Anda di halaman 1dari 11

home

about me
tutorial
formspring



" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of
what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short
to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember
what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go
wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "


1
feb
Cerita Kanak-kanak : Ratu Lebah Yang Tamak
Cerita ini ditulis bagi memenuhi kehendak tugasan untuk subjek KAZ 1023 : Matematik dan Sains Awal Kanak-kanak.
Jadi ada sedikit unsur Matematik iaitu berkaitan dengan nombor, unsur Sains pun ada jugak, iaitu Serangga.. Teknik
penceritaan terpulang kepada kreativiti guru.. Nak jadi guru tadika/taska/prasekolah ni kreatif tu penting...




Ratu Lebah Yang Tamak

Di atas sebatang pokok terdapat satu sarang lebah yang sangat besar. Di dalamnya tinggal Ratu
Lebah bersama pengikut-pengikutnya. Berhampiran pokok tersebut terdapat sebuah kebun bunga
yang luas. Kebun bunga itu milik seorang penjual madu yang kaya raya. Lebah-lebah itu sangat
gembira tinggal di situ. Namun, Ratu Lebah sangat tamak, dia mahu lebah-lebah itu membawa
pulang madu yang banyak setiap hari.

Pada suatu hari, 5 ekor lebah telah ditugaskan untuk keluar terbang mencari madu di kawasan
kebun tersebut. Walaupun kepenatan kerana terpaksa membawa pulang madu yang banyak, 5
ekor lebah itu terpaksa juga menurut perintah Ratu Lebah yang tamak itu. Sedang asyik
menghisap madu di kebun bunga itu, seekor lebah berkata,

Lebah 1 : Aku sudah penat menghisap madu di sini. Setiap hari kita perlu membawa pulang
madu yang banyak untuk ratu.

4 ekor lebah yang lain bersetuju dengan kata-kata lebah 1. Lantas Lebah 2 bersuara,

Lebah 2 : Betul kata kau wahai Lebah 1, marilah kita pergi ke rumah penjual madu itu, di sana
pasti terdapat lebih banyak madu.
Lebah 3 : Ya, betul tu. Ratu pasti gembira jika kita berjaya membawa pulang madu yang
banyak.
Lebah 4,5 : Kami setuju! Ayuh kita ke sana!

Tanpa membuang masa, 5 ekor lebah itu segera terbang menuju ke rumah penjual madu.
Setibanya di sana, lebah-lebah itu sungguh teruja kerana terdapat banyak bekas yang berisi madu
di situ.

Lebah 2 : Tepat sekali jangkaan aku. Ada 5 bekas berisi madu yang sangat besar di sini.

Lebah 1 segera terbang menuju ke arah bekas 1, Lebah 2 menuju ke arah bekas 2 dan seterusnya
lebah-lebah lain pula menuju ke arah 3 bekas madu yang lain. Setelah puas, 5 ekor lebah itu
pulang ke sarang dengan gembira lalu menceritakan tentang rumah penjual yang penuh dengan
madu itu. Ratu Lebah sangat teruja mendengar cerita itu.

Ratu Lebah : Mari kita pergi lagi ke rumah penjual itu. Beta mahu mengikut kamu semua.

5 ekor lebah yang kepenatan itu terkejut mendengar kata-kata Ratu Lebah. Namun, mereka tidak
berani membantah dan terpaksa membawa Ratu Lebah ke rumah itu semula. Setibanya mereka di
sana, 4 bekas madu telah pun ditutup oleh penjual madu itu. Hanya tinggal 1 bekas yang masih
terbuka.

Ratu Lebah : Cepat! Beta mahu madu yang banyak lagi.
5 ekor Lebah : Baik tuanku!

Lebah-lebah itu termasuk Ratu Lebah segera terbang ke arah bekas ke-5 yang masih terbuka dan
segera mengambil madu dengan banyak.

Ratu Lebah : Beta mahu kamu semua hisap madu-madu ini dengan banyak sehingga perut kamu
penuh.
Lebah 1 : Tapi Ratu, badan kami akan menjadi berat dan kami pasti tidak mampu untuk terbang
nanti.
Lebah 2 : Betul tu Ratu, patik sudah berasa sangat kenyang.
Ratu Lebah : Jangan melawan perintah beta!

5 ekor lebah itu terdiam dan hanya menurut perintah. Tiba-tiba penjual madu datang dan mahu
menutup bekas madu itu.

Lebah 3 : Ratu! Bekas madu ini akan ditutup, kita harus pulang segera.

Ratu Lebah terkejut dan cuba untuk terbang, namun badannya menjadi sangat berat dan Ratu
Lebah tidak mampu untuk terbang. Begitu juga dengan 5 ekor lebah yang lain. Mereka semua
tidak dapat keluar kerana terperangkap di dalam bekas madu itu dan akhirnya mereka mati.

oleh : Ainismaira

Pengajaran : Kita mestilah menjauhi sifat tamak, kerana orang yang tamak selalu rugi.

*Jangan gelak ek, cite ni memang lawak sikit, mana taknye pukul 4 pagi baru tulis, mengarut2 je ceritanya, pastu masuk kelas
betulkan balik terus tunjuk pada pensyarah. Nasib tak kene reject.. Hehe..*

Macam ni lah nasib jadi cikgu tadika, otak kene kreatif sepanjang masa sebab nak menarik perhatian kanak-kanak. Saya ada
sediakan ABM tapi masa entry ni ditulis, ABM tu baru 50% siap.. nanti dah siap sepenuhnya saya akan update la untuk rujukan
awak2 yang sama bidang dengan saya :))







You might also like:

Manusia Semakin Kejam!

Macam Mana Nak Dapat Anugerah Dekan?

Belum Tua Lagi Laaa... La Tahzan~

Linkwithin
Digubah oleh Ainismaira || Kembang pada 4:18 PM
1 1 KUNT UM BUNGA:

UniMeOw said...
best la citer ni!!wat la lg..hehe

(uni pon bcita2 nak jadi cgu tadika gak,tp apakan daya,kena jd cgu lain..sob3..)
MARCH 10, 2013 AT 11 : 25 AM

Ainismaira said...
@UniMeOw haha.. best ke? bile bace balik mcm lawak je taw.. hehe..
MARCH 12, 2013 AT 9: 07 PM

Sheila Mutalib said...
Best la..blh bt bace kat anak..cuma ending tu kalau ratu lebah je yg mati kan best..sbb die tamak sgt..pape
pun mmg terbaik...

www.shelovevitamin.com
www.shelovestyle.blogspot.com
J ULY 16, 2013 AT 8: 4 6 PM

Sheila Mutalib said...
Best..best..blh bace kat anak..cuma tang ending tu kalau ratu lebah je yg mati, br puas hati..tamak
sgt..hehe..pape pun mmg terbaik la...

www.shelovevitamin.com
www.shelovestyle.blogspot.com
J ULY 16, 2013 AT 8: 4 8 PM

Sheila Mutalib said...
Best la..blh bt bace kat anak..cuma ending tu kalau ratu lebah je yg mati kan best..sbb die tamak sgt..pape
pun mmg terbaik...

www.shelovevitamin.com
www.shelovestyle.blogspot.com
J ULY 16, 2013 AT 8: 4 8 PM

Goh Sweeteng said...
hello,saya suka akan ceita ini,adakah abm sudah siap?boleh tak saya jadi rujukan?
J ULY 27, 2013 AT 3: 0 5 PM

Goh Sweeteng said...
hello,bagusnya cerita ini,adakah abm sudah siap?boleh tak share share bersama-sama?
J ULY 27, 2013 AT 3: 0 7 PM

Kenari Putih said...
Enjoyla cerita lebah ni. Yelah, utk si lebah ratu ni, sifat tamak tak kena tempat ni memang merugikan diri
sendiri.
NOVEMBER 11, 2013 AT 10: 56 PM

JOLOR Group of Production dO.Ob said...
Menarik,
mohon berhubung. saya ingin memohon keizinan untuk kembangka skrip ini ke pentas teater.

bakat_my@yahoo.com
J ANUARY 5, 2014 AT 4 : 50 PM

Shahidawati Abdullah said...
salam cg...sgt menarik cite nie...mohon share ye cg
FEBRUARY 14, 2014 AT 12: 47 PM

khairul daniel said...
Menarik! :-)mohon share yek..terima kasih cikgu..
MARCH 21, 2014 AT 12 : 47 PM
Post a Comment
L I NKS T O T HI S P OS T
Create a Link
Newer PostOlder PostHome


Search

MY BELOVED FRIENDS


Cinta Jarak Jauh Mampukah Berkekalan?
(09 May 2013)
(0 comments)
Selamat Berpraktikum Sahabat....
(03 Jun 2013)
(0 comments)
Alhamdulillah, tamat pengajian.. :)
(05 Nov 2013)
(4 comments)
Selamat Pengantin Baru!
(29 Nov 2013)
(0 comments)
TOP COMMENTATORS
cik ciput(101) Amirrah Zawani(62) Nur Azila Ismail(61)IN(46) titirara(39) twinkle
twinkle(35)diriku(35) THE LEKAT LEKIT STORY(27)L@g3nd@ buD@k N@k@L(22) Pencari Qurratuaini(21) Jejaka
Terhangat(16) Syed Hilmi Syed Yahya(14) d a m i a(12) fiq(10)Azree(10) afiqah(9) fadhli(9) Shag(9) cik miera(8) Princess Feyqa(8)
Get this widget

On Jul 11 Abg Joe commented on Saya Temulawak Fair Lovely: slam...sy syor kan andro plus kepada penghidap
darah tinggi Andro plus menurunkan
On Jul 09 Krung Krungx commented onJawatan Kosong 2014: so cute lah blog awak !doodle semua comel2 !
On Jun 19 Cahayapurnama commented on Resepi Puding Telur Caramel Sedap Dan: MCM MANA CARA YG
BETUL NAK MASUKKAN KARAMEL DLM BEKAS PLASTIK TU YE? SAYA BUAT BEKAS PLASTIK TRUS
On Jun 12 Armila Style commented onRefleks Pada Bayi: Good info! Tq
On May 05 Anis Mun commented onMacam Mana Nak Dapat Anugerah Dekan: Setiap ipta dan ipts sama je eh
sistemnya? Kalau 3.50 ke atas boleh amek sijil dekan kat fakulti?


211210-020111
Saya menang! Yay!
^_^




KHAZANAH BLOG
2013 (13)
o December (2)
o November (2)
o June (1)
o May (3)
o April (1)
o February (3)
Feb 13 (1)
Feb 10 (1)
Feb 01 (1)
Cerita Kanak-kanak : Ratu Lebah Yang Tamak
o January (1)
2012 (24)
2011 (64)
2010 (149)


MY FAMILY
simplestzieyla
Second Year! Bismillah :)
1 week ago
nomusarangae
Because I'm Happy
3 months ago
titirara :)
"Kau masih ku cintai, sungguh.. Dari hari pertama kau ku kenali.. Aku pasti, seyakinnya pasti.. Engkau milikku..........."
2 years ago
gReEn_aPpLe
Bicara PadaNYA..
2 years ago
Hairil Anuar
SUKA SANGAT
LEKAT LEKIT STORY
SERU JASAD ANAK YANG DAH MATI RUPANYA..
2 hours ago
suratan kebetolan
Yey raya
1 month ago
Sembang Kosong
Maria Farida Tayang Bikini Pula Di Instagram
3 months ago
DiriKu
Iftar dan Qiam With Me 1434H/2013M
1 year ago
Jejaka Terhangat
Tak Payah Nak Mengeluh Sangat La Kan??
1 year ago
Show All
UPSI Blogger
Memori, Realiti & Fantasi
PROMOSI PHOTOGRAPHER TERBAIK ANDA
4 days ago
Anayil Narihsa
Resepi Roti Jala+Kari Ayam
4 months ago
.:: Shwitt Shour Shuke Shuki ::.
1 year ago
mencari redha ILLAHI..
UNIC - Seiring Sehaluan
1 year ago
Ive learnt many things from you. thanks :)
Selatan Thailand #2 "Satu gambar itu nilainya seribu perkataan."
1 year ago
ADIKKU SAYANG
Life.Laugh.Love
Hari Anugerah Cemerlang 2014
2 days ago
my heart voice
naik ke tahun seterusnya
1 week ago
Hidayah Murni
Exam Mendatang
1 year ago
eyya zikreyy
Lama Dah Tak Balik =)
1 year ago
Syira's blog
Masterbet88 Grand Opening Promo Bonus 50% Sportsbook dan Casino Online
1 year ago
Show All
I Need To Know U :)

Copyright Ainismaira