Anda di halaman 1dari 25

TITAS WAJ 3101

GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 1








Salam sejahtera dan bersyukur tuhan limpah kurnianya dapatlah
saya menyiapkan tugas kerja semester 1. Tugasan ini banyak memberi
pengetahuan tentang tamadun iaitu kepentingan pembinaan Tamadun
Malaysia yang berasaskan kepelbagaian etnik dan budaya ke arah
pembentukan Negara yang harmonis, aman dan makmur. Tambahan pula,
saya juga dapat memberi langkah dan cadangan ke arah pemantapan
Tamadun Malaysia.
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Pensyarah En. Haji Borhan yang telah bertungkus-lumus dan
sentiasa memberikan nasihat. Dengan kerjasama dan bimbingan yang
dicurahkan amatlah dihargai.
Sebelum saya melangkah jauh, saya bersyukur kehadrat Tuhan
Yang Maha Esa lagi Maha Penyayang kerana limpahan kurnia dan
Cucuran Rahmatnya dapatlah saya menyelesaikan tugasan ini dengan
sempurna. Tidak dilupakan juga rakan sekumpulan yang turut terlibat bagi
melaksanakan dengan sempurna. Bagi rakan- rakan seperjuangan yang
turut menyumbangkan idea, jasa mereka amatlah dihargai. Segala
kebaikan yang diberikan akan dapat balasannya.


PENGHARGAAN
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 2




Kemajuan sesebuah masyarakat dari aspek kebendaan seringkali dijadikan
sebagai asas kepada kajian sesebuah tamadun. Dalam zaman kontemporari, tamadun
dihubungkan dengan pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari
dengan penonjolannya dalam Tamadun Barat.
Penggunaan istilah tamadun atau peradaban sering diutarakan sebagai satu
istilah yang gemilang. Ia membezakan manusia dengan manusia yang tidak
mempunyai tamadun atau dianggap barbarian ( orang gasar ). Pada hari ini istilah
tamadun digunakan oleh ahli akademik, ahli politik dan wartawan mengikut tafsiran
mereka sendiri. Ini kerana latar belakang dan budaya yang berlainan membawa kepada
penafsiran yang berbeza.
Pada dasarnya, perkataan tamadun dikatakan berasal daripada bahasa Arab
.Antara perkataan-perkataan Arab yang berkaitan ialah perkataan madain , mudun atau
madana yang mempunyai dua maksud iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama.
Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan
pembandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan madana
dan madani sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama iaitu
menggambarkan kehidupan beragama.
Selain itu, tamadun juga merupakan satu peringkat pembangunan yang tinggi,
dimana budaya manusia merangkumi sistem penulisan, undang-undang, kerajaan,
pengkhususan kerja, agama dan pembinaan negara kota. Dalam definisi ini, ia
menitikberatkan mengenai kemajuan dalam kehidupan seharian manusia dari bidang
sosial, ekonomi dan politik adalah penting dalam sesebuah tamadun.


PENGENALAN
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 3

























Berikan beberapa cadangan dan langkah langkah
positif kea rah Pemantapan Tamadun Malaysia bagi
melahirkan masyarakat gemilang, keutuhan serta
keamanan dalam Negara kita.
Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar diminta:
1.) Memberi maksud tamadun secara lengkap.
2.) Menyatakan bentuk kepercayaan dan amalan agama
dan budaya yang terdapat dalam 3 kaum terbesar di
Negara Malaysia.
3.) Memberi langkah langkah dan cadangan ke arah
Pemantapan Tamadun Malaysia.
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 4

ESEI : Pemantapan Tamadun Malaysia
Menurut Kamu Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan,
peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab,
bersopan-santun dan berkemajuan. Kalau ditinjau dari segi aspek bahasa, perkataan
tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang
mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun
sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran.

Konsep tamadun didefinisikan oleh setiap masyarakat dengan cara mereka yang
tersendiri. Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah
dimana , aspek kebendaan ,kebudayaan dan pembanguan fizikal ditegaskan. Contoh
perkara yang diberi perhatian ialah penulisan ,undang-undang ,kesenian dan
pembandaran.
Gordon Childe menyatakan bahawa pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur
kemajuan tamadun sesebuah masyarakat. Beliau menegaskan aspek revolusi urban
sebagai tanda wujudnya masyarakat yang bertamadun. Menurut beliau,tamadun wujud
apabila manusia menetap dalam kumpulan besar di bandar dan mengamalkan
pengkhususan pekerjaan.
Darcy Riberio dan R.A. Buchanan dalam menjelaskan proses perkembangan
tamadun memberi penekanan kepada aspek pembangunan lahiriah sahaja. Mereka
menolak sama sekali unsur rohaniah. Darcy Riberio dalam bukunya The Civilized
Society telah menyenaraikan proses perkembangan tamadun mengikut turutan.
Bagi masyarakat Islam pula ,perkara-perkara yang menjadi asas pembinaan
tamadun adalah berdasarkan akidah, akhlak, ilmu, keadilan, semangat kejiranan,
toleransi dan kebebasan beragama.Oleh yang demikian, dalam Islam tamadun merujuk
kepada kemajuan dalam kedua-dua aspek lahiriah (kebendaan) dan rohaniah. Kedua-
dua aspek ini penting dalam mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.

TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 5

Syed Naquib al-Attas menyokong pandangan tersebut dengan menyatakan
bahawa tamadun bermaksud pencapaian tahap tatasusila dan kebudayaan yang tinggi
dan luhur oleh masyarakat. Manakala, Ibn Khaldun dalam karya ulung beliau iaitu
Muqaddimah telah menggunakan istilah umran dan hadarah untuk menjelaskan
konsep tamadun. Umran adalah terbitan dari perkataan Amara yang bererti kawasan
tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk
yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi
makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa. Hadarah pula bermaksud
kehidupan di bandar yang melibatkan tatasusila, kesopanan dan moral yang yang
tinggi.
Sarjana-sarjana Barat seperti Richard Sullivan juga menyokong pandangan
Islam yang menegaskan pentingnya unsur rohaniah dalam menjelaskan konsep
tamadun.
Dari maksud tamadun dalam bahasa Arab dan Inggeris tadi, menunjukkan
bahawa tamadun merupakan satu perkara yang tidak cukup hanya dinyatakan dengan
beberapa patah perkataan sahaja. Istilah tamadun ini berlegar kepada satu kumpulan
pencapaian dan peningkatan yang diperoleh oleh manusia dalam pelbagai aspek serta
dikaitkan dengan soal nilai dan etika yang tinggi.
Dalam bahasa Tamil ,tamadun dikaitkan dengan istilah nakarikam. Nakar
bermaksud kota atau bandar dan Ikam pula bermaksud makna pembentukan bandar.
Nakar juga merupakan simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva, iaitu tuhan yang
menciptakan bandar. Manakala, dalam bahasa Cina Wen Ming merujuk kepada
peradaban. Ming bermaksud cerah, terang atau bercahaya.
Dengan itu , bolehlah dirumuskan bahawa dalam menjelaskan konsep tamadun,
kita juga harus memberi penekanan kepada aspek rohaniah, tatasusila, moral dan
bukan hanya menumpukan perhatian kepada pencapaian lahiriah atau kebendaan
sahaja.
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup
dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 6

telah pun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan
tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur.
Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan, Dusun dan Iban. Satu perkara
yang tidak begitu disedari oleh masyarakat Malaysia, hamper semua tamadun Asia
diwarisi oleh mereka. Sebenarnya, pewaris pewaris tamadun ditakdirkan berkumpul di
Malaysia sehingga masyarakat kita hari ini begitu istimewa kerana begitu kaya dengan
pelbagai warisan tamadun dan budaya.
Manusia adalah satu satunya makhluk yang berbudaya. Kebudayaan biasanya
didefinisikan sebagai sistem terintegrasi dalam masyarakat yang berkaitan dengan nilai,
kepercayaan, perilaku dan artifak. Dalam perjalanan sejarah manusia kebudayaan
inilah yang mendedahkan antara manusia atau komunitas yang satu dengan lainnya.
Sejarah silam Malaysia yang menarik, sebagai tempat persinggahan dalam laluan
perdagangan rempah ratusan tahun dahulu, telah menjadikannya sebuah pusat
gabungan pelbagai budaya.
Segala aspek negara, dari latarbelakang penduduknya, hinggalah kekayaan
senibinanya, mencerminkan penggabungan warisan dan budaya yang pelbagai.
Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak
beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling
mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang
unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri
Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-
masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi
lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu
menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu,
berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut
Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana
Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 7

budaya seni mereka yang sangat kaya.

kumpulan etnik kedua terbesar ialah, yang mana kaum Cina merangkumi 25
peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada
pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan
pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza
adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala
Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan
tanahair di Johor.
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum
India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari
Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman
penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih
baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu,
mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan
pedas dan pakaian sari yang mewah.
Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni.
Penduduknya yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun. Di
negara ini, musim perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan
serta muhibah antara kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira
keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu
sama lain. Oleh itu, upacara 'rumah terbuka' adalah satu suasana yang tidak asing lagi
di hari-hari perayaan.
Jika dikaji dari sudut yang lain, walaupun penduduk Negara kita kaya dari segi
amalan agama, kepercayaan dan budaya tetapi ada juga banyak kelemahan dalam
pembinaan tamadun Malaysia. Dalam pada ini ada pelbagai langkah langkah ke arah
pemantapan tamadun Malaysia. Langkah langkah juga dapat diambil dengan
menggunakan prinsip prinsip Islam Hadhari.
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 8

Keimanan dan Ketakwaan
Hubungan etnik yang utuh lagi jitu akan dapat dibina sekiranya ia dijalin
berteraskan ajaran agama bersekali dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
s.w.t. Islam sebagai Ad-Din telah secara holistik mengintegrasikan hubungan
kemanusiaan dan kemasyarakatan (termasuk komuniti dan hubungan etnik) dengan
hubungan manusia-Allah, manusia-makhluk dan hubungan manusia-alam. Justeru,
hubungan kemanusiaan dan sosial sudah terkandung dalam ajaran Islam yang
mementingkan perpaduan, perdamaian, keharmonian dan keamanan tanpa mengira
bangsa, ras, kaum dan etnik. Kesejahteraan hidup hanya akan dapat direalisasikan
sekiranya manusia dan masyarakat berpandukan ajaran Allah s.w.t.
Integrasi iman dan takwa serta amal bukan hanya dijuruskan dalam aspek
hubungan etnik tetapi dilihat secara menyeluruh dalam komponen pembangunan insan,
komuniti dan negara yang akhirnya menganjak paradigma dalam aspek peningkatan
kualiti hidup dan taraf hidup, kehidupan bermasyarakat dan bernegara, kemajuan dan
pembangunan negara (emosi, mental, fizikal dan spiritual masyarakat).
Orang yang kuat iman dan takwanya adalah mereka yang menjalin dan
memelihara hubungan baik dan beradab sesama manusia walaupun dengan bukan
Islam kerana ia adalah ajaran Islam dan suruhan Allah serta Junjungan Besar
Rasulullah s.a.w.Islam mewajibkan penganutnya menjalin hubungan yang baik sama
ada sesama Muslim ataupun dengan bukan Muslim. Islam juga mengajarkan
penganutnya agar menghindarkan diri daripada mewujudkan permusuhuan,
perseteruan, perselisihan faham yang negatif dan fitnah.
Kerajaan Adil dan Beramanah
Dasar keadilan dan amanah kerajaan juga telah lama dilaksanakan dalam
konteks memantap dan memperkukuhkan hubungan etnik. Kerajaan Malaysia dalam
ruang yang ada sejak daripada selepas Peristiwa 13 Mei 1969 berusaha membentuk
perpaduan dan keutuhan masyarakat berbilang kaum yang mempunyai identiti nasional
dan tidak menghalang hak-hak bukan Islam dalam menjalani semua aktiviti kehidupan.
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 9

Kepelbagaian budaya dan agama diterima sebagai satu entiti kekuatan, bukannya
melemahkan. Kerajaan juga sentiasa berwaspada dan berusaha mengelakkan
ketegangan dan pergaduhan etnik walau apapun puncanya.
Respons kerajaan kepada tuntutan etnik minoriti sentiasa adil dan saksama,
maka kerana itulah ketegangan dan perbalahan antara etnik dapat diatasi dengan bijak
dan saksama. Etnik majoriti merasa selamat dan etnik minoriti pula turut menikmati
keamanan, pembangunan dan kemajuan negara secara bersama. Ini mengurangkan
rasa tersisih dan kurang selamat di kalangan etnik minoriti. Kita percaya, tidak ada
sebuah negarapun yang mampu melahirkan rasa selamat golongan minoriti kecuali
dalam kes Malaysia.
Golongan minoriti kadangkala menikmati lebih kelebihan (walaupun
kebiasaannya sedikit berkurang) dalam sektor pekerjaan, kemajuan ekonomi dan
pembangunan fizikal kerana peluang, dasar dan ruang yang diwujudkan oleh pihak
kerajaan. Kerajaan juga telah secara perlahan-lahan menghapuskan pengkelasan dan
identifikasi kelompok etnik mengikut jenis pekerjaan ataupun aktiviti ekonomi kesan
daripada strategi penjajahan British ke atas negara kita dahulu.
Kerajaan telah mengatur pelan dan strategi perpaduan melalui beberapa dasar
sedia ada untuk membentuk masyarakat berbilang kaum yang utuh lagi padu. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal sebagai garis panduan dalam
membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti nasional negara dan masyarakat
berbilang kaum yang bersatu padu. Mengakui kerumitan pelaksanaannya, kerajaan
meminta rakyat agar insaf serta faham tentang kepentingan perpaduan antara kaum
dan perlunya dihakis kebudayaan kesukuan yang menidakkan kebudayaan nasional.
Apa yang lebih penting ialah kerajaan ingin melihat masyarakat berbilang kaum
berbudaya keperibadian kebangsaan Malaysia yang lebih ekstensif menjangkau
batasan suku kaum sempit dengan Islam dijadikan sebagai komponen utama
kebudayaan nasional. Betapa pentingnya perpaduan kaum dan semangat muhibah
dipupuk di peringkat awal lagi, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) hasil daripada ilham bekas Perdana Menteri, Datuk
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 10

Seri Abdullah Ahmad Badawi. Polisi Bersih, Cekap dan Amanah pula menampilkan
integriti tinggi yang dikehendaki kerajaan di kalangan kakitangan awam khususnya.
Rakyat Berjiwa Merdeka
Setiap kelompok etnik menyumbang kepada perjuangan menuntut
kemerdekaan. Maka, sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menghayati hakikat
perjuangan tersebut dan sama-sama memastikan kesinambungan kemerdekaan
negara dikecapi oleh generasi masa hadapan.Hubungan etnik di Malaysia tidak lagi
berkisar dalam soal-soal keagamaan (walaupun agama adalah sandaran) tetapi yang
lebih penting ialah keadilan kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan rakyat
yang berbilang agama dan kaum, program-program sosioekonomi untuk meningkatkan
status ekonomi mereka yang memerlukan, pembangunan yang lebih ditumpukan di
kawasan luar bandar dan desa, pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani
dan seumpamanya. Kerajaan terus berusaha membentuk bangsa Malaysia menerusi
berbagai-bagai usaha termasuklah pengukuhan konsep perpaduan nasional agar
terhasil rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, iaitu yang menyumbang dan berbakti
kepada negara serta menumpahkan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada
negara di samping bersatu padu, saling menghormati, tolong menolong dan berkongsi
masa depan.
Kerajaan juga telah memperkenalkan pendekatan Membudayakan Perpaduan,
Meraikan Kepelbagaian dalam proses pembentukan bangsa Malaysia yang kuat. Islam
mewajibkan manusia Muslim sentiasa tolong menolong atas dasar kebaikan dan
ketaqwaaan dan bukannya atas dasar perlakuan dosa, pencerobohan atau
perseteruan. Sebagai warga Malaysia yang berjiwa merdeka, Rukun Negara
merupakan teras ke arah mengwujudkan bangsa yang berwibawa dan berprinsip.
Rakyat mestilah mendukung kepercayaan kepada Tuhan dan menolak atheisme. Oleh
sebab itu, bukanlah seseorang itu dianggap sebagai warganegara Malaysia sekiranya
ia mengaku tidak beragama atau tidak mempercayai Tuhan.

TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 11

Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Kerajaan sentiasa menganjurkan rakyatnya agar sentiasa menguasai ilmu
pengetahuan. Islam mewajibkan umatnya untuk mencari dan menuntut ilmu
pengetahuan. Dalam konteks Malaysia, jalinan hubungan etnik akan menjadi lebih padu
sekiranya masing-masing melihat signifikan hubungan etnik dalam konteks ilmu dan
realiti, bukannya emosi, perasaan, dan prasangka. Dialog tamadun atau dialog antara
agama akan berlaku dengan wujudnya interaksi individu. Nabi Muhammad s.a.w
banyak menggunakan dialog dan hikmah ketika berhujah dengan orang Musyrikin
Mekah. Orang Melayu tidak mempunyai masalah dalam interaksi tamadun. Agama-
agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian dapat berkembang di Kepulauan Melayu
kerana pemahaman orang Islam berasaskan ilmu al-Quran yang mementingkan
toleransi dan menerima hakikat kepelbagaian agama dan keturunan dan hidup bersama
dalam kerukunan, aman dan damai kecuali pada waktu darurat.
Orang Melayu juga menerima bahasa kelompok etnik lain walaupun bahasa
kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Pakaian kebangsaan yang berasaskan
kemelayuan diterima oleh semua kelompok etnik walaupun setiap kelompok etnik
mempunyai pakaian etnik masing-masing. Kerana Islam mengharuskan mengambil
makanan yang halallah, orang-orang Melayu boleh menerima makanan orang asing
(yang halal) seperti makanan segera Barat (asal daripada Barat), Char Koay Teaw (asal
daripada China) dan Tosai (asal daripada India). Semua ini diterima oleh orang Islam
berasaskan pemahaman ilmu.Tamadun India yang masyhur dengan falsafah dan
matematik, tamadun China dengan ilmu hisab, perpuluhan dan aritmatik dan tamadun
Islam yang menampilkan konsep angka dan meletakkan asas dalam matematik moden
dan bidang astronomi cerapan telah bersama-sama menjayakan interaksi tamadun
hasil daripada penguasaan ilmu pengetahuan.


TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 12


Pembangunan Ekonomi yang Komprehensif dan Seimbang
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat harus dilihat juga signifikannya dari sudut hubungan
etnik. Pencapaian DEB yang diharapkan iaitu 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam
semua bidang dan peringkat ekonomi akan memobilasikan Bumiputera untuk bergerak
maju dan berdaya saing seiring dengan bukan Bumiputera. Status sosial dan
pendapatan Bumiputera diharapkan akan setara dengan bukan Bumiputera. Objektif
penyusunan semula masyarakat yang menyumbang kepada pengukuhan hubungan
etnik akan dapat direalisasikan. Sebab itu, DEB harus dilihat signifikannya daripada
sudut hubungan etnik.
Pelan dan strategi pembangunan jangkamasa pendek dan panjang akan
memberi impak yang positif kepada keutuhan perpaduan kaum. Antara dasar berkaitan
ialah seperti Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar
Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, Dasar Pertanian Nasional Ketiga
(1998-2010), Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar, Dasar
Urbanisasi Negara (DUN), Dasar Sains dan Teknologi Negara dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
Pembentukan dan kejayaan integrasi nasional sepatutnya juga dilihat kepada
pelaksanaan dan kejayaan Dasar Sosial Negara, Dasar Pembangunan Negara, Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan secara
komprehensif di mana setiap komponen masyarakat majmuk dan kerajaan turut sama
menyumbang dan berbakti. Semua dasar negara akan tercapai sekiranya orang Islam
memahami bahawa asas keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi adalah pemangkin
kepada kehidupan bermasyarakat dan bernegara.


TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 13

Kehidupan Berkualiti
Hubungan etnik yang baik akan menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti.
Berdasarkan kepada Indeks Kualiti Hidup Malaysia, kita dapati hubungan etnik boleh
dikaitkan dengan banyak perkara dalam kehidupan kita. Indeks Kualiti Hidup Malaysia
merangkumi 11 aspek, iaitu Dunia pekerjaan, pengangkutan dan komunikasi,
Kehidupan berkeluarga, Keselamatan dan ketenteraman awam, Pendapatan dan
pengagihannya, Kesihatan, Pendidikan, Perumahan, Alam sekitar, Penglibatan sosial,
dan Budaya dan hiburan. Sebagai contohnya, Sudah ada langkah-langkah
menggunakan sukan sebagai alat untuk memupuk hubungan kaum yang erat. Orang
Cina sudah ada yang bermain sepak takraw yang sebelum ini didominasi oleh orang
Melayu. Orang Melayu sudah bermain bola keranjang walaupun sebelum ini sukan ini
didominasi oleh orang Cina. Kita perlu sukan yang boleh menaikkan imej negara di
persada antarabangsa. Badminton, hoki, bola sepak dan squasy adalah di antara sukan
yang boleh membangkitkan perasaan patriotisme rakyat.Orang boleh menangis
kesedihan kalau negara kalah dalam sesuatu jenis sukan, dan begitu juga orang boleh
menangis kegembiraan kalau negara menang.
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Islam telah lebih 1400 tahun yang lampau memperjuangkan konsep hubungan
etnik dan hak-hak asasi manusia. Islam menjamin hak-hak bukan Islam dan warga
dunia. Jaminan ini akan memperkukuhkan hubungan etnik di negara yang diperintah
oleh orang Islam. Pengisytiharan Universal Islam Mengenai Hak-hak Asasi Manusia di
Paris pada September 1981 antara lain mengiktiraf hak-hak manusia untuk hidup, hak
kebebasan manusia, hak persamaan dan larangan diskriminasi terlarang, hak keadilan,
hak perbicaraan yang saksama, hak mendapat perlindungan daripada penyalahgunaan
kuasa, hak perlindungan daripada penyeksaan, hak perlindungan maruah dan reputasi,
hak pelarian, hak-hak minoriti, hak dan obligasi untuk menyertai pengurusan hal ehwal
awam, hak untuk menganut mana-mana agama dan berucap, hak amalan keagamaan,
hak untuk berkumpul dan menubuhkan persatuan, hak melakukan aktiviti ekonomi, hak
perlindungan harta benda, status dan maruah pekerja, hak keselamatan sosial, hak
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 14

berkeluarga dan yang berkaitan dengannya, hak wanita yang telah berkahwin, hak
pendidikan, hak privacy dan hak bergerak dan menginap.Kumpulan minoriti terdiri
daripada golongan bukan Islam, anak yatim, warga emas, kanak-kanak istimewa, orang
kurang upaya, fakir miskin dan ibu tunggal. Prinsip ini menampilkan hak-hak kumpulan
minoriti dan wanita akan dijaga dan dibela serta memastikan mereka berada dalam
arus perdana kemajuan dan pembangunan negara.
Keutuhan Budaya dan Moral
Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah bersama-sama memerangi
elemen negatif budaya dan pemikiran Barat yang bertentangan dengan nilai agama dan
ketimuran. Budaya dan moral bangsa Malaysia mestilah dipertahankan demi keutuhan
budaya kebangsaan dan menghalang ia daripada dicemari oleh budaya yang
merosakkan akhlak dan moral serta budi bahasa rakyat Malaysia.Budaya dan moral
yang kuat lagi jitu adalah pemangkin dalam usaha kita menjadi negara maju dan ke
arah pencapaian Wawasan 2020. Nilai-nilai murni dan budi bahasa rakyat Malaysia
adalah di antara identiti rakyat Malaysia yang mesti dipertahankan walaupun kita sudah
moden dan membangun. Ketua keluarga mestilah memastikan keutuhan budaya dan
moral ahli keluarga masing-masing. Pemimpin masyarakat pula bertanggungjawab
terhadap masyarakat masing-masing. Kerajaan ingin wujudkan masyarakat yang
mempunyai personaliti unggul (towering personality) agar bangsa Malaysia dapat duduk
dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Personaliti unggul terletak pada diri
dengan kekuatan hemah yang tinggi, berilmu pengetahuan tinggi, tinggi pencapaian,
ketokohan dan keintelektualan.
Perayaan-perayaan kaum di Malaysia boleh menjadi satu mekanisme memupuk
semangat muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum. Bagi orang Islam, amalan
kunjung mengunjung ke rumah kaum lain ketika perayaan tertentu bukanlah bermakna
merestui sistem kepercayaan agama lain, tetapi lebih sebagai satu amalan
mengeratkan perasaan saling menghormati, persefahaman dan persahabatan dengan
kawan-kawan lain walaupun yang bukan seagama dengan mereka. Ini patut dijadikan
budaya hidup kita.
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 15

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Rakyat Malaysia pelbagai kaum mestilah sama-sama memelihara dan
memulihara alam sekitar demi kepentingan bersama dan untuk generasi akan datang.
Alam sekitar dan persekitaran yang kondusif bersekali denan penjagaan kesihatan yang
sempurna akan memastikan masyarakat yang sihat, kuat dan sejahtera.
Rakyat Malaysia mestilah memperjuangkan isu-isu alam sekitar mengikut
saluran yang betul dan peraturan dan benar-benar ikhlas demi kepentingan negara,
bukannya kepentingan peribadi atau kelompok berkepentingan tersendiri.
Kempen gotong royong kebersihan dan seumpamanya di kawasan penempatan
masyarakat berbilang kaum boleh mempupuk perasaan muhibah, kasih sayang dan
tolong menolong.
Kekuatan Pertahanan
Program Latihan Khidmat Masyarakat (PLKN) sudah menunjukkan tanda-tanda
penumpuan dan perkembangan integrasi nasional, perpaduan kaum dan semangat
patriotisme. Generasi muda perlu disedarkan tentang keperluan mempertahankan
kedaulatan negara daripada sebarang ancaman musuh. Mungkin sudah ada usaha
sedemikian di peringkat pendidikan rendah yang lebih bersifat kekuatan
jatidiri.Penyertaan kelompok etnik bukan Melayu dalam pasukan beruniform seperti
Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia masih di tahap yang rendah dan
perlu dipertingkatkan.Penyertaan berbagai-bagai kelompok etnik dalam Ikatan
Sukarelawan Rakyat (RELA) dan pasukan Pertahanan Awam boleh dibanggakan. Ini
juga boleh memantapkan perpaduan kaum. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
adalah pepatah yang melambangkan perpaduan dan kerjasama. Jika dikaitkan dengan
kekuatan pertahanan, maka asas kepada persefahaman yang utuh ialah perpaduan
yang jitu.Perumpamaan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
menggambarkan signifikan kerjasama berkumpulan, bermesyuwarah dan saling
memahami serta tolong menolong. Tanpa muafakat dan terlalu banyak persengketaan
akan menyebabkan negara kita mudah untuk ditewaskan oleh musuh.Menang sorak,
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 16

kampung tergadai menggambarkan bahawa yang penting ialah substance (isi)
bukannya slogan atau cakap-cakap kosong. Kita perlu mengotakan apa yang telah
dijanjikan dan konteks sayangnya kita kepada negara dan para pemimpin. Rakyat
Malaysia berbilang kaum mestilah menanam dalam diri mereka prinsip biar putih mata,
jangan putih tulang dalam konteks pertahanan negara.
Semua bangsa mestilah menanam dalam diri mereka semangat dan sikap
sayangkan negara dan sanggup mempertahankannya ke titisan darah terakhir dan
sentiasa komited sebagai warganegara yang baik dan berguna. Dalam Islam, orang
yang mempertahankan negara dan mati kerana mempertahankan agama dan negara
diberi penghormatan tinggi oleh Allah. Iklan TV3 Ikan di laut, asam di darat
membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum boleh menjalin hubungan
baik dan bersatu padu. Media massa adalah mekanisme paling berkesan untuk
memupuk perasaan muhibah dan hubungan etnik yang positif. Sebab itu media massa
perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk memupuk integrasi nasional dan
perpaduan kaum bukannya perpecahan dan polarisasi.
Bantuan-bantuan kemanusian (humanitarian) terhadap mangsa peperangan atau
malapetaka alam menonjolkan ciri terbaru hubungan etnik yang menjangkau batas
geografi dan sempadan antarabangsa. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum telah
sama-sama menyumbang bagi membantu mangsa gempa bumi di China, taufan di
Myanmar, mangsa perang Amerika-Iraq, mangsa gempa bumi di Kashmir dan
malapetaka Tsunami, dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, pendekatan Islam Hadhari
diperkenalkan bertujuan untuk membawa perubahan kepada mentaliti dan sikap
masyarakat serta peralihan kepada yang lebih baik dalam konteks kemajuan dan
pembangunan negara. Pendekatan ini akan membawa pembaikan dalam semua aspek
kehidupan untuk menuju ke arah sebuah masyarakat dan negara maju dan mencapai
objektif Wawasan 2020.


TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 17



Dunia sebelah Asia telah menyaksikan kebangkitan beberapa tamadun besar
dunia yang mempunyai ciri ciri yang unik. Tamadun tamadun tersebut begitu sarat
dengan nilai yang berkaitan dengan persekitaran fizikal, latar belakang etnik, budaya
dan kepercayaan. Meskipun sesebuah tamadun bersifat khusus dari segi wilayahnya,
berlaku interaksi yang positif dengan tamadun tamadun yang lain sehingga berlaku
perkongsian dalam nilai nilai yang sejagat. Sejarah telah menunjukkan wujud
kepelbagaian tamadun di Asia dengan keharmonian dan saling hormat menghormati
antara satu sama lain.
Sebagaimana keharmonian yang telah wujud semenjak kewujudan tamadun
tamadun Asia yang silam, masyarakat yang mewarisi nilai ketamadunan tersebut
secara langsung turut mewarisi natijahnya, iaitu keharmonian dalam kepelbagaian.
Keharmonian masyarakat Malaysia yang mempunyai latar belakang yang begitu
pelbagai, merupakan satu kejayaan besar negara sehingga menjadi model yang terbaik
kepada masyarakat negara negara lain. Menyedari hakikat tersebut, sorotan semula
terhadap warisan tamadun tamadun Asia yang silam merupakan satu bentuk
pengukuhan yang terbaik bagi masyarakat Malaysia demi kelestarian hidup yang
harmoni.
Dunia hari ini, sedang menuju kepada hakisan elemen elemen nasionalisme
dengan gelombang globalisasi yang begitu kuat. Kepentingan untuk memikirkan semula
ciri ciri kebersamaan semakin diperlukan dalam menghadapi gelombang seperti ini. Di
sinilah, boleh dilihat betapa pentingnya elemen ketamadunan dalam pembinaan
masyarakat Malaysia. Pembinaan sesebuah negara yang masyarakatnya berkongsi
nilai nilai sejagat dan saling hormat menghormati terhadap nilai yang berbeza
bukanlah satu usaha yang mudah. Meskipun demikian, mahu tidak mahu inilah pilihan
yang harus dibuat, justeru menuntut semua warganegara Malaysia menggali semula
khazanah peradapan masing masing yang menjadi akar - umbi keberadapan
masyarakat Malaysia.
PENUTUP
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 18
























REFLEKSI
KENDIRI
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 19




Tugasan kerja kursus pendek bagi Semester 1 ialah menulis esei tentang
Pemantapan Tamadun Malaysia. Tugasan ini diberi pada 8 Februar 2009 dan tarikh
penyerahan tugasan ditetapkan pada 22 Februaril 2010. Saya menyiapkan tugasan ini
dengan menggunakan maklumat ataupun fakta yang sahih. Esei ini merangkumi tiga
aspek iaitu maksud tamadun, bentuk kepercayaan, amalan agama dan budaya bagi
tiga kaum dan langkah langkah dan cadangan ke arah pemantapan Tamadun
Malaysia.
Pelbagai pendekatan amat penting bagi menghasilkan sebuah tugasan yang
lengkap dan sempurna. Maklumat yang diperoleh seharusnya dikaji, diselidik, diproses
secara teliti, analitik dan secara saintifik. Daya kretiviti dan kemahiran menggunakan
Microsoft Word juga amat diperlukan dalam menghasilkan tugasan yang
menarik.Terima kasih diucapkan kepada Pensyarah En. Hj Borhan yang banyak
mengajar kami cara cara memproses maklumat supaya saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan lengkap dan sempurna.
Ketika menyiapkan tugasan ini perkara pertama yang harus dilakukan ialah
mndalami konsep pemantapan tamadun malaysia yang sesuai bagi mengumpul data
ataupun fakta yang sahih. Seterusnya, mengumpul maklumat dan bahan dilakukan
samada mencari di dalam internet dan buku rujukan . Sumber rujukan yang saya
perolehi adalah melalui buku-buku teks di Pusat Sumber. Setiap bahan atau maklumat
yang dicari mudah diperolehi kerana sumber rujukan yang disediakan adalah
mencukupi.
Tambahan pula dengan teknologi yang moden kini,maklumat mudah diperolehi
dengan cara mengakses internet. Keadaan ini lebih mudah dan dapat menjimatkan
masa yang diperuntukkan. Dalam menyiapkan tugasan ini segala kemudahan saya
gunakan sepenuhnya.
REFLEKSI KENDIRI
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 20


Daripada maklumat yang saya proses, saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat tahu tentang konsep
tokoh tokoh seperti Gordon Childe, Darcy Riberio, R.A. Buchanan, dan Richard
Sullivan mengenai tamadun. Saya juga mendapat tahu bahawa tamadun Malaysia pada
hari ini terbentuk hasil dari pengintegrasin beberapa tamadun lain yang berasimilasi
dengan Tamadun Melayu Islam.
Secara tuntasnya, kajian ini banyak membantu saya untuk menyampaikan
malumat dengan ringkas dan tepat mengenai pemantapan Tamadun Malaysia.
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya mendapat tahu bahawa, pembangunan
negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang yang penting
diberi perhatian yang sama beratnya, termasuk bidang bahasa dan budaya. Dalam
konteks pembentukan jati diri dan citra negara ini pula, dasar-dasar yang bersifat
endoglosia, iaitu berasaskan keperibumian yang disokong oleh hakikat sejarah
kebudayaan dan tamadun di negara dan dirantau ini perlu dipertahankan dan
ditingkatkan.
Tidak seharusnya berlaku keadaan negara menuju kejayaan ekonomi dan
industri sementara mengalami kehancuran dari segi unsur dalaman bangsa, terutama
bahasa dan budaya. Oleh itu, kerjasama antara semua kementerian, jabatan, agensi,
pertubuhan, sektor swasta dan orang perseorangan perlu digemblengkan secara
bersepadu oleh pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan
pencapaian yang seimbang.
Tunjuk ajar dari pensyarah, dorongan dan bantuan daripada rakan
seperjuangan yang tidak putus-putus telah berjaya menjadikan tugasan saya dapat
disiapkan dengan jayanya dan dihantar pada masa yang telah ditetapkan.


TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 21




MEDIA CETAK
1.) Zuraini Hj @ Osman, Ahmad Yunus, Mohd Syariefuddin Abdullah, Wahibah Twahir @
H.Tahir, Samri Sainuddin, Muhammad Nadzir Ibrahim, Muhammad Akramin Kamarul Zaman,
Norazlan Hadi Yaacob. . (2006). MODUL TITAS. TAMADUN ISLAM DN TAMADUN
ASIAPROSPECTA PRINTERS SDN.BHD.
2.) Ramli Awang, Zulkiflee Haron, Tamar Jaya Nizar, Abdullah Sulong, Mohd Nasir Ripin, Azhar
Muhammad, Azmi Shah Suratman, Farahwahida Mohd Yusof, Sayed Mahussain Sayed
Ahmad. (2005). TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA.
3.)



INTERNET (LAMAN WEB)
http:// www. tamadun islam.com
http:// www.wikipedia.com
http:// webs.utm.my/ppips
http:// www.ilmuketamadunan.com
http:// www.civilation.com

BIBLIOGRAFI
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 22



NAMA : GOURI A/P VEDIAPPAN
NO KAD PENGENALAN : 890119015638
KOD MATAPELAJARAN : WAJ 3101
PENSYARAH : EN. HJ BORHAN
BIL TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN T/TANGAN



1.

Terima tugasan TITAS
Pensyarah memberikan
penerangan tentang cara-cara
membuat tugasan itu




2.

Pensyarah bincang kehendak solan
dengan kami


3.

Mencari maklumat di pusat sumber



4.


Mencari maklumat dengan melayari
internet.


5.


Berbincang dengan rakan rakan
berkaitan dengan tugasan dan
berkongsi makluamat

Dhina darsyini

Sharmila devi

Ponmalar



6.


Hantar tugasan kepada Pensyarah

BORANG KOLABORASI
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 23











NAMA : GOURI VEDIAPPAN
NO K/PENGENALAN : 890119 - 01 - 5638
PROGRAM : PISMP PT SEM 1
ALAMAT : NO93, JLN HANG TUAH 4/7,
TMN MUHUBBAH, 86000 KLUANG, JOHOR.
NO. TEL : 017 - 7918081


TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 24





















KAUM
MELAYU
KAUM CINA
KAUM INDIA
TITAS WAJ 3101
GOURI VEDIAPPAN PISMP SEM 1 Page | 25











LAMPIRAN