Anda di halaman 1dari 7

Talam cendol.

Bahan-bahan ( 10 org )
LAPISAN ATAS:
60g tepung beras
2 sb tepung jagung
70g gula merah
2 sb air kapur
200ml air
LAPISAN TENGAH:
60g tepung beras
10g tepung gandum
50g gula
400ml air
200g cendol
sedikit pewarna hijau
LAPISAN BAWAH:
60g tepung beras
10g tepung gandum
1 biji santan pekat
1/2 sk garam
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan untuk setiap lapisan. Setiap lapisan campurkan berasingan.
2. Masak setiap lapisan atas api yg perlahan,kacau hingga pekat.
3. Untuk lapisan tengah masukkan cendol apabila bancuhan tadi hampir pekat.
4. Masukkan dalam acuan dan kukus. Masukkan lapisan bawah , diikuti lapisan tengah dan
akhir sekali lapisan atas.
5. Biarkan sejuk barulah dipotong.

Kuih Talam Pisang.(sy guna loyang 4 segi 10x10 inci)

Bahan Utk Lapisan Bawah


3 1/2 cawan santan kelapa.
1 1/4 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan gula pasir.
Secubit garam.
1 cawan pisang lenyek ( update-sy guna 6-7 biji pisang berangan masak saiz M)
pewarna kuning-Yatie tambah
Cara-caranya:

1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan
kacau rata.Masak hingga keluar wap.
3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam
loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada
permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan
buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:

3 cawan santan kelapa.
3/4 cawan tepung gandum.
1/4 cawan tepung jagung.
1/4 cawan gula pasir.
secubit garam.
Sedikit pewarna kuning-(sy bubuh di dalam adunan bawah)


Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas
lapisan bawah tadi.
3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di
atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

Talam suji durian
Bahan-bahan;

Bahan Bawah
180 gm tepung suji]..satukan dan rendam selama 30 minit
450 ml air]..

220 gula pasir [saya guna 200 gm]....
2 biji telur....
200 ml santan pekat....
250 ml air....
1 sudu teh pewarna kuning telur]....satukan, kacau rata dan tapis

Lapisan Atas
150 gm tepung gandum
250 gm gula pasir [saya guna 230 gm]
3 biji telur
250 ml santan pekat
500 ml air
100 gm isi durian
2 sudu teh pewarna hijau epal ]satukan kesemua bahan bahagian ini, kisar halus dan tapis

Cara memasak;
1.Sediakan sebuah periuk yang sesuai, tuangkan bahan lapisan bawah yang telah direndam dan
ditapis.
2.Hidupkan api perlahan, kacau dan didihkan hingga berwap.
3.Tuang ke dalam loyang bersaiz 10 inci dan kukus selama 25 minit.
4.Beralih ke lapisan atas.Sediakan periuk, tuangkan bahan lapisan atas yang telah ditapis dan
didihkan hingga berwap.
5.Tuangkan di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi dan kukus lagi selama 30 minit.Sejukkan
dahulu sebelum dipotong.

Info chef;
..Pastikan bancuhan cukup sekadar berwap dan tidak mendidih sehingga berbuih.Lakukan juga
beberapa carikan di atas lapisan bawah supaya kedua-dua lapisan melekat dengan sempurna.

Kuih Talam Durian
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan Bawah:
1 cawan durian
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung kastad
2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara:
Panaskan loyang. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan plastik dan spray dengan minyak.
Blend semua bahan dan tuangkan ke dalam loyang.
Masukkan dalam kukusan dan kukus selama 30 minit.
Lorekkan permukaan lapisan bawah sebelum dituang permukaan bawah.

Bahan Atas:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Tapiskan ke dalam kuali tak lekat dan kacau sebentar sehingga keluar wap dan pekat.
Tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah.
Kukuskan lagi selama 20 minit.
Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong dengan pisau plastik.

Kuih lapis nyonya
Bahan-bahan
300 g tepung beras (3 cwn rata) - (cap Gajah)
300 g tepung ubi/tapioca flour (3 cwn rata)
550-600 g gula pasir (2 cwn rata + 8 sb rata)
1100 ml santan cair
740 ml santan pekat
1 sk garam
3 helai daun pandan - disimpul
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut pilihan masing2
**(guna 2 biji kelapa parut untuk mendapatkan santan...tapi akak guna 300 ml santan kotak
KARA = 100ml santan KARA+1000ml air untuk santan cair dan 200ml santan KARA+540ml air
untuk santan pekat)
Cara-cara
1. Didihkan air di dlm kukusan dan panaskan loyang yg disapu sedikit minyak.
2. Di dlm sebuah mangkuk,campurkan tepung2 dan santan pekat,gaul dan ketepikan.
3. Di dlm periuk,campurkan santan cair,gula,garam dan daun pandan.Kacau rata dan masak
hingga mendidih dan matikan api lalu tuangkan terus ke dlm mangkuk berisi campuran
tepung.(Hati2 ketika melakukan tahap ini!)
4. Tapiskan pula campuran tadi ke dlm sebuah mangkuk yg lain.Bahagi adunan kepada
beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
5. Tuang selapis adunan dan kukus hingga 5 min atau masak dan kukus lapisan berwarna
seterusnya hingga habis.Kukus lapisan terakhir selama 15-20 min supaya kuih masak
keseluruhannya.(loyang tk perlu di keluarkan dr kukusan ketika melapis)
6. Biarkan kuih benar2 sejuk di dalam loyang sebelum boleh dipotong.
7. **dalam 1 adunan kuih lapis ni,saya sukat 1 1/2 cwn bagi setiap lapis dan mendapat 8
lapisan...Apabila kuih dah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Kuih lapis
Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air
Cara-cara
1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2
cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi
dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling.
Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit.
Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari
kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh
dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

Talam pes kacang merah
Bahan-bahan ( sekeluarga (loyang 27cm) )
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200ml santan UHT M&S
sedikit garam
3/4 cawan gula
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa
Cara-cara
1. Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.
2. Masukkan santan dan 3 cawan air.
3. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
4. Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna
merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan
yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.
6. Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti.
7. Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5
minit.
8. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada
adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.
9. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada
adunan warna kuning. Kukus 5 minit.
10. Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.
11. Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.

Seri ayu
Bahan-bahan ( 20 biji )
2 biji telur
1 cwn gula pasir
2 cwn tpg gandum
1 cwn santan
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh perisa @ jus pandan
pewarna hijau
*kelapa putih + garam + tpg gandum(supaya x berkecai)
Cara-cara
1. pukul telur + gula sehingga kembang.masukkan ovellete.
2. masukkan tpg,santan,perisa pandan & pewarna.pukul sehingga sebati.
3. sapukan sedikit minyak pada acuan.
4. isikan kelapa putih dlm acuan dan tekan supaya mampat.
5. tuang adunan td.
6. panaskan pengukus.
7. kukus adunan selama 10 minit.
8. sedia untuk dihidangkan......


badak berendam
Bahan-bahan ( dlm 20 biji )

2 cawan tepung pulut
lebih kurang 11/2 cawan perahan air daun pandan.
1/2 sudu teh garam
inti kelapa secukupnya - cara mmbuatnya sama dgn inti kuih koci @ onde-onde
utk dadih;
21/2 cwan santan, 2 sudu tepung beras & 1/2 sudu teh garam
3 helai daun pandan
*jika nk buat kuah banyak/cam bubur, bubuhla gula sekadar manis2 buah sj..
Cara-cara

campurata semua bahan2 utk dadih, lalu dikacau atas api hingga pekat.lebihkurang 10 mnit -
ketepikan.
bulat2 kan inti kelapa.ikut suka la nk besar @ kecil
campurkan garam dgn air pandan & gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga mnjadi
doh yg boleh dibentuk.
ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan. letakkan inti dlm nya dan dikelim rapat. buat hingga
habis. letak atas plastik agar x melekat.
didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.pastu masukkan 'badak2' (bola2
pulut la hehe..) kedalamnya.
bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah di angkat & ditos kan.
Seri muka
Resepi Seri Muka
Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah
400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam)
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah

1) Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
2) Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14)
3) Sapukan minyak di sekeliling loyang.
4) Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
5) Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut.
6) Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak
dengan lebih rata.
7) Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
8) Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit.
9) Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
10) Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas

2 cawan santan pekat
150 mL air + 4 helai daun pandan
(Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau


Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas

1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam
bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
2) Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
3) Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
4) Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
5) Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
6) Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
7) Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak
menitik di atas permukaan kuih.
8) Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
9) Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
10) Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.
11) Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan.
Tips: Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Celupkan pisau ke dalam air dan potong mengikut saiz yang
dikehendaki. Buangkan pulut tersebut sekiranya ada pulut yang melekat di
pisau. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung memotong kembali sehingga selesai.

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka Gula Merah
200 gm gula Melaka (potong kecil-kecil)
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara-Cara Membuat Lapisan Atas untuk Seri Muka Gula Merah
1) Masakkan gula Melaka bersama 1/2 cawan air sehingga gula larut.
2) Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapiskan larutan
gula Melaka yang dimasukkan tadi.
3) Kacau sebati hingga tiada ketulan. Jikalau ada ketulan, boleh ditapis lagi.
4) Masakkan adunan di atas api sederhana sehingga naik wap.
5) Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang dan kukus selama 10 minit-15 minit atau
sehingga masak.
6) Tutupkan api dengan segera semasa adunan kelihatan menjadi berbintil-bintil.
7) Kemudian tuangkan adunan agar-agar dan biarkan mengeras.
8) Biarkan sejuk di luar sebelum masukkan dalam peti sejuk. Sejukkan dalam peti ais.
9) Selepas itu, potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan.

Tips: Gula merah yang dimasak hendaklah ditapis dahulu untuk mengasingkan hampasnya.