Anda di halaman 1dari 3

Refleksi 3

KSSR TAHUN SATU ,satu pengalaman



(M20131001414) N.HASLIDA BT N.ALI
1



Setelah lama menanti akhirnya Lembaga Peperiksaan telah menyediakan sistem pentaksiran
untuk KSSR Tahun Satu. Seperti yang diketahui , pelaksanaan KSSR Tahun Satu yang telah
dijalankan pada awal tahun ini memerlukan guru-guru yang mengajar murid tahun satu membuat
pentaksiran pada setiap matapelajaran yang diajar oleh mereka .Masalah yang timbul disini
adalah kebanyakan guru guru yang mengajar KSSR ini masih kabur bagaimana hendak
melaksanakan pentaksiran ketika mengajar .Hal ini terjadi kerana kebanyakkan guru tidak dapat
standard yang ditetapkan untuk mentaksir.Yang ada pada mereka hanya draf pentaksiran yang
mana masih tidak difahami serta tidak mahir untuk dijalankan. Ini menyebabkan banyak
dokumen pentaksiran tidak dapat dibuat serta boleh dipertikai .
Dengan wujudnya sistem ini , kaedah dan cara pelaksanaan pentaksiran untuk KSSR Tahun Satu
bolehlah dikatakan mudah serta senang dikendalikan Cuma peringkat pentadbiran dibawah S/U
peperiksaaan yang agak sukar sedikit untuk mengemaskini data sekolah , guru dan paling penting
murid.Namun bila sahaja sudah wujud data tersebut kerja kerja lain mudah diuruskan serta
pelaksanaan menjadi mudah .
Tetapi adakah sistem ini boleh diakses kesemua sekolah.Secara umumnya ,sistem ini akan
berfungsi jika ada talian internet kerana sistem ini beroperasi secara ONLINE.Jika sekolah
tersebut mempunyai capaian internet ,pelaksanaan sistem ini mungkin dapat berjalan dengan
baik.Seperti di sekolah saya , ada kelengkapan makmal komputer yang lengkap namun begitu
masalah capaian internet yang lembap kadangkala membuatkan kerja memasukkan data
tergendala.Rungutan sering kedengaran dikalangan rakan guru yang lain tentang masalah ini.
Saya turut memperuntukkan masa lapang sebelum kelas untuk menyelesaikan masalah ini namun
kerja saya terbantut oleh kekangan capaian itu yang lemah dan lembap.Masa untuk
diperuntukkan untuk melengkapkan data seorang murid hampir setengah jam.Masa lapang yang
ada terbuang begitu sahaja tanpa dapat menyiapkan data sekurang-kurangnya 3 orang murid.
Masalah ini lebih rumit bagi sekolah yang tiada capaian internet terutamanya di pendalaman.
Bagaimana pihak sekolah hendak mengemaskinikan data pentaksiran yang diperlukan ?Kalau
Refleksi 3
KSSR TAHUN SATU ,satu pengalaman

(M20131001414) N.HASLIDA BT N.ALI
2


ada capaian sangat perlahan dan adakala langsung tidak boleh mengakses internet.Jadi
bagaimana jika data segera diperlukan ?
Ada diantara cadangan yang dikemukakan oleh pihak lembaga peperiksaan semasa bengkel
yang dilakukan di setiap daerah adalah dengan pihak sekolah menggunakan kemudahan yang
ada di PKG atau PPD bagi mengemaskini data .Cadangan yang diberikan ini adalah baik kerana
di PKG atau PPD sendiri mempunyai kemudahan internet dan juga boleh membantu dari segi
teknikal.Tetapi masalah akan timbul jika pengisian itu mengambil masa yang lama , sekolah
akan kekurangan tenaga pengajar serta jarak jarak sekolah ke PKG atau PPD akan mengambil
masa. Jadi berbaloi kah pergi ke PKG dan PPD semata-mata melengkapkan data pentaksiran
dalam sistem ini.
Saya telah diberikan peluang mendengar taklimat ringkas mengenai pelaksanaan KSSR yang
dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011. Pada saya pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum
Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika
merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu
proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada
yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Ini merupakan tahun kedua saya mengajar KSSR untuk Tahun Satu ,saya mengajar Bahasa
Inggeris.Saya akui tahun pertama mengajar dan melaksanakan KSSR .saya hilang arah ,blur dan
juga tidak pasti dengan setiap tindakan yang saya buat.JU yang dilantik juga tidak banyak
membantu.Mereka tidak memberikan jawapan yang menyakinkan setiap kali ada bengkel
bersama JU. JU juga sebenarnya pun tak tahu apa yang perlu mereka beritahu pada guru-guru
sebab mereka pun dapat taklimat yang singkat dan kabur-kabur. Borang/format pentaksiran (jika
tiada) kalau tak silap saya pun guru KSSR kena reka sendiri kot. Saya dan rakan rakan guru
yang lain bertanya lebih lanjut namun jawapan diterima tidak menyakinkan kami untuk
Refleksi 3
KSSR TAHUN SATU ,satu pengalaman

(M20131001414) N.HASLIDA BT N.ALI
3


menyampaikan maklumat itu disekolah masing-masing.Tahun pertama seakan satu bebanan
yang berat untuk digalas dibahu saya apatah lagi saya tiada pengalaman mengajar ditahap satu
sebelum ini.Serasa saya mahu menangis setiap kali masuk ke kelas.Apabila kurang maklumat
dan tidak bersedia ketika menerima tanggungjawab untuk menjadi guru KSSR tahun satu
.saya rasa sangat tertekan dan murung.
Kini setelah setahun saya mengutip pengalaman dan mencabar diri sendiri untuk menjadi guru
yang terbaik buat murid- murid tahun satu KSSR yang saya ajar..alhamdullilah saya telah faham
dan dapat melaksanakan KSSR ini dengan baik melalui bantuan rakan sejawat dan
pentadbir.Pendedahan kursus dan bengkel di sekolah turut memberikan saya sumber inspirasi
serta maklumat terkini mengenai KSSR .Walaupun bidang pelaksanaan KSSR ini masih baharu
,saya tidak lagi terasa ia sebagai bebanan.Malahan saya sudah mendapat rentak dan cuba sedaya
upaya menguasai serta mengaplikasikan ke bilik darjah sebaik mungkin.Sistem ONLine juga
tidak menjadi masalah lagi. Kalau diikutkan sebagai orang yang diamanahkan menjadi seorang
pendidik segala penat perit dan halangan perlulah dihadapi dengan bijaksana oleh guru yang
bertanggungjawab .Jika tidak mahu bertanggungjawab tarhadap apa yang telah diamanahkan
tidak majulah pendidikan negara.
Walaupun sistem ONLINE kini baik ,namun diharap pihak kementerian perlulah memikirkan
bagaimana menyelesaikan masalah talian internet di sekolah-sekolah agar sistem capaian lebih
cepat dan laju kerana semakin hari,dunia pendidikan memerlukan internet bagi melaksanakan
tugas tugas pendidikan tidak kecuali internet juga memainkan peranan memberi info dan berita
terkini berkenaan pendidikan

Anda mungkin juga menyukai