Anda di halaman 1dari 7

3.

0 BINCANGKAN PERKAITAN DI ANTARA EKLIPTIK DENGAN ALTITUT


DAN AZIMUTH MATAHARI SETIAP HARI DI TEMPAT-TEMPAT YANG
BERBEZA
Ekliptik matahari adalah laluan lintasan matahari yang tidak dapat dilihat dengan
mata. Altitut pula adalah ketinggian sesuatu objek atau jarak sudut sesuatu objek relative
kepada garisan horizon. Azimuth pula adalah sudut mendatar yang dikira mengikut arah jam
daripada arah rujukan, kebiasaanya utara, dengan satu titik di garisan horizon yang
menyilangi satu titik altitude bagi objek tersebut. Ekliptik, azimuth serta altitut mempunyai
perkaitan antara satu sama lain setiap hari ditempat yang berbeza dan musim.

Satah ekliptk mempunyai perkaitan dengan perubahan suhu bumi. Paksi putarannya
adalah 23.5 darjah yang condong bersudut tepat dengan satah ekliptik. Perubahan ini berlaku
kerana paksi putaran bumi tidak berserenjang dengan satah orbit, Paksi khatulistiwa tidak
selari dengan satah ekliptik, tetapi membuat sudut kira-kira 23 26 darjah, yang dikenali
sebagai kecondongan paksi. Sudut kecondongan seperti ini menyebabkan beberapa kawasan
di bumi mengalami perubahan musim pada masa- masa tertentu.

Hal ini dapat dilihat apabila satu hemisfera adalah sentiasa condong menghampiri
matahari dan satu hemisfera sentiasa menjauhi matahari. Dengan kata lain,ekliptik matahari
yang tidak selari dengan satah khatulistiwa inilah menyebabkan ada bahagian di bumi pada
masa tertentu mengalami musim-musim yang berbeza-beza antara satu tempat ke tempat
yang lain.

Hemisfera yang condong lebih dekat kepada matahari menerima lebih banyak sinaran
matahari dan mengalami suhu musim panas. Manakala,hemisfera yang condong lebih jauh
daripada matahari menerima sedikit sinar langsung yang menyebabkan suhu yang lebih
rendah atau musim sejuk. Manakala sesuatu paksi putaran yang selari atau berserenjang
dengan satah ekliptik, bumi tidak akan mengalami apa-apa musim.

Contohnya, perkara seperti ini boleh dilihat apabila hemisfera utara mengalami
musim panas manakala hemisfera selatan mengalami musim sejuk dan pada bulan Jun.
keadaan ini dikenali sebagai solstice musim panas. Pada waktu ini, hemisfera utara adalah
lebih tertumpu kearah matahari. Perkara seperti ini boleh dilihat pada bulan disember
sehingga Mac. Altitut dan azimuth matahari pada ketika ini adalah berbeza antara hemisfera
selatand an hemisfera utara.

Kecondongan pada paksi bumi iaitu (2326,), juga inimenyebabkan bahagian
hemisfera utara menerima cahaya matahari lebih jauh dan berada jauh dari matahari
berbanding hemisfera selatan iaitu pada masa ini menerima cahaya matahari secara dekat.
Secara ringkasnya, hemisfera utara mengalami musim sejuk, manakala hemisfera selatan
mengalami musim panas pada hujung disember, iaitu bermula dari 21 atau 22 Disember.
Musim ini dipanggil sebagai soltis musim sejuk. Manakala soltis panas berlaku pada
hemisfera utara pada 21 atau 22 june.

Pada hujung bulan Disember matahari juga dilihat berada di kedudukan atas kepala
relatif kepada pemerhati yang berada di kawasan yang berada di hemisfera selatan.
Kedudukan matahari paling tinggi ini dikenali sebagai zenith. Zenith matahari pada jangka
masa ini berada pada altitude 90 ( altitude tertinggi daripada horizon ). Orang-orang yang
berada di hemisfera selatan ini akan melihat matahari berada di kedudukan atas kepala,
namun ini tidak berlaku kepada orang-orang yang berada di bahagian khatulistiwa dan juga di
hemisfera utara.

Ekliptik matahari pada ketika ini berada jauh dari Khatulistiwa dan juga Hemisfera
utara. Oleh yang demikian bahagian utara di hemisfera selatan akan melihat altitude
matahari dalam kedudukan lebih rendah kerana matahari terletak jauh dari bahagian itu
(khatulistiwa dan hemisfera utara). Kedudukan jauh dari matahari menyebabkan kawasan
tersebut tidak menerima lebih cahaya matahari. Maka penduduk di kawasan khatulistiwa dan
hemisfera utara melihat kedudukan matahari adalah lebih rendah daripada 90.

Pada bulan Mac ekliptik matahari akan berada di khatulististiwa, hal ini menyebabkan
altitut dan azimuth matahari relatif kepada pemerhati akan berbeza antara pemerhati di
bahagian hemisfera selatan, Khatulistiwa dan juga pemerhati di Hemisfera Utara. Pada bulan
ini secara khususnya, hemisfera utara mengalami musim bunga atau dipanggil sebagai
spring equinox.equinox bermaksud sama iaitu temapoh masa bagi malam dan siang adalah
sama.

Seterusnya pada 21 atau 22 june, ekliptik matahari akan paling hampir di Hemsifera
Utara yang mana hemisfera utara akan lebih condong dan lebih dekat kepada matahari.
Perbezaan altitude dan azimuth matahari pada ketika ini meneybabkan perbezaan pada
bahagian-bahagian bumi. Dengan kata lain, hemisfera utara mengalami musim panas iaitu
soltis musim panas dan hemisfera selatan pula mengalami soltis musim sejuk.

Pada bulan September pula matahari berada tepat di garisan khatulistiwa. Pada ketika
ini, tempoh masa semua tempat di bumi bagi siang dan malam adalah sama panjang. Pada
bulan September ini dipanggil sebagai fall equinox pada hemisfera utara dan spring
equinox pada hemisfera selatan.


Rajah 7: Soltis Matahari

Terdapat beberapa tempat didunia yang mempunyai empat musim. Kawasan yang
berbeza mempunyai musim yang berbeza-beza. Perbezaan musim terjadi kerana hemisfera
utara dan di hemisfera selatan yang kecondongan paksi.
4.0 BINCANGKAN PERKAITAN PERGERAKAN BULAN MENGELILINGI
BUMI DAN MASA TERBIT DAN TERBENAM BULAN
Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Ia mengorbit Bumi, sama seperti Bumi
mengorbit Matahari. Pergerakan Bulan pada orbitnya mengelilingi Bumi menyebabkan
beberapa keadaan dan ia memberi pengaruh besar pada Bumi. Paksi putaran Bulan sama
seperti Bumi, adalah condong sedikit. Para ahli astronomi mengukur kecondongan paksi
relatif kepada garisan tegak lurus permukaan rata ekliptik, iaitu permukaan imaginasi melalui
orbit Bumi mengelilingi Matahari. Paksi Bumi condong 23.5 darjah dari garisan tegak.
Tetapi paksi Bulan hanya 1.5 darjah.


Rajah 8: Pergerakan Bulan
Bulan mengorbit mengelilingi bumi sama seperti bumi mengorbit matahari..
Pergerakan bulan pada orbitnya mengelilingi bumi memberi beberapa keadaan dan memberi
pengaruh besar kepada bumi. Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan
dilihat mempunyai fasa-fasa tertentu di langit.

Perubahan fasa-fasa bulan terjadi disebabkan oleh terdapatnya perbezaan sudut dari
tempat yang kita lihat pada bulan. Bulan tidak menghasilkan cahayanya tersendiri tetapi
cahaya itu dipantulkan oleh cahaya matahari. Bulan mempunyai empat fasa tertentu dalam
satu kitaran dan berulang-ulang dalam masa 29.5 hari. Perubahan fasa ini adalah dalam
keadaan yang tersusun mengikut urutannya tersendiri.


Rajah 9: fasa-fasa bulan

Fasa Bulan terdiri daripada:
Anak bulan
Bulan sabit
Bulan separa
Bulan purnama / penuh

Fasa pertama bulan adalah anak bulan. Anak bulan ini secara kasarnya berkedudukan
yang sama dengan matahari dan secara tidak langsung fasa ini tidakkelihatan di bumi. Pada
fasa ini, buan dan matahari terbit pada masa yang sama dari timurke barat.

Fasa yang kedua adalah bulan sabit baru. Apabila bulan mengorbit bumi, kita
akanmeihat fasa-fasa bulan ini dari satu bentuk ke bentuk yang lain. ). Fasa bulan ini dapat
dilihat sehari selepas anak bulan.

Seterusnya selepas satu minggu, separa bulan pula kelihatan.Seminggu selepas itu,
fasa bulan hampir purnama pula kelihatan. Dua minggu selepas anak bulan kelihatan, bulan
sekarang melalui separuh fasa keseluruhannya. Sekarang, fasa bulan penuh kelihatan dengan
jelas di langit. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bulan terbit lebih kurang sama dengan
masa matahari terbit dan juga terbenam dalam masa yang sama.

Selepas itu adalah fasa bulan hampir purnama lama. Kemudian diikuti dengan fasa
bulansepara lama di mana hanya separuh bahagian yang bersinar. Bulan kelihatan semakin
mengecil di mana ia adalah fasa bulan sabit lama. Kemudian, kitaran ini akan berulang dan
anak bulan akan menyusuri fasa yang seterusnya dan diikuti dengan fasa-fasa yang lain.
Hampir empat minggu, ulan melalui fasa-fasanya. Apabila habis satu kitaran fasa
bulan,kitaran yang baru akan bermula semula.

Masa terbit dan terbenam matahari bergantung kepada fasa- fasa bulan itu sendiri.
kadang kala bulan kelihatan pada siang hari dan kadangkala pada malam hari. Anak bulan
terbit semasa subuh dan terbenam ketika terbenam matahari. Manakala bulan sabit baru pula
terbit selepas terbenam matahari.

Masa terbit dan terbenam bulan adalah bergantung kepada fasa-fasa bulan itusendiri.
Bulan akan terbit di antara 30 minit atau 70 minit daripada hari sebelumnyasetiap hari. Pada
fasa anak bulan, bulan terbit dan terbenam hampir sama dengan masa terbit dan terbenam
matahari. Apabila hari demi hari menyusul, di mana fasabulan berubah kepada anak
bulan,bulan sabit, bulan separa, separa purnama dan hampir kepada bulan purnama, bulan
terbit pada waktu siang (selepas matahari terbit) dan masa terbit bulan meningkat setiap hari
sama ada 30 minit atau 70 minit kemudian seperti rajah di bawah. Seterusnya, bulan
terbenam pada waktu malamdan semakin lambat setiap malam dengan peningkatan 30 minit
atau 70 minit setiap malam.

Semasa bulan separa baru, ia terbit pada pukul 12.00 tengah hari dan tenggelam pada
pukul 12.00 tengah malam. Bagi bulan hampir purnama baru, ia terbit pada pukul 3.00 petang
dan tenggelam pada pukul 3.00 pagi. Bulan purnama pula, ia terbit pada pukul 6.00 petang
dantenggelam pada pukul 6.00 pagi. Bagi bulan hampir purnama lama, ia terbit pada pukul
9.00malam dan tenggelam pada pukul 9.00 pagi. Bagi bulan separa lama, ia terbit pada
pukul12.00 tengah malam dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah hari. Bagi bulan sabit
lama, iaterbit pada pukul 3.00 pagi dan tenggelam pada pukul 3.00 petang.


RUJUKAN

http://www.scribd.com/doc/169319551/Matahari-3-A

http://www.scribd.com/doc/164746422/FASA-BULAN-2

http://doddys.wordpress.com/2006/10/06/batuan-batuan-di-bumi-jenis-dan-terbentuknya/

http://www.fisikanet.lipi.go.id/utama.cgi?fenomena&1352896307

Anda mungkin juga menyukai