Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN Di sini, ingin saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga pada Ilahi.

Kerana
berkat limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan ini, mengikut ketetapan yang diberikan. Di
kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan mengalungkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Ananthan A/L Nagu di atas segala
dorongan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang mempelajari PSV 3112 : Lukisan dan
Penyuburan Diri ini. Sepanjang penghasilan tugasan ini, beliau tidak jemu-jemu membantu, memberi
tunjuk ajar dan pendapatnya kepada saya dan rakan-rakan. Beliau tidak lokek dengan ilmu yang
dimilikinya dan tidak mengehadkan kemampuan dan imaginasi para pelajarnya. Kepada rakan-rakan
seperjuangan, ribuan terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana telah banyak memberikan
sumbangan dalam bentuk idea dan pendapat yang berkaitan dengan tugasan ini. Ingin saya selitkan
nama rakan-rakan yang banyak membantu saya di dalam penghasilan lukisan kulit kayu bagi tugasan
ini. Mereka ini adalah Fatimah Munirah, Norakma Liyana, Nur Shafinaz, dan Maisarah, terima kasih
saya ucapkan sekali lagi. Tidak ketinggalan juga kepada pihak-pihak yang telah membantu saya sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tugasan ini. Akhir kata, segala jasa
yang telah anda semua curahkan akan sentiasa saya kenang dan hargai. Norasikin Binti Jais

Anda mungkin juga menyukai