Anda di halaman 1dari 2

PENCEMARAN AIR

Air merupakan nadi kehidupan manusia. Tanpa


air, manusia bukan sahaja menghadapi masalah
untuk meneruskan aktiviti kehidupan malahan juga
akan mati kehausan. Demikianlah pentingnya air
kepada kita.

Namun begitu, sumber air khususnya di negara
kita sering dicemari oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Sumber air dicemari dengan
sampah sarap serta bangkai dan najis. Lebih
daripada itu, sumber air dicemari pula oleh
tumpahan minyak serta sisa toksik.

Pencemaran air menimbulkan beberapa kesan
yang negatif kepada manusia. Contohnya haiwan
akuatik seperti ikan , udang, serangga air akan
pupus sedikit demi sedikit. Bukan itu sahaja,
tumbuhan akuatik termasuk batu karang juga akan
mengalami nasib yang sama.

Pencemaran air juga menyebabkan air berbau
busuk dan dicemari kuman. Lebih mencemaskan
lagi, sumber air yang tercemar tidak selamat untuk
diminum.

Justeru, untuk mendapatkan bekalan air yang
bersih lagi selamat, kita terpaksa membayar harga
yang lebih mahal daripada kebiasaanya.

Anda mungkin juga menyukai