Anda di halaman 1dari 12

9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 1/12
Tree Builder
Home About Contact
Friday, July 8, 2011
15 people like this. Be the first of your friends. Like
Pengenalan:
Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak
merupakan satu perkara yang rencam dan cukup
menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk.
Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu
isu yang amat mengagumkan dan sukar dibuktikan. Pelbagai
teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan
oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini
berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui
bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem-sistem
linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu kanak-kanak
walaupun umumnya tiada pengajaran formal. learning a
first language is something every child does successfully, in a
matter of a few years and without the need for formal
lessons. (Language Acquisition: On-line).
Kita akan dapati kanak-kanak selalunya dapat memperolehi
atau mempelajari bahasa secara berperingkat-peringkat dari
masa ianya bayi. Apa yang penting ialah bahawa bayi itu
belajar secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku
dengan secara tidak sedar dan tidak perlu diajarkan. Yang
perlu hanya pendedahan kepada pemakaian bahasa itu dan
kanak-kanak itu akan terus memperolehi sesuatu bahasa
tersebut. Jadi para sarjana cuba mencari jawapan bagaimana
ini boleh berlaku. Ada dua aliran yang mencuba menganalisa
dan menerangkan fenomena ini. Ada sarjana yang berfikir
bahawa bahasa itu serupa dengan lakuan lain dan lakuan ini
dikuasai oleh kanak-kanak secara meniru segala lakuan
pertuturan ibu bapanya. Kemudian terdapat pula sarjana yang
memikirkan bahawa kanak-kanak memperolehi bahasa itu
kerana ianya sudah terancang untuk berkembang dalam
kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Kanak-kanak yang
terdedah pada bahasa akan dengan sendirinya mempunyai
keupayaan untuk memperolehi bahasa. Teori pertama itu
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Search
Search Your Documents
Find us on Facebook
Tree Builder (For Teacher
Trainees)
1,197 Like
Tree Builder (For
Teacher
Trainees)
May 6, 2012
due to we face internet limited
access on our area, we was
unable to blogging........
sorry.....
Tree Builder (For
Teacher
Trainees)
November 4, 2011
Bayi Dijumpai, Rupanya Anak
Facebook
Nuffnang Me
Flower Builder (Form 4&5
students)

My reading list
Followers
9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 2/12
dipanggil teori behaviorisme dan yang kedua itu dipanggil
teori biologis.
Kajian Pemerolehan Bahasa
Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah
dimulakan sejak kurun ke-16 lagi (Zulkifly, 1990:326-331).
Kajian ini dimulakan oleh Tiedemann, seorang ahli biologi
berbangsa Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin,
pengasas teori evolusi turut menjalankan kajian dalam bidang
pemerolehan bahasa pada tahun 1877. Kajian-kajian yang
seterusnya telah dilakukan oleh Preyer pada tahun 1882 dan
kajian Sally pada tahun 1885. Selepas kajian-kajian perintis
ini terdapat banyak kajian lain lagi yang mengkaji bahan-
bahan dan subjek-subjek yang berbeza untuk melihat aspek-
aspek yang berkaitan dengan pemerolehan sistem-sistem
bahasa.
Kajian-kajian terkini meliputi aspek kajian perbandingan
pemerolehan bahasa antara bahasa yang berbeza, misalnya
perbandingan antara bahasa Inggeris dengan bahasa Itali
yang dilakukan oleh Antonella Devescovi dan lain-lain pada
tahun 2003 (A Cross-Linguistic Study of the Relationship
between Grammar & Lexical Development: On-line).
Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan
bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama
dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak
manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu kepada
perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition:
On-line). Perkembangan bahasa kanak-kanak pula
bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak
berkenaan.
Teori Behaviorisme
Salah satu dari bidang ilmu yang banyak mempengaruhi
linguistik ialah psikologi. Mereka yang mengkaji mengenai
teori behaviorisme ini ialah sarjana psikologi yang
beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi
melalui ulangan sesuatu lakuan. Teori psikologi ini menyelidik
lakuan-lakuan binatang. Eksperimen ini tidaklah dapat disebut
satu persatu tetapi cukuplah bagi kita sekadar
membincangkan teori behaviorisme ini yang bersangkutan
dengan kegunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Walau bagaimanapun, teori behaviorisme ini tidaklah
pula membuat tuntutan yang khusus mengenai bagaimana
bahasa dikuasai. Mereka hanya menganggap bahawa
kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia,
sama seperti lakuan lain. Jadi bagaimana lakuan lain itu
dipelajari, maka begitulah juga lakuan bahasa dipelajari.
Kajian mereka hanya ditumpukan kepada lakuan binatang.
Kesimpulan dari kajian ini dianggap akan dapat diterima
sebagai sah untuk sebarang lakuan manusia.
Watson
Dalam kurun ke-19, aliran kajian psikologi di Amerika mulai
bergerak berpisah dari pemikiran tradisi sarjana- sarjana
psikologi di Eropah. J.B. Watson, profesor psikologi di John
Hopkins University telah membuat kajian dan menulis
artikelnya: Psychology as the Behaviorist View (1913). Dia
hanya mengkaji lakuan dan telah membezakan antara lakuan
sedar dan yang tidak sedar. Dengan mengetepikan sesuatu
Bahasa Malaysia Komunikasi (BMK)
(4)
BCN 3101: (6)
BCN 3102: (12)
BCN 3103: (8)
BCN 3104: (6)
BCN 3105: (11)
BCN 3107: (9)
Berita Terkini (2)
Cerpen (12)
EDU 3101: Pendidikan Di Malaysia
(12)
EDU 3102: Perkembangan Kanak-
kanak (10)
EDU 3103: Murid Dan Alam Belajar (5)
EDU 3104: Pengurusan Bilik Darjah
Dan Tingkah Laku (13)
EDU 3105: Teknologi Dalam
Pendidikan (21)
EDU 3106: Budaya dan Pembelajaran
(3)
ELM 3102: Pengenalan Konsep Asas
Moral (16)
Gerko: Olahraga (4)
Gerko: Pengurusan Gerko (2)
Lain-lain (3)
PBS (2)
Pemulihan (2)
Pendidikan Alam Sekitar (8)
Pendidikan Jasmani (6)
Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
(1)
PJM 3106: Anatomi dan Fisiologi (6)
PJM 3112: Pengelolaan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan
Sukan (10)
Prasekolah (2)
Software (1)
Labels
Join this site
with Google Friend Connect
Members (146) More
Already a member? Sign in
November (2)
October (12)
September (1)
August (6)
July (18)
June (10)
May (5)
April (1)
March (10)
February (8)
January (68)
December (14)
November (68)
October (4)
Blog Archive
839,665
Total Page views
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 3/12
yang subjektif maka dia telah dapat melakukan kajian
terhadap lakuan sedar. Inilah sumbangannya yang terbesar,
iaitu penolakannya terhadap pembezaan jasad dan fikiran,
yakni ia mengetepikan apa yang berdasarkan agakan tanpa
bukti yang dapat dilihat nyata. Inilah yang dipegang oleh ahli
psikologi sebagai lakuan itu. Dengan itu semua ahli psikologi
menumpukan perhatian kepada lakuan atau gerak-gerak
yang dapat diperhatikan secara objektif. Mereka ini selalu
mengkaji lakuan binatang dan mereka suka menjalankan
analisa mengikut rangsangan dan tindakbalas, dan dengan
memberi penegasan terhadap pembelajaran sebagai bidang
tumpuan pengkajian mereka itu.
Guthrie
Di samping sarjana ini kita dapati pula E.R. Guthrie yang
menjadi profesor psikologi di University of Washington. Dalam
bukunya The Psychology of Learning (1935), dia memberi
perhatian terhadap pendapat berikut, bahawa pembelajaran
itu berlaku dengan adanya rangsangan yang diikuti dengan
tindakbalas. Dengan kata lain apa yang dimaksudkan olehnya
ialah kalau sesuatu lakuan itu terjadi dalam satu keadaan
tertentu, maka semasa kita berada dalam keadaan itu pada
masa yang lain, tentulah kita akan membuat lakuan yang
sama. Apabila terjadi rangsangan dan tindakbalas secara
berulangan maka terhasillah pembelajaran. Ternyata bahawa
kenyataan seperti ini mempunyai kekurangan dari segi
pembelajaran. Katakanlah seorang itu disuruh mengisi teka
silang kata. Dia akan mengisi kata-kata dalam teka silang itu
dan akan menyelesaikan masalah itu kalau ianya mudah.
Tetapi kalau teka silang itu sukar dan dia tidak dapat
membuatnya, maka dia akan meninggalkannya setelah
bosan. Pada satu masa lain, dia diberi teka silang kata yang
sukar juga tidak dapat dibuatnya dan oleh itu terus
ditinggalkannya. Dalam hal ini dapatkah kita mengatakan dia
sudah mempelajari sesuatu? Pada hal dia tidak
menyelesaikan teka silang kata itu dan ternyata dia tidak
mempelajari sesuatu apa pun. Menurut teori behaviorisme,
kalau dia memberi tindakbalas yang sama, maka berlakulah
pembelajaran. Dalam hal ini ternyata tidak terjadi proses
pembelajaran yang dikatakan tersebut.
Skinner
Dalam teori pembelajaran melalui teori lakuan ini, nama ahli
psikologi yang masyhur sekali ialah B.F. Skinner. Skinner
merupakan seorang sarjana teori behaviorisme dan mengajar
di Harvard University. Skinner telah mengkaji dan
memperbaiki teori behaviorisme itu. Mengikutnya
pembelajaran itu berlaku kalau ada rangsangan dan
tindakbalas yang berulangan. Dalam hal ini, beliau membuat
eksperimen dengan menggunakan binatang, salah satu
darinya ialah dengan menggunakan merpati. Merpati itu
dikurung dalam kotak. Di dinding kotak itu ada swis. Apabila
swis itu dipatuk terbukalah satu lubang untuk memberi
makanan. Ini telah ditafsirkan oleh seorang sarjana psikologi
sebagai keadaan yang dapat dipadankan dengan
pembelajaran lakuan di kalangan binatang, termasuk
manusia. Apabila merpati itu lapar dan mematuk swis itu,
maka timbullah rangsangan dan diberi balasan dengan
makanan. Ini tidak jauh berbeza dari yang disebut oleh
WAJ 3101: TITAS (18)
WAJ 3104: Literasi Bahasa Melayu (1)
WAJ 3105: Numerical Literacy (2)
WAJ 3106: Hubungan Etnik Di
Malaysia (4)
WAJ 3107: Seni Dalam Pendidikan (2)
Windows (1)
9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 4/12
Watson dan Guthrie, tetapi apa yang berbeza ialah tentang
konsep pengukuhan. Pengukuhan ini dianggap oleh Skinner
sebagai asas dalam proses pembelajaran. Pengukuhan
berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah.
Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan
keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapatkan
hadiah yang sama. Oleh sebab itu lakuan itu akan diulang.
Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan
proses pembelajaran. Dengan itu terjadilah pembelajaran.
Berdasarkan pengkajiannya, Skinner telah dapat
membezakan dua jenis pembelajaran yang berlainan kerana
ada dua jenis lakuan tindakbalas. Pertama ialah lakuan
automatis yang tetap. Contoh lakuan automatis yang paling
mudah ialah lutut akan terangkat apabila diketuk oleh doktor.
Itu merupakan satu lakuan yang ada rangsangan (ketuk) dan
ada tindakbalas (kaki terangkat). Lakuan seperti ini dianggap
sebagai tindakbalas automatis dan berlaku secara tidak sedar
dan ianya tetap. Kedua ialah lakuan operan. Bagi beliau
kebanyakan lakuan yang kita lakukan ialah sejenis operan.
Lakuan automatis ini akan hanya berlaku sekiranya ada
rangsangan tetapi lakuan operan akan berlaku dalam sesuatu
lingkungan atau keadaan. Dengan kata lain, rangsangannya
tidak semestinya menerbitkan tindakbalas tertentu yang tetap,
seperti berjalan, bercakap dan lain-lain. Misalnya, lakuan
menyuap makanan bukan sahaja kerana rangsangan itu
melibatkan makanan, tetapi juga kerana rasa lapar,
lingkungan sosial dan beberapa lingkungan atau suasana
yang berlainan. Proses ini perlulah diambil kira. Belajar
melalui lakuan operan itu ialah yang dikatakan pembelajaran
menurut syarat. Syarat itu timbul dari lingkungan yang
menjadi rangsangan yang mendorong lakuan tersebut. Ini
jelas berbeza dari lakuan sebagai tindakbalas otot secara
automatis.
Dalam bukunya Verbal Behavior (1957) Skinner telah
membincangkan lebih lanjut tentang proses pembelajaran
dengan menggunakan unsur rangsangan, tindakbalas dan
segala syarat dan pengukuhan yang terlibat dalam
menghasilkan pembelajaran secara maksimum. Dengan
adanya pendapat ahli psikologi ini, maka ianya dapat
menjelaskan kekaburan dari segi teori dalam sistem
pembelajaran bahasa dalam abad ke-20 ini. Jadi teori
behaviorisme ini melengkapkan apa yang diperlukan oleh
para pendidik. Dengan itu lahirlah pendapat yang
mengatakan bahasa itu adalah suatu lakuan dan boleh
dipelajari melalui syarat-syarat tertentu, samalah dengan
binatang mempelajari lakuan tertentu (G.A. Kelly, 1969).
Sejak Skinner, ramai lagi ahli psikologi yang mengkaji
bagaimana pembelajaran berlaku. Ada di antara mereka yang
mengkaji bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa dan
apa implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran
bahasa.
Kritikan Terhadap Teori Behaviorisme
Banyak lagi usaha lain yang memperbaiki konsep Skinner
dalam usaha mencari jawapan bagaimana bahasa dipelajari
dan ini ternyata mempunyai implikasi terhadap prinsip dan
kaedah PPpengajaran dan pembelajaran bahasa. Chomsky
(1967) dengan keras mengkritik Skinner. Sebenarnya sejak
9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 5/12
Skinner, memang ramai ahli psikologi lain yang melanjutkan
kajian dalam bidang ini sehingga menimbulkan golongan
neobehaviorisme, iaitu yang sudah mula bergerak
meninggalkan teori behaviorisme.
Dalam kritiknya itu, Chomsky menyatakan bahawa teori
behaviorisme itu hanya sebuah dongeng. Baginya,
behaviorisme tidak memberi tempat yang sewajarnya pada
akal atau otak manusia. Behaviorisme tidak mengindahkan
tentang daya pemikiran manusia dalam menguasai bahasa.
Beliau menegaskan tentang pentingnya faktor lingkungan
kebudayaan dalam penguasaan bahasa itu. Ianya tidak dapat
berlaku dalam keadaan yang kosong dari segi sosiobudaya.
Mungkin kalau diketahui dengan jelas bagaimana cara kanak-
kanak menguasai bahasa, maka ianya mungkin lebih
bermanfaat kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini
ternyata lebih memberi untung dari kajian bagaimana lakuan
terbentuk di kalangan binatang.
Dalam mengkaji bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa,
maka tidaklah dapat dinafikan kanak-kanak banyak
menguasai lakuan lisan atau bukan lisan melalui pemerhatian
biasa dan meniru-niru lakuan orang dewasa dan kanak-kanak
lain. Kanak-kanak tidaklah belajar melalui sesuatu
perancangan bahasa yang rapi dari ibu bapa.
Pada peringkat majunya kanak-kanak itu pandai
mengeluarkan ayat-ayat yang belum pernah didengarnya
dahulu, atau memahami ayat-ayat tersebut. Kebolehan ini
menunjukkan ada proses penting yang tak bersangkut paut
dengan maklumat balik dari lingkungan bahasa. Penguasaan
yang dikatakan berlaku mengikut pembentukan lakuan lisan
melalui pengukuhan itu sama sekali ditolaknya. Menurutnya
proses penguasaan bahasa itu jelas menunjukkan bahawa
pengukuhan, pemerhatian biasa dan sifat semulajadi yang
ingin tahu, bergabung dengan sifat mahu meniru merupakan
faktor penting, memberi kemungkinan untuk kanak-kanak
membuat generalisasi, hipotesis dan memproses maklumat
dalam suatu cara istimewa dan amat kompleks. Semuanya ini
sukar diperikan. Ia mungkin terpendam dan mula
berkembang menurut kematangan sistem saraf bayi itu.
Pendapat ini banyak memberi pengaruh terhadap cara
pengajaran dan pembelajaran bahasa, tetapi pengaruh
sepenuhnya belum begitu ketara pada masa ini.
Aliran Kognitif:
Aliran ini bersifat mentalis kerana ia cuba menghubungkan
realiti mental dengan laku bahasa yang sebenarnya.
Mengikut pandangan aliran ini, pengetahuan bukanlah satu
latihan pancaindera tetapi adalah daripada pemikiran
manusia. Rasionalnya ialah idea yang semula jadi adalah
sebagai asas sesuatu kebenaran di dalam pengetahuan
kita
Aliran ini menganggap bahawa bahasa adalah pengetahuan
yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf
setelah menerilna bahan buku dalam bentuk perangsang
dafipada pancaindera. Apa yang perlu dikaji adalah proses
yang terjadi dalam otak dan saraf yang dapat merumus dan
menghasilkan bahasa itu sehingga bersifat agak abstrak.
Kata mereka lagi, kreativiti yang wujud di dalam otak atau
9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 6/12
pemikiran penutur bahasa itu adalah keperluan dalam diri
manusia yang dibawa sejak lahir dan bukannya hanya alat
luar untuk berkomunikasi. Ia adalah sesuatu yang pasti ada
dalam diri manusia. Ini dapat diterangkan seperti gambar
rajah di bawah:

Aliran lni menerangkan adanya ciri-ciri kesejagatan pada tiap-
tiap tatabahasa bagi bahasa-bahasa di dunia. Ciri-ciri
kesejagatan ini ada hubungannya dengan kognitif. Peranan
kognisi yang ada pada otak manusia inilah yang menjadikan
penghasilan sesuatu bahasa itu bersifat kreatif iaitu tidak
terbatas kepada objek-objek dan peristiwa-peristiwa atau
pengalaman-pengalaman yang hanya dapat digarap oleh
perilaku semata- mata. Jika bahasa adalah hasil interaksi
perilaku dalam alam sekitar sahaja, tentulah sifat-sifat kreatif
yang ada pada setiap bahasa di dunia tidak mungkin wujud.
Mengikut pandangan aliran ini lagi, bahasa diperolehi pada
peringkat awal tidaklah bergantung kepada operasi
rangsangan dan tindak balas sahaja seperti yang dituntut
oleh golongan behavior, tetapi peranan kognitif sudah pasti
turut sama. mengikut mereka, tanpa peranan kognitif
perkembangan bahasa seperti sintaksis, morfologi dan
fonologi hanya terbatas kepada apa yang dapat dialami
sahaja. Padahal semua komponen bahasa berkembang
secara kreatif yang mengimbau atau menjangkau batasan
pengalaman naluriah, iaitu rangsangan dan tindak balas. Apa
yang sangat-sangat ditekankan oleh golongan ini ialah
peranan otak/kognitif dalam memproses bahasa.
pendukung-pendukung teori kognitif yang terkenal antaranya
ialah Robert Lee, Robin Lakoff, D. Slobin, George Miller,
Kohler, Mangantar Simunjuntak, Chomsky dan lain-lain.
Kebanyakan mereka berpendapat, penyingkiran kesedaran
atau kesilapan besar. Sebaliknya mereka menggangap teori
belajar hanya menjadi bererti jika fikiran dimasukkan ke
dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak dapat
dipisahkan. mengikut mereka, dalam pemecahan persolan,
binatang sekalipun menggunakan akal.
Teori Biologis
Chomsky dan rakan-rakan yang sealiran dengannya telah
menumpukan banyak perhatian kepada unsur yang
terpendam dalam manusia dan bukannya terhadap sesuatu
lakuan yang dapat dilihat sahaja. Mereka beranggapan
bahawa manusia sejak lahirnya sudah mempunyai kebolehan
untuk memperolehi sistem perhubungan yang dipakai oleh
manusia, iaitu bahasa. Kebolehan ini dipanggil Jentera
Penguasaan Bahasa (Chomsky 1965). Kanak-kanak yang
terdedah kepada sesuatu bahasa itu mempunyai keupayaan
yang semulajadi untuk merumus dan membentuk hukum
nahu bahasa tersebut. Ini bermakna, kalau tidak ada
9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 7/12
pendedahan, maka penguasaan bahasa juga tidak akan
berlaku. Misalnya ada ceritanya tidak dapat bercakap apabila
dijumpai. Jadi kanak-kanak tidak akan memperolehi bahasa
sekiranya ia dipisahkan dari masyarakat manusia, sebab
Jentera Penguasaan Bahasa itu tidak mendapat sebarang
bahan untuk diproses. Mereka juga telah mendapati bahawa
ada satu jangka masa yang subur untuk bahasa berkembang
dan sekiranya masa ini terlangkau, maka pemerolehan
bahasa juga akan terhalang.
Jadual Pemerolehan Bahasa
Salah satu dari teori E.H. Lenneberg (1967) mengenai
pemerolehan bahasa ialah bahawa semua kanak-kanak yang
sihat dan normal mulai bercakap dan bertutur pada peringkat
umur yang agak sama. Ini menyokong bahawa kebolehan
untuk berbahasa itu berkembang telah sedia ada terjadual
secara biologis. Pembentukan pertuturan dan perkembangan
bahasa membuktikan adanya sesuatu yang sudah terjadual
dari segi biologi. Nampaknya apabila sudah sampai masanya
maka seseorang anak itu akan dengan serta merta menjadi
tertarik terhadap segala bunyi yang didengarnya dan dia
dapat menajamkan pancainderanya. Dengan itu dia mula
mengerti dan memilih bunyi yang penting dan mengetepikan
segala yang lain, seperti yang diperhatikan oleh Lenneberg.
Kajian Lenneberg telah mengatakan bahawa pemerolehan
bahasa ini bergantung kepada suatu jadual biologi dan bukan
terbit dari rangsangan yang datang dari lingkungan. Misalnya
anak yang lahir dari ibu bapa yang pekak dan bisu tentu
sekali tidak mempunyai lingkungan bahasa, tetapi mereka
juga akan mula belajar bertutur pada peringkat umur yang
sama dengan kanak-kanak lain dan perkembangannya dapat
dijangka seolah-olah telah terjadual. Jadi apakah maksud
bahasa itu suatu fenomena biologi? Ini membawa dua
implikasi yang pertama ialah bahawa kanak-kanak itu tidaklah
bergantung kepada ibu bapanya untuk mengajarnya sesuatu
bahasa. Kanak- kanak mempunyai keupayaan merumus
dengan sendiri dan kita tidak akan dapat mengajarnya,
walaupun sekiranya kita mahu berbuat begitu. Implikasi yang
kedua ialah perkembangan bahasa ini hanya terbatas kepada
hubungan dengan jenis makhluk yang dikenali sebagai
manusia sahaja. Manusia melahirkan bayi dengan keadaan
yang tidak berupaya, yakni ia terpaksa dijaga dan disusui.
Tetapi anak binatang boleh terus makan sendiri dan berlari
setelah beberapa saat sahaja ia dilahirkan. Otak manusia
memakan masa yang panjang untuk membesar, dan hal ini
dapat memberi keupayaan untuk bahasa tumbuh dan
berkembang. Mungkin itulah sebabnya bahasa boleh
berkembang. Sebaliknya anak binatang hanya membesar
dari segi jasad sahaja dan tidak dari kebolehan lain. Dia
sudah lengkap sejak lahir.
Daya Kefahaman Lebih Asas dari Bertutur
Lenneberg telah membezakan antara kemahiran memahami
dan bertutur. Dia mengatakan kebolehan memahami bukan
hanya wujud sebelum kebolehan bertutur tetapi sebenarnya
ia lebih dasar dan mudah. Dia menunjukkan yang dalam
peringkat awal kanak-kanak dapat mengenali dan terus
membezakan pola-pola pertuturan yang berlainan. Misalnya
kebolehan kognitif di kalangan kanak-kanak pekak yang tidak
9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 8/12
terdedah pada bahasa pendengaran itu adalah sama pantas
dengan kanak-kanak biasa. Ini menunjukkan kebolehan itu
telah wujud. Kehilangan salah satu dari pancaindera, tidaklah
mencatatkan kebolehan asas berbahasa itu.
Dari yang Umum Menuju yang Khusus
Kanak-kanak mula memberi nama kepada barang-barang
pada sesuatu peringkat yang tertentu dalam perkembangan
bahasa. Ianya merupakan kemuncak proses-proses yang
dilalui dengan perlahan semasa umurnya meningkat lapan
belas bulan apabila kanak-kanak itu mula mengetahui nama-
nama barang. Di antara dua puluh empat hingga tiga puluh
bulan kanak-kanak tadi melalui proses memberi nama
kepada barang-barang. Semasa dia mencapai umur lebih
kurang tiga puluh bulan kanak-kanak tadi akan mempunyai
perbendaharaan kata lebih kurang 100 perkataan dan
mempunyai kemungkinan untuk memahami antara 2,000
sampai 3,000 perkataan lain. Sebenarnya, ianya belumlah
lagi tahu menggunakan perkataan-perkataan tersebut. Proses
menamakan barang-barang itu merupakan satu dari aktiviti
luar biasa yang menunjukkan adanya perkembangan bahasa.
Tetapi proses ini amat kurang difahami pada masa ini. Apa
yang kita tahu hanyalah ia terjadi pada peringkat umur yang
sama di kalangan kanak-kanak. Faktor yang
bertanggungjawab terhadap perkembangan ini dan
perjalanan sistem saraf yang menjadi dasar kejadian itu,
tidaklah diketahui dan mungkin akan memakan masa yang
panjang sebelum ianya diketahui dengan jelas. Walau
bagaimanapun dapat kita perhatikan bahawa ada arah
tertentu dalam hal ini, iaitu kanak-kanak sentiasa menamakan
barang-barang dari yang umum kepada yang tertentu dan
khusus. Misalnya kanak-kanak mungkin mula-mula
memanggil segala makanan dengan `mamam' dan
kemudiannya menjadi lebih khusus dan membezakannya
kepada `susu', `nasi', `lauk', `kuih' dan sebagainya. Mereka
mempelajari benda-benda sebagai satu golongan dahulu dan
kemudian baharu ia mengetahui anggota-anggota atau
bahagian golongan itu.
Peringkat Penguasaan Bahasa
Masalah memahami perkembangan penguasaan bahasa
melibatkan perkara-perkara yang lebih abstrak dan rumit.
Pada hakikatnya, inilah yang kita maksudkan dengan bahasa
sebagai suatu fenomena perkembangan biologi. Hal ini
menolak peranan lingkungan sahaja dalam perkembangan
bahasa. Kita dapat melihat bahawa kanak-kanak tidaklah
mempelajari bahasa dengan meniru-niru percakapan ibu
bapa. Pertuturan kanak- kanak itu sebenar-benarnya keluar
dari daya ciptaan mereka sendiri. Rangkaikata-rangkaikata
seperti, `abah gi', `dah bis' dan lain-lain merupakan
gabungan-gabungan pertuturan yang dibuat oleh kanak-
kanak itu sendiri dan bukanlah merupakan pertuturan yang
mereka dengar dan tiru dari ibu bapa. Apa yang selalu
diperhatikan berlaku ialah sebaliknya, iaitu ibu bapa yang
selalunya meniru-niru kanak-kanak itu. Kita bukanlah guru
mereka dan kita tidak pernah bersikap hendak mengajar nahu
dan pola bahasa kepada anak-anak kita.
Pemerolehan Bahasa Melalui Pendedahan
9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 9/12
Kanak-kanak tidak akan dapat memperolehi sesuatu bahasa
melainkan kalau mereka mendengarnya dan fungsi kita
hanya bercakap, lebih banyak lebih baik. Selain dari itu,
fungsi sokongan moral juga amat kecil sebab biologi kuat
memainkan peranannya. Biologi mengambilalih tugas
selanjutnya samalah seperti organ-organ tubuhnya
menghadamkan makanan selepas makan. Semuanya berlaku
sebagai sesuatu yang sudah sedia terbina. Anak tersebut
memerlukan bahasa untuk hidup sama seperti ianya
memerlukan makanan. Maklumat yang diterimanya dari
pertuturan kita dapat dianggap sebagai bahan mentah yang
masuk melalui saluran pendengarannya terus ke pusat sistem
saraf dan dianalisa kepada unsurnya dan kemudian dibina
kembali sebagai suatu kemahiran bahasa yang amat
kompleks. Bagaimana proses ini berlaku? Kita masih jahil
dalam bidang ini dan kita hanya boleh mengagak sahaja. Bayi
manusia dilahirkan dengan tidak berupaya dan terpaksa
membesar. Berat otak bayi manusia semasa dilahirkan hanya
lebih kurang 25% daripada otak orang dewasa. Ini
membolehkan proses tumbesaran kematangan otak berlaku
dalam satu jangkamasa yang panjang selepas lahir. Oleh
sebab sistem araf berkembang maka proses perkembangan
bahasa boleh berlaku.
Jadual Pemerolehan Mengikut Umur
Menurut Lenneberg (1967) perkembangan pemerolehan
bahasa di kalangan kanak-kanak melalui lapan peringkat:
1. Semasa berumur tiga bulan, kanak-kanak hanya dapat
mengangkat kepada meniarap. Dia meletakkan semua berat
badannya pada sikunya. Kanak-kanak kurang menangis pada
masa ini dan dia boleh mengeluarkan bunyi seakan-akan
bunyi vokal yang kadang-kadang berpanjangan antara lima
belas sampai dua puluh saat.
2. Semasa berumur empat bulan, kepala kanak-kanak itu
mula kukuh dan tegap dan kanak-kanak mula menggemari
barang- barang permainan. Tindakbalas kepada suara
manusia lebih tajam, matanya mencari si penutur kadang-
kadang kanak-kanak itu akan ketawa.
3. Pada masa berumur lima bulan, kanak-kanak tersebut
boleh duduk tegap. Dia mula menyebut bunyi konsonan di
antara bunyi vokal tersebut. Tetapi dari segi akustik bunyi-
bunyi itu berbeza dari bunyi bahasa.
4. Semasa kanak-kanak yang berumur enam bulan ia mula
boleh bertupang tangan semasa duduk. Kebolehan
mengagah bertukar kepada pengeluaran bunyi-bunyi yang
berciri sukukata seperti ma, mam, da, dak, di, dan dik dan
lain-lain.
5. Pada masa berumur lapan bulan kanak-kanak mula boleh
berdiri sambil berpegang kepada dinding. Pengulangan
bunyi- bunyi menjadi lebih kerap dan pola lagu menjadi lebih
nyata dan pertuturan mula digunakan untuk menyatakan
kemahuan dan perasaan.
6. Semasa berumur sepuluh bulan kanak-kanak itu mulai
merangkak dan kadang-kadang berdiri tegak. Kanak-kanak
mula mengeluarkan berbagai-bagai bunyi dan mula meniru
bunyi dan membezakan bunyi yang berlainan yang
9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 10/12
didengarnya.
7. Semasa berumur dua belas bulan kanak-kanak mulai
belajar berjalan-jalan dan bunyi yang serupa dengan bunyi
bahasa mula diterbitkan dan perkataan seperti mak, abah,
mamam, mula disebut. Pada masa ini juga kanak-kanak
tersebut mulai memahami arahan.
8. Semasa berumur lapan belas bulan kanak-kanak tersebut
mulai berjalan. Dia sudah mempunyai antara tiga hingga lima
puluh perkataan. Kefahamannya bertambah baik dan dia
mula menggabungkan dua perkataan untuk menjadi
rangkaikata. Semasa umurnya meningkat dua tahun pola-
pola ayatnya mula menjadi lengkap dan dia dapat
merumuskannya dengan bersendirian. Proses ini berterusan
hingga umurnya menjadi baligh apabila bahasanya menjadi
sempurna.
Kekenyalan Berakhir
Masa tamat peringkat kesuburan untuk belajar bertutur ini
mungkin juga mempunyai sesuatu kepentingan dalam
perkembangan bahasa tersebut. Alam mesti mengadakan
perimbangan di antara kekenyalan sistem saraf bagi
memungkinkan dia belajar. Selepas itu sistem itu menjadi
mantap. Oleh sebab itu perlulah diberi masa yang agak
sesuai untuk bahasa berkembang dan proses itu harus
berhenti setelah mencapai peringkat yang sempurna.
Selalunya ia berlaku setelah ia menjadi baligh dan mula
memainkan peranannya dalam masyarakat secara aktif.
Pembakuan itu menjadi perlu supaya bahasa yang dituturkan
itu berdasarkan suatu sistem sahaja yang dapat difahami oleh
semua anggota masyarakat itu. Kalau ia terus berkembang,
maka haruslah ia menjadi sukar untuk difahami oleh
kebanyakan anggota masyarakat yang ramai itu.
Sebagaimana yang kita tunjukkan tadi pemerolehan bahasa
bermula semasa kanak-kanak berumur dua tahun, iaitu
semasa otaknya tumbuh menjadi 60% dari otak orang
dewasa. Masa ini juga merupakan masa progres yang rapi
berlaku untuk berjalan dan kemahiran-kemahiran motor yang
lain, iaitu suatu ciri yang penting berhubung dengan
kemahiran-kemahiran lain dan kemahiran bahasa. Di antara
perkara yang penting dalam perkembangan otak melibatkan
pembesaran bahagian kiri hemisfera otak waktu anak itu
berumur sepuluh tahun. Sebabnya yang sah tidaklah
diketahui. Tetapi salah satu daripada kepentingannya ialah
untuk membolehkan kemahiran bertutur itu menjadi matang.
Dapat kita perhatikan bahawa ada satu ciri yang selalu
berlaku dalam perkembangan bahasa. Selalunya bayi
menunjukkan yang mereka faham setengah perkataan dan
arahan- arahan semenjak mereka berumur dua belas bulan
lagi walaupun mereka tidak dapat mengeluarkan sepatah
perkataan pun. Kita dapat memperhatikan bahawa proses
memahami dalam sesuatu bahasa itu mendahului proses
bertutur. Dalam suatu kajian terhadap seorang kanak-kanak
yang sakit otak kerana jangkitan semasa dalam kandungan,
menunjukkan yang dia tidak dapat bertutur dengan baik.
Walau bagaimanapun, dalam ujian-ujian yang dijalankan, dia
dapat memahami perintah seperti `Ambil kotak itu!' dan
`Masukkan ke dalam botol', dan di samping itu dia boleh
9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 11/12
menjawab soalan mengenai cerita-cerita yang didengarnya.
Ini menjelaskan prinsip penting bahawa kemahiran
memahami itu mendahului kemahiran bertutur. Bukan itu
sahaja, bahkan ia lebih mudah dan lebih dasar. Dengan lain
perkataan, ada sesuatu yang istimewa dalam pertuturan yang
dapat kita fahamkan sebagai pengetahuan berkenaan
dengan sesuatu bahasa, yang mungkin sudah wujud semasa
awal dalam kehidupan kanak-kanak lagi. Dari sini dapatlah
disimpulkan bahawa proses bermula semasa kanak-kanak itu
berumur dua tahun dan berakhir lebih kurang semasa ia
berumur dua belas tahun.
Setelah mencapai peringkat itu maka, bahasa kanak-kanak
itu dianggap sudah lengkap dalam serba serbinya. Memang
betul bahawa kanak-kanak, bahkan orang dewasa sendiri
masih terus belajar. Tetapi apa yang mereka pelajari itu
hanya merupakan gaya, atau peluasan dari segi pemakaian,
atau sesuatu makna yang baharu sahaja. Sebenarnya, dari
segi nahunya, bahasa itu sudah cukup lengkap, tetapi
pemerolehan lain akan terus berlaku.
Posted by Eddie Law
Enter your comment...
Comment as:
Google Account
Publish

Preview
0 comments:
Post a Comment
9/15/2014 Tree Builder: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
http://treebuilder.blogspot.com/2011/07/teori-pemerolehan-bahasa.html 12/12
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Tree Builder 2011. Template images by linearcurves. Powered by Blogger.