat memberikan
keseronokan kepada murid-murid di dalam kelas. Menurut Howard Gardner di dalam
Modul Seni dalam Pendidikan ada menyatakan bahawa, seni dalam pendidikan sebagai
asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.
Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia
yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi
mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik
manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh
ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan
satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak
dan tabiat seseorang muslim jujur, rajin, taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran
seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Terdapat tiga elemen penting yang bergabung dalam Seni Dalam Pendidikan.
Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam
seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan
penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi
seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting
dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna dan
kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik.seperti yang kita ketahui warna juga
digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.
Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah
kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Tanpa warna di dalam
kehidupan kita dunia tidak akan menjadi indah. Setiap dari hidup kita semuanya
berkaitan tentang warna. Sebagai contoh alam semula jadi, dan diri kita sendiri.
Sesungguhnya, setiap ciptaan Allah itu indah.

Untuk elemen yang pertama ialah Irama. Irama merupakan elemen yang
terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara
berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang
menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik
tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui
pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan
air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita
tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni,
irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata
yang mewujudkan pergerakan.

Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan
tumpuan apa yang sedang dilakukan sebagai contoh, kanak-kanak akan mula
memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan
aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan
sebagainya. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi
hambar dan murid akan merasa cepat bosan dan tidak mahu melibatkan diri . Selain itu,
kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat
kanak-kanak dankanak-kanak akan lebih bersemangat dan lebih ceria untuk menyertai
sesuatu aktviti. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti
melompat sambil mengikut irama muzik.

Elemen Irama ini juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran. Dengan adanya elemen
ini, ia nya akan menjadikan murid-murid banyak melakukan pergerakan dan secara
tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini
menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan
kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara
secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam
memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan
menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru
perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu
dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam
Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam
setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak
langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti,
pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

2 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh
danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari
denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini,
ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri
dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan
memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di
sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik
seperti:

a) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang
berketrampilan dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan
kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu
menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu
murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid
dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

b) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan
pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam
ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran
dan perpindahan pembelajaran.

c) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991)
oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa
seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar
mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai
objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

d) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan
pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia
memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai
teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi
serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan
strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti
pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas
seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa
ditegaskan

3 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-
1 Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan
kemahiran belajar.
2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps

4 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat
memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan
seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut
dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat
mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik
dengan kaedah yang digunakan ini.

Anda mungkin juga menyukai