Anda di halaman 1dari 4

Suami Jambatan Ke Syurga

Ayam sudah mula berkokok, mengerakkan hening pagi yang


lama membisu. Si suami bangun lalu mengerakkan isterinya.
Sayang, bangun sayangdah subuh..kita solat sama-sama
jom
Si suami berjalan meninggalkan isterinya yg masih terpingga-
pinga, masih dibuai mimpi nan indah. Berjalan si suami
menuju ke bilik para malaikatnya.
Tombol dipusingkan. Melihat malaikat dan bidadarinya
sedang enak tidur, hatinya berat untuk menganggu tidur
anaknya itu, tapi mengingatkan pada perintah Tuhannya, dia
berjalan pergi pada anak-anaknya. Di usap kepala mereka yg
kecil itu. Lalu hatinya berdesis, nakbesar nanti jadi anak
soleh ya abi dan umi sayang kamu.
Perlahan-lahan tangan yang kasar itu mengerakkan anak-
anak kecil itu. dah subuh nak.bangun nakpergi ambil
wuduk, kita solat sama-sama. abi tunggu kat luar.
Bangun anak-anak yang kecil itu meninggalkan selimut
mereka. Berjalan separuh sedar menuju ke tandas dan
membasuh muka. Mengambil wuduk. persiapkan diri untuk
mengikut perbuatan abinya nanti. solat.
Suara yang garau itu dilaungkan Allahuakhbar.. tangan
diangkat, dibawa keduanya ke atas perutnya. Seperti orang
yang telah mati diletakkan tangannya.
Assalamualaikum wbt.Assalamualaikum wbt. tapak
tangan mengusapi muka hamba yang berdosa.
Anak kecil lantas terus mengikutinya tanpa sebarang soal.
Akalnya masih belum benar mengerti apa yang dilakukan oleh
abinya. Cuma diberitahu kita sedang solat. menyembah
Tuhan kita, Allah taala.
Tangan diangkat dan dirapatkan, anak kecil cuma mengikut
gerakgeri abinya. Si isteri tersenyum manja melihat kedua
anak kecilnya itu.
Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan
untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke
syurgaMu.
Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi
diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan
ayah yang baik pada isteri dan anakku.
Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg
solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan
mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk
terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik
mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia
ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan
rumahtangga bersamaku.
Si isteri merasa sayu..hatinya sayu mendengar luahan doa
dari seorang hamba yang cintakan Tuhannya, yang merintih
kepada-Nya. Hatinya seperti disirami kasturi dari syurga.
Setiap patah yang dilafazkan menusuk ke jiwa sanubarinya.
Air matanya tertahan untuk tidak gugur lagi.
Aku syukur Ya Tuhan, Engkau kurniakan aku seorang isteri
yg solehah buat diriku ini.. Aku syukur Ya Tuhan, Engkau
berikan seorang ibu yang baik buat anak-anakku ini
Aku syukur Ya Tuhan, dialah yang akan bersamaku, susah
dan senang, untuk kami terus berjalan ke syurgaMu.
Kau eratkanlah kasih sayang antara kami, suami dan isteri,
ibubapa dan anak-anak. kurniakanlah kami cinta untuk kami
saling berkasihsayang keranaMu.
Ya Tuhan, suatu hari nanti aku pasti akan pergi. pergi
meninggalkan dunia yang fana ini. meninggalkan isteri dan
anak-anakku. Engkau peliharalah mereka Ya Tuhan! Engkau
lindungilah mereka dari menjadi bahan bakar api nerakaMu.
Sesungguhnya aku takut untuk itu Ya Tuhan Ampunkanlah
kelalaian diriku selama ini.
Air mata dari seorg hamba jatuh berderai membasahi bumi.
Titisan-titisan taubat dan kecintaan mula luruh. Isterinya
sudah tidak tertanggungpipinya sudah disirami dengan air
mata keinsafan. Munajat seorang hamba.
Doa diaminkan
Suami memandang ke belakang. Entah apa yang dicari. Dia
bangun mengorek langkah mendapatkan isterinya, merangkul
anak-anak kecilnya.
Tangan isteri dipgg erat. Sayangbantu abg untuk bawa
keluarga kita ke syurga.
Tiada kata diucapkan lagi dari bibir si isteri. Air matanya
masih belum mahu behenti mengalir. Cuma anggukkan kecil
dibuat. Sambil melihat wajah seorang suami dan ayah pada
anak-anak mereka.
~tamat~
p/s: akan bersambung jika sy rajin mencoretkannya lagi. jika
mood ini datang lagi.

Anda mungkin juga menyukai