Anda di halaman 1dari 21

Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10

TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia


Menangani Stress
1

Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress



Dipersembahkan oleh: www.TambahKetinggian.com
Email : support@tambahketinggian.com


Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
2




Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress adalah produk
digital daripada www.TambahKetinggian.com.com
Tahniah! Anda telah memdownload E-Book
yang penuh dengan informasi berharga
untuk membuka jalan anda menuju
kejayaan dalam kehidupan.
Anda dilarang untuk mengubah semua kandungan yang
terdapat di dalam E-Book ini tanpa kebenaran dan
pengetahuan pihak TambahKetinggian.com




Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
3







"Banyak kunci rahsia kehidupan yang telah diajar
sejak berzaman dahulu dan ia telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan manusia dari
masa ke semasa. Tetapi ia tidaklah disebut
sebagai rahsia tanpa sebarang alasan.
Kunci kejayaan tersebut disebut RAHSIA bukan
kerana terdapat perkara-perkara yang
tersembunyi, tetapi kerana sampai bila-bila pun
hanya akan ada sedikit orang sahaja yang boleh
dan bersedia untuk mendengar atau
mengetahuinya"
.. Petikan dari Kitab Klasik Kuno India ribuan tahun dahulu

Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
4













Prinsip 90/10
10% kejadian di dalam kehidupan kita
berlaku dengan sendirinya tanpa kita
mampu mengawalnya.
90% kejadian lagi pula adalah kesan
maklum- balas atau keputusan yang telah
kita buat di dalam kehidupan.
Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
5

Hasil satu kajian di Amerika Syarikat telah menunjukkan
bahawa Prinsip 90/10 memberi kesan yang luar biasa
untuk mengurangkan tekanan dan merubah hidup
seseorang
untuk mencapai
kejayaan dan
kebahagiaan.
Jutaan orang di
dunia derita
mengalami
tekanan hidup,
sakit jantung,
sakit kepala dan
masalah
kesihatan lain
serta
mengalami
pelbagai kesulitan di dalam kehidupan mereka. Ianya
disebabkan hanya sedikit sahaja orang yang mengetahui
dan mengamalkan Prinsip 90/10 ini.





Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
6

Ramai orang yang gagal mengecapi kejayaan dan
kebahagiaan yang diidamkan di dalam kehidupan.
Mereka sebenarnya tidak mengetahui yakni 10%
kehidupan kita terdiri daripada kejadian-kejadian yang di
luar kawalan manusia dan 90% lagi ditentukan oleh
bagaimana kita bertindak balas terhadap kejadian yang
10% itu.
Apa maksudnya rahsia atau prinsip ini? Kita memang
tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kejadian 10%
yang akan berlaku kepada diri kita. Sebagai contoh, di
dalam perjalanan di atas jalan raya, kita tidak dapat
mengelak dari kereta yang hilang kawalan dari arah
bertentangan jalan melanggar kereta kita.
Contoh lain, kapal terbang yang kita naiki lambat sampai
ke destinasi. Ianya menyebabkan semua jadual
mesyuarat dan aktiviti perniagaan kita terganggu. Jelas
kita tidak dapat mengawal semua kejadian-kejadian yang
10% itu.
Berbeza dengan kejadian 90% lagi itu, kita boleh
mengawalnya. Bagaimana caranya? Ianya dengan kita
bertindak balas terhadap kejadian yang berlaku di
sekeliling kehidupan kita. Kita tidak boleh menukar
lampu isyarat merah, kuning atau hijau. Tetapi kita boleh
mengawal tindak balas kita terhadap kejadian tersebut.

Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
7

Prinsip 90/10 ini ternyata sesuai dengan ajaran Islam
seperti di dalam firman Allah SWT dan hadis-hadis Nabi
Muhammad SAW yakni, kita hendaklah BERSABAR di
dalam menghadapi segala musibah, dugaan ataupun
kesukaran di dalam hidup kita.







Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
8


CONTOH KEJADIAN
Anda sedang bersarapan pagi bersama keluarga di
rumah. Tiba-tiba anak gadis anda terlanggar secawan
kopi di atas meja dan tercurah ke kemeja putih yang
anda pakai. Anda tidak dapat mengawal kejadian itu
berlaku sebentar tadi.
Apa yang terjadi selepas kejadian itu ialah bagaimana
kita bertindak balas terhadap kejadian diluar kawalan itu
tadi. Anda memarahi anak gadis anda kerana dia telah
menumpahkan kopi ke kemeja anda.
Anak anda akhirnya menangis setelah anda
memarahinya. Kemudian, anda memandang isteri anda
dan memerlinya secara pedas kerana sebab dialah
perkara ini berlaku disebabkan dia meletakkan cawan
kopi itu di tepi meja makan. Maka, berperang mulutlah
antara anda dan isteri.
Sambil mengomel, anda beredar ke bilik dan
menggantikan kemeja. Setelah kembali semula ke meja
makan, anda dapati anak gadis anda masih teresak-esak
menangis sambil menyudahkan sarapan paginya dan
bersiap ke sekolah. Oleh kerana masa telah terganggu
Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
9

dengan kejadian tadi, anak gadis anda tertinggal bas
sekolah, sementara isteri anda sudah lewat ke pejabat.
Anda dan anak bergegas ke kereta untuk menghantarnya
ke sekolah. Kerana telah lewat sangat, anda memandu
laju dan melanggar lampu merah. Datang pula dari arah
belakang seorang polis trafik mengejar anda dan
mengarahkan anda untuk berhenti. Saman dikeluarkan
setelah 30 minit menjawab pertanyaan dan nasihat polis
trafik tersebut. Kemudian anda bergerak ke sekolah anak
anda dan akhirnya sampai juga.
Setelah anda memberhentikan kereta, anak anda terus
keluar dari kereta dan berlari menuju pintu pagar
sekolah tanpa bersalaman dan mencium tangan anda.
Sampai sahaja di pejabat, anda telah terlewat 30 minit
dan baru menyedari beg kerja anda tertinggal di rumah.
Anda telah memulakan hari itu dengan mood yang yang
tidak baik.
Sekiranya anda berlanjutan hilang mood pada hari
tersebut hingga waktu pulang ke rumah, ianya akan
memburukkan lagi keadaan. Anda pulang dengan
perasaan hati yang masih lagi panas dan anda mulai
merasakan hubungan anda antara anak dan isteri sedikit
regang.
Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
10


Kenapa perkara ini terjadi? Ini adalah disebabkan
bagaimana tindakan anda terhadap kejadian yang telah
berlaku pagi tadi.
Kenapa anda menghadapai hari yang teruk?
A) Apakah kopi yang tertumpah ke kemeja itu menjadi
penyebabnya?
B) Apakah anak gadis anda menjadi penyebabnya?
C) Apakah kerana polis trafik yang telah menahan anda
di jalan raya tadi?
D) Apakah diri anda sendiri yang menjadi penyebabnya?
Jawapannya ialah D.
Anda tidak dapat mengawal daripada kopi tertumpah ke
kemeja anda. Bagaimana anda bertindak balas 10 saat
hingga 1 minit selepas kejadian itu berlaku adalah
penyebab hari itu menjadi hari yang paling teruk bagi
anda.


Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
11



Apakah reaksi anda sekiranya terdapat kereta lain dari
belakang memotong kereta anda?
Anda berasa sangat marah dan tidak dapat
mengawalnya?
Anda memukul-mukul stereng?
Anda menyumpah seranah?
Adakah tekanan darah anda akan naik?
Apakah anda berusaha melanggar kereta yang telah
memotong barisan anda tadi?







Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
12



SIAPA PEDULI kalau anda terlewat 50 saat sampai ke
pejabat?
Kenapa membiarkan kereta yang memotong barisan
anda tadi merosakkan ketenangan perjalanan anda?
Ingat Prinsip 90/10 dan jangan risau ataupun menjadi
beremosi di dalam menghadapi setiap kejadian yang
menimpa diri anda.
Contoh lain, anda diberitahu bahawa anda telah dipecat
oleh majikan anda. Kenapa perlu kurang tidur dan
merasa sakit hati? Tindakan sebegitu tiada gunanya.
Lebih baik anda gunakan tenaga dan waktu kerisauan
dan kesedihan anda itu untuk mencari pekerjaan baru.
Kapal terbang yang anda naiki terlambat tiba ke
destinasi. Ini pasti merosakkan jadual acara anda dalam
sehari itu. Kenapa perlu berasa kecewa kepada
pramugari kapal terbang tersebut? Dia sendiri juga tidak
dapat mengawal apa yang terjadi.
Lebih baik gunakan waktu itu untuk membaca, berbual
dengan pramugari atau berkenalan dengan penumpang
lain. Kenapa harus tertekan? Itu hanya akan membuat
Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
13

keadaan yang sudah sedia tidak baik menjadi semakin
teruk.

BERTINDAK BALAS dengan cara yang betul
Berikut adalah cara tindak balas yang betul terhadap
kejadian tumpahan air kopi tadi. Secawan kopi di atas
meja makan yang tertumpah ke kemeja anda. Anak gadis
anda hampir menangis kerana rasa bersalah dan
ketakutan akan dimarahi oleh anda. Tetapi anda
bersikap lembut dan dengan penuh kasih saying berkata,
Tiada apa-apa sayang, tetapi lain kali kamu harus
berhati-hati ya. Anda mengambil kain bersih dan
mengelap baju anda dan kemudian ke bilik untuk
menukar pakaian.
Selepas menggantikan kemeja, anda mengambil beg
pejabat anda dan kembali ke ruang makan. Melalui
tingkap, terlihat anak kesayangan anda sedang menaiki
bas sekolah. Dia memandang dan melambaikan tangan.
Anda mencium isteri anda sebelum bergerak ke tempat
kerja masing-masing. Anda tiba di pejabat lima minit
lebih awal dan dengan air muka yang ceria. Rakan-rakan
pejabat anda menyapa anda dan anda berbalas sapaan
dengan senyuman manis.
Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
14

Perhatikan dan rasakan perbezaannya daripada tindak
balas anda di dalam kedua-dua situasi tadi.

Dua senario yang berbeza tetapi pembukaan kejadian
yang sama. Kedua-dua senario tersebut berakhir dengan
keadaan yang berbeza. Kenapa? Kerana ianya
bergantung kepada cara anda bertindak kepada sesuatu
kejadian. Anda sama sekali tidak dapat mengawal
kejadian 10% tersebut berlaku ke atas diri anda. Kejadian
90% itu pula ditentukan oleh tidak balas anda sendiri.









Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
15




Cara untuk menerapkan Prinsip 90/10:-
Apabila seseorang mengkritik atau mengutuk anda
dengan sesuatu yang negatif, jangan anda membela diri
atau marah atau menyerang kembali orang tersebut.
Biarkan kritikan atau kutukan itu diberi bagaikan air yang
mengisi sebuah gelas. Anda harus membiarkan kritikan
atau kutukan negatif tersebut mengalir begitu sahaja
dan ia mungkin dapat mempengaruhi diri anda juga.
Bertindak
balaslah secara
baik, kemas dan
bersopan dan
dengan cara
tersebut pasti
ianya tidak
merosakkan hari
anda.
Suatu tindak
balas yang tidak
Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
16

baik mampu menjadikan anda kehilangan kawan, putus
cinta, bergaduh dengan isteri, dipecat oleh majikan,
peningkatan tekanan darah, serangan jantung atau
bahkan mendapat nasib yang tidak baik.
Kesan suatu tindakan yang betul dan bersopan santun
akan membolahkan kita mendapat kawan baru.
Sekiranya di rumah, hubungan keluarga menjadi semakin
erat. Sekiranya di pejabat pula, ianya akan disenangi
oleh orang atasan dan juga pekerja-pekerja kita, suasana
pejabat menjadi semakin baik dan anda dapat kenaikan
pangkat.



Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
17




Kesabaran
Prinsip 90/10 ternyata suatu kaedah di dalam ajaran
Islam iaitu
kesabaran di
dalam tindak
tanduk kita
terhadap semua
kejadian yang
menimpa diri kita
yang mana ianya
diluar kawalan kita
sebagai manusia.
Kunci utama
bertindak balas
dengan baik di
dalam setiap
kejadian atau
perkara yang menimpa diri kita ialah sabar. Sabar
merupakan kunci kecerdasan emosi dan juga kunci
menuju kejayaan di dalam hidup.
Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
18



Firman Allah SWT, di dalam Surah Al-Baqarah ayat 155,
ertinya : Sesungguhnya Kami (Allah) akan
mendatangkan sedikit dugaan kepada kamu yang
merupakan ketakutan lapar, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan, maka bergembiralah orang-orang yang
sabar.
Nabi Muhammad SAW bersabda: Tidak ada yang
pernah diberikan Allah kepada seseorang manusia yang
lebih baik dan lebih besar daripada kesabaran. Orang
yang beruntung dan berbahagia di dunia ini bukanlah
orang kaya, tetapi orang diberikan Allah sifat sabar atau
kesabaran. Memiliki harta yang banyak, seorang manusia
belum tentu dapat merasakan kebahagiaan dan
ketenteraman dalam hidup. Tetapi dengan sabar,
seorang hamba Allah dapat merasakan ketenteraman
dan berasa beruntung, bahagia dan hidup tenang.
Alangkah indahnya, dengan kesabaran, manusia dapat
hidup gembira walaupun di dalam kesusahan, dapat
ketawa di dalam menghadapi bahaya yang mendatang.
Bahkan ada di antara Wali Allah yang begitu tinggi darjat
keimanan dan kesabarannya, lebih rasa gembira dan
Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
19

suka apabila ditimpa kesusahan dan musibah. Mereka
berasa risau apabila mendapat kesenangan dan
keuntungan.
Bagi mereka, setiap musibah dan kesedihan yang
menimpa mereka, dianggap sebagai ujian keimanan dari
Allah SWT. Apabila mereka menahan dan tabahkan hati
menerima dugaan itu, berulang kali Al-Quran dan Hadis
diturunkan kepada manusia bahawa kesabaran dan
ketabahan mereka itu menjadikan mereka semakin
dicintai Allah SWT, semakin tinggi darjat keimanan
meraka dan semakin besar ganjaran yang disediakan
Allah SWT bagi mereka kelak.
Oleh sebab itu ramai Nabi dan Rasul, apabila ditawarkan
oleh Allah SWT dengan kekayaan dan harta yang banyak,
mereka lebih memilih hidup miskin, agar dengan
kemiskian itu mereka lebih bersabar. Bagi mereka
ketabahan dan kesabaran itu jauh lebih penting daripada
kekayaan.




Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
20



Ini bukan bererti manusia tidak boleh menjadi kaya.
Tidak sama sekali. Islam menggalakkan umatnya mencari
kekayaan sebanyak-banyak yang boleh. Tetapi dengan
dua syarat:-
1. Kekayaan itu hendaklah daripada sumber yang
halal
2. Jangan sampai harta itu melalaikan kita sehingga
kita lupa kehidupan selepas mati kita, agar harta itu
digunakan untuk jalan kebajikan (di jalan Allah),
bukan untuk melakukan maksiat dan dosa.
Ali bin Abi Talib menyatakan: Bekerjalah kamu seolah-
olah engkau akan hidup selamanya, dan beramallah
kamu seolah-olah kamu akan mati besok pagi.
Imam Al-Ghazali manasihati kita: Manusia hendaklah
menjadi orang yang sabar apabila ditimpa kemiskinan,
menjadi orang kaya yang bersyukur kepada Allah apabila
mendapat kekayaan. Amin Ya Rabbal Alamin.


Rahsia Segala Rahsia Menangani Stress dengan Prinsip 90/10
TambahKetinggian.com 2013 | Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress
21


Kenapa kita disuruh Allah SWT untuk bersabar? Inilah
terapi psikologi canggih yang diberikan Allah kepada kita.
Melalui sikap bersabar inilah kita menyedari bahawa
manusia tidak mampu menguruskan keseluruhan
hidupnya secara total. Allah yang menguruskan hidup
kita sebenarnya. Itulah sebabnya kita menyebut
Alhamdulillahi Rabbil Alamin, ertinya Segala puji bagi
Allah yang mengatur segala urusan kita. Oleh itu,
bersama-samalah kita bersabar di dalam menghadapi
pasang surut kehidupan kita dengan tenang dan rileks.
Anda sekarang sudah mengetahui Rahsia Segala Rahsia
Menangani Stress iaitu Prinsip 90/10. Cuba praktikkan di
dalam kehidupan kita sehari-hari. Anda akan kagum
dengan kesannya nanti. Peribahasa Jerman ada
menyatakan: Mempraktik lebih baik daripada hanya
mempelajari