Anda di halaman 1dari 8

Resepi Nasi Ayam Sedap

Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan
munggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati dengan hasilnya!
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan
Bahan-Bahan:
Bahan untuk ayam (direbus) :
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara Penyediaan:
Cara untuk ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga
garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan
ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup
rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam
akan mudah hancur ketika menggoreng.









































NASI AYAM
3 pot beras (untuk keluarga kecilku)
basuh beras bersih-bersih dan toskan

lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin
(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan
lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi..
membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air
takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang
tambah air biasa ke apa.. hehehe

SUP
potongan ayam

(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia

1 kiub ayam
daun sup
daun bawang
bawang goreng

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila
ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi..
dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
sebagai hiasan ;)

AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai
nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)

KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili
sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis..

Senangkan? InsyaAllah walaupon simple je.. tapi rasa dia mengagumkan.. ok, disebabkan tu juadah untuk
berbuka puasakan... rasa tak berapa best kalau menu itu je satu.. so aku buat cekodok bilis.. rangup-rangup
makan dengan cili sos.. Acih sorang je hadap berapa ketul.. puas hati tengok semua orang suka ;) aku tak makan
pon tak pe.. waaaahhh ibu mithali sangat ni.. hahahaha...














Nasi Ayam Resepi TurunTemurun
Oleh: Azie Kitchen

Nasi Ayam
Beras basmathi - basuh dan tos
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar mentega
Minyak ayam
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Panaskan planta dan minyak ayam. Tumis bawang putih
dan halia yang ditumbuk serta daun pandan sehingga
wangi.
Tuang bahan tumis ke dalam beras yang telah dibasuh
dan tos. Kacau rata sebelum dimasukkan air
secukupnya. Saya letakkan sedikit garam. Masaklah
nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.


Ayam Madu
1 ekor ayam dg kulit - potong 4 atau 6
Serbuk kunyit
Garam halus
Sedikit madu

Lumur ayam dengan bahan di atas dan perap lama
lama. Jika banyak, boleh disimpan di dalam freezer
untuk kegunaan masa depan.

Goreng dengan minyak penuh sehingga ayam masak.

Sambal Cili
6 - 8 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
Gula
Air asam jawa

Masak cili dan bawang putih kisar sehingga mendidih
dan agak agak cili masak. Kemudian masukkan gula
dan terus masak sehingga bertukar warna gelap. Akhir
sekali masukkan air asam jawa.

Sambal Kicap
Bawang putih
Kicap cap kipas udang
Sedikit air

Tumbuk bawang putih dan satukan dengan kicap serta
sedikit air. Masaklah sehingga mendidih.