Anda di halaman 1dari 19

Mungkin setiap guru yang tidak hadir ke sekolah ada alasan yang tersendiri. Sakit?

Ada
masalah keluarga? Berjauhan dari keluarga? Masalah kewangan? Stress? 1001 alasan..
tetapi kadangkala suara dan kebajikan guru kurang diberi perhatian oleh pihak
pengurusan. Inilah kesannya.. Apabila sudah ada laporan rasmi, maka tindakan yang
sewajarnya perlu diambil.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MENJAGA PROFESION KEGURUAN INI...

"Guru Cemerlang, Negara Terbilang"...
Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga (2002), ponteng dari
segi bahasa boleh
didefinisikan sebagai kecoh,
tipu, lari daripada tugas yakni
tanggungjawab dan lain-lain.
Dari segi istilah merujuk
kepada tidak hadir
bertugas tanpa sebarang
surat akuan
sakit mahupun apa-apa
sebab yang munasabah.
Menurut Cascio
(2005),ketidakhadiran bermaksud
apa-apa sahaja kegagalan
seseorang pekerja daripada
melaporkan diri ataupun tidak
berada di tempat kerja mengikut
masa yang telah ditetapkan atas
apa alasan sekalipun.
Guru ponteng bermaksud guru
yang lari daripada melakukan
tugas yang diamanahkan
kepada mereka, sama ada tugas
utama iaitu mengajar atau tugas-
tugas sampingan seperti hadir
mesyuarat, melaksanakan program
dan sebagainya.
Ponteng
Ponteng sekolah
- Bermaksud guru tidak
hadir bertugas ke
sekolah tanpa sebab
atau dengan sebab
yang tidak munasabah.
Ponteng jenis ini
memberi kesan yang
sangat besar
kepada pembangunan
dan pencapaian
sesebuah sekolah dan
muridnya. Antara
alasan-alasan yang
sering diguna oleh guru
ialah kurang sihat dan
anak kurang sihat.
Ponteng kelas
- Bermaksud guru tidak
masuk mengajar ke
kelas atau lewat wasuk
ke dalam kelas dengan
sengaja atau keluar
lebih awal sebelum
masa pengajaran
dan pembelajaran
tamat tanpa alasan
yang munasabah.
Sikap guru yang lebih
suka melepak di kantin
sekolah, berbual atau
bersembang kosong
dengan rakan, melayari
facebook dan
sebagainya.
Ponteng tugasan
- Tidak melaksanakan
arahan yang diberikan
oleh pihak
pentadbir sekolah.
Contohnya guru
tidak menghadirkan diri
dalam sesi mesyuarat
yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah, tidak
menghadirikan diri
semasa aktiviti atau
kegiatan ko-kurikulum
dijalankan, tidak
menyertai program yang
dilaksanakan di sekolah
tanpa alasan yang
munasabah dan kukuh,
tidak menyiapkan kerja
dan sebagainya.
Faktor-
faktor
Dalaman
Luaran
Kurang
Pegangan
Agama
Cthnya dalam agama
Islam mengajar umatnya
bekerja dengan ikhlas,
amanah dan penuh
bertanggungjawab.
Guru perlu menjadikan
pekerjaan sebagai satu
sumber yang halal untuk
dinikmati oleh anak
2
dan
ahli keluarga.
Kurang
Motivasi Dari
Dalaman Guru
Guru terbeban
dengan hal
2

persekitaran.
Tanpa motivasi diri,
seorang guru mudah
untuk hilang fokus,
luntur komitmen dan
lain-lain.
Gangguan
Emosi
Emosi yang tidak
stabil
menyebabkan
kemurungan.
Kemurungan boleh
menyebabkan
seseorang
mengasingkan diri
daripada kelompok
rakan dan masyarakat.
Sifat Yang
Tidak Ikhlas
Ikhlas boleh
membentuk nilai
2
yang
lain. Ikhlaslah yang
melahirkan intergriti,
produktiviti dan kualiti
dalam pekerjaan.
Jika seseorang guru itu
tidak ikhlas, sukar
baginya untuk
menumpukan perhatian
terhadap bidang
tugasnya.
Tekanan Beban
Kerja
Guru yang mengalami
tekanan adalah guru
yang tidak dapat
mengawal emosi
terhadap perubahan
budaya pendidikan.
Guru terpaksa kerja
lebih masa, perkeranian,
penyediaan ABM,
menghadiri kursus dan
sebagainya.
Murid Tidak
Menghormati
Guru
Dalam era moden ini,
segelintir murid kurang
menghargai guru mereka.
Mereka lebih gemar
jadikan artis luar sebagai
idola berbanding dengan
guru.
Murid menconteng
kereta guru, tidak
menyiapkan kerja
rumah, guru diugut
dan sebagainya.
Kurang galakan
dan pemantauan
dari pentadbir
Pentadbir yang
prihatin akan
mengambil berat
tentang masalah
orang bawahan.
Pentadbir perlu mengambil
tindakan serta merta ke
atas guru yang sering
ponteng bagi
mengelakkan gejala ini
diikuti oleh guru-guru lain.
Pengaruh rakan-
rakan
Pengaruh rakan
sekerja juga boleh
mempengaruhi isu
ponteng dikalangan
guru.
Guru yang baru
misalnya akan mudah
terikut-ikut dengan
perangai guru-guru
yang senior.
Apabila guru poteng, murid akan
ketinggalan dalam pelajaran. Banyak
berlaku keciciran dalam kalangan murid.
Murid
Apabila murid mendapat keputusan yang
merosot, pihak sekolah akan menjawab
segala punca-punca berlakunya
kemerosotan kepada pihak jabatan.
Sekolah
Kesan daripada tindakan segelintir guru
yang ponteng, seluruh institusi keguruan
akan mendapat nama buruk. Masyarakat
lebih cenderung menilai sesuatu yang
negatif daripada yang positif.
Profesion
perguruan
Ibu bapa akan berasa terkilan sekiranya
guru yang dibayar gaji untuk mengajar
anak mereka tidak melaksanakan
tanggungjawab dengan sepenuh hati.
Ibu bapa
Pihak
Pentadbir
Pihak
guru
Perbincangan
Mengadakan
perbincangan
dengan guru
yang selalu
ponteng.
Motivasi dan juga
nasihat haruslah
diberikan untuk
mengelakkan
perkara yang
sama berulang.
Surat Tunjuk
Sebab
Sekiranya masih
juga berulang,
surat tunjuk
sebab harus
diberikan sebagai
amaran.
Langkah ini
menunjukkan
yang pihak
sekolah
mengambil berat
berkenaan
dengan salah laku
ini.
Merujuk
kepada
Lembaga
Tatatertib
Guru Besar
mempunyai kuasa
untuk merujuk
guru bermasalah
ini kepada
lembaga tatatertib
selaras dengan
Peraturan 25(1)
yang terkandung
dalam Peraturan-
Peraturan
Pegawai Awam
(Kelakuan dan
Tatatertib) 1993
Bahagian III.
Kembali
Kepada
Pegangan
Agama
Dengan
mendalami ilmu
agama,
seseorang guru
itu akan sedar
peranan dan
tanggungjawab
yang
diamanahkan.
Memotivasi-
kan diri
sendiri
Mempunyai
kekuatan
dalaman
untuk
menaikkan
semangat diri
bagi
menghadapi
masalah
tertentu.
Menghadiri
sesi
kaunseling
Seandainya
masalah yang
sama masih
berpanjangan,
adalah lebih
baik
seseorang
guru itu untuk
menghadiri
sesi
kaunseling
untuk mencari
jalan keluar.
Isu ponteng bukan sekadar melanggar etika
profesion perguruan, malah kesannya boleh
mempengaruhi semua pihak termasuklah murid,
sekolah, ibubapa dan masyarakat sekeliling.
Pemantauan daripada pihak pentadbir dan pihak
jabatan untuk memastikan masalah ponteng
dapat dibendung.

Anda mungkin juga menyukai