individu & individu individu & masyarakat masyarakat & masyarakat INTERAKSI PENGENALAN Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun. Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun. faktor-faktor interaksi antara tamadun Kepimpinan Peranan golongan Agamanwan Geografi Perkahwinan Perdagangan Misi politik INTERAKSI TAMANDUN INDIA DENGAN TAMADUN CINA Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. Jalan Sutera telah menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi. Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China. Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan. KESAN 1. Penyebaran Agama Buddha - Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi - Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran - Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme - Sami dari China menetap di India & mempelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali) - Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka) Interaksi Tamadun China dengan Tamadun India
Penyebaran ajaran agama buddha dari India ke China 9 2. Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian India berkembang ke China. Ilmu fonetik Cina menggunakan pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme. Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. Alat muzik Cina yg berasal dari India: pipa dan konghou
3. Sains dan Teknologi Pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas telah berkembang dari China ke India. Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India. Dari India berkembang ke China: teknologi di India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina oleh ahli astronomi India yang pernah berkhidmat di China hingga wujudnya sistem kalendar lunar Cina yang baru. Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina.
INTERAKSI TAMADUN MELAYU DENGAN TAMADUN INDIA Bermula seawal abad ke-3 SM Bahan bertulis dari India - ada yg disebut Malayadvipa (Semenanjung Melayu) Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas Suvarnabhumi (tanah emas) gelaran yg diberi kpd Tanah Melayu
KESAN 1. Penyebaran Agama Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. 2. Sistem Pemerintahan Konsep Dewaraja (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja Panca Persada spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha. 3. Struktur Masyarakat - Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. - Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu 4. Adat resam dan Budaya Kedatangan agama Hindu dipengaruhi oleh kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu 5. Bahasa Pengaruh bahasa Sanskit Penemuan: Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) *buktikan pengaruh bahasa Saskrit dalam bahasa Melayu kuno yang digunakan ketika itu Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit PENGARUH DARI BAHASA SANSKRIT (PERBANDINGAN BAHASA MELAYU LAMA DAN BARU)
Bahasa Melayu Lama Bahasa Melayu Baru Bhakti bakti Bhumi bumi Dosa dosa Drohaka derhaka Maharddhika merdeka Prakara perkara Rupa rupa Samicra mesra Tathapi tetapi Vela bila 6.Kesusasteraan Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drpd Epik Ramayana Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos Turut diaplikasikan dlm wayang kulit INTERAKSI ANTARA TAMADUN CINA DENGAN TAMADUN JEPUN PERSPEKTIF SEJARAH China telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Jepun ketika zaman pra-sejarah. Buktinya: perjumpaan barangan yang diperbuat daripada gangsa yang dipercayai mempunyai kesan-kesan pengaruh dari China oleh ahli arkeologi. Interaksi berlaku sejak abad pertama T.M. PROSES INTERAKSI Melalui dua tahap utama iaitu: 1. Tahap pertama Tamadun China berinteraksi dengan Tamadun Jepun melalui Korea. 2. Tahap Kedua Hubungan secara lansung dengan Jepun diwujudkan kerana Jepun ingin mendapatkan lebih banyak maklumat tentang China dan unsur-unsur yang asli dari China. KESAN-KESAN INTERAKSI 1. Bidang pertanian Budaya penanaman padi yang menjadi pekerjaan tradisi masyarakat China dan Jepun. Teknik-teknik dan peralatan baru telah memajukan pertanian kedua-dua tamadun. 2. Barangan Logam Penemuan barangan logam seperti gangsa dan logam wujud sejak zaman pra-sejarah. Logam besi - membuat alatan pertanian seperti pisau, cangkul, tajak . Senjata - pedang ,tombak dan loceng. 3. Budaya makam atau tomb culture Sesuatu kubur itu mempunyai ruang yang sangat besar yang menempatkan pelbagai barangan yang ditanam bersama-sama mayat. Ianya dibuat khusus untuk kelas aristokrat. 4. Agama dan tulisan Agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto) Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)
27 Interaksi antara Tamadun Jepun dengan China Tulisan Jepun yang diambil daripada tulisan Tamadun China
5. Perkembangan intelektual dan kesusasteraan Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman. Struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga. Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. Sistem pemerintahan berpusat Proses interaksi ini berjalan dengan lancar dan aman. Menurut catatan dalam rekod Wei chih ( rekod dinasti Wei), hubungan yang terjalin antara kedua-duanya lebih menjurus kepada landasan politik dan sosial. Pada tahun 1789, telah dijumpai cop mohor rasmi yang diperbuat daripada emas di Utara Kyushu yang tertulis perkataan King of Nu of Wa, Vassal of Han. Beberapa utusan telah dihantar oleh Permaisuri Himiko kepada Dinasti Wei antara tahun 238 hingga 247 T.M. Interaksi ini mencapai tahap yang kemuncak dengan kemasukan agama Buddha pada abad ke-6 yang telah berlanjutan hingga kini dan mempengaruhi aspek kehidupan masyarakat kedua-dua tamadun.
INTERAKSI TAMADUN MELAYU DENGAN TAMADUN CINA Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah menjalin hubungan diplomatik dengan China dan para pedagang Kedah berdagang ke China. Kedah, iaitu pusat perhentian utama bagi sami Buddha dari China yang belayar melalui Selat Melaka untuk ke India sekitar tahun 250 M. Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dengan China penting agar Melaka selamat dari ancaman musuh. Laksamana Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh Maharaja China. Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah.
Kelompok yang berasal daripada keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya atau Peranakan. Pada awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British dan penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sebagai Cina Selat.
KESAN:
1. Penyebaran Agama Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran hubungan perdagangan. Islam yang datang melalui para pedagang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082). 2. Warisan Cina Peranakan Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba banyak mengandungi perkatan Hokkien. Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan. Pakaian kebaya dan kain sarung sebagai pakaian tradisional mereka. 3. Kebudayaan Penukaran barangan sebagai hadiah melalui misi diplomatik diperkenalkan. Pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah. 4. Perubatan dan Teknologi Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menyeimbangkan yin dan yang. Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Teh Cina ataupun green tea. Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan. Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin. INTERAKSI ANTARA TAMANDUN EROPAH DAN TAMANDUN INDIA Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun Eropah bermula dengan Portugal yang merupakan kuasa Eropah pertama yang datang ke India. Pada tahun 1498, Vasco da Gama sampai ke Calicut di Kerala yang menggunakan bahasa Portugis sebagai bahasa perdagangan di situ. Tujuan Eropah ke India adalah untuk memperoleh rempah dan menyebarkan agama Kristian.
1. PENDIDIKAN Pada tahun 1810-1820-an, sekolah-sekolah Inggeris, mubaligh-mubaligh Kristian dan buku- buku Inggeris memonopoli sistem pendidikan di India. Interaksi kedua-dua tamadun ini mempengaruhi sastera di India apabila pada akhir abad ke-19, sastera India telah dipengaruhi oleh pendidikan Inggeris.
Orang India sendiri mula hilang minat kepada sastera mereka sendiri kerana tidak bersesuaian dengan perubahan zaman.
2. SOSIAL DAN BUDAYA
Interaksi Tamadun India dan Tamadun Eropah mempengaruhi hubungan sosial dan budaya di antara bandar dan kampung. Perhubungan di antara penghuni bandar yang kebanyakan berhijrah dari kampung masih erat dengan kaum keluarga mereka yang berada di kampung. Media elektronik seperti panggung wayang, radio dan televisyen mula menggantikan alat komunikasi tradisional seperti wayang kulit dan drama.
Bandar menjadi pusat reformasi dalam aspek agama dan tradisi di kampung. Sekolah-sekolah, buku-buku, kuil-kuil, upacara umum agama dan media massa memperkenalkan tafsiran yang baru dalam masyarakat kampung sehingga berlaku desakan agar pembentukan keseragaman dalam amalan budaya dan agama dilakukan. Bahasa Inggeris turut diakui oleh Perlembagaan India yang digunakan untuk tujuan rasmi selama 15 tahun.
Malah, dua pertiga daripada rakyat India tidak menggunakan bahasa Hindi dalam komunikasi mereka. Namun demikian, terdapat juga negeri di India yang mengenakan syarat supaya menggunakan bahasa Hindi dalam pentadbiran seperti di Rajasthan, Uttar Pradesh, Bihar dan Haryana. Manakala, kawasan seperti Punjab, Kerala, Tamil Nadu, Gujarat dan Bengal Barat menggunakan bahasa Inggeris.
INTERAKSI ANTARA TAMANDUN EROPAH DENGAN TAMANDUN ISLAM Berlakunya semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab yang telah membawa beberapa kesan positf. Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah, hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberikan perlindungan. Hak ini adalah berkaitan dengan kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa gangguan oleh umat Islam yang lain termasuklah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Hal ini terus diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam ketika zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah, Uthamaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Penganut-penganut Kristian dan orang Yahudi turut mendapat kedudukan yang tinggi dalam pentadbiran beberapa buah kerajaan Islam.
Misalnya, ketika zaman pemerintahan Abbasiyah, tokoh- tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Di Andalusia, Sepanyol juga ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.
KESAN NEGATIF INTERAKSI TAMADUN
Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah melancarkan Perang Salib ke atas orang Islam. Ramai orang Islam dan Yahudi yang terkorban akibat perang ini disebabkan oleh faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN EROPAH DENGAN TAMADUNJEPUN Interaksi kedua-dua tamadun in berlaku secara tidak sengaja apabila 3 orang Portugis yang menumpang sebuah kapal Cina dari Melaka hanyut berdekatan Pulau Kyushu pada tahun 1542. Hal ini menyebabkan orang Portugis mula berdagang di Kagoshima apabila mereka bertapak di Macao pada tahun 1557. Mereka turut menyebarkan agama Kristian di Kagoshima. Kemudian, penyebaran ini lebih giat dilakukan ketika Revolusi Pertanian dan Perindustrian di Eropah kerana Jepun menitikberatkan pertanian ketika itu.
Bandar Nagasaki seolah-olah diperintah oleh orang Kristian dan paderi-paderi mempunyai kuasa yang agak besar. Mereka telah mengambil sebahagian daripada keuntungan jualan barang-barang muatan kapal Portugis untuk meluaskan gereja-gereja dan sekolah-sekolah Kristian. Penyebaran ini banyak dipengaruhi oleh kebolehan mereka berbahasa Jepun dan ketinggian peribadi yang menyebabkan mereka mudah diterima oleh golongan bangsawan dan maharaja.
KEBUDAYAAN Tamadun Eropah turut mempengaruhi Tamadun Jepun dari aspek kebudayaan. Daripada memusuhi dunia luar, Jepun menukarnya kepada dasar buka pintu. Orang Jepun mula tertarik dengan kasut-kasut dari Eropah yang menggantikan penggunaan terompah. pemakaian cara Eropah menggantikan kimono. menjadikan daging dan susu sebagai makanan seharian. penggunaan sudu dan garpu menggantikan penyepit. penggunaan lampu elektrik dan jam dari Eropah.
Namun begitu, orang Jepun tetap mengekalkan adat dan sopan dalam kehidupan seharian terutama golongan atasan. Pada masa itu, kelas sosial juga ditamatkan perbezaannya dengan penguatkuasaan undang-undang. Masyarakat Jepun menganggap semua masyarakat sama taraf walaupun pekerjaan mereka berbeza.
EKONOMI
Interekasi antara Jepun dan Eropah menyebabkan sistem bank yang moden ditubuhkan yang berperanan memulihkan nilai mata wang Jepun. Penubuhan bank ini pada tahun 1872 adalah dengan mencontohi bank-bank di Amerika Syarikat. Perdagangan Jepun dengan dunia luar juga membawa banyak keuntungan kerana pengaliran mata wang asing ke Jepun.
Dalam bidang pemilikan tanah, Jepun juga telah mengubah cara pemilikan tanah mereka dan menurut cara Eropah. Dalam sistem tradisi, tanah adalah milik pembesar- pembesar sahaja, tetapi kini hak milik tanah diberikan kepada semua termasuklah golongan petani. Sistem bayaran cukai kepada golongan feudal juga diganti dengan pembayaran cukai tanah kepada kerajaan.