No.1
1. Pada pandangan puan, bagaimanakah kita sebagai guru dapat memastikan
setiap kanak-kanak berjaya?
2. Pada pandangan puan, kanak-kanak yang bagaimana baru boleh dikatakan
berjaya?
3. Bolehkah puan membuat bandingbeza antara guru-guru di sekolah dengan
ibubapa, yang manakah pihak memainkan peranan yang lebih besar dalam
mendidik kanak-kanak untuk berjaya?
4. Puan, adakah sistem pendidikan sekolah di Malaysia pada hari ini dapat
mendidik kanak-kanak yang berjaya?
No. 2
5. Apakah perkara ataupun program dan aktiviti yang dapat meningkatkan
pencapaian murid?
6. Dalam meningkatkan pencapaian murid, isu yang apakah perlu diambil berat?
No. 3
7. Apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh setiap murid untuk mencapai kejayaan?
8. Berikan penilaian tentang kualiti murid-murid di sekolah rendah pada masa
sekarang. (murid di sekolah rendah luar bandar dan di sekolah bandar serta
sekolah SBT)
9. Jika puan ingin melahirkan murid-murid yang mampu bersaing dengan luar
negara, maka apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk membantu serta
membaiki halangan yang dihadapi sekarang? Sila puan berikan sedikit
contoh.
No.4
10. Apakah pandangan puan terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 yang dapat meningkatkan keberhasilan murid?
11. Apakah gaya pembelajaran atau pembelejaran yang sesuai dijalankan oleh
guru untuk meningkatkan keberhasilan murid?
12. Apakah kriteria-kriteria ataupun tanggungjawab perlu ada pada seseorang
guru demi meningkatkan keberhasilan murid.
13. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua
program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Pada pandangan puan,
apakah persediaan yang diperlukan oleh seseorang guru untuk sama-sama
merealisasikan cita-cita yang dirangka oleh KPM. Sila berikan sedikit contoh.
NO. 5
14. Apakah perbezaan antara usaha yang negara kita lakukan untuk
meningkatkan pencapaian murid berbanding dengan usaha yang telah
negara lain lakukan?
15. Bolehkah puan memberi contoh tentang usaha yang telah negara lain
lakukan untuk meningkatkan pencapaian murid.
16. Boleh tak puan membuat bandingbeza antara ciri-ciri utama murid di negara
kita dengan murid-murid di luar negara masa kini.