Anda di halaman 1dari 1

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program
pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan
mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan
tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia
pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Ketiga-tiga istilah berkenaan
mempunyai makna yang spesifik dan mempunyai perbezaan.


Pentaksiran

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau
atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan
memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di
universiti, kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar
dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan
untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan
maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki
pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat
merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti
menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang
baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti ;

1. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
2. Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan
secara berpusat atau berasaskan sekolah.
3. Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon
skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian.