semakin meningkat.)
Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu ( Tajuk :Masalah sosial dalam kalangan
remaja semakin meningkat.Bincangkan punca-punca dan usaha-usaha/langkah-
langkah mengatasi masalah ini.)
Dalam masyarakat kini, masalah sosial semakin tambah dan dipaparkan melalui media
masa. masalan sosial ini kebanyakan datang dari kalangan remaja.
Budaya melepak merupakan masalah sosial yang paling banyak ditayangkan.Kita dapat
saksikan bahawa kalangan remaja sering berjalan-jalan di kompleks beli-belah atau duduk-
duduk di tembok jalan dengan tanpa hala tujuan. Malah, sesetengah kalangan remaja
sering mengusik gadis-gadis yang lalu-lalang di tepi jalan dengan berbahasa kerang sopan,
atau berbual-bual kosong dan membuat bising tanpa hala tujuan. Masalah ini akan
diwujudkan kebanyakan adalah disebabkan oleh hal-hal keluarga. Ahli keluarga mereka
sering bergaduh ataupun adanya yang ibu bapa bercerai. Mereka melepak di luar bersama
kawannya tujuannya adalah untuk mendapatkan hiburan ataupun melepaskan geram
ataupun tekanan mereka. Sesetengah pula merokok bersama kawan-kawan mereka.
Selain itu, budaya buli juga sering berlaku dalam sekolah. Sejak-sejak ini, kita pun tahu
bahawa dalam sesebuah sekolah, seorang remaja lelaki telah dipukul oleh sekumpulan
remaja lelaki. Pihak sekolah tersebut juga tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan
remaja lelaki tersebut disebabkan remaja kini semakin biadap dan liar.Golongan remaja
akan bertindak begitu kebanyakan dipengaruhi oleh media masa.Kebanyakan filem
keganasan ditayangkan dalam pawangan wayang. Jenis filem ini amat disukai oleh remaja-
remaja masa kini terutamanya remaja lelaki. Jadi, mereka akan belajar tindakan yang
dipaparkan dalam wayang tersebut.
Bukan itu sahaja, remaja juga sering mengamalkan amalan lari dari rumah. Hal ini dapat
diyaksikan melalui surat khabar. Remaja yang lari dari rumah kebanyakannya adalah lari
bersama teman lelakinya. Remaja-remaja selalu berkawan dengan orang yang tidak
berkenaan. Hubungan mereka juga berkembang dengan cepat sehingga menjadi teman
lelaki dan teman wanita. Hal ini akan terjadi disebabkan pengawasan yang tidak ketat di
sekolah. Kebanyakan remaja suka bertemu dengan teman lelaki atau teman wanita di
depan pintu sekolah tanpa kesedaran ibu bapa. Oleh itu, mereka senang ditipu dan dipujuk
oleh orang luar dengan kata manis.
Ada juga remaja-remaja yang selalu ponteng sekolah. Mereka ponteng sekolah tujuan
utamanya adalah berkunjung ke kafe internet. Mereka terjerumus dengan laman web
permainan di kafe internet. Mereka boleh menghabiskan masa mereka dengan perkara yang
tidak berfaedah di kafe internet. Hal ini akan terjadi disebabkan kawalan sosial yang
longgar.Para ibu bapa lebih menumpukan masa dan tenaga untuk mencari mata pencarian
di luar rumah, secara tidak langsung telah menimbulkan rasa bosan dan kesunyian di hati
anak-anak. Lantas, anak-anak mudah mengikut ajakan rakan-rakan untuk berhibur dalam
laman web.
Tambahan pula, yang lebih seriusnya adalah kegiatan lumba haram. Mereka berlumba
motosikal di tempat yang tertentu bersama kawan-kawan yang dalam kumpulan yang
besar. Mereka telah membahayakan nyawa mereka dalam lumba haram tersebut. Mereka
akan berbuat demikian kebanyakan adalah mereka tidak puas hati terhadap keluarga
mereka atau masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka telah memilih cara begini untuk
melepaskan geram yang ada dalam hati mereka.
Untuk mengatasi masalah sosial yang tersisiar dalam masyarakat ini, pihak berkuasa
haruslah menguatkankuasa untuk menangani masalah sosial tersebut. Tambah pula, pihak
ibu bapa juga haruslah lebih mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Bumi mana
tidak ditimpa hujan. Jadi pihak ibu bapa haruslah mengubah sikap mereka yang dahulu.
Tuntasnya, saya berharap masalah sosial ini dapat diatasi selepas pelbagai pihak telah
menjalankan kewajipan mereka.
FAKTOR GEJALA SOSIAL DALAM
KALANGAN REMAJA
Berita Harian,12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara
tahun 1989 hingga tahun 1998,kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35
peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi perempuan.Statistik ini menunjukkan bahawa masalah
sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.Hal ini tidak seharusnya dipandang
remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan
negara sesuai dengan ungkapan pemuda harapan bangsa,pemudi tiang
negara.Persoalannya,jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara
ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita? Justeru,senario ini mencetuskan
kebimbangan kepada semua pihak termasuklah golongan ibu bapa,guru,masyarakat,dan negara.
Tidak dinafikan,pelbagai usaha telah digembleng bagi mengatasi kemelut ini.Namun
begitu,apakah punca kepada kegagalan tersebut?
Kemelut ini sebenarnya bermula daripada diri remaja itu sendiri.Perkataan remaja atau
adolescene berasal dari perkataan Latin iaitu adolescere yang bermaksud membesar atau
membesar menjadi matang.Menurut Kamus Dewan,Edisi Ketiga,remaja merupakan seorang
yang mulai dewasa,sudah akil baligh,dan sudah cukup umur untuk berkahwin.Dari segi
perspektif Islam pula,remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan
sebagai baligh.Pada peringkat ini,golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-
kanak dengan zaman dewasa.Apabila mengaitkan diri remaja dengan gejala sosial yang semakin
berleluasa pada hari ini,kita dapat melihat sikap ingin mencari sesuatu yang baharu atau sikap
ingin tahu yang ada dalam diri remaja sebagai satu faktor yang utama.Sikap ingin tahu memang
wujud dalam diri remaja.Lazimnya mereka gemar mencuba sesuatu yang baharu.Setiap perkara
yang terlarang,itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Contohnya,fenomena lumba haram yang
terjadi akibat keinginan remaja untuk menunjukkan belang mencerap keseronokan bersama
rakan sebaya.Selain itu,masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap
ingin tahu yang tidak kena pada tempatnya.Menurut Tun Abdullah Bin Haji Ahmad
Badawi,masalah dadah yang merupakan masalah utama,masih merupakan ancaman besar
negara.Hal ini membuktikan,betapa seriusnya masalah dadah.Lebih-lebih lagi,gejala ini
melibatkan golongan remaja.
Selain itu,remaja kini lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut atau terpengaruh
dengan gaya dan cara hidup orang lain.Kita dapat lihat pada hari ini,budaya asing semakin
mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan remaja seperti cara pemakaian,makanan
mahupun cara pemikiran.Remaja seolah-olah mengagung-agungkan budaya asing.Mereka
beranggapan bahawa budaya asing yang diikuti adalah cara hidup moden yang seiring dan sesuai
dengan dunia yang kini semakin canggih dan moden.Sebaliknya,mereka menganggap bahawa
cara hidup berlandaskan ajaran agama adalah kuno dan tidak lagi boleh diguna pakai pada zaman
moden ini.Justeru,hal ini menyebabkan remaja tidak mempunyai pegangan dalam hidup dan
bertindak menjalani kehidupan mengikut cara mereka sendiri.Apabila keadaan ini terjadi,remaja
akan mudah terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat.Antara contoh yang paling releven
ialah budaya black metal dalam kalangan remaja yang lahir sebagai akibat daripada pengaruh
budaya asing.
Di samping itu,ibu bapa turut menjadi faktor perdana apabila membincangkan isu yang
melibatkan remaja.Hal ini kerana ibu bapa sering dikatakan sebagai individu yang dekat dengan
remaja dan banyak mempengaruhi proses pembentukan diri remaja.Namun begitu,ibu bapa kini
mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka terhadap anak-anak.Hal ini kerana ibu bapa
kini rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri
mereka.Keadaan ini menyebabkan remaja membesar tanpa belaian kasih sayang dan perhatian
daripada kedua ibu dan bapa.Di sinilah timbulnya perasaan seolah-olah diri remaja tidak dihargai
dan terabai.Lebih-lebih lagi,apabila remaja berhadapan dengan masalah keluarga.Menurut Dr.
Syed Hasan Ahmad,apabila remaja membuat andaian bahawa ibu bapa cuai dalam
tanggungjawab mereka dan berlaku perkara tidak diingini dalam keluarga terbabit,remaja itu
akan berasa marah,kecewa,dan memendam perasaan. Justeru,remaja mengambil kesempatan
keluar untuk meneroka dunia yang penuh dengan penipuan dan jenayah kerana mereka
merasakan kehidupan menjadi kosong sebagai akibat keperluan emosi mereka yang tidak
dipenuhi dengan belaian kasih sayang oleh ibu bapa.Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa
merupakan aset signifikan dalam membentuk diri remaja.
Disuntik nilai tambahnya,kurang didikan agama dan moral turut menjadi punca gejala sosial
dalam kalangan remaja.Pendidikan agama dan moral perlu diberi keutamaan sejak anak-anak
masih kecil lagi kerana didikan yang cukup dan sempurna menjadi benteng yang kukuh untuk
menangkis segala anasir yang tidak baik seperti merokok,melepak,dan kegiatan lumba
haram.Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan peribahasa yang menjelaskan
kepada kita betapa pentingnya anak-anak dididik sejak kecil dengan didikan agama dan
moral.Akhbar Utusan Malaysia,30 September 2002,menyatakan bahawa sikap terpedaya dan
sukar mengawal nafsu dikenalpasti sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar
nikah yang seterusnya mengundang gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Di sini kita
dapat melihat peranan didikan agama dan moral dalam diri remaja kerana kita yakin dan percaya
bahawa apabila mereka mengetahui hukum-hukum agama,sudah pasti mereka tidak akan
menjerumukan diri ke dalam perkara yang ditegah oleh Tuhan.Selain itu,Nabi Muhammmad
S.A.W. sendiri mengingatkan kita agar meninggalkan akhlak yang buruk demi melahirkan jiwa
yang bersih dan tenang.Izharnya,mereka yang terlibat dengan gejala sosial adalah mereka yang
tidak menghayati ajaran agama.Ingatlah agama tanpa ilmu adalah buta,,manakala ilmu tanpa
agama adalah lumpuh.
Tambahan pula,selain ibu bapa,rakan sebaya turut menjadi punca berlakunya gejala sosial
dalam kalangan remaja.Hal ini kerana rakan sebaya merupakan individu yang rapat dengan
remaja selain ibu bapa.Malah remaja kini lebih banyak meluangkan masa dengan rakan
berbanding dengan keluarga.Hal ini menyebabkan remaja terlalu mempercayai rakan sehingga
sanggup melakukan apa sahaja bersama-sama tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan
tersebut.Selain itu,remaja takut diri mereka akan dipinggirkan daripada kumpulan rakan-rakan
sekiranya tidak mengikut perbuatan mereka.Contohnya,apabila sekumpulan pelajar
merokok,pasti remaja dalam kumpulan tersebut akan didesak supaya melakukan perbuatan yang
sama.Keadaan ini akan menimbulkan konflik dalam diri remaja yang tidak mahu disisihkan atau
dianggap tidak berani mencuba.Akhirnya,remaja akan memilih untuk menyertai rakan dengan
mengikut perbuatan mereka itu.Dalam hal ini,remaja perlu sedar bahawa mereka perlu bijak
memilih rakan.Hal ini kerana apabila berkawan dengan penjual minyak wangi,harumnya akan
melekat pada badan kita,manakala apabila berkawan dengan tukang besi,bahang kepanasan akan
turut kita rasai.Jelaslah bahawa rakan sebaya turut memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan diri remaja.
Di samping itu,pihak sekolah lebih mementingkan prestasi akademik pelajar berbanding
pembentukan sahsiah diri pelajar.Berdasarkan makalah yang dipetik daripada Dewan Masyarakat
keluaran bulan Mei 2004,terdapat sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) Pendang,yang bertindak ganas memukul seorang pelajar lelaki sehingga patah tulang
rusuk kanannya.Apabila disiasat,puncanya begitu remeh namun kemelut yang dicetuskan
menggemparkan negara berikutan persepsi pelajar sekolah yang cemerlang akademiknya turut
terlibat dalam gejala yang tidak sihat seumpama ini.Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa
remaja kini hanya diberi penekanan terhadap prestasi akademik dan tidak diberi penekanan
terhadap pembentukan sahsiah diri remaja.Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya gejala
sosial dalam kalangan remaja.
Akhir sekali,banyak faktor yang menyebabkan gejala sosial dalam kalangan remaja.Semua
pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dengan sempurna supaya dapat mengelakkan
fenomena ini daripada terus berleluasa.Gejala-gejala sosial ini sememangnya boleh ditangani
andai terdapat sinergi daripada semua pihak.Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada
jalan.Sesungguhnya,remaja merupakan harapan bangsa.Oleh itu,masalah yang membabitkan
golongan remaja tidak wajar dibiarkan begitu sahaja tanpa ada titik noktahnya.
Contoh Karangan SPM: Langkah-langkah mengatasi
Masalah Vandalisme dalam kalangan Pelajar
Era digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk masa
hadapan negara semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam kalangan pelajar
yang kian meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut kajian Kementerian
Pelajaran Malaysia, salah satu daripada lapan gejala salah laku pelajar yang semakin
menjadi-jadi kini ialah masalah vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau kegiatan
merosakkan harta benda awam bukan sahaja merugikan pelbagai pihak, malah turut
menjejaskan imej negara kita. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah
vandalisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan dengan segera.
Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan
masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak
terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-
anak juga patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-
lebih lagi, ibu bapa harus menyemai ilmu keagamaan dalam diri anak-anak sejak kecil
lagi kerana sesungguhnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian
kerana ilmu keagamaan mampu menjadi benteng utama dalam menghalang generasi
muda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme.
Jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka dengan sempurna, pasti masalah
vandalisme dapat diatasi dengan mudah.
Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka demi menangani
masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang ahli masyarakat, kita
harus peka terhadap situasi di sekeliling kita. Contohnya, jika terlihat perlakuan
vandalisme, kita patut melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pendek kata, kita tidak
patut bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Maka,
sekiranya masyarakat bersikap proaktif, pasti kegiatan vandalisme mampu
dikurangkan.
Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting dalam mengatasi
masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, undang-undang kini hanya
seperti melukut di tepi gantang kerana tidak mampu menunjukkan impak yang
signifikan dalam menangani gejala negatif dalam kalangan pelajar. Menyedari realiti ini,
pihak berkuasa perlulah menggubal undang-undang supaya hukuman yang lebih berat
dijatuhkan terhadap si pelaku vandalisme. Pada masa yang sama, pihak polis harus
menjalankan pemantauan yang lebih kerap dan ketat di kawasan yang berpotensi
tinggi berlakunya kegiatan vandalisme. Jika langkah-langkah ini dilaksanakan dengan
segera, sudah tentu masalah vandalisme boleh disifarkan dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan sekolah secara lebih tegas
terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar yang melakukan vandalisme di
dalam kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu
dirotan atau dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat menginsafkan
pelajar yang terlibat dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain.
Pihak sekolah juga harus mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan
terhadap pelajar yang terlibat dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu
menangani masalah vandalisme, tetapi turut dapat mengurangkan masalah-masalah
disiplin yang lain.
Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk
menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, semua pihak,
terutamanya ibu bapa, masyarakat, pihak kerajaan dan pihak sekolah harus berganding
bahu dan melaksanakan obligasi masing-masing demi mengurangkan gejala yang
semakin serius ini. Jika hasrat tersebut berjaya dilaksanakan, tidak mustahil negara
kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara
maju. Semoga dengan penyelesaian masalah ini, negara kita mampu merealisasikan
Wawasan 2020 dan terkenal di seantero dunia.
Masalah sosial di kalangan remaja semakin
berleluasa. Huraikan punca-punca
berlakunya masalah ini dan cara-cara untuk
mengatasinya.
Masalah sosial di kalangan remaja merupakan
fenomena yang semakin membimbangkan kita
pada hari ini. Masalah sosial seperti penagihan
dadah, salah laku pelajar, pergaulan bebas dan
sebagainya semakin berleluasa dan kian meningkat.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan
berlakunya masalah sosial. Salah satu daripadanya
ialah krisis keluarga yang
menyebabkan kawalan
sosial ke atas anak-anak
diabaikan. Ibu bapa yang
sering bertengkar sudah
pasti tidak dapat mengasuh
dan mendidik anak-anak
mereka dengan sempurna.
Keadaan ini bertambah
buruk apabila ada di
kalangan ibu bapa yang
sibuk dengan tugas di
pejabat sehingga
mengabaikan
tanggungjawab mereka
untuk mengawasi tingkah
laku anak-anak mereka.
Akibatnya, terdapat
anak-anak yang melarikan
diri dari rumah, bergaul dengan
kawan-kawan yang jahat dan dari sini bermulalah
segala masalah sosial yang tersebut di atas.
Di samping ibu bapa, masalah sosial juga
berpunca daripada pengaruh media massa. Dalam
zaman teknologi yang berkembang pesat ini, para
remaja terdedah kepada pelbagai pengaruh yang
negatif melalui internet dan banyak saluran yang
lain sehingga minda mereka mudah diracuni oleh
unsur-unsur yang kurang sihat. Di samping itu
tuntutan modenisasi juga turut memberi tekanan
kepada remaja yang inginkan kebebasan untuk
lepas daripada kongkongan keluarga dan menuntut
hak-hak individu menyebabkan para remaja
menolak autoriti ibu bapa yang mengawal tingkah
laku mereka.
Masalah sosial ini juga berkait rapat dengan
kemerosotan disiplin di sekolah. Disebabkan pihak
sekolah tidak mengenakan hukuman yang tegas
terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin,
maka pelajar-pelajar ini berani untuk melakukan
perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh
seorang pelajar seperti merokok. Tabiat ini akan
dibawa-bawa oleh mereka apabila meninggalkan
bangku sekolah kelak. Mereka akan semakin berani
untuk melakukan perkara-perkara yang pada
akhirnya akan menyumbang kepada menularnya
masalah sosial seperti merokok, menyalahgunakan
dadah, hubungan seks rambang dan sebagainya.
Untuk mengurangkan masalah sosial, ibu bapa
harus mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni
serta ajaran-ajaran agama
yang sempurna kepada
anak-anak mereka supaya
anak-anak mereka menjadi
remaja yang bermoral dan
berakhlak mulia. Para ibu
bapa perlu memahami
masalah anak mereka dan
menjadikan anak mereka sebagai kawan dan
bukannya lawan. Selain itu ahli keluarga yang telah
dewasa iaitu abang atau kakak seharusnya
membantu ibu bapa mereka dalam memantau dan
mengawal adik-adik mereka daripada melakukan
sesuatu perbuatan yang boleh menyumbang kepada
berlakunya masalah sosial.
Di peringkat sekolah, para guru berperanan
mengawal pelajar mereka daripada melakukan
gejala sosial. Secara dekat para guru perlu
mendampingi setiap pelajar dan memahami
permasalahan mereka. Para guru harus peka dan
bersikap terbuka serta sentiasa memberikan
dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan
membuka ruang bagi para pelajar untuk
membincangkan dan berkongsi masalah yang
dihadapi oleh mereka.
Di samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan.
Hubungan erat antara para guru dengan ibu bapa
pelajar perlu ditingkatkan. Pihak sekolah juga boleh
memberikan kaunseling kepada pelajar yang
bermasalah agar pelajar tersebut tidak berasa dirinya
dipinggirkan.
Kesimpulannya, untuk membendung masalah
sosial ini daripada terus menular, pelbagai pihak
yang terlibat harus berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing. Jika semua
pihak dapat bekerjasama seperti mana yang
diharapkan, tidak ada sebab mengapa masalah
sosial di kalangan remaja tidak dapat dibendung.
Kesan-kesan Masalah Gejala Sosial
Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang
begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama
dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan
jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana
untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan
kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri
bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi
seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh
memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Kesan Ke atas Individu
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya,
ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu
yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding
individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh
oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik
seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya,
kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya
memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan
memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian
dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan
menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak
seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan
yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan
memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya
akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak
terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah
sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis
dan masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan
moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan
masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihakpihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak
kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan
keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat
kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan
segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai
akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat.
Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar
jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar
keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Kesan Ke atas Negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara
akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan
pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana
wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini
menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial
ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya
anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak
tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak
remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari
ini tentulah serong dan buruk.