Anda di halaman 1dari 8

VERSI : Mobile | Akhbar Digital

16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435



Nasional
Artikel
Wilayah
Luar Negara
Hiburan
Sukan
Bisnes
Pendidikan
o Sekolah
o Kampus
o Sastera
o Agama
Sains
Rekreasi
Gaya Hidup
Xtive



Menarik hari ini

Waktu Solat
Laporan Cuaca

Berita Utama
Dalam Negeri
Wilayah
Laporan Khas
Parlimen
Politik
Luar Negara
Sukan
Bisnes
Mahkamah
Jenayah




Agama
Keluarga
Hiburan
Rancangan TV
Feminin
Pendidikan
Sains & Teknologi
Agro
Kesihatan
S3
Polis & Tentera
Sastera

Rencana
Cuit
Selak
Awang Selamat
Kolumnis
Forum
Catatan Kembara

Classifieds
Portal Pendidikan
Kosmo! Online
Mangga Online
Saji Online
MyBooks
Kareer
Utusan Karya
Laman Xtive
BICARA AGAMA

ARKIB : 08/06/2011
Kaedah Al-Dhararu Yuzal
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN
ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan
kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa
sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang
boleh mendatangkan kemudaratan.
Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada
kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.
Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia
seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta.
Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang
terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya.
Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia.
Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para ulama.
Antaranya, mudarat kecil dan mudarat besar, mudarat khusus dan mudarat umum, mudarat
jangkamasa pendek dan mudarat jangka masa panjang.
Sejajar dengan itu, para ulama telah menggagaskan kaedah fiqh ini yang bermaksud semua
kemudaratan mesti dihapuskan. Asas utama kepada kaedah ini adalah berdasarkan kepada hadis
Nabi SAW yang bermaksud: Tiada mudarat dan tidak memudaratkan (riwayat Bukhari dan
Muslim).
Di bawah kaedah ini, terdapat beberapa kaedah pecahan. Kaedah pertama adalah kaedah
'Keadaan Darurat Mengharuskan Perkara Yang Haram'.
Ia bermaksud, apabila kita berhadapan dengan keadaan yang mendatangkan mudarat kepada
diri, maka diharuskan pada waktu itu untuk melakukan perkara yang haram.
Sebagai contoh, seseorang yang berada dalam keadaan tersangat lapar kerana tidak memperolehi
makanan yang halal untuk tempoh masa yang agak lama.
Pada waktu itu, dia boleh memakan makanan yang haram setelah dia berusaha sedaya-upaya
mencari makanan yang halal. Keharusan memakan makanan yang haram itu disebabkan
keadaannya pada waktu itu terdesak.
Namun, keharusan itu hanyalah sekadar untuk melepaskan keadaannya dalam keadaan darurat
dan dia tidak boleh mengambil kesempatan untuk berlebih-lebihan serta tidak cenderung untuk
melakukannya melainkan kerana keadaan pada waktu itu memaksanya.
Ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang
yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana
darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda
yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173)
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan
(memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan
dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani. (al-Maidah: 3)
Apabila seseorang itu diancam nyawanya supaya dia mengucapkan kalimah kufur, maka Islam
membenarkannya asalkan hatinya tetap dalam keimanan.
Ini sebagaimana yang berlaku kepada Ammar bin Yasir yang telah memilih rukhsah iaitu
mengucapkan kalimah kufur dalam keadaan darurat. Namun hatinya tetap dalam keimanan.
Perbuatan Ammar itu adalah dibenarkan dan diakui oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang
bermaksud: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan
dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang
tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas
mereka tertimpa kemurkaan dari Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar.(an-Nahl:
106)
Keharusan bukan selama-lamanya
Kaedah pecahan yang seterusnya adalah apa yang diharuskan dalam keadaan darurat dikira
mengikut kadar keperluannya sahaja.
Kaedah ini sebenarnya mengkhususkan kaedah yang pertama. Ini bermakna, keharusan perkara
haram itu bertempoh dan tidak selama-lamanya. Apabila terkeluar dari keadaan darurat, maka
keharusannya terhapus dan ia kembali haram.
Hukum yang berkaitan dengan kaedah ini antaranya ialah sekiranya tiada doktor wanita,
dibolehkan untuk pesakit wanita menggunakan khidmat doktor lelaki untuk mendapatkan
rawatan. Namun, doktor lelaki tersebut hanya dibolehkan melihat dan menyentuh tempat yang
sakit sahaja sekiranya perlu.
Begitu juga, seseorang itu boleh menceritakan tentang keburukan orang lain ketika perlu seperti
apabila ditanya oleh bakal isteri orang tersebut.
Kaedah yang seterusnya adalah kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan. Ini
bermakna umat Islam tidak boleh menolak sesuatu kemudaratan dengan menggunakan mudarat
yang lain.
Sebagai contohnya, seseorang itu tidak boleh merosakkan kehidupan orang lain demi
menyelamatkan kehidupannya.
Namun begitu, mudarat ini boleh ditolak dengan mengambil mudarat yang lebih ringan. Ini
berlaku apabila berlaku pertembungan di antara dua mudarat.
Maka, kita perlu memilih mudarat yang lebih ringan atau kecil. Ini terkandung di bawah kaedah
pecahan 'Apabila Terdapat Pertentangan Di Antara Dua Kemudaratan, Dihindarkan Yang Lebih
Berat Dengan Mengambil yang Lebih Ringan'.
Dalam bidang muamalat Islam, para ulama dan sarjana ekonomi Islam banyak mengguna pakai
kaedah fiqh keempat ini dalam berhadapan dengan situasi yang ada pada hari ini.
Dalam perbankan Islam dan Takaful, kaedah ini terpakai ketika perbincangan Majlis Penasihat
Syariah, Bank Negara Malaysia terhadap isu Profit Equalisation Reserve (PER) dalam akaun
deposit.
Ia juga terpakai dalam bab perkongsian risiko dengan reinsurans konvensional, mengambil
modal daripada sumber yang haram, mekanisme caj ke atas kelewatan bayaran, mewajibkan
institusi perbankan Islam memberikan ibra' kepada penerima biaya yang melunaskan hutang
lebih awal bagi pembiayaan berdasarkan kontrak jual-beli (seperti bai' bithaman ajil atau
murabahah) dan sebagainya.
Kongsi Konten di :







TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Syahid atau sia-sia
Kompilasi khazanah sejarah
Mustahiq zakat
Dilema mualaf
Hakikat Bismillah
Ganti adat jadi ibadat
Persekolahan pertama
Zakat adalah cahaya
Antara impian dan harapan
Ucap innalillah kepada bukan Islam
Menyantuni penduduk Jeli
Bertugas sambil menyebarkan dakwah
Kekal sebagai medium dakwah
Berita gembira orang bersabar
Keringat di kening
Anas dan labu
Tiru kehebatan Al-Fateh
Kontraktor tersungkur
Guna pendekatan kasih sayang
Meraih ketenangan jiwa
Waktu Solat Kuala Lumpur


Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23


Klik untuk waktu solat kawasan lain







Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu

Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014

Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370

KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014

IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK

Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.

Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.

Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.

Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.

SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.



Terkini
Berita Utama
Arkib Berita

English Edition
Nasional
Dalam Negeri
Politik
Parlimen
Jenayah
Mahkamah
Laporan Khas

Luar Negara

Artikel
Rencana
Forum
Kolumnis
Cuit
Selak
Blog
Kami Prihatin
Wilayah
Kota
Selatan
Johor
Utara
Timur
Pahang
Sabah & Sarawak
Suara Rakyat
Hiburan
Tempatan
Rancangan TV

Gaya Hidup
Feminin
Keluarga
Kesihatan
Polis & Tentera
Sukan
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana Sukan
Golf
EURO 2012
ePlayer
Bisnes
Ekonomi
Korporat
Produk/Servis
Agro
Saham
Matawang
Pendidikan
Sekolah
Kampus
Sastera
Agama

Sains
Sains & Teknologi
Megabait
Kesihatan
Rekreasi
Rekreasi
Pemotoran
Pancing
Pelancongan
Impak Alam
Catatan Kembara
Xtive
Video
Blog Editor
Suara Rakyat
Salam Aidilfitri

Hubungi
Kami |
Jom
Iklan |

Facebook |

Twitter |

Bicara Agama RSS
Feed |
Polisi
Privasi |
Privacy
Policy |
Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | ADaP | e-Lab | Mangga Online | Saji
Online | disini.my | MyBooks | Job House | Utusan Karya
Mengenai Kami | Terma & Syarat
WWW.UTUSAN.COM.MY 1997-2014 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M,
Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.


Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0608&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixz
z3DQrtEcnY
Utusan Melayu (M) Bhd