Anda di halaman 1dari 30

KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH BESTARI

Oleh;
Tengku Zawawi b Tengku Zainal
PENGENALAN
Kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala pengetahuan
serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan
masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Matlamat kurikulum banyak dipengaruhi
dan ditentukan oleh matlamat hidup individu, masyarakat, negara, dan dunia. Manakala
perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia yang bersifat universal, banyak mempengaruhi
matlamat dan keperluan individu, masyarakat dan negara.
Pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah rendah dan menengah telah mengambil kira pelbagai
keperluan individu dan masyarakat, khususnya dalam pembinaan insan dan penghayatan budaya
ilmu. Ternyata kesannya belum begitu nyata. Walau bagaimanapun usaha-usaha untuk mencapai
cita-cita murni itu masih berjalan dan perlu diteruskan. Namun begitu kita harus peka kepada
setiap perubahan yang melanda dunia dan masyarakat pada hari ini. Arus perubahan yang dibawa
oleh kuasa teknologi maklumat menuntut kita melakukan sesuatu, agar kekuatan dan kelebihan
yang dijanjikan dapat dimanfaat bersama untuk memantapkan idea dan pelaksanaan yang sedang
berjalan. Di samping itu perancangan untuk merangka agenda perubahan khususnya untuk
mengatasi kelemahan yang sedia ada perlu dilakukan supaya selaras dengan matlamat dan dasar
yang digubal.
Langkah Malaysia untuk mengamalkan pendemokrasian pendidikan dibuat melalui dasar "
Pendidikan untuk Semua" . Dasar ini dilaksanakan di sekolah dalam negara ini dengan
menyediakan satu kurikulum yang sama untuk semua pelajar. Dengan kemajuan dalam bidang
teknologi, pelaksanaan dasar pendidikan untuk semua dapat diperkemaskan lagi dengan
mengambil kira keupayaan pelajar yang pelbagai. Pengguanaan teknologi dapat
mengoptimumkan pengajaran pembelajaran.
Pembangunan negara yang pesat memasuki era teknologi maklumat membawa bersama cabaran
kepada usaha untuk membentuk masyarakat madani. Selain perlunya perkembangan minda yang
sihat dan pemikiran global, penekanan yang sama harus diberikan kepada perkembangan
sahsiah, akhlaq dan budaya supaya tercapai hasrat untuk menjadi sebuah negara maju secara
menyeluruh.
Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan
bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara
tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan yang
demikian, matematik telah menjadi satu daripada bidang ilmu yang terpenting dalam sebarang
usaha pembinaan insan.
Rangka kurikulum matematik abad ke 21 yang dicadangkan di sini mengandaikan bahawa sistem
persekolahan yang diamalkan sekarang masih kekal bersama-sama dengan semua prinsip
pendidikan yang sedang dan akan terus dilaksanakan.

KANDUNGAN
Kandungan Kurikulum Bestari Matematik masih sama dengan KBSR di peringkat sekolah
rendah ,dan KBSM di peringkat sekolah menengah. Aritmetik, algebra, geometri dan
trigonometri adalah bidang matematik yang asas yang perlu dikuasai oleh semua. Di peringkat
persekolahan yang lebih tinggi, kalkulus merupakan bidang yang perlu. Matematik gunaan
seperti statistik, mekanik dan sebagainya merupakan bidang pilihan dalam matematik.
Kedalaman dan olahan kandungan bagi bidang-bidang matematik ini akan bergantung kepada
peringkat kematangan pelajar. Salah satu daripada bahagian kandungan kurikulum matematik
perlu juga membincangkan tentang teknologi seperti alat-alat untuk kira-mengira, teknik
pengiraan dan algoritma menyelesaikan masalah.
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan
perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan
kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan
menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip 'mastery learning'
yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru
sebagai muallim, murabbi, muaddib, muhallil, dan qiadi masih kekal, malah perlu dimantapkan
khususnya dalam menghadapi kerenah globalisasi . Di samping itu, terdapat beberapa amalan
profesional yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik bestari:
Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang
bermakna;
Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya
ke arah mengoptimumkan proses pengajaran pembelajaran;
Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan kemahiran
generik;
Membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi
pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian menyediakan ruang untuk pelajar
belajar mengikut kadar kendiri;
Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah
kendiri yang kreatif dan berdikari;
Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran
bestari yang boleh membantu proses pembelajaran pelajar ke arah akses kendiri.
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh para pendidik
bestari. Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan
yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses
maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari
courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek
konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia
membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan
kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri.

SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media cetak masih lagi diperlukan sebagai
sumber pengetahuan matematik. Walau bagaimanapun peranan bahan sebagai sumber
pengetahuan boleh juga dipikul oleh media elektronik seperti cakera padat, pita video dan
sebagainya. Bentuk bahan dalam media elektronik mungkin menjadi lebih popular
memandangkan kos kertas yang semakin lama semakin meningkat berbanding dengan kos media
elektronik yang sebaliknya.
Selain daripada bahan kurikulum dan sokongannya, beberapa peralatan untuk tujuan membantu
pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi memenuhi keperluan kandungan kurikulum.
Antaranya ialah alat kira mengira seperti sempoa, kalkulator dan komputer. Kalkulator saintifik
dan perisian komputer yang sesuai adalah perlu sebagai alternatif kepada peralatan matematik
yang digunakan sekarang seperti buku sifir, peralatan geometri dan sebagainya.
PRASARANA P ~ P MATEMATIK
Dengan kandungan, strategi dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan kurikulum
matematik abad ke 21, prasarana berikut harus disediakan untuk pelaksanaan kurikulum yang
licin dan optimum :
Makmal matematik
Komputer dan perisian
Kalkulator saintifik
Kit matematik [bahan dan alat bantu mengajar bagi tajuk tertentu]
Modul matematik [bahan pengajaran]
STRUKTUR KURIKULUM
Pengajaran dan pembelajaran matematik pada masa hadapan perlu mengambil kira keupayaan
pelajar dalam menguasai matematik mengikut umur mental atau peringkat kematangan pelajar.
Kelas-kelas matematik perlu dibahagikan untuk menampung pelajar pelbagai kebolehan.
Kurikulum perlu direkabentuk supaya bersifat modular supaya segala tuntutan prinsip
pendidikan dapat dipenuhi dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
berlandaskan prinsip-prinsip tersebut.
Rajah berikut mencadangkan struktur kurikulum matematik yang bersifat modular. Setiap kubus
mewakili satu modul


SISTEM PENILAIAN
Dua peringkat penilaian masih dilaksanakan iaitu penilaian di peringkat pusat dan penilaian
berasaskan sekolah. Perbezaan yang mungkin ada ialah dari segi cara penilaian itu dilaksanakan.
Pada masa sekarang usaha sedang dijalankan untuk mewujudkan rangkaian komputer antara
sekolah. Jika rancangan ini berjalan dengan sempurna, rangkaian komputer harus dimanfaatkan
sepenuhnya. Penilaian pengajaran dan pembelajaran berasaskan sekolah dapat dijalankan dengan
pantas dan berkesan, lantas meringankan beban pengajaran dan pembelajaran para guru.
Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan ujian atau masalah kepada pelajar melalui terminal
komputernya. Item ujian ini akan terpapar di terminal komputer para pelajar. Pelajar memberi
respons mereka melalui terminal komputer mereka. Masa yang diambil untuk menyelesaikan
masalah, ketepatan respons setiap pelajar akan diproses oleh sistem komputer dan direkodkan
dalam satu rangkaian data. Analisis respons pelajar diperoleh sama ada secara serta merta atau
dilihat kemudian. Dengan analisis ini para guru dapat mengetahui tindakan susulan yang perlu
diambil oleh guru sama ada untuk meneruskan pengajarannya ke tajuk yang lain atau mengambil
langkah bimbingan dan pemulihan dahulu.
Walau bagaimanapun perisian sistem begini perlu dibangunkan terlebih dahulu. Sistem penilaian
sebegini boleh dikembangkan kepada sistem penilaian peringkat pusat untuk dijadikan
peperiksaan secara 'on-line'. Walau bagaiamanapun, kaedah yang sedia ada ( off line ) masih
diperlukan , khususnya bagi tempat-tempat yang masih tidak memiliki kemudahan komputer dan
rangkaiannya.

KURIKULUM BESTARI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah
diolah khusus untuk mengambil kira penekanan baru dalam dasar pendidikan seiring dengan
perkembangan dalam bidang teknologi.
Matlamat
Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah bertujuan membentuk pelajar yang berpemikiran
mantik serta berkemahiran menggunakan pengetahuan matematik secara berkesan dan
bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah supaya berupaya menangani cabaran dalam era
teknologi maklumat.
Objektif
Untuk mencapai matlamat Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah, kurikulumnya
mempunyai objektif seperti berikut:
1. mengetahui dan memahami konsep, definisi, hukum, prinsip, dan teorem di bawah
bidang pembelajaran yang berkaitan dengan
o nombor
o operasi
o perkaitan
o bentuk dan ruang
o masa, jisim dan wang
o statistik
1. menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu,
o penambahan
o pengurangan
o pendaraban
o pembahagian
1. menguasai kemahiran asas matematik iaitu
o membuat anggaran dan penghampiran
o mengukur
o mengendali data
o mewakili maklumat dalam bentuk graf dan carta
o mengenal perkaitan dan mewakilinya secara matematik
o menggunakan algoritma dan perkaitan
o menyelesai masalah
1. berkomunikasi dan menaakul secara matematik
2. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi untuk
menyelesai masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan
seharian.
3. menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina pemahaman konsep dan
menyelesaikan masalah.
4. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara mantik,
bersistem, heuristik, tepat, dan teliti
5. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Organisasi Kurikulum
Keperluan negara, dasar pendidikan dan bidang ilmu menjadi prinsip dalam penentuan
kandungan kurikulum serta organisasinya. Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah
Rendah meliputi pengetahuan dan kemahiran matematik yang sesuai dengan keupayaan pelajar
serta relevan dengan keperluan dalam era teknologi maklumat. Selain pengetahuan dan
kemahiran matematik, pemupukan sikap dan nilai yang menjadi kandungan Kurikulum Bestari
Matematik Sekolah Rendah tersenarai dalam Jadual 1.
Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah disusun mengikut 3 bidang utama :
Nombor;
Operasi ;
Aplikasi
Setiap bidang tersebut seterusnya disusun dalam 3 lajur iaitu :
Bidang Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Sumber / Teknik / Aktiviti
Semua pelajar di Sekolah Bestari mengikuti bidang pembelajaran yang sama. Penguasaan
kemahiran matematik yang dihasratkan dalam tajuk yang terkandung di bawah Bidang
Pembelajaran dinyatakan sebagai Hasil Pembelajaran. Hasil Pembelajaran terbahagi kepada 3
aras untuk mengambil kira kadar pembelajaran dan keupayaan pelajar. Skop kandungan
matematik bagi aras-aras ini dijelaskan seperti berikut:

Aras 1( Asas ) :mencakupi kemahiran asas dalam semua bidang pembelajaran dengan dengan
kedalaman yang mencukupi serta penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan
berkomunikasi.
Aras 2 ( Maju ) : mencakupi kemahiran pada tahap yang lebih tinggi dalam semua bidang
pembelajaran dengan memberi penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan
berkomunikasi.
Aras 3 ( Cemerlang ) : mencakupi kemahiran yang merupakan lanjutan daripada Aras 1 dan
Aras 2 dalam semua bidang pembelajaran serta memberi peluang untuk mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran matematik dalam bidang kajian yang lain
Kekompleksan bidang pembelajaran meningkat dari Aras 1 ke Aras 3. Pada setiap aras unsur
kreatif perlu diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran


Pengetahuan Kemahiran Sikap dan Nilai

Nombor
Operasi
Perkaitan
Bentuk dan ruang
Masa, Jisim, dan
Wang
Statistik


Melakukan operasi asas
Membuat anggaran dan
penghampiran
Mengukur
Mengendali data
Mewakili maklumat dalam
bentuk graf dan carta
Mengenal perkaitan dan
mewakilinya secara
matematik
Menggunakan algoritma dan
perkaitan
Menyelesaikan masalah

Berpemikiran mantik
Bersistem
Tepat
Teliti
Tekun
Yakin
Berpemikiran global
Nilai-nilai murni


Rajah 1: Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah


Sikap dan nilai yang terkandung dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah dibentuk
dan dipupuk melalui aktiviti dan bahan pengajaran pembelajaran matematik. Aktiviti dan bahan
pengajaran dan pembelajaran dicadangkan dibawah lajur Sumber / Teknik / Aktiviti.
Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah dibahagikan kepada 2 tahap, Tahap 1
dan Tahap 2. Skop kandungan bagi setiap tahap ditentukan berdasarkan objektif pendidikan
matematik tahap berkenaan. Jadual 2 menggambarkan organisasi dan skop Kurikulum Bestari
Matematik Sekolah Rendah:

Tahap I
Tahun 1

Kurikulum matematik di tahap ini
membolehkan pelajar celik nombor dan
melakukan oreasi asas untuk menyelesaikan
masalah harian yang mudah


Tahun 2
Tahun 3
Tahap II
Tahun 4

Kurikulum matematik di tahap ini
membolehkan pelajar mengikuti bidang
pengajian di peringkat yang lebih tinggi
dengan lebih berkesan serta berfungsi dalam
kehidupan seharian

Tahun 5
Tahun 6

Rajah 2: Skop Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Ciri-ciri bestari dalam Kurikulum Matematik Sekolah Bestari dijelmakan dalam amalan
pengajaran pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandu kepada prinsip
pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses kendiri serta mengikut kemajuan
kendiri.
Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan pelajar dengan berbantukan teknologi yang
bersesuaian ,tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman
pembelajaran matematik bermakna ,berguna ,menyeronokkan dan mencabar.
Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah disusun sedemikian rupa untuk
memberi keluwesan kepada guru melaksanakan pengajaran dan pembalajaran dengan berkesan.
Guru menentukan sama ada pelajar layak mengikuti pembelajaran ke aras yang lebih tinggi
dalam sesuatu tajuk atau mengikuti pembelajaran tajuk yang lain. Secara umumnya , Kurikulum
Bestari Matematik Sekolah Menengah memerlukan pelajar menguasai semua hasil pembelajaran
di Aras 1 dan Aras 2 pada sesuatu tahun persekolahan.
Pelajar yang berkeupayaan boleh meneruskan pembelajaran sehingga Aras 3 dalam sesuatu
tahun tersebut. Di peringkat ini , pelajar akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran
matematik dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dan abstrak. Pelajar yang dapat
menguasai kesemua aras dalam tempoh yang singkat boleh meneruskan pembelajaran ke Bidang
Pembelajaran lain dalam tahun yang sama.
Pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran pelajar serta dibantu
dengan penggunaan bahan berteknologi menjamin bahawa hasil pembelajaran dapat dikuasai
sekurang-kurangnya sehingga ke Aras 2. Contoh yang menunjukkan pengoperasian Kurikulum
Matematik Bestari Sekolah Rendah secara umumnya digambarkan dalam rajah berikut:
[ Rajah 1 di sini ]
Bahan pengajaran pembelajaran yang digunakan dalam Sekolah Bestari mengandungi unsur
diagnostik kendiri. Manakala penilaian dilaksanakan secara berterusan dan terbina dalam
pengajaran pembelajaran bagi memastikan hasil pembelajaran dikuasai selaras dengan hasrat
penekanan dan prinsip dalam Kurikulum Matematik Sekolah Bestari.


KURIKULUM BESTARI MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
Sepertimana dalam KBSM, Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah adalah lanjutan
dan kesinambungan kepada Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah. Walau
bagaimanapun pelaksanaannya berlaku secara serentak. Di mana pada peringkat permulaan
(1999) , Kurikulum Bestari Matematik akan mula diguna pakai di Tahun 1, Tingkatan 1, dan
Tingkatan 4. Ini adalah disebabkan oleh isi kandungan ( Tajuk / Bidang Pembelajaran ) yang
masih sama. Perubahan yang ketara adalah dari segi kaedah pengajaran pembelajaran serta
sistem pentaksiran. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, Kurikulum Bestari
Matematik Sekolah Menengah diolah khusus untuk mengambil kira penekanan baru dalam dasar
pendidikan seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi.
Matlamat
Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah bertujuan membentuk pelajar yang
berpemikiran mantik, bersistem serta berketrampilan menggunakan pengetahuan matematik
secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
supaya berupaya menangani cabaran dalam teknologi maklumat.
Objektif
Matlamat Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah dicapai berdasarkan objektif-
objektif berikut yang membolehkan pelajar;
1. mengetahui dan mengetahui konsep, definisi, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan
dengan nombor, bentuk, dan perkaitan;
2. memperkukuhkan dan memperluaskan pengetahuan kemahiran operasi tambah, tolak,
darab, dan bahagi;
3. menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
o membuat anggaran dan penghampiran;
o mengukur dan membina;
o mengendali data;
o mewakili dan mentafsir data;
o mengenal perkaitan dan mewakilinya secara matematik;
o menggunakan algorithma dan perkaitan;
o menyelesaikan masalah;
1. berkomunikasi dan menaakul secara matematik;
2. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi untuk
menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan
harian;
3. menghubungkaitkan antara idea-idea matematik dan dengan bidang ilmu yang lain;
4. menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina pemahaman konsep dan
menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik;
5. membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara matik,
bersistem, heuristik, tepat, dan teliti;
6. memupuk sikap yang positif terhadap matematik;
7. menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Organisasi Kurikulum
Keperluan negara, dasar pendidikan dan bidang ilmu menjadi prinsip dalam penentuan
kandungan kurikulum serta organisasinya. Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah
Menengah meliputi pengetahuan dan kemahiran matematik yang sesuai dengan keupayaan
pelajar serta relevan dengan keperluan dalam era teknologi maklumat. Selain pengetahuan dan
kemahiran matematik, pemupukan sikap dan nilai yang menjadi kandungan Kurikulum Bestari
Matematik Sekolah Menengah tersenarai dalam Jadual 1.
Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah diolah supaya menunjukkan
bidang pembelajaran yang dirangkumi serta hasil yang dihasratkan. Penulisan kandungan
Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah dipersembahkan mengikut tiga lajur iaitu
Bidang Pembelajaran, Hasil Pembelajaran, dan Sumber / Teknik / Aktiviti.
Semua pelajar akan mengikuti bidang pembelajaran yang sama. Semua tajuk dan konsep bagi
setiap Tingkatan disenaraikan dalam lajur Bidang Pembelajaran. Penerangan konsep hendaklah
betul dan sesuai dengan kebolehan dan pengalaman pelajar.

Pengetahuan Kemahiran Sikap dan nilai

Nombor dan
operasi

Bentuk dan
ruang

Perkaitan dan
fungsi

Melakukan operasi asas

Membuat anggaran dan
penghampiran

Mengukur dan membina

Mengendali data

Mewakili dan mentafsir

Mengenal perkaitan dan

Berpemikiran
Mantik

Bersistem

Tepat

Teliti

Tekun

mewakilinya secara
Matematik

Menggunakan algoritma dan
perkaitan

Menyelesaikan masalah
Yakin

Itqan

Nilai-nilai murni

Jadual 1: Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah

Penguasaan kemahiran matematik yang dihasratkan dalam tajuk yang terkandung di bawah
Bidang Pembelajaran dinyatakan sebagai Hasil Pembelajaran.Hasil Pembelajaran terbahagi
kepada tiga aras untuk mengambil kira kadar pembelajaran dan keupayaan pelajar. Skop
kandungan matematik bagi aras-aras ini dijelaskan seperti berikut :
Aras 1 ( Asas ): mencakupi kemahiran asas dalam semua bidang pembelajaran dengan dengan
kedalaman yang mencukupi serta penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan
berkomunikasi.
Aras 2 ( Maju ) : mencakupi kemahiran pada tahap yang lebih tinggi dalam semua bidang
pembelajaran dengan memberi penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan
berkomunikasi.
Aras 3 ( Cemerlang ) : mencakupi kemahiran yang merupakan lanjutan daripada Aras 1 dan
Aras 2 dalam semua bidang pembelajaran serta memberi peluang untuk Mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran matematik.
Kekompleksan Bidang Pembelajaran meningkat dari Aras 1 ke Aras 3. Pada setiap aras, unsur
kritis dan kreatif diperkembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sikap dan nilai yang terkandung dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah
dibentuk dan dipupuk melalui aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran matematik.
Aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan di bawah lajur Sumber/ Teknik/
Aktiviti . Selain itu, lajur ini memaparkan penjelasan tambahan apabila perlu bagi pelbagai
perkara seperti skop kandungan ,kaedah pengiraan tertentu, penegasan tertentu, contoh, cadangan
strategi pengajaran dan cadangan penggunaan.
Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah diagihkan kepada dua tahap iaitu
Tahap Menengah Rendah dan Tahap Menengah Atas . skop kandungan bagi Kurikulum Bestari
Matematik Sekolah Menengah bagi setiap tahap ditentukan berdasarkan objektif pendidikan
matematik tahap berkenaan.
Kuriklum Matematik di tahap Sekolah Menengah Rendah bertujuan untuk membolehkan pelajar
mengikuti bidang kajian yang teknikal atau memasuki bidang kerjaya yang bukan teknikal.
Manakala Kurikulum Matematik ditahap Sekolah Menengah Atas membolehkan pelajar
mengikuti sebarang bidang pengajian tinggi yang bukan teknikal.
Untuk membolehkan pelajar ditahap Sekolah Menengah Atas mengikuti pengajian tinggi dalam
bidang sains dan teknikal, mereka perlu mengikuti Kurikulum Bestari Matematik Tambahan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Pembelajaran berfikrah dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah dijelmakan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandu
kepada prinsip pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses kendiri serta
mengikut kemajuan kendiri.
Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan pelajar dengan berbantukan teknologi yang
bersesuaian ,tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman
pembelajaran matematik bermakna ,berguna ,menyeronokkan dan mencabar.
Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah disusun sedemikian rupa untuk
memberi keluwesan kepada guru melaksanakan pengajaran dan pembalajaran dengan berkesan.
Guru menentukan sama ada pelajar layak mengikuti pembelajaran ke aras yang lebih tinggi
dalam sesuatu tajuk atau mengikuti pembelajaran tajuk yang lain. Secara umumnya , Kurikulum
Bestari Matematik Sekolah Menengah memerlukan pelajar menguasai semua hasil pembelajaran
di Aras 1 dan Aras 2 pada sesuatu tahun persekolahan.
Pelajar yang berkeupayaan boleh meneruskan pembelajaran sehingga Aras 3 dalam sesuatu
tahun tersebut. Di peringkat ini , pelajar akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran
matematik dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dan abstrak. Pelajar yang dapat
menguasai kesemua aras dalam tempoh yang singkat boleh meneruskan pembelajaran ke Bidang
Pembelajaran lain dalam tahun yang sama.
Pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran pelajar serta dibantu
dengan penggunaan bahan berteknologi menjamin bahawa hasil pembelajaran dapat dikuasai
sekurang-kurangnya sehingga ke Aras 2. Dalam menentukan peralihan aras atau peralihan
bidang pembelajaran, guru perlu mengambil kira perkara berikut:
sama ada penguasaan kemahiran dalam sesuatu bidang pembelajaran adalah prasyarat
bagi bidang pembelajaran yang lain;
memberi keutamaan meneruskan bidang pembelajaran yang difikirkan lebih mudah
berbanding dengan bidang pembelajaran yang lebih sukar;
Contoh yang menunjukkan pengoperasian Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah
secara umumnya di gambarkan dalam rajah di sebelah.
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengandungi unsur diagnostik kendiri
supaya pelajar dapat mengenal pasti sejauh mana mereka dapat memahami sesuatu konsep
kemahiran tertentu yang telah dipelajari.
Pemupukan sikap dan nilai murni perlu dipertimbangkan apabila merancang pengajaran dan
pembelajaran sesuatu topik.Penerapan nilai murni boleh dilakukan bersesuaian dengan konteks
isi pelajaran dan terancang.
Unsur sejarah matematik diterapkan mengikut kesesuaian tajuk untuk membolehkan pelajar
menghayati matematik dan memberangsangkan lagi minat pelajar terhadap sesuatu tajuk itu.
Unsur sejarah ini boleh merupakan peristiwa tertentu tentang ahli matematik atau sejarah ringkas
tentang sesuatu konsep atau simbol.
Untuk mempertingkatkan pemikiran pelajar yang analitis dan kreatif, penyelesaian masalah
merupakan satu aspek penting yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik .Penyelesaian masalah yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan tahap
pelajar dan aras hasil pembelajaran .Disamping itu,pelajar juga digalakkan untuk berkomunikasi
dan berani membuat keputusan.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan merujuk kepada kriteria dilaksanakan
secara berterusan dan terbina dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan hasil
pembelajaran dikuasai selaras dengan hasrat penekanan dan prinsip dalam Kurikulum Bestari
Matematik Sekolah Menengah.

PENUTUP
Kurikulum Bestari Matematik diyakini mampu membekalkan pendidikan matematik yang
umum, menyeronokkan, dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada
keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan
matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta pemikiran yang logik,
kreatif, kritis dan bersistem. Penerapan nilai-nilai murni akan dapat melahirkan warganegara
yang dinamik dan amanah.
Untuk mencapai matlamat pendidikan Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara
kita berfikir tentang penggunaan alat teknologi di sekolah. Jika sekolah ingin mendapat faedah
sepenuhnya, teknologi perlu menjadi asas dalam infrastruktur, proses pengajaran pembelajaran,
pentadbiran dan bukan hanya sebagai bahan tambahan. Teknologi maklumat mesti digunakan
sepenuhnya dan diberi peranan penting dalam pengajaran pembelajaran serta tugas harian
sekolah.

zawawi @ mail.com








































DASAR KURIKULUM

MISI SEKOLAH

Menjadikan sekolah bersedia menghadapi cabaran semasa melalui pendidikan yang berterusan untuk
Memaksimumkan prestasi akademik
Membina keperibadian pelajar yang selaras dengan jiwa Rukun Negara
Menjana potensi pelajar dalam pelbagai kebudayaan
Menjalin hubungan yang mesra dengan ibu bapa
Memupuk permuafakatan dengan komuniti dan agensi luar

MATLAMAT SEKOLAH
Matlamat Sekolah yang digariskan berdasarkan misi tersebut adalah untuk
Memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar
Melahirkan warga sekolah yang cerdas akademik, cemerlang sahsiah, cergas sukan dan kokurikulum
Menjana modal insan untuk keperluan dan kemajuan negara
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bertatasusila selari dengan Prinsip Rukun Negara.

1 . KURIKULUM

Penyataan Dasar

1.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan .
1.2 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan
dasar pendidikan kebangsaan.
1.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
1.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa
1.5 Pada setiap masa , program akademik mestilah diutamakan . Ini bermakna sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik
.


2 . JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Penyataan Dasar

2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali
setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di
sekolah .
2.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur Sistem Pengurusan Kualiti SPK MS ISO
9001 : 2000
2.3 Setiausaha Jawatankuasa dilantik daripada kalangan Guru Kanan Matapelajaran .
2.4 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah berdasarkan agenda yang dicadangkan
seperti yang digariskan di dalam Buku Pengurusan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak .
2.5 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia
dan maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada setiausaha Jawatankuasa .
2.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap
pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata-matapelajaran dan Guru Kanan Matapelajaran
beserta ketua-Ketua panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .

3 . PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN

Penyataan Dasar

3.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .
3.2 Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti
SPK ISO MS 9001/2000 .
3.3 Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat
adalah berkait rapat dengan kekesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu panitia mata-
mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama,
saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan
dan kekesanan pengajaran.
3.4 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR
dalam pengurusan prestasi mata-mata pelajaran dalam panitia-panitia
3.5 Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi mengajar
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderongan para pelajar terhadap
pembelajaran.
3.6 Pengurusan panitia secara on line atau web based mestilah menjadi keutamaan dan oleh itu
laman web panitia mestilah sentiasa dikemaskini supaya guru dan murid boleh sentiasa merujuk
.
3.7 Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat
kurikulum dan mesyuarat penitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir . Satu salinan minit
mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua melalui SU Kurikulum
3.8 Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua-ketua
panitia.

4 SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN
PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Penyataan Dasar

4.1 SP , HSP dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila
merancang proses pengajaran dan pembelajaran
4.2 Guru mestilah dapat menghayati , mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif
matapelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk
peperiksaan awam bagi mata-matapelajaran yang diajar.
4.3 Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh pengetua mestilah dilampirkan
bersama di dalam Buku Rekod Mengajar .
4.4 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah
mengikut format yang telah ditetapkan bagi mata- matapelajaran ( rujuk lampiran kurikulum 1 )
4.5 Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di dalam Buku
Rekod Mengajar sebelum masuk kelas . Oleh itu Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan
dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas .
4.6 Penggabungan isi kandungan sebilangan mata pelajaran Tingkatan 4 & 5 digalakkan bagi
membolehkan sukatan dilengkapkan segera dan isikandungan boleh disusun semula oleh guru
berkaitan.
4.7 Melengkapkan sukatan pelajaran adalah seperti berikut
Tingkatan Tiga - sukatan dilengkapkan pada Bulan Julai
Tingkatan Lima - sukatan dilengkapkan pada Bulan Ogos
Tingkatan Enam Atas - sukatan dilengkapkan pada Bulan Ogos
Tingkatan Satu, Dua , Empat dan Enam Rendah sukatan dilengkapkan pada Bulan
September


5. PAKEJ MATAPELAJARAN

Penyataan Dasar

5.1 Bagi matapelajaran PMR seorang pelajar akan mengambil samada tujuh matapelajaran ( bagi
murid bukan Melayu ) dan lapan matapelajaran ( bagi murid Melayu )
5.2 Bagi matapelajaran SPM , tiga kelas yang pertama akan ditawarkan dengan pakej Sains Tulen (
Biologi, Fizik, Kimia dan Mat. Tambahan ), dua kelas yang berikutnya ditawarkan pakej Sains
Ikhtisas ( Biologi / Fizik , Kimia, Mat. Tambahan dan Prinsip Akaun ) , satu kelas berikutnya
ditawarkan pakej Teknologi ( sains , sains sukan , perdagangan, dan Mat. Tambahan ) dan kelas
yang ketujuh adalah pakej Kemanusiaan ( Sains ,PSV , Perdagangan dan Ekonomi Asas ) .
Pakej yang ditawarkan ini mengambilkira Dasar 60 :40 . ( rujuk lampiran kurikulum 2 )
5.3 Bagi matapelajaran STPM , pihak sekolah menawarkan tiga kelas unuk aliran sains dan dua
kelas untuk aliran kemanusiaan ( pakej yang ditawarkan rujuk lampiran kurikulum 2 )


6 . PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penyataan Dasar

6.1 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik mesti dilaksanakan sepenuhnya
menggunakan Bahasa Inggeris ( Dasar PPSMI ) . Oleh itu penguasaan Bahasa Inggeris di
kalangan pelajar dan guru mestilah menjadi keutamaan dan penggunaan CD teaching
courseware mestilah dioptimumkan .
6.2 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras
dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT)
6.3 Menekankan kemahiran mengaplkasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam
ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah .
6.4 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan
pembelajaran berasaskan laman web digalakkan dan akan diperluaskan.
6.5 Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan
Bahasa Asing ( Perancis-dlm jadual , Mandarin, Arab dan lain-lain Koakademik )
6.6 Memastikan penguasaan basic fact and information dalam setiap topik dikuasai oleh pelajar
dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak membebankan dan
membosankan pelajar untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya .
6.7 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran berfikir kritis
dan kreatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran ( Slogan Q - Quality Teaching Quality
Learning )
6.8 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan pada
masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Ini adalah kerana
pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .
6.9 Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, cooperative learning structures dan workshops
mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan
guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada
pelajar.
6.10 Selected Study Skills perlu dikenalpasti dan pelajar digalakkan untuk menggunakannya bagi
memudahkan proses pembelajaran.
6.11 Penggunaan GSP digalakkan dan diwajibkan untuk tajuk-tajuk terpilih di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik dan matematik tambahan bagi memudahkan
pembelajaran matematik di kalangan pelajar
6.12 Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru matapelajaran ,
pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .
6.13 Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan content skill ,
language skill, ICT skill & pedagogi skill . Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha
meningkatkan ketarmpilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara
berterusan
6.14 Guru matapelajaran , ketua panitia dan Guru Kanan Matapelajaran mestilah sentiasa memantau
prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh
sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu
pengurusan Headcount Mata pelajaran mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap
orang guru .
6.15 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan pembelajaran di
luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan ,
6.16 Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya
membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya
cintakan ilmu .
6.17 Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan mencapah ataupun HOTS
Higher Order Thinking Skills Questions .
6.18 Ketua-Ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya selaras
dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran dioptimumkan .

7 . BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI
BUKU LATIHAN

Penyataan Dasar

7.1 Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan konsep-konsep
dalam matapelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah
ditegaskan kepada pelajar dengan menggunakan aplikasi ICT melalui program Optimising e-teks
& exam construct .
7.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS
dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 oktober 1991.
7.3 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains selaras
dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang
bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat,
pemerhatian, kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau eksperimen . Halaman yang
kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah , graf dan sebagainya . Penggunaan buku ini
dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan .
7.4 Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai
kerja rumah untuk tujuan pengukuhan P&P dalam bilik darjah . Guru matapelajaran mestilah
memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan disemak oleh guru matapelajaran mengikut
skedul yang telah ditetapkan .
7.5 Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia mestilah
menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah yang menyebabkan
perkara tersebut berlaku. Pelajar yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah
dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan di panitia .


8. LATIHAN MINIMUM

Penyataan Dasar

8.1 Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan
dalam topik-topik yang diajar . Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan
oleh semua pelajar dan disemak oleh semua guru matapelajaran.
8.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang telah diputuskan dan diterima di dalam
mesyuarat panitia yang keempat 2008 dn telahpun disediakan oleh panitia berdasarkan
keperluan di dalam sukatan. ( Rujuk lampiran kurikulum 3 )
8.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada nisbah 5 :
3 : 2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan .

9. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Penyataan Dasar

9.1 Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
9.2 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang ditetapkan
di bawah Akta Pendidikan 1996
9.3 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat
serta penekanan kepada penilaian formatif
9-4 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan
mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil 02/2008
- pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian
seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tingkatan, format peperiksaan, jadual
pengawasan , rekod markah , syarat lulus , jadual spesifikasi ujian, content skill dan post
mortem peperiksaan .
9.5 Jawatankuasa Headcount Sekolah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data
yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji take off value dan meletakkan ETR bagi
peperiksaan awam.

10. JADUAL WAKTU MENGAJAR , JADUAL WAKTU GANTI
JADUAL WAKTU BLOK

Penyataan Dasar
10.1 Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996
.
10.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum
10.3 Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru (
pemeriksa kertas peperiksaan awam )
10.4 Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil
10.5 Kesinambungan tugas mengajar adalah Tingkatan 1 ke Tingkatan 2, Tingkatan 4 ke Tingkatan 5
dan Tingkatan 6R ke tingkatan 6A .
10.6 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 26 waktu seminggu
10.7 Matapelajaran ICTL Tingkatan 1 & 2 akan dijalankan pada sebelah pagi dan Tingkatan1 dan 2
Rancangan Khas di sebelah petang.
10.8 Waktu pertama untuk kumpulan pentadbir akan diblok bagi tujuan morning prayer.
10.9 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun
menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti . Guru yang
bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar semasa
Jadual Waktu Ganti tersebut . Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan disemak dan
pencapaian dimaklumkan kepada pelajar untuk tindakan susulan kedua-dua pihak .
10.10 Jadual waktu mengajar, Jadual waktu ganti dan Jadual Waktu Blok akan diurus dan disediakan
oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .
10.11 Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru pengawas bilik-bilik
khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan satu salinan mestilah disampaikan
kepada pentadbir sekolah . Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan
pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal, Bengkel KH , surau, Bilik Pendidikan Islam, Dewan
Kuliah , Bilik PSV , Bilik APD , Makmal ICT , Bilik Multimedia dan Pusat Akses .
10.12 Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar di dalam
meningkatkan ketrampilan mereka. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber
mestilah mempunyai tujuhala ke arah itu dan semua guru kanan dan ketua panitia adalah
tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan mereka masing-masing.

11. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Penyataan Dasar

11.1 Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah menyokong penuh
semua program peningkatan akademik ini yang berfokus ke arah kecemerlangan dan
ketrampilan pelajar .
11.2 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua panitia dalam
merancang dan melaksanakan program akademik .
11.3 Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid mengingat dan menguasai
fakta dan maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata pelajaran , menajamkan kemahiran
berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai , meningkatkan kemahiran
berkomunikasi terutamanya melalui penulisan , meningkatkan penguasaan dan pemerolehan
ilmu pengetahuan , meningkatkan motivasi dan minat untuk terus belajar .
11.4 Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama
meningkatkan ketrampilan murid dan dilaksanakan di dalam kelas sepanjang tahun dengan
bimbingan guru. Manakala program jangka pendek adalah program-program yang dirancang
dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam yang lebih
berfokus kepada latihtubi , pendedahan teknik dan practice make perfect juga practice make
permanent .
11.5 Penglibatan HEM, guru kaunseling dan warden asrama adalah wajib bagi penyelarasan program
kecemerlangan akademik .
11.6 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan
dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa .


12 . PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

Penyataan Dasar

12.1 Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan diselia dan
dipantau sebanyak dua kali setiap orang guru dan setiap kelas dalam setahun .
12.2 Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual
dan mengatur barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan rakan sejawat untuk menyelia dan
memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah .
12.3 Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk
Meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan . Oleh
itu adalah penting guru tidak membuat judgement statement tetapi mestilah membuat
statement berdasarkan observation supaya penambaikan boleh berlaku .
12.4 Pengurusan panitia dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali
setahun oleh guru-guru kanan dan penolong - penolong kanan .
12.5 Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan Dasar
Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan .
12.6 Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja , buku latihan dan hasil kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik
12.6 Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan
dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk
dimaklumkan di dalam Mesyuarat kurikulum Sekolah setrusnya diperbincangkan di dalam
mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .

13 . PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF

Penyataan Dasar

13.1 Setiap kakitangan samada guru ataupun staf sokongan mestilah sentiasa memajukan dan
meningkatkan profesionalisme masing-masing bagi memupuk budaya kerja cemerlang .
13.2 Pihak pengurusan sekolah telah menyediakan platform - platform untuk warga sekolah
meningkatkan profesionalisme ini melalui Hari Profesionalisme, Perbincangan Profesional,
Buddy Support System , Contact Hours dan Lawatan Penandaras sebagai nilai tambah .
13.3 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM
perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada Pengetua untuk tindakan
seterusnya . Jika perlu guru yang pergi berkursus ini hendaklah mengendalikan kursus dalaman
ataupun sekurang-kurang memberikan taklimat berkaitan kursus yang dihadiri .
13.4 Skop pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan professional
guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam . Oleh sebab itu keutamaan akan
diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi dan ICT .
13.5 Guru-guru yang dikehendaki mengajar matapelajaran yang bukan opsyennya adalah menjadi
tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua Panitia untuk melatih guru tersebut bagi mengajar
matapelajaran yang bukan opsyennya . Satu rekod latihan dan pemantauan perkembangan
kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik oleh ketua panitia matapelajaran tersebut .
13.6 Semua program perkembangan staf yang dilaksanakan samada peringkat panitia atau peringkat
sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan pelaporan mestilah lengkap
dari segi matlamat, objektif, tempat , masa, sasaran , tajuk dan pengisian, profil penceramah dan
kajian impak kursus berserta dengan gambar .


Hakcipta terpelihara
Pengetua SMK Raja Perempuan , Ipoh.
November 2008
PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK
DI MALAYSIA
Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah.
Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar
secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan
beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia.
i. Laporan Razak (1956)
Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan
Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat
hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas
pelaksanaan Projek Khas pada 1970.
ii. Laporan Projek Khas (1970)
Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali.
Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan
perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka
cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat sedikit perubahan
kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi serta kaedah
berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Program ini telah diubahsuai dan
diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan
Matematik KBSR.
iv. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)
KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai
sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Melaluinya, kurikulum
matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Perubahan
utama ialah mengurangkan kandungan matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid.
Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun 1 Tahun 3)
mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat
operasi asas matematik (+, -, dan x). Aras II (Tahun 4 Tahun 6) pula mementingkan aplikasi
kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Kurikulum ini bertujuan untuk
menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap,
peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk
mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-
kemahiran asas matematik.
v. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun
1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan
daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama Pendidikan Matematik
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep
nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan
masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang
diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini
dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan
menyumbang kepada pembentukan modal insane yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat
dan negara. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993)
vi. Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)
Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti
yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah disemak semula. Semakan sukatan
matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat
menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan
kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya
disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas,
pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang,
purata, peratus dan graf.
Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik
bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam
kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang
digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.
Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Dengan
penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses
maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
PENGENALAN
Kelemahan murid-murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara pada masa
kini. Di kalangan murid, ramai yang merasakan matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum
abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada
mereka. Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran
dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar
bagi semua murid. Malangnya guru-guru tidak mengikut kehendak sukataran, tetapi mengajar
mengikut pengalaman biasa mereka iaitu pengajaran ialah satu proses memindahkan atau
menyalurkan pengetahuan kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu
pengalaman, jarang diberi penekanan oleh guru.
Menurut Judd, Piaget dan Dewey, pengajaran melibatkan lebih daripada mengajar pelajar-pelajar
melakukan respon khusus pada masa dan tempat yang tepat; ia melibatkan pembelajaran strategi
penyelesaian masalah, heuristik dan stratetgi belajar (Wittrock, 1991). Wittrock menjelaskan
pembelajaran melibatkan interaksi di antara pengetahuan pelajar dan ingatan dan maklumat yang
hendak dipelajari. Pengajaran pula adalah proses yang mendorong pelajar-pelajar membina
interaksi ini. Bagi Gabay (1991), pembelajaran adalah komponen utama dari aktiviti timbal-balas,
sebab hasil yang jelas dikehendaki ialah meningkatkan pengalaman pelajar. Mengajar pula mencipta
syarat atau suasana yang memudahkan pembelajaran.
PENDIDIKAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH
Kurikulum matematik sekolah rendah kini berasaskan kepada KBSR dan berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sukatan matematik KBSR meliputi kemahiran, nombor bulat dan
opeasi; pecahan dan operasi; perpuluhan dan operasi; wang; ukuran dan sukaran; ruang; purata;
peratus; dan graf. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik, matlamat KBSR untuk
membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas
mengira. Selain itu murid dapat menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Terdapat 7
Objektif yang telah disenaraikan, yang merangkumi kemahiran asas, kemahiran menggunakan
bahasa dan menyelesaikan masalah.
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR pula cuba memenuhi objektif di atas.
Terdapat 6 perkara yang perlu dipertimbangkan, salah satunya (yang pertama); Murid perlu
dibimbing membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik melalui manipulasi objek
konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang bersistem sebelum diperkenalkan kepada simbol dan
algoritma yang merupakan perwakilan secara abstrak. Pendekatan lain termasuk, latihan,
penyelesaian masalah, penggunaan bahasa, dan penerapan nilai murni. Pendekatan pertama ini jelas
menekankan kepada pemusatan murid dan juga mungkin berasaskan fahaman binaan
(konstruktisime).
PENGAJARAN PEMUSATAN MURID.
Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik menjelaskan proses berorientasi-
pelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa pengalaman-pengalaman mereka dan
menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall,
1991).
Konsep pendidikan pemusatan-murid/pelajar berasal dari terapi client-centred (Rogers 1965, dalam
Withall, 1991). Rogers menjelaskan lagi bahawa dalam hal ini pendidik mesti sedar dan mengambil
berat tentang keperluan afektif pelajar sebagaimana dengan kognitifnya. Dalam situasi pendidikan,
pengajar menggunakan pelbagai ragam tingkahlaku untuk mengurus suasana pembelajaran (Withall,
1991); tingkahlaku di sini termasuk: menyusun persekitaran fizikal untuk bersemuka, dialog pada
eye-level yang sama di antara guru dengan murid, dan murid dengan murid, mengurangkan jarak
sosial dan .... .
Terdapat kaedah yang bersesuaian untuk dipertimbangkan dalam pengajaran pemusatan murid;
misalnya kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah,
bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran. Semua kaedah-kaedah ini hanya dapat
digunakan dengan baik jika guru sedar tentang peranannya dan peranan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam hal ini Dewey memberi pandangannya, bahawa educators have to cultivate the
ability to put themselves into the learners shoes, and take the phenomenological view (Withall,
1991).
Guru-guru harus tahu ciri-ciri pengajaran pemusatan murid, supaya mereka dapat mangamalkan
model ini dengan lebih berkesan. Mengikut Mok Soon Sang (1993) terdapat beberapa ciri-ciri yang
boleh menjadi panduan, di sini penulis hanya menyeneraikan sebahagian ciri-cirinya yang dirasakan
oleh penulis cukup berkait rapat dengan fahaman konstruktif. Ciri-ciri tersebut ialah;
Dalam aktiviti P&P, murid memainkan peranan penting, guru merupakan pemimpin dan
membimbing aktiviti.
Interaksi guru dan murid secara dua hala. Interaksi ini mengakibatkan murid berfikir.
Guru bersifat demokratik, murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka,
keadah perbincangan digalakkan.
P&P lebih mengutamakan objektif pembelajaran murid.
Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid
memahami dan berupaya membuat kesimpulan.
Interaksi antara murid adalah banyak. Aktiviti kumpulan digalakkan.

Di bawah strategi ini murid-murid akan menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

FAHAMAN KONSTRUKTIF
Fahaman konstruktif dikatakan bermula daripada usaha Jean Piaget, walaubagai mana pun terdapat
sarjana lain seperti Dewey yang secara tidak langsung telah mengutarakan fahaman yang hampir
sama (lihat kenyataan beliau sebelum ini di atas) apa bila dia menjelaskan, pembelajaran muncul
daripada pelajar memproses dari pengalaman terus mereka (Withall, 1991) dan, Skills are not
acquired by drill and rote memorization but by activities that the learners, with the aid of educator,
employ to serve their interests and need.
Selain itu satu teori telah dibina oleh professor P. Ya Galperin dalam tahun 1950an di USSR yang
dikenali sebagai Theory of Stage-by-Stage Development of Mental Actions (Gabay, 1991) yang
mana analisis teoritikal ini berdasarkan kepada actions/tindakan sebagai unit utama aktiviti
manusia. Galperin (1957, 1969, dalam Wittrock, 1991) telah mengemukakan model tindakan mental
dalam pengajaran. Pengajaran dalam model ini melibatkan berturut-turut internalization kawalan
terhadap tindakan pelajar atau aktivitinya.
Dua contoh yang diutarakan di atas, bagi penulis mempunyai kaitan dengan fahaman konstruktif.
Menurut Piaget cara yang penting untuk mengetahui dunia nyata bukanlah secara terus melalui
deria kita, tetapi pertama dan yang lebih utama melalui tindakan kita (Sinclair, 1987). Ini bermaksud
ilmu pengetahun baru dibina daripada perubahan atau tranformasi subjek diperkenalkan kepda
hubungan/interaksi di antara yang mengetahui dan yang diketahui (knower-known relationship).
Piaget juga menyatakan that activity means internal manipulations of objects, and that meanings
come from the actions the child performs on these objects, rather than from these objects themselves
(Wittrock, 1991). Sinclair menjelaskan salah satu maksud tulisan von Glasersfeld, iaitu pada semua
peringkat subjek membina theories (dengan tindakan atau pemikiran) untuk memberi makna
terhadap pengalamannya. Pandangan asas ahli konstruktif ialah, perubahan dalam hubunan di
antara subjek dan objek akan menuju ke arah yang leibh baik walau pun tidak sempurna - subjek
memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih baik dari tindakan atau proses pemikirannya sendiri. Ini
jelas bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk
yang serba sempurna (KPM, 1995).
Kini banyak sarjana merujuk fahaman konstruktif kepada 2 alairan, iaitu konstruktivisme Piaget dan
konstruktivisme Glasersfeld. Menurut Ernest (1991) terdapat 3 komponen konstruktivisme Piaget,
iaitu epistemologi, pandangan strukturalis dan metodologi kajian. Dalam epistemologi, teori-teori
personal adalah dibina sebagai konsep constellations, dan telah disesuaikan oleh proses assimilasi
dan akommodasi dalam cara untuk melengkapkan dengan dunia pengalaman organisma manusia.
Strukturalisma Piaget terlibat dalam kepercayaan bahawa dalam mengorganisasi diri sendiri,
kepintaran manusia semestinya membina ciri-ciri set struktur logico-mathematical. Metodologi
Piaget pula tertumpu kepada penggunaan temubual klinikal yang mana Ernest menyatakan ianya
memberi sumbangan yang penting kepada kaedah kajian dalam psikologi pendidikan matematik.
Ernst von Glasersfeld dianggap oleh Ernest (1991) telah melanjutkan asas kerja Piaget dengan
signifikan, mengembangkan hasilnya dengan baik dan menghuraikan konstruktivis epistemologi
kepada dua prinsip:
I. Prinsip A: Prinsip konstruktivisme trivial : pengetahuan bukannya diterima secara pasif
tetapi dibina secara aktif oleh pihak yang berlajar
II. Prinsip B: Prinsip konstruktivisme radical : fungsi kognisi adalah untuk menyesuai dan
memberi khidmat mengorganisasi dunia pengalaman, bukannya penemuan realiti
ontologi.

Dalam Prinsip A; sebarang pengetahuan baru telah dibina secara aktif dari pre-existing objek
mental dalam minda pelajar dan ia dibina secara unik dengan gaya tersendiri. Model ini dikatakan
telah merangsang perkembangan dalam pengajaran. Prinsip B; dikatakan bahawa semua pengetahuan
adalah dibina, dan bahawa tiada sesiapa yang memberi tahu kita sebarang hal mengenai dunia itu.
Ini jelas menunjukkan mengapa ia dikatakan radical
STRATEGI PENGAJARAN MATEMATIK
SEKOLAH RENDAH
Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan dua pihak utama, guru dan murid-murid. Dalam hal
ini guru dikatakan menguasai proses tersebut. Maka perspektif guru terhadap proses ini dan juga
terhadap matematik akan mempengaruhi keberkesanan proses pembelajaran murid-murid (Jaworski,
1994) dan konsepsi asas guru terhadap matematik sangat berkait rapat dengan tingkah laku mengajar
(Jurdak, 1991). Untuk memenuhi hasrat KBSR adalah jelas guru-guru harus menjuruskan pandangan
dan pengertiannya selari dengan kehendah KBSR.
Dari sudut konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik darjah; berperanan sebagai
pelajar atau penyelidik, ini akan membantunya memahami bagaimana murid membina konsep atau
pengetahuan; guru berperanan sebagai pengurus, murid diterima sebagai individu yang penting
dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Dari itu setiap orang murid
mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Penekanan diberi kepada
menyediakan murid dengan peluang untuk membina pengetahuan dan kemahiran (KPM, 1995).
Apa yang jelas KBSR sememangnya menekankan pengajaran pemusatan-murid dan cuba
mengamalkan fahaman konstruktif. Untuk itu penulis cuba membincangkan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam dua skop, iaitu tindakan dan interaksi. Tindakan di sini bermaksud aktiviti
yang dilakukan oleh murid semasa belajar (membina konsep atau pengetahuan) dengan
menggunakan bahan (walaupun kadang-kadang boleh dikatakan sebagai interaksi murid dengan
bahan). Interaksi pula bermaksud interaksi murid secara verbal atau tulisan dengan guru dan
sesama murid (yang mana dalam proses ini murid akan membina pengetahuan/konsep).
Bagi maksud di atas seseorang guru jika menggunakan pegajaran pemusatan-murid akan dengan
mudah mengaplikasi fahaman konstruktif dalam pengajaran dan pembelajarannya. Seseorang guru
dikatakan telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya perkara-perakara tersebut
berlaku (KPM, 1995);
Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah.
Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on.
Guru mementingkan kemahiran berfikir.
Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
kefahaman idea tersebut.
Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsangkan murid mencari jawapan
Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid.
Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru.
Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid
Murid bekerja dalam kumpulan.