Anda di halaman 1dari 14

1.

Kemahiran Lisan
1.1. Konsep
Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau
beberapa orang bertutur, berkomunikasi dan berinteraksi menyampaikan idea,
pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam
apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang
terlibat akan saling menghantar dan menerima, iaitusaling memberi gerak
balas dan respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan, kemahiran
mendengar dan bertutur merupakan komponen yang terpenting. Dalam
konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti
pemerolehan mesej atau maklumat manakala kemahiran bertutur pula
melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.
Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat
penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang
baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam
sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat
menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam
interaksi tersebut.
1.2. Objektif
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3)
menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu
bertujuan:
(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam
kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah.
(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang
sesuai dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan
rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas,
syarahan dan lain-lain.

Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa
cadangan sub-kemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang
perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran:
(a) Mendengar dan menyebut bunyi.
Aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan
mengajuk bunyi yang diperdengarkan di samping mengecam dan
menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan.
(b) Memberi dan menerima arahan dan permintaan.
Murid-murid menyampaikan arahan dan pesanan dengan cara yang mudah
difahami dan berurutan serta menghasilkan permintaan mudah untuk diri
sendiri dan orang lain dengan tepat dan bertatasusila serta mengubah suai
permintaan dengan kehendak perhubungan sosial.
(c) Menyampaikan ucapan bertatasusila
Murid-murid menguasai kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila,
secara beradab dengan menggunakan kata sapaan.
(d) Bersoal jawab
Murid-murid membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh
maklumat tertentu seperti perbualan, temuramah dan sebagainya.
(e) Bercerita
Kebolehan murid-murid menyampaikan cerita dengan menggunakan daya
kreativiti seperti penggunaan jenis ayat, gaya, sama ada menggunakan
berbantukan gambar atau tidak.
(f) Menyampaikan berita dan laporan
Kebolehan murid-murid untuk menyampai dan melaporkan sama ada yang
dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat.
(g) Menyampaikan ucapan dan syarahan
Murid-murid mampu menyampaikan ucapan dan syarahan secara
bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan
intonasi, dan suara secara berkesan.
(h) Berlakon dan melafazkan puisi
Murid-murid dapat mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan
dialog dan puisi seperti pantun, syair dan sajak mengikut nada, intonasi,
sebutan, rima dan nada yang sesuai secara lisan sama ada secara hafalan
atau bebas dengan penuh perasaan; dan
(i) Berbincang dan berbahas
Kemahiran ini meliputi kebolehan menyampaikan idea dengan
menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan,
menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.

1.3. Proses Dan Bentuk
1.3.1 Kemahiran Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan
penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan
sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat
pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat
kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku
secara berperingkat.

Gambar Rajah 1: Empat Peringkat Proses Mendengar
Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan
terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu.Kemudian
pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna
berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan
mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi
bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan
digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan
pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.
Selain itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk.
Gambar rajah 2 telah menunjukkan bentuk-bentuk kemahiran mendengar.
mendengar
deretan bunyi-
bunyi bahasa
memahami
bunyi-bunyi
bahasa tersebut
menilai bunyi-
bunyi yang
diperdengarkan
bertindak balas
terhadap bunyi-
bunyi tersebut

Gambar Rajah 2: Bentuk-bentuk Kemahiran Mendengar

1.3.2 Kemahiran Bertutur (tiada penerangan)
Terdapat beberapa proses kemahiran bertutur. Pada mulanya, penutur
hendak menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul.
Seterusnya, penutur tersebut akan bertutur dengan fasih dan dapat
memberi pendapat serta pandangan dengan jelasuntuk melibatkan diri
dalam interaksi sosial. Penutur juga akan mengalami keadaan berbual
dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri,
keluarga,dan masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi
yang betul. Setelah itu, penutur berkeupayaan menyoal untuk
mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas
dan sopan. Penutur juga berkeupayaan untuk menjawab secara
spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan
terhadapnya.
Bentuk
Kemahiran
Mendengar
secara pasif
secara
bertelau-telau
tanpa tindak
balas
secara
menebuk-
nebuk
dengan
beremosi
secara berhati-
hati dengan
pengamatan
secara kritikal
Bentuk kemahiran bertutur boleh mengaitkan aksi dengan pertuturan,
menjawab soalan-soalan rakan dan guru, membina soalan berdasarkan
bahan, memberi arahan kepada rakan, menerangkan gambar dan
bahan grafik, berbual melalui telefon, bercerita berdasarkan cerita yang
diketahui atau pengalaman sendiri, membuat laporan lisan berdasarkan
tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan,
permainan komunikatif, mengadakan perbahasan, perbincangan forum,
memberi taklimat dan ceramah, main peranan, simulasi, teater bercerita
dan drama.
1.4 Peringkat Penguasaan
1.4.1 Kemahiran Mendengar
Menurut Dr. Ali Mahmood, Lokman Abd.Wahid, Mashudi Bahari (2007:39-40)
dalam buku Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu, peringkat penguasaan
kemahiran mendengar meliputi tiga tahap, iaitu yang meliputi murid-murid yang
memperlajarinya dan guru-guru yang mengajar.
Terdapat dua peringkat kemahiran mendengar yang perlu dikuasai oleh murid-
murid. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi
bahasa yang hampir sama.
Bunyi yang
hampir sama
Contoh Perkataan
b-p badang, padang
d-t datang, tatang
l-r lali, lari
g-k galah, kalah

Peringkat kedua ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti
perkataan, frasa, klausa dan ayat. Sehubungan itu, pemahaman tentang bunyi
bahasa dipengaruhi oleh pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap murid-
murid yang bertindak sebagai pendengar. Oleh itu, untuk memahami bunyi
bahasa, murid-murid sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang sistem
bahasa yang didengar, pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan
yang didengar dan pengetahuan sedai ada seperti fakta dan budaya bahasa
yang didengar dan cara bahasa digunakan.
Kemahiran mendengar juga boleh dibahagikan kepada tiga peringkat
berdasarkan perkembangan murid iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan
dan peringkat maju.
Peringat awal
Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi
Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat
Melakukan sesuatu yang disuruh
Menjalankan perintah dan permintaan
Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

Peringkat pertengahan
Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci;
Mengenal maklumat khusus
Mengesan urutan;
Mengenal sebab dan akibat
Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi
Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.

Peringkat maju
Mengenal isi-isi penting
Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap
Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi
Mentafsirkan maksud orang yang bercakap
Mengikut aliran dialog atau perbualan
Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar
Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk
tatabahasa.

1.4.2. Kemahiran Bertutur
Penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku secara tiga
peringkat, iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju.
Setiap peringkat penguasaan ini melibatkan emahiran berlainan yang perlu
dikuasai oleh murid-murid (Dr. Ali Mahmood, Lokman Abd. Wahid, Mashudi
Bahari, 2007:43-44)
Peringkat Awal
i. Melafazkan pengucapan bertatasusila
ii. Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar
iii. Menyoal untuk mendapat maklumat
iv. Membuat teguran atau kenyataan tentang sesuatu situasi
v. Mengemukakan soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu
vi. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
vii. Memberi arahan
viii. Membina ayat-ayat tentang diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya
ix. Membina ayat-ayat berdasarkan gambar rangsangan

Peringkat Pertengahan
i. Melakukan deskripsi tentang objek atau gambar
ii. Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
iii. Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa
iv. Memberi satu siri arahan untuk melakukan sesuatu
v. Membaca iklan dan peraturan
vi. Memberi ucapan pendek dan mudah
vii. Memberi komen secara mudah
viii. Menyoal dan menjawab soalan berkaitan peribadi seseorang, suasana
persekolahan, persekitaran, suasana di rumah dan sebagainya
ix. Mengambil bahagian dalam perbualan mudah
x. Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah

Peringkat Maju
i. Mendeskripsi sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan
sebagainya
ii. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya
iii. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog
iv. Bertanya untuk mendapatkan maklumat
v. Menghuraikan proses, kejadian, prosedur dan peraturan
vi. Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat
vii. Memberi ceramah atau syarahan
viii. Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan,
seminar dan sebagainya
ix. Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan
x. Mendeklamasi puisi
xi. Menyampaikan komen, laporan atau ulasan
xii. Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya

1.5. Unsur Dan Faktor Keberkesanan Kemahiran Lisan
Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara faktornya ialah,
(a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang
menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan
memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan bahasa;
(b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup
menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid.
Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan
dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi
secara berkesan;
(c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan
yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat
artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses
penglahiran bunyibunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat
yang hendak disampaikan.
Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat
anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan
dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses
pertuturan;
(d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli
keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap
pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap
dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa
kanak-kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam
kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad
berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan
masyarakat di bandar-bandar;
(e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan
kanakkanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-
kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf
pertuturandalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih
cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan
(f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh
bertutur jauh lebih baikberbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana,
dalam proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami
gangguan daripada bahasa ibundanya.

1.6. Prinsip Pengajaran
1.6.1 Prinsip Pengajaran Mendengar
Murid-murid hendaklah menguasai setiap peringkat kemahiran mendengar
dengan baik. Oleh itu, guru hendaklah mematuhi beberapa prinsip pengajaran
yang berdasarkan tiga peringkat kemahiran mendengar, iaitu peringkat
pramendengar, peringkat semasa mendengar dan peringkat selepas
mendengar. (Fatimah Abd. Rahman, zainon Zainalabidin, Zuariah Yusoff,
1992:21-22).
Empat prinsip pengajaran harus dilaksanakan oleh guru pada peringkat
pramendengar. Terdapat empat aktiviti dalam peringkat pra mendengar seperti
memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar.
Guru juga harus memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan yang
ringkas mengenai apa yang hendak diperdengarkan. Aktiviti arahan yang jelas
mengenai tugasan serta memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik
serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti serta memastikan murid
bersedia untuk menjalankan aktiviti.
Prinsip bagi peringkat semasa mendengar pula ialah memastikan murid
menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan dan juga
mengatasi sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin
ketika aktiviti dijalankan.
Pada peringkat terakhir aktiviti yang boleh dijalankan ialah memberi jawapan
terhadap masalah yang dihadapi oleh murid mengenai bahan rakaman yang
didengar dan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan
rakaman. Seterusnya, memastikan murid menyempurnakan tugasan dan
membuat pengukuhan serta menjalankan aktiviti tindakan susulan yang
bersesuaian dengan aktiviti yang telah dijalankan.
1.6.2 Prinsip Pengajaran Bertutur
Prinsip pengajaran bertutur tidak ditentukan bersasarkan peringkat
penguasaan seperti kemahiran mendengar tetapi prinsip pengajaran
kemahiran bertutur digariskan secara keseluruhan proses pertuturan yang
dipelajari oleh murid-murid. Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1999:4-5),
terdapat tujuh prinsip pengajaran kemahiran betutur yang perlu dipatuhi oleh
guru untuk memastikan penguasaan kemahiran bertutur berlaku dengan betul.
Prinsip pengajaran kemahiran bertutur yang pertama memerlukan usaha guru
unruk meneguhkan gerak balas murid yang betul, iaitu pertuturan yang tapat
agar ia diulangi lagi. Keduanya, guru perlu mengetahui bahawa seseorang
murid tidak boleh bertutur dengan lancar jika merela hanya mendengar
pertuturan murid lain sahaja. Murid-murid perlu dilatih bertutur dan diberi
peluang mendengar pertuturan ahli masyarakat yang mengandungi unsur
peribahasa dan bahasa kiasan. Latihan bertutur tidak akan mencapai
tujuannya jika murid tidak diberi peluang untuk berlatih menggunakan unsur-
unsur yang terdapat dalam bahasa. Prinsip pengajaran kemahiran bertutur
yang ketiga pula, memerlukan guru memahami proses yang terlibat dalam
pertuturan. Perkara ini penting untuk melatih murid menggunakan alat-alat
pertuturan mereka di samping dapat menyebut bunyi dan menggunakan
struktur bahasa dengan tepat.
Sementara itu, prinsip pengajaran kemahiran lisan yang keempat pula
memerlukan guru memastikan bahawa pengajaran kemahiran bertutur
dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa. Perkara ini disebabkan
oleh pengajaran kemahiran bertutur merupakan penggerak untuk murid-murid
mempelajari sesuatu bahasa. Murid-murid kemmungkinan berasa bosan jika
guru hanya memberi latihan bertulis sahaja.
Pengajaran kemahiran bertutur juga tidak boleh dimulakan setelah murid-
murid menguasai kemahiran menulis. Perkara ini disebabkan oleh, sekiranya
guru berbuat demikian murid-murid telah membentuk beberapa kelaziman
sebutan bahasa yang tidak tepat dan sukar diubah.
Seterusnya, prinsip pengajaran kemahiran lisan yang kelima mengkehendaki
guru-guru memahami penggunaan pita rakaman yang dapat membantu
mereka melatih tubi murid-murid dalam aktiviti pertuturan. Prinsip pengajaran
kemahiran lisan yang keenam pula memerlukan guru memahami tentang
kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa yang berbeza. Apabila murid
mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, guru tidak boleh
membiarkan mereka menghasilkan sebutan secara bersendirian. Guru perlu
memandu murid-murid ini menggunakan alat-alat pertuturan mereka dengan
betul untuk menghasilkan sebutan yang baharu mereka pelajari itu.
Akhirnya, prinsip pengajran kemahiran bertutur yang ketujuh, memerlukan
guru memahami bahawa dalam pengajaran kemahiran bertutur kepada
penutur bahasa kedua, kelaziman dalam bahasa pertama akan mengganggu
pembentukan kelaziman yang baharu. Oleh yang demikian, guru perlu melatih
tubi murid tersebut agar dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang tepat.