Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PENILAIAN (ASPEK F)

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses


pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang
berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan yang rapat dengan
proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling
membantu dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan.

Pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum
pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Ianya dilakukan untuk menilai samada
sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, ketiga-tiga aspek ini dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar
dan pelajar belajar. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian, pengukuran dan
penilaian sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan
penilaiannya bermutu dan adil.

Dalam bidang pendidikan, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan
sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita
membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau
keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah tentang pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung sama ada telah mencapai objektif yang telah ditetapkan
atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat
dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam
membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama
pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.