Anda di halaman 1dari 13

1

KBP 3043 PENGURUSAN TINGKAHLAKU DALAM


PENDIDIKAN KHAS
TAJUK TUGASAN 2

KUMPULAN
GROUP UPSI 02 (A132PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON


NAMA TUTOR E-LEARNING: EN FAWZI BIN YUSOF

TARIKH SERAH: 10.5.2014



2

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA
SURAT
TINGKAH LAKU BERMASALAH

3
TINGKAH LAKU DISTRUKTIF

8

CARA CARA MENANGANI 10

KESIMPULAN 12

RUJUKAN

13











3


Tingkahlaku Bermasalah
Tingkahlaku yang bermasalah merupakan tingkahlaku yang tidak normal atau terkeluar dari
nilai norma sosial masyarakat termasuk sekolah . Mohd nazar Mohamad (1990 ) menyatakan
bahawa tingkahlaku bermasalah seseorang individu sebagai tingkahlaku yang menganggu
perjalanan kehidupannya. Manakala di dalam konsep pendidikan pula , tingkahlaku
bermasalahmerujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan
ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya di dalam bilik darjah . Mereka
kadangkala akan bertindak di luar kawalan tanpa guru-guru sedari . Mereka akan mencipta
pelbagai masalah kecil sehingga boleh menjadi hal yang serius .
Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat
umum. Gejala tingkah laku bermasalah boleh ini menyebabkan ketidakseimbangan di antara
emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan
yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah
merupakan tapak utama asas pendidikan. Kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk
keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu
bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam
pendidikan.
G. P Driscoll dalam bukunya bertajuk What Control Our Behavior (Nov.1946)
pulamenegaskan bahawa;
Tingkah laku individu adalah ditentukan oleh nilai-nilai yang ada pada seseorang dan dianggap
penting dan kepuasan yang ia dapati dalam kehidupan sehari-hari.Setiap individu inginkan
kefahaman prestij dan peluang untuk berbakti. Yang lebih penting ialah pengekalan
keseimbangan emosi diperlukan supaya hidup setiapindividu menjadi bermakna kepadanya, yang
ia dapati dari peluang untuk mencari pernyataan yang memuaskan hati bagi nilai rohaninya

4

Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang
tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah
diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa
sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama,
berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan
memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri
dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan
kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu
tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.
Selain guru di sekolah yang memainkan peranan utama dalam membentuk sahsiah murid , ibu
bapa dan keadaan sekeliling juga turut mempengaruhi sahsiah diri murid . Jika mereka dididik
menjadi seorang yang mempunyai nilai dan sifat sifat yang positif maka ia akan menjadikan
mereka sebagai seorang anak dan murid yang tidak mempunyai masalah tingkahlaku . Sebagai
seorang yang lebih tua dari mereka , seharusnya kita perlulah menunjukkan sikap dan nilai yang
baik supaya mereka tahu di mana perkara yang tidak seharusnya mereka lakukan.
Di sekolah pula , guru perlulah memberikan perhatian sewaktu mereka di dalam bilik darjah .
Sekiranya ketegasan di perlukan dalam satu masa , maka laksana kan dengan kaedah dan teknik
yang betul agar murid-murid mudah untuk menerima teguran dan arahan yang diberikan .
Mereka tidak suka dipaksa mahupun dimarahi yang lebih akan membuatkan mereka berbuat
sesuatu perkara di luar jangkaan. Arahan dan teguran yang berhemah boleh diberikan dengan
cara menasihati murid tersebut supaya menjauhi perkara yang terlarang seperti bergaduh sesama
sendiri yang membolehkan tindakan disiplin diambil dan seterusnya akan mendatangkan
pelbagai masalah yang lain .





5

Di dalam sesebuah sekolah tidak hanya guru yang memainkan peranan , malahan pentadbir juga
memainkan peranan yang begitu besar dalam mendidik seseorang murid tersebut . Sebagai
contoh yang umu , sesebuah sekolah haruslah mempunyai prinsip-prinsip disiplin yang begitu
kuat untuk memberikan para murid mereka berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu yang
mereka inginkan . Jika mereka melakukan hal yang dilarang , maka tindakan disiplin seperti
memanggil ibu bapa datang ke sekolah akan dilakukan setelah beberapa amaran diberikan
kepada mereka . Antara prinsip asa disiplin yang boleh dilaksanakan di setiap sekolah adalah
seperti :
Keadilan dan layanan yang sama rata.
Murid murid di sekolah dilayan sama rata tidak kira sama ada ia adalah murid normal mahupun
murid yang bekeperluan khas. Mereka seharusnya diberikan perhatian yang sama rata agar tidak
timbulnya perasaan cemburu di mana masing-masing akan menimbulkan sikap memusuhi .
Mereka seharusnya diberikan keadilan yang sama rata agar mereka sedar bahawa jalinan
kerjasama dan kasih sayang antara satu sama lain itu penting di dalam keberkesanan
pembelajaran.
Pertimbangan minat dan keperluan murid.
Minat dan keperluan murid adalah berbeza bagi setiap individu . Mereka tidak mempunya minat
dan keperluan yang sama. Oleh itu , guru haruslah memainkan peranan dengan menggunakan
teknik-teknik yang betul untuk menarik minat mereka dalam menghadiri sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah
Amalan menghormati seseorang individu.
Tanamkan di dalam diri setiap murid bahawa amalan hormat-menghormati di antara satu sama
lain adalah penting untuk mewujudkan keharmonian yang berpanjangan di sekolah . Tidak hanya
hormat kepada guru malahan mereka juga seharusnya menghormati rakan-raka sekelas dan juga
rakan-rakan lain agar keharmonian di sekolah terus berpanjangan .


6

MASALAH TINGKAH LAKU MURID BERKEPERLUAN KHAS (PKBP)

Guru sering menghadapi masalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
pengurusan tingkah laku. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid
masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid
yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri
daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang
lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa
mempunyai perasaan negatif, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi,
perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.
Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang
mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat
duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan
peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan
guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.
Guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid-murid
keperluan khas mahupun bagi pelajar normal ini. Terdapat sesetengah guru menggunakan muzik
latar semasa membuat aktiviti. Hal ini menyebabkan kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif,
mengada-ngada dan sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan suasana tempat belajar iaitu di luar
bilik darjah. Oleh kerana mereka mudah tertarik kepada persekitaran, mereka akan hilang
tumpuan untuk belajar di luar bilik darjah dan mereka lebih banyak bermain.





7

Sudah menjadi lumrah duniawi setiap menusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan
sehingga ke peringkat matang. Perkembangan manusia merujuk perubahan dari aspek jasmani,
kognitif, emosi, sosial dan rohani. Hampir semua perkembangan tersebut berkaitan dengan faktor
baka dan persekitaran.
Tingkah laku bermasalah boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku
bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran
dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat
belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif.
Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi
pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran yang sedang berlaku.
Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan distruktif
iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah
laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang
berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku
merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk,
bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin
melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan
ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku distruktif
sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen.







8

TINGKAH LAKU DISTRUKTIF
Tingkah laku distruktif juga dikenali sebagai tingkah laku yang boleh merosakkan. Kebiasannya
ia berlaku di kalangan murid-murid yang berumur 10 hingga 14 tahun. Tingkah laku ini
merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat. Kanak- kanak
yang sentiasa menunjukkan tingkah laku distruktif akan menunjukkan kelakuan dan perbuatan
seperti permusuhan di mana mereka lebih suka menciptakan pergaduhan yang akan membawa
kepada berlawan , bertumbuk dengan rakan-rakan yang mereka tidak puas hati.
Mereka juga gemar melakukan aktiviti vandalism di mana mereka suka untuk merosakkan harta
benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki,
mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah,
menggores atau menconteng meja. Ini tidah seharusnya berlaku sekiranya murid tidak
mempunyai masalah tingkahlaku yang serius .
Terbabit dengan kumpulan liar seperti kumpulan punk atau kumpulan-kumpulan yang tidak
bermoral adalah salah satu cirri di mana mereka menghadapi masalah distruktif . Mereka akan
berkumpul dan membuat aktiviti yang tidak bermoral . Selain itu mereka juga mempunyai klik si
mana ia bermaksud merekamempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai
perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik yang akan membawa
kepada perangai yang negatif.
Menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh
murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain. Mereka gemar
untuk lebih dikenali sebagai geng nakal di mana mereka kadangkala merasa bangga dengan
perbuatan yang tidak bermoral tersebut .




9

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di
dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini
harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini
jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan
datang. Menurut Duke (1980) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap
perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut
kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang
dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .
Terdapat dua sebab utama yang mempengaruhi tingkah laku distruktif iaitu konsep kendiri dan
kawalan kendiri yang rendah. Pendapat Freud ialah kanak-kanak yang mempunyai sifat agresif
telah mempelajarinya daripada ibu bapa, masyarakat atau televisyen yang banyak menyiarkan
cerita yang boleh menjurus kepada perilaku yang tidak elok. Justeru itu, guru-guru mempunyai
cabaran untuk memahami dan respon kepada keperluan murid-murid sedemikian sementara
memastikan murid lain berada dalam keadaan selamat dan terus proaktif.











10

CARA CARA MENANGANI
Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku distruktif memerlukan satu persekitaran
pembelajaran yang berstruktur. Struktur ini harus termaktub dalam rutin harian murid-murid
yang dimodifikasikan sejajar dengan perubahan dalam tingkah laku bermasalah mereka. Guru-
guru harus menetapkan peraturan-peraturan yang diperlukan sebagai satu bahagian rancangan
yang berstruktur. Ia bagi memastikan bahawa semua peraturan adalah berguna dan mempunyai
matlamat yang spesifik. Semua peraturan ini perlu dilafazkan dan diperkukuhkan.
Faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah distruktif adalah kekurangan konsep kendiri,
pergelutan kuasa dan dendam. Oleh itu, guru perlu menunjukkan persekitaran cinta aktif kerana
ia akan dapat menolong menghapus dan memperbaiki kekurangan yang disebabkan oleh tingkah
laku distruktif. Dalam mengendalikan murid-murid sebegini, aspek-aspek berikut perlu
dititikberatkan oleh seorang guru iaitu seperti:
Guru tidak boleh memarahi seseorang murid tanpa sebab .
Murid-murid adalah anak-anak di mana mereka memerlukan masa untuk mencari apakah potensi
yang terdapat di dalam diri mereka. Seharusnya guru menitikberatkan komunikasi antara guru
dan murid yang boleh membawa kepada nilai yang positif seperti bercerita masalah dan guru
boleh menasihati apa yang terbaik.
Guru perlu membuat aksi daripada menunjukkan reaksi kepada murid
Aksi yang baik akan membawa kepada teladan yang baik . Ini kerana kanak-kanak kebiasaannya
gemar menyaksikan apa yang sedang berlaku di alam realiti dan mereka akan mencontohi apa
yang telah dilakukan di persekitaran mereka . Jika aksi yang tidak baik lebih ditonjolkan maka
mereka akan mengikuti aksi tersebut.
Guru mesti sensitif dalam menstabilkan keadaan dan mendiamkan murid-murid yang
menunjukkan tingkah laku bermasalah;
Guru perlulah menggunakan teknik-teknik yang betul dapat memikat hati murid untuk mengubah
tingkahlaku mereka . Di dalam bilik darjah , guru memaninkan peranan untuk menstabilkan
keadaan jika berlaku pergaduhan . Terapkan nilai-nilai yang baik di dalam diri mereka.
11

Guru perlu menangani tingkah laku bermasalah daripada mengelakkannya.
Strategi yang paling penting ialah bercakap dengan anak murid dengan memfokuskan kepada
tingkah laku positif.
Guru juga mesti dilatih dalam pengurusan stres dan motivasi untuk mengendalikan
kanak-kanak distruktif.
Hal ini kerana , tidak semua guru boleh untuk menerima apa yang berlaku di dalam bilik darjah
itu sendiri . kemungkinan guru juga akan berasa tertekan dan boleh membawa kepada pelbagai
masalah yang lain. Oleh itu , guru digalakkan untuk menghadiri kursus dalam mempersiapkan
diri mereka menghadapi murid-murid yang bertingkahlaku masalah ini.
Guru-guru mesti mengambil iktibar daripada pencapain kecil yang ditunjukkan oleh murid dalam
mengawal atau menghapuskan tingkah laku distruktif. Tujuan disiplin ialah untuk mengarah
murid-murid supaya memupuk semangat berdikari dan menjadi individu yang boleh berfungsi
dalam cara yang boleh diterima dalam masyarakat.











12

KESIMPULAN
Murid-murid adalah diibaratkan seperti kain putih di mana kita seharusnya mencorakkan dia
menjadi seorang yang berguna . pelbagai cara dan teknik yang boleh digunapakai dalam
mengelakkan perilaku bermasalah ini berlaku . Oleh itu , Menjadi tanggungjawab kita sebagai
guru dan ibu bapa dalam mencorakkan mereka menjadi seorang yang berguna. Perhatian yang
khusus semasa perkembangan mereka haruslah diperhatikan agar kita dapat mengenalpasti
semasa peringkat awal dan boleh mengubahnya.. Cara cara untuk mengatasi tingkah laku
bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan masalah yang dihadapi memandangkan setiap
masalah mempunyai lain pendekatan yang boleh digunakan. Apabila tingkah laku positif dapat
dibentuk, maka ini akan meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti
pembelajaran.













13


RUJUKAN
Akhlar Pardi & Shamsina ,Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku (2012) . Freemind
Horizons Sdn Bhd , Kuala Lumpur .

Haliza Hamzah & Joy , Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku (2008) . Oxford Fajar
Sdn Bhd , Shah Alam

Noriati A.Rashid, Sharifah & Wan , SPG Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2012)
Oxford Fajar Sdn Bhd.

Wong , Khairuddin & Maridah , Perkembangan kanak kanak (2013) , Oxford fajar Sdn Bhd

Suppiah , Roslinda & Hazalizah , Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar , Edisi Dua .

Oxfor Fajar Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai