Anda di halaman 1dari 8

SEKAPUR SIREH

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam dipanjatkan kepada Rasulullah, keluarganya dan para sahabatnya yang diredhai Allah kesemuanya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Ibrahim bin Hj. Che’ Noh selaku pensyarah yang mengajar subjek Tarikh Al-Islamiy kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini, Tanpa nasihat dan tunjuk ajar beliau, mungkin tugasan ini tidak akan disiapkan dalam masa yang terdekat. Tidak lupa juga kepada ayah dan bonda yang telah banyak memberi dorongan dan galakan kepada anaknda menyiapkan tugasan ini. Dan akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua orang yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan tugasan ini, dan sebelum saya mengundurkan diri saya, saya ingin memohon kemaafan sekiranya ada sebarang kesilapan selama mana saya menyiapkan tugasan ini, yang baik itu datang dari Allah S.W.T. dan apa yang kurang itu adalah merupakan kelemahan diri saya sendiri.

Wassalam, Terima Kasih.

(AHMAD FAUWAZ BIN MOHAMED)

SY

Tarikh anuari

PRNDAHULUAN

Allah menciptakan manusia di dunia ini mempunyai dua tujuan penting. Pertama untuk beribadat kepadanya dan keduanya untuk menjadi khalifah di bumi. Dua tujuan penting ini diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya menusia tidak mengabaikan tanggungjawabnya. Supaya manusia tidak mengabaikan ibadat sahaja dengan meninggalkan khalifah maka ibadat manusia tidak dapat berjalan teratur dan aman damai, boleh jadi terrancam. Lantaran itu salahlah pandangan sebahagian msyarakat yang beranggapan bahawa agama terasing dari kepimpinan. Dan salah juga pandangan sebahagian masyarakat yang beranggapan pentadbiran itu tidak ada hubungan dengan agama. Oleh itu saya akan membuat kajian tentang pandangan masyarakat mengenai kepimpinan pada masa kini apakah definisi kepimpinan dalam islam.

DEFINISI KEPIMPINAN

Dalam kamus dewan menaytakan perkataan kepimpinan daripada kata akar pimpin. Perkataan pemimpin adalah bererti orang yang memimpin, mebimbing, menuntun, mengepalai dan melatih. Mankala pimpinan ialah perihal pemimpin. Dalam kamus Dwibahasa, perkataan leadership bererti kepimpinan, bombing, sifat-sifat seorang pemimpin dan kepimpinan.

Dalam kamus sinonim, pemimpin juga bermakna jaguh, orang terkemuka, pembesar, pengasuh, wali, pendidik, memimpin ialah mengepalai, mengetuai, mempelopori, mendahulu dan seumpamanya. (Andek masnah andek kelawa 1999:36)

Disini jelaslah pemimpin itu ialah seorang yang dinamakan pemimpin dengan seorang atau beberapa orang yang dinamakan pengikut.

DEFINISI DAKWAH

Perkataan dakwah berasal dari kata nama bahasa arab yang bermaksud seruan, jemputan, ajakan, panggilan. Dipetik dari asal ( ة د د ) Ibn Manzur dalam ulasannya menyatakan dakwah adalah satu seruan. Pengertian ini berdasarkan surat yang dikirim oleh Rasulullah S.A.W. kepada Heraqulius di Rom dan pemimpin-pemimpin non-muslim dengan seruan kepada Islam. ( )

Dalam bahsa Malaysia perkataan dakwah itu boleh diertikan dengan makna ajakan, seruan, panggilan, atau memaut seorang kepada Islam melalui pujukan, nasihat dan perbincangan yang bijaksana.

Menurut Encyclopaedia Of Islam mengenai perkataan dakwah ialah ajakan dan seruan yang diajukan kepada manusia oleh Allah melalui para Rasulnya supaya beriman dan yakin kepada agama Islam.

Menurut Dr.Ahmad Ahmad Ghalwas; “Dakwah kepada Islam ialah percubaan melalui perbuatan ( amali ) atau perkataan bagi memaut manusia kepada Islam. ( Dakwah Islamiah Usuluha Wa Wasailuha, . Kaherah Maktabah al Misr ).

BIODATA RESPONDEN

1. Nama Mohamed bin Abdullah. Tinggal di kampong baung, pendidikan awal di sekolah rendah SKDH (1), bagi peringkat menengah pula di sekolah menegah Pengkalan Chepa, sekarang bekerja Pegawai Bomba di kota bharu Kelantan

2. Nama Napesah Bt HJ Ismail, isteri En. Mohamed, asal di pasir putih, pendidikan awal di sekolah rendah pasir putih,peringkat menengah di sekolah Arab pasir putih, sekarang berkhidmat di kebajikan masyarakat di kota bharu Kelantan.

3. Nama Mohd Asrul Bn Ghzali. Tinggal di tumpat, pendidikan awal di sekolah rendah tumpat, peringkat menengah di sekolah asrama penuh, kemudian menyambung di peringkat tinggi di UiTM perak, sekarang bekerja sebagai akitek.

4. Nama Rosnita Bt Ramli. Isteri En. Asrul, asal kuala kansar perak pendidikan awal di sekolah rendah kuala kansar, menengah di sklah teknik perak, kemudian peringkat tinggi di UiTM perak, same dengan En. Asrul. Sekarang berkhidmat di sebuah syarikat peralatan elektronik di kota bharu, sebagai pembantu penyelarasan.

ULASAN SOALAN KAJI SELIDIK KEPIMPINAN DAN DAKWAH

Apakah ada perbezaan antara pemimpin Agama dan pemimpin Negera? Mengikut kajian yang dibuat diantara, muhamed, napesah, asrul dan rosnita, pendapat mereka kebanyakan ada berbeza dan ada tidak berbeza.muhamad dan napesah mengatakan pemimpin agama dan Negara tidak ada perbezaan langsung, kerana mereka berpandangan ketika Nabi Muhammad masih hidup, Nabi ialah ketua agama dan Nabi juga ketua Negara, diantara asrul dan rosnita pula mengatakan pemimpin agama dan Negara amat berbeza, mereka mengatakan seorang pemimpin agama hanya tertumpu kepada agama sahaja seperti ibadat puasa, haji, zakat,sedekah. Pemimpin negara pula, menumpukan hal-hal Negara, seperti perdagangan, ketenteraan, kesihatan dan lain-lain.

Pernahkah anda mendengar perkataan khalifah?

Kesemua diantara mereka mengatakan pernah mendengar perkataan khalifah, kebanyakan mereka mendengar dalam TV, forom perdana, masjid, radio, samasa belajar tamadun islam semasa sekolah,

Pernahkah anda mendengar atau belajar sejarah Negara Islam?

Keempat-empat mereka mengatakan pernah mendengar dan belajar sejarah islam, muhamad dan napesah mengatakan mereka mendengar dari radio IKIM dan menbaca buku, asrul dan rosnita pula membaca dari buku anak-anak mereka dan risalah-risalah yang di sebarkan.

Pernahkah mendengar atau belajar tentang pembentukan Negara Islam Pertama du Madinah?

Jawapan yang diberikan adalah same iaitu pernah,hanya perbezaan adalah keadaan mempelajari itu sahaja yang berbeza muhamad medengar pembentukan Negara islam pertama di madinah ialah di surau berdekatan rumah ketika usia remaja,napesah pula mempelajari di sekolah menengah Arab, asrul pula mendengar ketika mengikuti seminar dan rosnita pula membaca pamphlet yang di sediakan di pejabat Agama di perak. Pernahkah mendengar atau belajar apakah syarat-syarat kelayakan menjadi khalifah ? Antara syarat :

. Adil sesetengah mereka mengatakan sangat pernah, hanya asrul pernah. . Alim sesetengah mereka mengatakan sangat pernah, hanya asrul pernah. . Sihat aqal Muhamad dan napesah mengatakan sangat pernah dan asrul dan rosnita pernah. . Sihat anggota tubuh badan Muhamad dan napesah mengatakan sangat pernah dan asrul dan rosnita pernah. . Mampu berkhidmat dan berani Asrul dan rosnita mengatakan tidak pernah dan muhamad dan napesah sangat pernah. . Sempurna pancaindera Kesemua di antara mereka mengatakan pernah. . berketurunan baik asrul dan rosnita mengatakan tidak pernah, manakala muhamad dan napesah sangat pernah.

Adakah anda tahu nggungjawab seorang pemimpin islam? Agama.

Melaksanakan undangan-undangan Islam. Melindung hak wanita, dari dan harta. Melaksanakan undang-undang hudud dan menjaga hukum. Melundung hak rakyat dari rosak dan musnah. Menpertahankan Negara dan tanah air dari musuh dan keselamatan nyawa rakyat. Berdakwah dan berjihad dan pertahanan dakwah dari Agama.

Memungutkan zakat, cukai, ghanimah, dan tampa paksaan Menentukan belanjawan Negara, tidak menipu harta Negara dan berhemah. Melantik pegawai yang cekap, berpengalaman dan beramanah. Memantau dan mengawasi jabatan-jabatan kerajaan. Mengikit kajian saya diantara dua pasangan suami isteri ini berbeza pendapat dan pengatahuan mereka, mungkin disebabkan cara didikan mereka berlainan,

KESIMPULAN

Kesimpulan dari kaji selidik yang telah dilakukan jelaslah kepada kita bahawa kepimpinan yang ada pada hari ini adalah tidak menepati kehendak syariat Islam. Walaubagaimanapun masyarakat juga telah menunjukkan satu perubahan yang baik berbanding dahulu, mereka semakin memahami konsep kepimpinan dan dakwah Islamiah yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Insya’ Allah Islam akan kembali bersinar jika seluruh ummat Islam kembali bersatu dan menjadikan Al-Qur’an dan Hadith sebagai sumber panduan di dalam kehidupan seharian.

Kepimpinan Islam merupakan kepimpinan yang mempunyai identity yang tersendiri dan terbukti kepimpinan tersebut telah berjaya memimpin masyarakat ke arah kecemerlangan dalam persoalan bernegara. Ini telah dibuktikan oleh Rasulullah S.A.W. setelah tertegaknya kepimpinan Islam di Madinah. Amat jelas, kepimpinan tersebut berlainan dengan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh Barat seperti sistem demokrasi, autokrasi, komunis dan sebagainya. Ini dapat dilihat, di mana di bawah sistem- sistem pemerintahan tersebut telah menyebabkan rosaknya masyarakat berbanding dengan sistem pemerintahan Islam. Situasi ini terjadi kerana dalam kepimpinan Islam jelas terdapatnya objektif kepimpinan tersebut ditegakkan adalah untuk kemaslahatan manusia samada di dunia mahupun akhirat dan menekankan peri pentingnya pembentukan fizikal dan spiritual masyarakat. Malah di kalangan mereka yang hendak menjawat sebagai ketua negara pula mestilah mempunyai syarat-syarat yang terbaik dan termulia antara manusia kerana tugas mereka adalah untuk memimpin manusia kea rah kebaikan. Inilah puncanya kenapa sistem kepimpinan Islam itu lebih unggul daripada sistem yang lain.