Anda di halaman 1dari 7

PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP

PENGURUSAN KEWANGAN.
KAJIAN KES DI KALANGAN MAHASISWA
TAHUN 3 DAN 4 SARJANA
MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN
ISLAM),
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD. MAHYUDDIN BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2004
i
PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP
PENGURUSAN KEWANGAN.
KAJIAN KES DI KALANGAN MAHASISWA
TAHUN 3 DAN 4 SARJANA
MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN
ISLAM),
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD MAHYUDDIN BIN ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sain
s serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004

ii
iii

iv
Dedikasi khas untuk.......
Ayahanda dan bonda tercinta,
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih
sayang
Ahli keluarga tersayang dan rakan-rakan
seperjuanganku
Terima kasih atas segalanya
4
Pengurusan kewangan yang cekap dan sistematik amat
penting dan perlu
diamalkan oleh setiap individu bagi memastikan
sumber kewangan yang dimiliki
tidak digunakan untuk perkara-perkara yang tidak
bermanfaat dan tidak berfedah.
Golongan mahasiswa juga tidak terkecuali daripada
kemestian ini kerana pada
peringkat inilah mereka perlu bijak dalam
menguruskan sumber kewangan mereka
yang terhad bagi mengelakkan daripada masalah
kewangan yang dapat menjejaskan
tumpuan mereka terhadap proses pembelajaran.
Kebanyakan mahasiswa yang menuntut di institusi
pengajian tinggi mendapat
wang pinjaman ataupun biasiswa pelajaran yang
dibiayai oleh pihak-pihak tertentu.
Oleh itu, mereka perlulah membuat perancangan yang
teliti untuk memastikan wang

tersebut digunakan dengan cara yang terbaik serta


dapat menampung perbelanjaan
semasa pengajian mereka. Sebaliknya, jika mereka
gagal untuk menggunakan wang
tersebut dengan cara yang betul, maka mereka akan
dibelenggu oleh masalah
kewangan yang boleh menjejaskan pengajian mereka.
Menurut Mohd Arif (1995), kajian ya
ng dijalankan di kalangan pelajarpelajar tahun tiga kursus Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (STP) di
Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan bahawa
masalah utama yang dialami
oleh responden ialah masalah kewangan. Be
liau juga menyatakan bahawa masalah
kewangan menjejaskan tumpuan pelajar terhadap
pembelajaran.
Terdapat banyak keburukan dan masalah yang akan
dialami oleh mahasiswa
sekiranya mereka gagal menguruskan kewangan
mereka dengan baik. Antara
masalah yang sering berlaku ialah pelajar-p
elajar terpaksa membuat kerja sambilan
untuk mendapatkan wang. Walaupun perkara ini tidak
dianggap sebagai satu
kesalahan, namun kebiasaannya mahasiswa yang
bekerja tidak dapat memberikan

sepenuh perhatian kepada pelajaran yang mereka ikuti.


Mereka juga tidak
mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat
ulangkaji dan menyiapkan
tugasan yang diberikan.
Masalah kewangan juga boleh menyebabkan
mahasiswa melakukan perkaraperkara yang menyalahi undang-undang untuk
mendapatkan wang bagi menampung
perbelanjaan mereka. Perbuatan-perbuatan se
begini tidak sepatutnya dilakukan oleh
5
mahasiswa kerana ia bukan saja menyalahi undangundang malah boleh
menyebabkan masyarakat memandang rendah kepada
golongan mahasiswa yang
sepatutnya menjadi harapan dan tonggak bangsa dan
negara pada masa depan.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Wan Nur Saliha
(2002) yang
menunjukkan bahawa kedudukan kewangan keluarga
merupakan satu faktor yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ini
kerana, masalah kewangan yang
dialami oleh pelajar akan diatasi dengan bantuan
kewangan daripada ibu bapa
mereka. Keadaan ini mendatangkan masalah kepada
ibu bapa terutamanya yang

berpendapatan rendah. Ini kerana ibu bapa terpaksa


memperuntukkan wang untuk
perbelanjaan mereka walaupun sepatutnya wang
pinjaman yang diperolehi
mencukupi untuk menampung perbelanjaan
mahasiswa.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengurusan kewangan yang cekap dan bersistematik
amat penting dalam
kehidupan setiap individu. Dengan adanya
perancangan kewangan, perbelanjaan
tidak lagi dilakukan dengan sesuka hati tetapi hanya
dilakukan ketika perlu.
Sebaliknya tanpa perancangan kewangan yang cekap
dan bersistematik, seseorang
individu akan terjebak ke dalam masalah kewangan
yang mungkin timbul kerana
terlalu banyak berbelanja ataupun membeli barangan
yang tidak berfaedah.
Dalam kehidupan seorang mahasiswa, permasalahan
yang timbul akibat
daripada masalah kewangan boleh mendatangkan
kesan yang tidak baik terutamanya
terhadap proses pembelajaran mereka. Persoalan yang
timbul sekarang ialah apakah
persepsi sebenar mahasiswa terhadap
pengurusan kewangan? Adakah mereka

membuat perancangan kewangan pada setiap semester


pengajian? Seterusnya apakah
perkara-perkara yang diutamakan dalam perbelanjaan
mereka? Oleh sebab itu
sebagai menjawab persoalan yang timbul maka kajian
yang dijalankan ini adalah
untuk mendapatkan persepsi mahasiswa terhadap
pengurusan kewangan.
6
1.4 Objektif Kajian
Matlamat kajian ini adalah membincangkan persepsi
mahasiswa tahun tiga
dan empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam), Fakulti
Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
terhadap pengurusan
kewangan.
Objektif kajian ini adalah untuk:
i.
Mengenalpasti persepsi mahasiswa terhadap
pengurusan kewangan.
ii.
Mengkaji sama ada mahasiswa membuat perancangan
kewangan pada setiap
semester.
iii.
Mengenalpasti perkara-perkara yang diutamakan oleh
mahasiswa dalam

perbelanjaan mereka.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut dikemukakan persoalan-persoalan utama
kajian ini:
i.
Apakah persepsi mahasiswa terhadap pengurusan
kewangan?
ii.
Adakah mahasiswa membuat perancangan kewangan
bagi setiap semester
pengajian?
iii.
Apakah perkara yang diutamakan oleh mahasiswa
dalam perbelanjaan
mereka?

Anda mungkin juga menyukai