Anda di halaman 1dari 14

37

A. Bidang Tugas:
1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa
ketiadaannya di sekolah.
2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari
semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan
kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan
juga keselamatan.
4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai
sidang petang.
5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan
program dan projek sekolah.
B. Senarai Tugas:
1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan.
2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya berjalan
dengan lancar dan berkesan.
3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur
dan baik.
4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber,
makmal dan bengkel.
5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu
dilakukan dengan baik.
6. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan
guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
7. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan
mencadangkan tindakan susulan.
8. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan ujian,
peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.
9. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan
yang ada di sekolah.
10. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
11. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku
bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.

BIDANG DAN SENARAI TUGAS
GURU KANAN PENTADBIRAN
38


12. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru
yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan.
C. Pentadbiran:
1. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah
adalah adil dan saksama.
2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru
dan kakitangan bukan guru sekolahnya.
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga
perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti
sepanjang tahun.
5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.
6. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan
perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi
sekolahnya.
8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan dan
permainan dan sebagainya.
9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah
laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga
perbincangan.
10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.
D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah:
1. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan
sekolah.
2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya oleh
mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.
E. Keselamatan:
1. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar.
2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah
kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.
F. Kantin:
1. Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid.
39



G. Buku Teks:
1. Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah.
H. Tugas-Tugas Lain:
1. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang
ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.
2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di
uar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan ataupun yang dianjurkan
oleh masyarakat setempat.
Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.



A. Bidang Tugas:
1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan
Guru Besar dan GK Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang
pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum,
disiplin, bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur
mengikut prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan
kewangan berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan
dan kantin sekolah berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru
dan kakitangan bukan guru.
8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.


BIDANG DAN SENARAI TUGAS
GURU KANAN HEM
40




B. Senarai Tugas:
Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan
bahawa butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu
dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen
dan borang-borang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar
ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil
berhenti sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama
Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam
menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.

C. Disiplin:
1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat
sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh
guru, kakitangan dan para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan
bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar
peraturan tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap
mengenai pelajar terlibat.

D. Bimbingan dan Disiplin:
1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang
41




menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan
sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi
pelajar-pelajar baru.
E. Program Perlindungan:
1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di
sekolahnya agar berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti
menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah
untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di
kalangan pelajar.

F. Skim Pinjaman Buku Teks:
1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar
yang bakal menerima buku teks.
2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan,
pengagihan dan hapus kira buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

G. Biasiswa Dan Bantuan:
1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan
pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para
pelajar di sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar
yang layak menerimanya.

H. Tugas Dan Tanggungjawab Lain:
1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan ko-
42




kurikulum.
2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi
dalam bidang itu.
3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk
para pelajar.






1. PENGURUSAN KURIKULUM:
1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya.
1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai
contoh dengan kemahiran yang ada padanya.
1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.
1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan
lancar.
1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah.
2. KURIKULUM (SUKAN, PERMAINAN, PASUKAN BERUNIFOM, PERSATUAN DAN
KELAB):
2.1 Merancang takwim kegiatan setiap bidang.
2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.
2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.
3. PENGURUSAN:
3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.
3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.
3.3 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.
BIDANG DAN SENARAI TUGAS
GURU KANAN KOKURIKULUM
43



3.4 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
3.5 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan
pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
3.6 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum.
3.7 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
3.8 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan
program khas untuk mereka.
4. PEMBANGUNAN DIRI STAF:
4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
4.2 Menganggotai JK Kurikulum/ko-kurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah
bagi kemudahan pelajar.
4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4.4 Menyelaras kurikulum/ko-kurikulum bersepadu.
5. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR:
5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.
5.2 Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu.
6. SUKAN DAN PERMAINAN:
6.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/permainan di
semua peringkat.
6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
7. KELAB/PERSATUAN:
7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak
akademik.
8. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM:
8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian
seragam.
8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.


44




9. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH:
9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.
9.2 Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan, mengadakan
stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan.
9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta
menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.
9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan
oleh jabatan atau kementerian.
9.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri.
9.6 Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah.
9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/
MSSM.





Bidang Tugas:
1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan,
buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.
2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada
setiap hari belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor
sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi
penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran
ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual
kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara
ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan
kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan
mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual
kedatangan dan buku yuran.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU KELAS
45



8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.
9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar
dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.
10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan
kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan
memberitahu pelajar.
13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat
rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti
ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin
lain.
15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka
yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar
Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk
peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun
kerusi meja.
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping
menyediakan tabung markah atau mark sheet.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas
pada tiap-tiap hari persekolahan.
20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa
perhimpunan hari biasa.
21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan maklumat dan berita-berita yang
positif, membina dan terkini.




1. Menyediakan rancangan pelajaran masing-masing dan merekodkan pengajaran
dalam buku Rekod Mengajar Guru.
2. Merancang kerja rumah.
3. Memeriksa buku rampaian pelajaran murid.
4. Mengadakan ujian bulanan dan menyediakan soalan-soalan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU MATAPELAJARAN
46



5. Menyediakan soalan-soalan peperiksaan dan memeriksa jawapan mengikut cara
pemeriksaan markah yang ditentukan oleh sekolah/guru kanan.
6. Memberi markah peperiksaan kepada guru-guru kelas/darjah.
7. Menganalisa keputusan ujian dan peperiksaan bagi mata pelajaran yang diajar.
8. Mengambil berat akan kemajuan akademik pelajaran-pelajaran.
9. Menanamkan semangat kepimpinan dan akhlak yang baik kepada murid-murid.
10. Mengadakan kelas-kelas tambahan jika perlu.
11. Mengambil tahu akan perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran.
12. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan,
Jabatab Pendidikan atau Sekolah.




1. Menetukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.
2. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran /
pembelajaran yang kemaskini.
3. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan
penggal.
4. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan kertas-
kertas jawapan.
5. Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengakaji
serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari masa ke semasa seperti
mengadakan:
Kelas tambahan
Ceramah menjawab soalan-soalan
Peraduan-peraduan tertentu
Kuiz
6. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolah untuk perpustakaan atau
rujukan guru.
7. Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-
buku teks yang digunakan.



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
KETUA PANITIA
47




8. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika
diperlukan.
9. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap kelas, jika diperlukan.
10. Mengadakan tindak balas kepada sertiap perubahan baru yang diperlukan seperti
sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajarandan pembelajaran baru, jika ada.
11. Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persertujuan pihak
sekolah.
12. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi murid-
murid.
13. Melaksanakan peraturan-peraturan panitianya.
14. Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepanggal sekali atau lebih kerap
lagi, jika perlu.
15. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.




1. Menyediakan peraturan:
Mengurus perlantikan pengawas perpustakaan
Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan
Memamstikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua murid
Melatih perpustakawan-perpustakawan yang baru dilantik supaya mahir dengan
peraturan dan keadaan di perpustakaan.
2. Membuat Anggaran Perbelanjaan:
Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan
Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan
Mengagihkan pembelian buku mengikut peruntukan yang ada, sama ada dari
wang kerajaan atau wang suwa

3. Membuat Pesanan Buku:
Menyediakan senarai nama buku dan alatan peprpustakaan yang hendak dibeli
membuat pesanan buku-buku melalui Guru Besar

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU PERPUSTAKAAN
48



Memeriksa buku-buku yang dibekalkan oleh pembekal untuk
Menentukan cukup bilangannya dan baik keadaannya
Mengkelaskan buku-buku mengikut pengkelasan Peperpuluhan Dewey.
Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku ke dalam stok
Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran dan guru-guru lain dalam memilih
buku dan majalah-majalah.

4. Memproses Buku:
Menyediakan slid kerja iaitu mencatatkan mengenai cetakan, pengarang/
penerbit dan butiran berkenaan.
Membuat tanda hak milik dan pengenalan pada tiap-tiap buku.

5. Menyediakan Kad-Kad:
Setiap buku hendaklah dilekatkan dengan:
Kocek buku
Kad buku
Slid tulang belakang
Kad katalog


6. Galakan Penggunaan Perpustakaan
Menyediakan aktiviti-aktiviti seperti:
Menganjurkan pertandingan kuiz
Mengadakan pameran
Bercerita
Perbincangan mengenai buku
Ceramah
Drama ringkas
Seminar

7. Rekod Penggunaan
Mencatatkan bilangan pengguna perpustakaan, setiap kali perputskaan dibuka
Senarai peminjam buku
Senarai kekerapan murid meminjam buku


49



8. Rawatan Buku
Membaiki buku-buku yang rosak dengan cara menjilidkannya semula
Menjilidkan majalah-majalah
Menentukan dan menjamin keselamatan segala harta dan perabot dalam bilik
perpustakaan darida kehilangan
Menjaga atau menjamin kebersihan bilik peprpustakaan
Mengadakan fail-fail tegak
Menyimpan guntingan akhbar-akhbar dan kertas soalan-soalan peperiksaan
untuk rujukan

9. Penyemakan/Hapus kira Buku Stok
Buku-buku yang berkedaan yang amat buruk dipilih dan dicadangkan
untuk dihapuskira.
Menyemak/menutup stok pada akhir tahun.





A. Mengendalikan hal-hal kewangan dan akaun, seperti:
Menyediakan anggaran belanjawan dan megawal perbelanjaan
Memohon peruntukan tambahan dan menjawab pertanyaan audit
Menyediakan pulangan bulanan
Mengendalikan wang runcit
Mengemasikinikan buku vot dan menyemak flimsi JAN
Mengendalikan pembayaran gaji dan elaun
Menyediakan Kew 8, baucer gaji dan elaun dan sijil gaji akhir
Membuat potongan bulanan (KWSP/pinjaman/cukai pendapatan/dll)
Mengemaskini pergerakan gaji tahunan
Mengurus pembelian dan pembayaran
Menyediakan pesanan kerajaan/waran perjalanan udara, dll
Mengesahkan penerimaan
Menyediakan daftar bil dan baucer bayaran
Mengurus sebutharga dan memproses tuntutan

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PEMBANTU TADBIR
50



Menyelia urusan pelbagai kutipan
Memasukkan kutipan ke dalam bank
Mengendalikan hal-hal biasiswa ,merekod penerimaan cek biasiswa
Menghantar cek ke bank

B. Menyelia kakitangan Bukan Guru
Mengawasi kehadiran
Mengemaskini rekod cuti
Memberi bimbingan dan mengawal disiplin

C. Menyimpan dan megawal stok/harta benda sekolah
Mrekod dan mengemaskinikan buku inventori/stok
Mengawal penggunaan alat/bahan
Menyelia pengurusan stor (keselamatan, kebersihan, dll)
Mengendalikan urusan hapus kira
Menyediakan laopran berkaitan dengan kehilangan/kecurian


D. Menjalankan kerja-kerja perhubungan awam
Melayan tetamu/ibu bapa/staf sekolah
Menerima dan menyelesaikan aduan
Menjadualkan temu janji dengan Guru Besar/PK