Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini
telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang
menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada
keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab,
kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi.
Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran.Para pendidik telah memperkatakan mengenai
profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan
mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949)
terdapat satu symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders. Di
dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan
profesion perguruan turut diadakan (Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang
dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi
supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik.
Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan
cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga
masa kini.








KONSEP
Profesion
Akauntabiliti
Kesantunan
professionalism
keguruan
etika
1.1 Profesion

Profesion berasal daripada perkataan Latin profiteor yang terbahagi kepada proyang secara
umum bermakna ke arah danfiteor yang bermakna mengakui, berjanji,mendedahkan
kepada semua, berikrar. Padaabad ke19, istilah profesion dikhususkan untukindividu yang
terlibat dalam bidang agama,undang-undang dan perubtan sahaja.The Oxford English
Dictionary mendefinisikan profesion sebagai pekerjaanyang dibayar dan melibatkan latihan
yang berpanjangan dan penanugerahankelayakan formal.Tambahan pula, Gilley dan Eggland
(1989) mendefinisikan profesion sebagai penguasaansesautu bidang ilmu, menjadi ahli sesuatu
badan profesional dimanapengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dikehendaki
masyarakat.Secararingkas definisi ini mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan tertentu
danmengaplikasi kecekepan untuk kepentingan umum.Selain itu, Kamus Dewan (2005)
menyifatkan profesion sebagai satu bidang pekerjaanyang memerlukan pendidikan dan
kecekapan serta kemahiran yang tinggi danlatihan khusus.

1.2 Etika
Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul
dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan
salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu
kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku
moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum,
iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik,
manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya.
Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah,
kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi
pertimbangan (pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah
teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika
mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya. Etika
tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap
jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Etika berbeza dengan agama.

1.3 Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai
bertangungjawabkepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri
Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan
penjelasanmengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk
mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu
keputusanyang telah diambil.Manakala Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang
harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.Akauntabiliti keguruan juga membawa
maksud berkenaan dengantanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.
Akauntabiliti atau tanggungjawabseorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi
akautabiliti guru terhadap pelajar, diriguru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan
profesion keguruan amnya.

1.4 Kesantunan Profesionalisme













2.0 CIRI-CIRI GURU SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL














2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu
Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru
haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban
masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu
kepada murid-muridnya.Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu
sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat
menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.
Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir
secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS
(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.
CIRI-CIRI GURU
SEBAGAI SEORANG
PROFESIONAL
Bertindak sebagai
Pembentukan Nilai
Mengamalkan kemahiran
profesional
Bersifat profesional dan peka
dengan segala perkembangan
pendidikan
Bertindak sebagai
penyebar ilmu
Bertindak Sebagai
Pengamal Budaya Ilmu
2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model
Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda.Menurut Ragbir Kour
(2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai
nilai-nilai murni yang tinggi.Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan
instrumental.Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial
yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna.Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru
menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di
sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar.
2.3 Mengamalkan kemahiran profesional
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan
untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional
serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi
yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah
pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007).Antara kemahiran yang perlu
ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif.Para pelajar mestilah dididik
menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar
sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi.
2.4 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan
Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu
peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti
perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan
dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan
diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang
perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-
murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi
maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang
bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word
processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p
Joginder Sigh, 2007).
2.5 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu
Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan
membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia.Hal ini menunjukkan ilmu
merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal
ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya,
bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)).
Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi
petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya
ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi
para pelajar mencontohinya.Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan
salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan
generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam
amalan pendidikan seumur hidup.

















4. Penutup
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan
yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara
merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam
kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion
keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa
berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini
wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.
Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion
adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap
profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana
masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh
pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?
Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion
perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan
Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan
profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan
Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu
dan kemahiran yang tinggi.










Maklumat
-Jadual dan graf bagi setiap konstrak
- setiap jadual dan graf perlu ada rumusan
-jadual keseluruhan serta rumusan keseluruhan

Maklumat responden
Lelaki -4
Perempuan-6
Pengalaman mengajar
5-10thn -3 (L-1,P-2)
LEBIH 11 (L-2, P-2)
21 KE ATAS (L-1,P2)

KONSRTAK 1 : TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP MURIS ( JUM SOALAN 5)
MENYEDARI HAK ASASI SESEORANG GURU MASING-MASING
NO SOALAN T.SETUJU KRG . SETUJU SETUJU
4 1 3 6
8 - - 10
9 - - 10
17 - - 10
20 - - 10








KONSRTAK 2: TANGGUNGJAWAB GURU RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION ( JUM SOALAN 8)
KURANG BERPENGALAMAN PERLU BIMBINGAN
NO SOALAN T.SETUJU KRG . SETUJU SETUJU
1 10
2 - - 10
3 1 3 7
12 - - 10
13 - - 10
14 10
16 1 1 8
18 10

KONSRTAK 3: TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA ( JUM SOALAN 7)
MEMBERI PENDEDAHAN
NO SOALAN T.SETUJU KRG . SETUJU SETUJU
5 2 1 7
7 - - 10
10 - - 10
11 - - 10
15 10
24 10
25 10


KONSRTAK 4: TANGGUNGJAWAB HURU TERHADAP IBU BAPA ( JUM SOALAN 5)
RUJUK GURU KAUNSLING
NO SOALAN T.SETUJU KRG . SETUJU SETUJU
6 10
19 - - 10
21 - 1 9
22 - - 10
23 - - 10