Anda di halaman 1dari 10

Bukti kewujudan bahasa Melayu kuno di alam Melayu

1. Batu Bersurat Kedukan Bukit di Palembang (683 Masihi)


2. Batu Bersurat Talang Tuwo di Palembang (684 Masihi)
3. Batu Bersurat Kota Kapur di Bangka (686 Masihi)
4. Batu Bersurat Karang Brahi di Jambi (692 Masihi)
5. Batu Bersurat di Ganasuli ,Jawa Tengah (632 Masihi)
6. Batu bersurat Pagar Ruyung (1356 Masihi)
Ciri-ciri bahasa Melayu klasik
1. Ayatnya panjang dan berulang-ulang
2. Bentuk ayat pasif dan songsang lazim digunakan
3. Menggunakan bahasa istana
4. Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam,edan
kesmaran (mabuk asmara),sahaya (saya),masyghul (bersedih)
5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat seperti sebermula,alkisah,
hatta,adapun.
6. Banyak menggunakan partikel pun dan lah
7. Menggunakan askara Jawi
8. Menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang
bahasa
9. Frasa dan ayat pengaruh Arab
10. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu
Faktor-faktor penarik yang menyebabkan penyebaran bahasa
Bahasa sebagai alat komuikasi dalam masyarakat
Penjajahan kuasa yang lebih kuat terhadap satu kawasan yang tidak
mempunyai pemegang kuasa
Matlamat Lembaga Bahasa Melayu
1. Mengawal,memperbaik,memperluas dan memperkaya serta
menghidupkan bahasa supaya menjadikan bahasa yang hidup.
2. Membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan
kepada orang ramai perkara yang difikirkan munasabah oleh Lembaga.
3. Menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut kehendak
peredaran zaman.
4. Menerbitkan risalah,buku,kitab dan majalah.
5. Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuan dengan Lembaga.
Perbezaan BM Malaysia dengan bahasa Indonesia
Ejaan yang berbeza.Contohnya abun dalam bahasa Indonesia dan abah
dalam BM Malaysia.
Bahasa Indonesia mempunyai perkataan yang berasal daripada tanah
Jawa,tanah Melayu dan Belanda manakala BM Malaysia mempunyai
banyak kata serapan daripada bahasa asing seperti bahasa Cina dan
bahasa Inggeris.











Takrif bahasa
Satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang yang diujarkan oleh
manusia dengan menggunakan alat-alat artikulasi yang ada pada manusia.
Ciri bahasa sebagai satu simbol
Menggunakan gambar dan objek tertentu sebagai simbol dan juga boleh
bergabung dengan bunyi untuk menerangkan sesuatu.
Bahasa sebagai alat komunikasi
Dapat menyampaikan semua yang dirasai,difikirkan dan diketahui oleh
seseorang kepada orang lain.
Dapat mewarisi dan mempelajari semua yang pernah diperolehi oleh
individu yang terdahulu daripada mereka
Merupakan saluran untuk membolehkan penutur sesuatu bahasa dapat
menjalin kerjasama dengan penutur daripada bahasa lain
Fungsi bahasa
Manjadikan satu bahasa sebagai bahasa rasmi.bahasa rasmi merupakan
bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran,sistem pendidikan,urusan pedagangan
dan perusahaan,kehakiman,upacara rasmi dan anatrabangsa.
Menjadikan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan.Bahasa
kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identiti nasional
dan lambang bagi sesuatu bangsa dan negara.
Menjadikan satu bahasa sebagai bahasa ilmu.Bahasa ilmu ialah bahasa
yang mampu menjadi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
sehingga ke peringkat tinggi.


Alasan BM dijadikan bahasa pengantar di IPT
Bagi melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai pemikiran yang tinggi
tidak akan berjaya selagi rakyat sendiri tidak dapat menguasai bahasa
Melayu dengan baik
Meningkatkan taraf BM
Maksud fungsi bahasa sebagai alat untuk menyatakan ekspresi diri
Bermaksud sesuatu bahasa itu menyatakan secara terbuka segala sesuatu yang
tersirat dalam diri manusia,sekurang-kurangnya untuk menunjukkan kewujudan
manusia itu sendiri.Unsur-unsur yang mendorong ekspresi diri abtara lain adalah
untuk menarik perhatian orang lain terhadap kita dan keinginan untuk
membebaskan diri daripada tekanan emosi.
Maksud bahasa bersifat dinamis
Bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi untuk berkembang,membuat
penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.Sifat bahasa
sedemikian akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi.





1) Bahasa mempunyai beberapa ciri yang ketara
a) Jelaskan maksud bahasa itu bersifat dinamis?
Bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi untuk berkembang,membuat
penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.Sifat bahasa
sedemikian akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi.
Pertembungan kebudayaan dan manusia dengan manusia yang lain
menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan kata
sesuatu bahasa itu.Namun demikian, struktur dan tatabahasa itu lazimnya
tidak akan berubah.
b) Nyatakan fungsi bahasa sebagai bahasa perpaduan.
i. Bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur
daripada berbagai-bagai bangsa dan berupaya untuk
menyatupadukan bangsa yang dikenal sebagai bangsa Malaysia.
ii. Mempunyai syarat-syarat untuk memenuhi keperluan menjadi
bahasa kebangsaan
iii. melambangkan kesatuan dan perpaduan negara,iaitu menjadi asas
kebudayaan kebangsaan dan menyatupadukan rakyat.
2.
a) Jelaskan kedudukan dan fungsi organ tutur yang berikut:
i. bibir
Terletak di luar rongga dan fungsinya adalah untuk menyekat
perjalanan udara
ii. pita suara
Terletak di dalam ruang tenggorok dan berfungsi sebagai
penghasilan bunyi bahasa.
b) Jelaskan kriteria yang menentukan pengeluaran bunyi vokal.
i. Bahagian lidah yang terlibat,sama ada bahagian depan lidah atau
belakang lidah
ii. Ketinggian lidah dinaikkan
iii. Keadaan lelangit lembut,sama ada dinaikkan dan udara dari paru-
paru keluar melalui rongga mulut sahaja (bunyi vokal atau oral)
atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru
keluar melalui rongga mulut dan hidung (menghasilkan bunyi yang
disengaukan)
iv. Kedudukan bibir,sama ada bundar atau hampar.
v. Keadaan glotis,iaitu dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-
paru pita suara bergetar.




Esei

Tahap-tahap perkembangan bahasa Melayu.

Tahap pertama perkembangan bahasa Melayu ialah bahasa Melayu kuno.
Penghijrahan manusia purba ke alam Melayu dikatakan terjadi anatara 100000
160000 tahun yang lalu. Sebelum kedatangan pedagang India tersebut ke
Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali
sebagai bahasa Melayu Purba.Bahasa ini kemudiannya dinamakan bahasa
Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India.Bahasa Melayu Kuno mencapai
kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13,iaitu pada zaman kerajaan
Srivijaya.Bahasa ini menjadi bahasa pentadbiran dan lingua franca,iaitu bahasa
yang digunakan sebagai perantaraan atau bahasa perhubungan antara orang
yang berlainan bahasa.Bahasa Melayu kuno mudah diterima pada masa itu
kerana bersifat sederhana dan fleksibel,bahasa ini tidak mementingkan
perbezaan status dan taraf penggunanya serta sistem dan struktur kata bahasa
ini lebih mudah berbanding bahasa yang seumpamanya.Bahasa ini mendapat
pengaruh daripada bahasa Sanskrit.
Tahap kedua ialah bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu kuno diambil
alih oleh bahasa Melayu klasik.Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan dan
pengaruh agama Islam yang semakin mantap di asia Tenggara pada abad ke-13.
Sejak itu bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa
kata,struktur ayat dan bentuk tulisan.Bukti kewujudan bahasa Melayu klasik
dapat dilihat melalui tinggalan 3 buah batu bersurat,iaitu Batu Bersurat di Pagar
Ruyung,Minangkabau , Batu Bersurat di Minye Tujuh,Acheh dan Batu Bersurat di
Kuala Berang,Terengganu.Bahasa ini mendapat pengaruh dari Bahasa Jawa
dan Pengaruh Islam.
Tahap yang ketiga ialh bahasa Melayu moden.Bahasa ini dikatakan
bermula pada abad ke-19.Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah,bahasa Melayu
moden berasal daripada bahasa Melayu klasik.Bahasa Melayu Moden mendapat
pengaruh bahasa Arab,bahasa Cina dan bahasa Inggeris.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno

Banyak terdapat kata pinjaman bahasa Sanskrit.
Bunyi [b] ialah [v] dalam bahasa Melayu kuno.contoh [bulan] ialah [vulan]
Tiada bunyi [e] pepet dalam bahasa Melayu kuno.Contoh [dean] menjadi
[dan] atau [daan]
Awalan ber- ialah mar- dalam bahasa Melayu kuno.Contohnya [berlapas]
menjadi [marlapas]
Awalan di- menjadi ni- dalam bahasa Melayu kuno.Contohnya [diperbuat
ialah [niparvuat]
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh,th,ph,dh,kh, dan
h.Contohnya,sukhatshitta
Terdapat perkataan dalam bahasa Melayu moden yang tidak
menggunakan huruf h tetapi dalam bahasa Melayu kuno huruf ini wujud
dalam perkataan tersebut.Contoh samuha [semua] dan sahaya [saya]

Konsep bunyi vokal

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang semasa menghasilkannya,udara dari
paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan
tanpa sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi
geseran
Mempunyai kelantangan dan kepanjangan dalam erti kata bunyi itu didengar
dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.
Alat-alat artikulasi yang terlibat dalam bunyi ini ialah lidah,bibir,lelangit
lembut dan pita suara.
Lidah berperanan untuk menerbitkan kegiatan dan keadaan yang berbeza
dan tugas ini penting dalam menentukan kualiti vokal.
Bibir dihamparkan atau dibundarkan
Bibir-hampar- bunyi vokal depan
Bibir-bundar-bunyi vokal belakang
Lelangit lembut dinaikkan bagi menghalang aliran udara daripada mengalir
masuk ke rongga nasal dan dengan ini udara hanya dibenarkan masuk ke
rongga mulut.
Kriteria yang menentukan bunyi vokal ialah:
a) Bahagian lidah yang terlibat
b) Ketinggian lidah dinaikkkan
c) Keadaan lelangit lembut
d) Kedudukan bibir
e) Keadaan glotis
Perbezaan bunyi vokal ditentukan oleh keadaan lidah

Bunyi konsonan
Konsonan atau secara traditional dinamakan huruf-huruf mati ialah huruf-
huruf selain vokal
Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara atau mungkin tidak
Semasa menghasilkan bunyi konsonan,udara yang keluar dari paru-paru
akan menerima sekatan,sempitan dan geseran,sama ada di bahagian
rongga tekak,mulut atau hidung
Boleh mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan
Contoh: menyebut konsonan sengau,bunyi vokal yang mengikutinya turut
akan disengaukan
Proses ini dinamakan sengauan
Konsonan dibahagikan kepada dua,iaitu konsonan Melayu asli dan
konsonan pinjaman
19 bunyi konsonan Melayu asli.
Contoh: konsonan letupan dua bibir bersuara [b].konsonan letupan dua bibir
tidak bersuara [b] dan sebagainya
8 bunyi konsonan Melayu pinjaman
Contohnya,konsonan geserab bibir gigi tidak bersuara[f] dan konsonan
geseran bibir gigi bersuara[v]