Anda di halaman 1dari 3

Peraturan Makmal

1. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran dari guru.


Sebab - Sekiranya murid masuk tanpa kebenaran dari guru, mereka akan bermain
dengan alat radas dan bahan kimia dalam makmal sains kerana tiada pantauan guru.
Hal ini akan menyebabkan kemalangan berlaku.
2. Radas makmal, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa
keluar tanpa kebenaran guru.
Sebab - Semua bahan dalam makmal sains adalah hak kerajaan dan tidak boleh
dibawa keluar untuk dijual atau digunakan sebarangan kecuali mendapat kebenaran
guru. Bahan kimia yang dibawa keluar tanpa kebenaran guru mungkin digunakan untuk
tujuan yang salah dari segi undang-undang.
3. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan
hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya dengan kemas.
Sebab - Mudah diambil oleh murid untuk sesi eksperimen yang seterusnya. Sekiranya
ia tidak dikembalikan ke tempat asal dengan kemas, sudah tentu sesuatu peralatan
sains itu susah dicari.
4. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
Sebab - Bahan kimia yang tertinggal dalam radas akan menjadi keras dan terlekat
dalam radas tersebut. Hal ini menyebabkan radas tersebut susah dibersihkan.
5. Eksperimen tidak boleh dilaksanakan tanpa kebenaran dari guru.
Sebab Kemalangan akan berlaku kerana sifat murid-murid adalah suka main.
6. Setiap kerosakan radas makmal atau hal kemalangan hendaklah dilaporkan
dengan segera kepada guru.
Sebab - Kerosakan radas makmal perlu dilaporkan kerana perlu direkodkan. Hal
kemalangan perlu dilaporkan dengan segera kepada guru supaya tindakan lanjut dapat
dilakukan.

7. Dilarang bermain-main di dalam makmal.
Sebab - boleh berlaku kecederaan sama ada terhantuk, terlanggar pada bucu meja
ataupun radas-radas makmal yang lain
8. Kerusi makmal hendaklah disusun dengan kemas selepas ianya digunakan
Sebab- Mendisiplinkan murid dan memastikan persekitaran makmal berada di dalam
keadaan yang bersih dan teratur
9. . Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas sebelum dan selepas
proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebab supaya proses pengajaran dan pembelajaran tidak diganggu oleh kerja-kerja
pembersihan oleh murid
10. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
Sebab supaya makanan dan minuman murid-murid tidak dicemari oleh bahan-bahan
kimia di dalam makmal


11. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
Sebab- memastikan makmal tidak sesak dan murid-murid tidak dapat menyeludup
keluar radas makmal atau bahan-bahan kimia
12. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas atau alat pemadam api
tanpa pengetahuan guru.
Sebab- memastikan setiap penggunaan alat keselamatan tidak disalahgunakan untuk
perbuatan yang sia-sia
13. Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi sepanjang berada di dalam makmal
Sebab memastikan keselamatan murid dan radas makmal terjaga dan membantu
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.