Anda di halaman 1dari 2

PEMBINAAN MASJID

MEMBINA MASJID ADALAH LANGKAH PERMULAAN DALAM USAHA UNTUK MENYUSUN PENTADBIRAN
NEGARA. MASJID ADALAH MARKAS BAGI MENGGERAKKAN PERJUANGAN DAN PENTADBIRAN. MASJID
PERTAMA YANG DIDIRIKAN IALAH MASJID QUBA'. KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN PEMBINAAN MASJID
NABAWI PADA AWAL TAHUN PERTAMA HIJRAH.

SEMUA IBADAT YANG TERDAPAT DALAM ISLAM BERTUJUAN UNTUK MENSUCIKAN JIWA,
MENINGKATKAN AKHLAK, MEMPERKUATKAN PERSAUDARAAN DAN SEMANGAT GOTONG-ROYONG
ANTARA SESAMA MUSLIM. SOLAT BERJEMAAH, SOLAT JUMAAT DAN SOLAT IDAIN (DUA HARI RAYA)
ADALAH CERMIN PERSAUDARAAN SOSIAL, PERSATUAN KATA DAN TUJUAN. DENGAN DEMIKIAN MASJID
ITU MEMBAWA TUJUAN SOSIAL, KEMASYARAKATAN DAN KEROHANIAN YANG AMAT BESAR MAKNANYA
BAGI MASYARAKAT ISLAM.

MEMPERSAUDARAKAN ANTARA MUHAJIRIN DAN ANSAR

ASAS KEIMANAN YANG KUKUH DI KALANGAN UMAT ISLAM TELAH MENYEMAIKAN SEMANGAT
PERSAUDARAAN DI KALANGAN MEREKA . SETIAP ORANG ISLAM MENJADI SAUDARA SEAGAMA TANPA
MENGIRA KETURUNAN DAN DARI MANA MEREKA DATANG. BEGITULAH HALNYA YANG BERLAKU
KEPADA ORANG ISLAM ANSAR DENGAN ORANG ISLAM MUHAJIRIN. KERANA ITU USAHA PERTAMA
YANG DIJALANKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW IALAH MEMPERSAUDARAKAN ORANG ISLAM ANSAR
DENGAN MUHAJIRIN. SEORANG MUHAJIRIN DAN SEORANG ANSAR DIIKATKAN PERSAUDARAANNYA
DENGAN DITENTUKAN NAMA2 MEREKA OLEH BAGINDA SAW SEPERTI PERSAUDARAAN. JAAFAR BIN ABI
TALIB (MUHAJIRIN) DENGAN MU'AZ BIN JABAL (ANSAR), ABU BAKAR AS-SIDDIQ (MUHAJIRIN) DENGAN
KHARIJAH BIN ZUBAIR (ANSAR) DAN UMAR BIN AL-KHATTAB(MUHAJIRIN ) DENGAN ITBAH BIN MALIK
(ANSAR). DALAM PERSAUDARAAN ITU,ORANG ANSAR SANGGUP MENOLONG ORANG MUHAJIRIN
DENGAN MEMBERIKAN TEMPAT TINGGAL, SEBAHAGIAN HARTA BENDA SEBAGAI MODAL UNTUK
PENCARIAN HIDUP, MAKANAN, PAKAIAN DAN MEMISAHKAN SEBAHAGIAN ISTERI LALU DIBERIKAN
KEPADA ORANG MUHAJIRIN. DALAM HUBUNGAN INI ALLAH SWT BERFIRMAN :

"DAN ORANG (ANSAR) YANG MENDIAMI NEGERI (MADINAH) SERTA BERIMAN SEBELUM MEREKA ,
MENGASIHI ORANG YANG BERHIJRAH KE NEGERI MEREKA, DAN TIDAK ADA PULA DALAM HATI MEREKA
PERASAAN BERHAJATKAN APA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG BERHIJRAH ITU LEBIH
DARIPADA DIRI MEREKA SENDIRI, SEKALIPUN MEREKA DALAM KEADAAN YANG BERKURANGAN DAN
SANGAT2 BERHAJAT. DAN (INGATLAH), SESIAPA YANG MENJAGA DIRINYA DARIPADA DIPENGARUHI
OLEH TABIAT BAKHILNYA MAKA MEREKALAH ORANG YANG BERJAYA." (SURAH AL-HASY :9)

DENGAN PERSAUDARAAN CORAK LUAR BIASA ANTARA SESAMA ISLAM MAKA WUJUDLAH SEBUAH
MASYARAKAT ISLAM YANG KUKUH DI MADINAH. MEREKA BUKAN SAHAJA BERSATU DALAM CITA2 DAN
MATLAMAT HIDUP, MALAHAN JUGA MEREKA TOLONG-MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN DAN INI
MERUPAKAN ASAS BAGI MEMBENTUK SEBUAH NEGARA ISLAM YANG PERTAMA DAN BERDAULAT.

PERLEMBAGAAN MADINAH (PERJANJIAN UMAT ISLAM DENGAN BUKAN ISLAM)

ASAS KETIGA MERUPAKAN PERKARA YANG PENTING SEKALI DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW
UNTUK MENENTUKAN NILAI PERLEMBAGAAN NEGARA BARU INI. IBNU HISHAM MERIWAYATKAN TIDAK
BEBERAPA LAMA NABI MUHAMMAD SAW TINGGAL DI MADINAH, SELURUH PENDUDUK MADINAH
DARIPADA KETURUNAN ARAB MEMELUK ISLAM, SELURUH ANSAR MEMELUK ISLAM KECUALI BEBERAPA
ORANG DARI KABILAH AUS YANG TIDAK. SETELAH ITU NABI MUHAMMAD SAW PUN MENGGUBAL
CARTA PERJANJIAN DAN DIKETERAI ANTARA (ANSAR DAN MUHAJIRIN) DAN ORANG YAHUDI - DIAKUI
KEBEBASAN BERAGAMA DAN PEMILIKAN HARTA DISERTA DENGAN SYARAT2 TERTENTU KEPADA
MEREKA . IBNNU HISHAM MENYIFATKAN PIAGAM INI SEBAGAI UNDANG2 DASAR NEGARA ISLAM YANG
PERTAMA. ISINYA MENCUKUPI PERIKEMANUSIAAN, KEADILAN SOSIAL, TOLERANSI BERAGAMA,
GOTONG-ROYONG UNTUK KEBAIKAN MESYARAKAT DAN LAIN2.