Anda di halaman 1dari 4

Sejarah dan Perkembangan Elektrik

Setiap satu teknologi mempunyai sejarah penemuan dan perkembangannya yang tersendiri.
Salah satunya ialah sejarah penemuan terhebat iaitu elektrik dan perkembangan teknologinya
yang amat mengagumkan dari masa ke semasa.
Kita pastinya telah mendengar mengenai nama-nama besar di dalam sejarah elektrik seperti
Thomas Edison di dalam bidang penciptaan lampu filamen yang pertama di dunia, Benjamin
Franklin di dalam penemuan teori mengenai kewujudan arus elektrik pada kilat ketika beliau
bermain layang-layang dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, secara faktanya elektrik adalah ciptaan Tuhan yang telah ada sejak azali
lagi dengan kewujudan alam maya ini dan penemuan demi penemuan dari zaman ke zaman dan
generasigenarasi menjadikan teknologi elektrik semakin berkembang sehinggalah ke hari ini.
Penemuan asas elektrik dipercayai dan dikatakan bermula sejak ahli falsafah di zaman purba
Greek (Yunani kuno) membuat penemuan mengenai elektrik statik yang terjadi apabila sesuatu
benda digosok dengan kain bulu maka akan berlaku kesan magnet yang menyebabkan objek-
objek ringan melekat dengannya.
Maka selepas itu bermulalah sejarah penemuan demi penemuan tentang asas-asas elektrik dan
ianya menjadi semakin berkembang dengan pelbagai teori oleh para cendiakawan dan ahli-ahli
pemikir teknikal (ahli sains) terkemuka seperti Michael Faraday (22 September 1791 25 Ogos
1867), Allesandro Voltal (Februari 18, 1745 Mac 5, 1827), Nikola Tesla (10 Julai 1856 7
Januari 1943), James Watt (30 Januari 1736 25 Ogos 1819), Andre Ampere (1775-1836),
George Ohm (16 March 1789 6 July 1854) dan ramai lagi.
Mereka-mereka inilah yang dikatakan yang melakukan perlbagai kajian dan penyelidikan dan
menjadi asas kepada permulaan teknologi elektrik.








Perkembangan elektrik dalam tempoh 50 tahun.

Meskipun elektrik telah dikenal sebagai hasil dari tindak balas kimia yang terjadi dalam sel
elektrolitik sejak Alessandro Volta mengembangkan tumpukan volta pada tahun 1800, produksi
dengan cara ini adalah, dan masih adalah, mahal. Pada 1831, Michael Faraday mencipta sebuah
mesin yang menghasilkan elektrik dari gerakan berputar, tapi ia mengambil hampir 50 tahun
untuk teknologi itu mencapai tahap komersial. Pada tahun 1878, di Amerika Syarikat, Thomas
Edison mengembankan dan menjual pengganti yang layak secara komersial untuk penerangan
gas dan pemanas elektrik arus searah yang dihasilkan secara setempat .

Penjanaan elektrik untuk rakyat yang pertama di dunia diberikan pada 1881-an, ketika jalan-
jalan kota Surrey Godalming di United Kingdom dinyalakan dengan cahaya elektrik. Sistem ini
disokong dari roda air di Sungai Wey, yang menghala ke alternator Siemens yang menyalakan
sejumlah lampu di dalam kota. Skema ini juga memberikan elektrik ke deretan kedai dan
perumahan untuk menyalakan lampu pijar 34 Swan cahaya.

Berlanjutan dengan ini, pada awal tahun 1882, Edison membuka stesen bertenaga wap yang
pertama di dunia untuk menghasilkan elektrik di Viaduct Holborn di London. Pada bulan
September 1882 Edison membuka Stesen Pearl Daya Street di New York City dan ia merupakan
arus terus.

Selain itu, Robert Hammond, pada bulan Disember 1881, mempamerkan lampu elektrik baru di
kota Sussex Brighton di UK untuk suatu jangka masa percubaan. Hasil pemasangan ini
Hammond Berjaya mendapat pengiktirafan di kedua-dua bahagian iaitu secara komersial dan
rasmi. Sejumlah pemilik kedai ingin menggunakan lampu elektrik baru yang dihasilkan itu.
Dengan itu, elektrik Hammond Supply Co dilancarkan. Sementara itu Skema Viaduct
Godalming Holborn ditutup setelah beberapa tahun manakala Skema Brighton diteruskan, dan
dialirkan pada tahun 1887 untuk 24 jam sehari.


Nikola Tesla, yang hanya bekerja untuk masa yang singkat dengan Edison telah menyedari
bahawa arus ulang- alik boleh digunakan. Ars ulang alik juga mampu meningkatkan arus injak di
stesen utama dan juga menurunkan arus di injak di substesen. Ini telah mengurangkan kos dalam
penyaluran elektrik ke serata tempat.

Arus terus dan arus ulang alik telah bertaruh untuk sekian lama, dimana ia lebih dikenali sebagai
Peperangan Antara Arus. Walaupun arus terus mampu bertahan, tetapi pada akhirnya arus ulang-
alik lebih digemari. Arus ulang alik yang digunakan pada masa kini, disokong penuh oleh orang
orang industry besar seperti George Westinghouse dengan Mikhail Dolivo-Dobrovolky, Galileo
Ferraris, Carl Wilhelm siemens, Nikola Tesla dan banyaklagi yang menyumbang ke industry ini.





















10 pendapat, dunia tanpa elektrik.
1. Kebanyakkan perkasas di rumah bergantung kepada elektrik. Jika tiada elektrik kita tidak
dapat menggunakan semua kelengkapan seperti peti sejuk, mesin basuh, televisyen, radio
dan banyak lagi. Paling utama kita akan tinggal dalam kegelapan. Pada waktu malam,
kegelapan akan menybabkan banyak masalah. Kita tidak dapat mencapai destinasi
dengan selamat.
2. Komunikasi pun akan terhalang. Kita tidak dapat menggunakan telefon, computer,
computer riba dan apa jua jeni komunikasi. Ini akan menybabkan banyak masalah. Kita
tidak dapat berhubung dengan orang terssayang, para peniaga tidak dapat berhubung
dengan pelanggan mereka. Produktiviti dalam perniagaan akan merosot.
3. Bidang perubatan turut mempunyai impakyang besar. MRI,PET Scan, CAT Scan dan
banyak lagi tidak dapat dilakukan, banyak penyakit yang tidak dapat dikesan.
4. Bidang perindustrian tidak boleh membekalkan bahan mentah kerana semua mesin yang
digunakan beropersi dengan penggunaan elektik.
5. Bidang hiburan yang menjadi sumber rezeki kebanyakkan orang tidak dapat
dioperasikan. Tanpa elektrik, kamera, bunyi dan segala kesan grafik tidak dapat
digunakan di bidang hiburan.
6. Penanaman menggunakan teknologi rumahhijau (Greenhouse) tidak dapat dijalankan. Ini
akan menyusahkan negara-negara yang mempunyai 4 musim.
7. Di negara yang sejuk, manusia akan kesejukan kerana tidak dapat menggunakan
pemanas. Ini akan memudaratkan kesihatan mereka.
8. Bidang pemakanan dan industri pemakanan juga akan mempunyai kesukaran dalam
memproses makanan. Ini akan menyebabkan masyarakat yang tinggal jauh daripada
bahan mentah semulajadi, kebuluran akibat kekurangan bahan makanan.
9. Kemasukan dan keluaran warga, wang, dan banyak lagi tidak boleh di kawal. Semua
kawalan ini bergantung kepada sistem elektronik yang sedia ada. Sitem elektronik ini
pula bergantung pada penggunaan elektrik.
10. Keselamatan negara juga akan terancam. Ini kerana tidak dapat mengawasi keselamatan
negara melalui satelit yang disediakan.