Anda di halaman 1dari 17

1

1.0 PENGENALAN

Zaman remaja merupakan suatu tempoh peralihan yang penuh dengan
perubahan dan cabaran yang ada kalanya menimbulkan pelbagai perasaan
negatif. Ahli psikologi mengatakan bahawa no man is an island yang membawa
maksud remaja sentiasa dikelilingi keluarga dan masyarakat untuk
membimbingnya ke arah hidup yang sejahtera. Namun begitu, pada abad yang
ke-21 ini ketika kanak-kanak dan remaja melalui pengalaman zaman
persekolahan sudah terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh mereka terutama
dari segi kelakuan tingkah laku. Pengaruh-pengaruh negatif yang terkesan dalam
diri kanak-kanak dan remaja ini sebenarnya berpunca daripada pelbagai faktor
pemakanan, persekitaran, keluarga dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan
jelas dan ketara pada institusi kekeluargaan apabila ibu bapa yang bekerja hanya
menumpukan perhatian pada kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak mereka.
Era globalisasi ini menunjukkan institusi keibubapaan dan masyarakat
amnya mengambil sikap sambil lewa dan leka dari menunaikan tanggungjawab
terhadap keluarga sehinggakan ia menjadi salah satu penyebab kepada masalah
hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) bagi kanak-kanak. Kanak-kanak dan
remaja dikelilingi keluarga, guru dan rakan sebaya yang sejak kecil dididik
bermula dari perkembangan mereka melalui cabaran-cabaran dalam kehidupan.
Jika disingkap dengan lebih mendalam, anak-anak yang mengalami masalah
hiperaktif ini tidak dapat memberi tumpuan dan sering terganggu oleh keadaan
persekitaran. Kanak-kanak yang hiperaktif dapat dikenalpasti melalui kegiatan dan
tingkah laku mereka (Scrib, 2010). Terdapat teori dan pendekatan yang sesuai
dalam mengaitkan isu pelajar yang hiperaktif seperti teori kognitif piaget dan
pendekatan konstruktivisme sosial. Faktor pelajar bermasalah hiperaktif dapat
dikenalpasti seperti faktor neurologik, faktor genetik, faktor keluarga dan
sebagainya. Sudah tentu, pelajar ini memberi masalah kepada pelajar-pelajar lain,
guru-guru bahkan dirinya sendiri.


2




2.0 KONSEP DAN DEFINISI HIPERAKTIF

Secara amnya, masalah kanak-kanak yang hiperaktif tidak selalu ditemui di
klinik-klinik seluruh negara termasuklah negara maju seperti Eropah dan Amerika
Syarikat. Walau bagaimanapun, ia dianggap sebagai masalah kesihatan mental
yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, hiperaktif merupakan sifat
kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-
kanak tersebut sukar dikawal. Kanak-kanak mengalami suatu masa
perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan, pergerakan dan
manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak mengekalkan
kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti manakala pergerakan
adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut.
Keseimbangan pula merujuk kepada kemahiran kanak-kanak berhubung dengan
obejk persekiatarannya ( Scrib, 2010 ). Dr Seto Mulyadi memberikan maksud
hiperaktif sebagai suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Mohd
Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam rencananya mengatakan bahawa perilaku ini
ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan
bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif.

Hiperaktif merupakan suatu pola perilaku seseorang yang tidak pernah
berdiam diri, sukar untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan bertindak
mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD ( Attention Deficit
Hyperactive Disorders ). Hiperaktif juga merupakan suatu kepayahan dalam
mengawal diri sendiri supaya tidak melakukan perkara yang diluar kemampuan.
Sebagai contoh, mereka tidak pernah memikirkan sesuatu perkara dari sudut
3

positif dan negatif sebaliknya hanya melakukan sesuatu perkara berdasarkan
kehendak sendiri.




3.0 CIRI-CIRI PELAJAR HIPERAKTIF

Pelajar yang mengalami masalah hiperaktif boleh dikategorikan dalam tiga
aspek. Seorang guru yang mengajar anak muridnya dapat mengenal pasti tentang
masalah yang dihadapi anak muridnya dan masalah hiperaktif seorang murid juga
dapat dikenalpasti melalui tingkah lakunya. Pertama ialah masalah hiperaktif.
Kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif ini tidak akan dapat berduduk
diam. Mereka akan kelihatan gelisah tampak pada tangan dan kaki serta akan
mengeliat dalam tempat duduk. .Kanak-kanak ini tidak akan duduk di kerusi
mereka sewaktu di kelas walaupun mereka sepatutnya duduk di situ dan ada guru
yang sedang mengajar ketika itu.
Selain itu,mereka juga akan berlari-lari dan memanjat-manjat dengan
berlebihan daripada kanak-kanak biasa dan juga banyak bercakap. Malahan
masalah ini menyebabkan kanak-kanak hiperaktif menjadi lebih cergas dalam
bidang sukan dan permainan berbanding murid yang lain. Hal ini adalah kerana,
mereka akan mengalami satu masalah jika hanya duduk belajar secara
diam dalam kelas sebaliknya pelajar yang hiperaktif ini lebih gemar
bergerak cergas seperti aktiviti dalam sukan dan permainan
Aspek kedua dalam masalah hiperaktif ini ialah kanak-kanak yang
mengalami masalah ini akan mempunyai masalah kurang tumpuan. Sewaktu di
dalam kelas mereka tidak akan memberi perhatian kepada orang yang sedang
bercakap dengan mereka walaupun itu merupakan guru mereka. Kanak-kanak ini
akan melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah mereka dan akan
mengalami kesukaran untuk mengatur aktiviti seharian mereka. Tambahan lagi,
4

menurut para penyelidik dan para guru, murid ini mudah hilang perhatian dan
tergolong sebagai pelupa.
Di samping itu, aspek terakhir yang akan dibincangkan ialah aspek
menurut kata hati (Impulsivit). Kanak-kanak ini akan menjawab sebuah soalan itu
dengan spontan sebelum soalan yang diajukan belum habis. Mereka juga akan
tidak sabar menunggu giliran serta sering menggangu rakan lain semasa mereka
bercakap atau bermain. Gejala hiperaktif ini boleh dikesan sebelum kanak-kanak
berumur 7 tahun. Perubahan yang berlaku pada kanak-kanak ini berlaku dari satu
tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah atau tempat awam.
Walaubagaimanapun, perubahan perlakuan ini memberikan masalah kepada
kanak-kanak itu di sekolah dengan rakan-rakan dan kehidupan sehariannya.
4.0 TEORI DAN PENDEKATAN YANG SESUAI

4.1 Pendekatan Konstruktivisme Sosial

Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu
pendekatan yang tertumpu dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan
mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat mewujudkan konteks sosial
dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara para pelajar itu
sendiri. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk membina hubungan
sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu
ilmu dalam bilik darjah. Di samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan
mempunyai peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-
rakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru
sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk
belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang
tumpuan mereka dalam kelas.
Antara pendekatan yang digunakan dalam pendekatan
konstruktivisme ini ialah seperti pembelajaran berkumpulan,
sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yang memberi fokus kepada
tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan memori
5

pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain
itu juga, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui
penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu
memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik
dan pelbagai lagi yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan
dalam kalangan pelajar yang hiperaktif ini.
Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan
minat para pelajar dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme
sosial secara langsung. Oleh
sebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan
pemikiran pelajar secara langsung maka segala pembelajaran akan
berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka untuk belajar. Guru
hanya menjadi pemerhati kepada proses pembelajaran tersebut dan
perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses
pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut.


4 . 2 Teori Kognitif Piaget

Piaget Jean (1869-1980) yang merupakan seorang ahli psikologi
telah berpendapat bahawa pelajar memerlukan masa yang agak panjang
untuk mengenali serta membezakan pelbagai rangsangan. Keadaan
pelajar tidak sama dengan orang dewasa, oleh kerana itu ia tidak mampu
memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak
balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Selain itu, Piaget turut
menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif dan
bermotivasi. Pelajar juga mampu membina pengetahuan daripada
pengalaman mereka dan mereka belajar melalui dua proses yang saling
melengkapi iaitu asimilasi dan akomodasi. Berdasarkan teori Piaget ini
dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif juga mengalami satu
perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar lain.
6

Para pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran
mereka melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Mereka akan terus
menerokai alam sekitar mereka untuk mengetahui apa yang terdapat di situ
dan sesuatu perkara tersebut tanpa memikirkan akibatnya. Menurut Piaget
lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini penting untuk
perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, Piaget menekankan mengenai
pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikal mereka.
Melalui interaksi tersebut mereka dapat menambah kefahaman mereka
mengenai perkaitan sebab dan kesannya.
Piaget telah menjelaskan bahawa pelajar belajar melalui
asimilasi dan akomodasi iaitu proses mengendalikan sesuatu objek dan
peristiwa dengan cara yang selaras dengan skema yang sedia ada
(asimilasi) dan mungkin mengubah suai pengetahuan mereka hasil
peristiwa dan kejadian baru (akomodasi). Oleh sebab itu, pelajar yang
hiperaktif dikatakan mempunyai satu kepuasan dalam penerokaan yang
mereka lakukan. Bukan saja mereka mampu menjana pengalaman dan
mendapat pengetahuan baru tetapi mereka juga akan mengalami satu
perkembangan kognitif yang seimbang dalam kehidupan mereka.













7

5.0 FAKTOR-FAKTOR PELAJAR HIPERAKTIF
Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah
hiperaktif di kalangan pelajar sama ada faktor semula jadi mahupun faktor
sekeliling.
5.1 Faktor Genetik
Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan
peranan yang amat besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif. Jika kita
lihat pada faktor genetik, sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak
dengan ahli keluarga sama ada ibu bapa ataupun saudara mara. Dalam hal ini,
ibubapa atau saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif pada usia
kecilnya besar kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga. Terdapat
sesetengah hiperaktif adalah dipengaruhi oleh faktor genetik. Seseorang bapa
boleh mewariskan sindrom ini kepada anak anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan
ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif
sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid,
2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga besar kemungkinan akan
menghadapi masalah hiperkatif.
5. 2 Faktor Neurologik
Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah
menganggu ibu semasa hamil. Dalam hal ini, ibu hamil yangmengalami pelbagai
masalah seperti gangguan otak akibat sulit saat kelahiran, penyakit berat, cedera
otak dan sebagainya secara tidak langsung turut menganggu perkembangan bayi.
Hal ini seterusnya akan menyebabkan anak yang lahir apabila mencapai satu
tahap umur akan mengalami masalah hiperaktif. Masalah hiperaktif yang tinggi
besar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang lahir dengan masalah-masalah
prenatal seperti lamanya proses persalinan, distress fetal, dan sebagainya
dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan yang normal. Hal ini berlaku
ekoran daripada masalah-masalah seperti berat bayi yang lahir dengan berat
badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan meminum
alkohol yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalami
masalah hiperaktif (Norman Supadma, 2009).
8


Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula, tekanan perasaan yang dialami
oleh ibu semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan
kanak-kanak kepada risiko hiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil berasa
tertkan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, secara
tidak langsung bayi yang dikandung akan terdedah dengan pelbagai risiko negatif.
Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional
sekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hiperaktif.
Dalam konteks ini, faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang
dihadapi oleh ibu semasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut.
5. 3 Faktor Kultural dan Psikologi
Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan di bawah faktor kulturul
dan faktor psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan
orientasi kesenangan.
a) Faktor pemanjaan
Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan
perilaku yang memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan,
membiarkan sahaja dan sebagainya. Menurutnya lagi, anak yang sering diperlaku
manja akan sentiasa ingin memperdayakan orang tua mereka untuk memperoleh
apa yang mereka inginkan. Cara ibu bapa yang salah dalam mendidik anak-anak
dengan terlalu memanjakan mereka telah menjadikan anak-anak sering
melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam konteks ini, anak-anak
yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka selalu ingin
memilih cara sendiri supaya segala yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibu
bapa mereka.
Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang
hiperaktif dengan bertindak diluar batas orang tua. Natijahnya, perilaku kanak-
kanak seperti itu akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah
kalau perilaku seperti itu terbawa-bawa oleh mereka di dalam kelas ataupun
sekolah. Oleh itu, jelaslah disini bahawa faktor pemanjaan merupakan salah satu
faktor yang menjadikan anak hiperaktif di dalam kelas kerana telah terbiasa
9

dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat larangan
oleh ibu bapa.

b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan
Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga antara faktor yang mampu
mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak. Pada hakikatnya, faktor ini pula
merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan
pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan.
Namun begitu, kesan daipada kedua-dua faktor ini telah menyebabkan kanak-
kanak mengalami masalah hiperaktif. Keadaan seperti ini akan menyebabkan
anak-anak melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya
tanpa dijaga dan dibatas perbuatannya. Jika anak-anak diberikan kebebasan yang
tidak terbatas di dalam rumah dengan membuat perkara-perkara mengikut suka
mereka, maka tidak hairanlah jika mereka akan mempraktikkan perbuatan itu di
tempat lain khususnya di dalam sekolah.
Seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak
biasa dengan sikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. Pada hakikatnya,
kanak-kanak yang mempunyai sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal
dan disiplinkan. Namun begitu, sifat ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkah
laku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak yang tidak mendangar
kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah, tidak boleh duduk diam hampir
di semua situasi samada di sekolah,di klinik dan di rumah dan sebagainya serta
tidak boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Hamid BinArshat,
2010).

c) Orientasikan kesenangan
Anak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya
akan memiliki ciri-ciri hiperaktif secara sosio-psikologi dan harus dididik agak
berbeza agar mahu mendengarkan dan menyesuaikan diri (Mohd Faldz Hj
Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanak-kanak ini akan sering menginginkan
kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri. Contohnya, kanak-
10

kanak yang hiperaktif tidak akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka juga
tidak akan mempedulikan akan aturan ataupun hukuman yang akan diterima
sekiranya bersikap diluar kawalan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja yang berada
berdekatan dengan mereka.


5. 4 Pengaruh Sekolah
Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang
mengalami masalah hiperaktif di dalam kelas kadang-kadang adalah disebabkan
oleh masalah persekitaran, masalah pembelajaran, bosan di dalam kelas dan
sebagainya akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara mengikut
kehendak hati mereka. Mereka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti
menganggu rakan belajar, membuat bising, tidak dapat duduk diam dan
sebagainya. Dalam proses pembelajaran di dalam kelas, mereka merasa sulit
untuk duduk dengan diam di kursinya dan memusatkan perhatian itu singkat
sekali, sehingga mereka menjadi nakal dan menganggu teman-temannya di kelas
waktu guru sedang belajar. Kadang kala, mereka sedar untuk harus mematuhi
peraturan di dalam kelas, namun mereka sendiri tidak mampu mengawal diri
sehingga melakukan perkara yang tidak dapat dikawal oleh orang lain (Mohd
Faldz Ibrahim, 2007)

6.0 KESAN PELAJAR YANG MENGALAMI GANGGUAN HIPERAKTIF








11



7.0 PENDEKATAN BAGI MENGATASI MASALAH PELAJAR HIPERAKTIF
Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif memerlukan perhatian yang
lebih dari pihak ibubapa dan guru agar masalah yang dihadapi oleh mereka ini
dapat diatasi dengan sebaikanya. Masalah dalam aktiviti pembelajaran di dalam
kelas iaitu hiperaktif merupakan satu bentuk kelemahan yang perlu ditangani
dengan cara yang terbaik agar pengajaran yang hendak disampaikan oleh para
guru dapat disampai dan diterima oleh semua pelajar lain yang berada di dalam
bilik darjah tersebut.
Pendekatan pertama yang boleh diambil adalah menggunakan pendekatan
yang dipanggil sebagai pendekatan diagnosis. Pendekatan diagnosis memerlukan
seseorang guru itu mengenalpasti corak tingkah laku pelajar dari semasa ke
semasa dengan membuat pemerhatian serta mendapatkan laporan tingkah laku
pelajar sama ada di rumah iaitu melalui pihak ibu bapa dan juga di sekolah iaitu
melalui guru sekolah seperti guru kelas. Dalam membuat diagnosis yang lengkap,
ia memerlukan penilaian daripada seorang pakar kerana terdapat punca lain yang
menyebabkan seseorang pelajar hiperaktif itu mengalami keresahan sehingga
tidak dapat menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Dalam pendekatan diagnosis, terdapat tiga pecahan lain yang boleh
dijalankan oleh guru dalam mengenalpasti tingkah laku pelajar yang mengalami
masalah hiperaktif.
Antaranya adalah guru haruslah memberikan perhatian yang lebih terhadap
pelajar hiperaktif. Pelajar tersebut haruslah sentiasa dalam perhatian guru semasa
di dalam bilik darjah. Caranya adalah dengan meletakkan tempat duduk pelajar ini
berdekatan dengan meja guru iaitu sebaiknya di barisan hadapan kelas serta di
kalangan rakan-rakan lain yang tenang. Kaedah ini membolehkan guru untuk
memerhati dan mengawasi pelajar berkenaan walaupun pada masa yang sama
guru tersebut sedang mengajar pelajar yang lain. Melalui pemerhatian dan
pengawasan ini membolehkan guru tersebut melihat pelajar hiperaktif ini dengan
lebih jelas dan dapat mengurangkan pengawalan yang menyeluruh ke atas pelajar
12

itu dan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar di
dalam bilik darjah.


Selain itu, pendekatan seterusnya masih lagi berkisar tentang kedudukan
pelajar hiperaktif di dalam bilik darjah. Bagi pelajar hiperaktif, guru perlu
mengelakkan dari meletakkan tempat duduk pelajar ini bersebelahan atau
berhampiran dengan tingkap atau pintu dan lukisan yang berwarna. Ini akan
mengundang beberapa akibat iaitu memudahkan pelajar ini menyelinap keluar
tanpa disedari oleh guru, akan menyebabkan diri mereka tercedera jika duduk
berdekatan dengan cermin tingkap serta menganggu aktiviti pembelajaran di
dalam kelas. Ini kerana , sifat semulajadi pelajar hiperaktif ini yang tidak boleh
melihat sesuatu objek kerana sifat ingin mencubanya sangat menebal (Jas Laile
Jaafar, 1996). Keadaan ini akan merangsang pergerakan mereka untuk mendekati
sesuatu yang berada di sekitarnya sekaligus akan menyebabkan pembelajaran
tidak dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Dalam pendekatan diagnosis, terdapat satu lagi kaedah yang boleh
digunakan dalam membantu pelajar hiperaktif. Semasa menjalankan pengajaran
dan pembelajaran, guru haruslah memastikan bahawa hanya peralatan yang
diperlukan sahaja berada di atas meja pelajar terbabit. Peralatan-peralatan lain
yang tidak diperlukan perlu disimpan bagi memastikan objek-objek yang tidak
diperlukan ini akan menganggu pembelajaran mereka. Guru juga digalakkan untuk
memberi pujian terutamanya apabila pelajar ini mampu mengawal diri mereka
menjadi lebih tenang dan tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Pujian yang diberikan guru ini adalah
penting supaya mereka akan mengekalkan sikap yang positif ini sekaligus akan
meningkatkan semangat mereka untuk berubah.
Pendekatan multidisiplin pula memerlukan ibu bapa membawa anal-anak
mereka berjumpa dengan pakar untuk merawat anak-anak mereka dengan
menggunakan cara perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan bagi merangsang
minda mereka dalam bentuk yang normal. Pendekatan ini memerlukan bantuan
13

pakar terutamanya pakar kanak-kanak supaya anak-anak mereka akan mendapat
pendekatan yang terbaik bagi mengurangkan sebarang risiko yang bertambah
buruk. Menurut Jas Laile Jaafar (1996), ibu bapa harus sedar jika mereka
melakukan hukuman yang terlalu berat ia mungkin akan meninggalkan kesan-
kesan hitam dalam hidup anak mereka. Jadi, bagi mengelakkan sesuatu pekara
negatif terjadi akibat kesalahan ibu bapa dalam menghukum, membawa anak
mereka berjumpa pakar adalah jalan terbaik. Ini kerana semasa dalam perhatian
pakar, anak-anak yang bermasalah hiperaktif akan diajar bagaimana untuk
menjalinkan hubungan sosial dengan keluarga, rakan dan masyarakat.
Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah pelajar hiperaktif
adalah ibu bapa perlu menjaga aspek pemakanan mereka untuk kesihatan dan
perkembangan yang optimum. Di masa tumbesaran meningkat, perubahan
fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika keperluan ini
tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara seperti
mengalami tahap konsentrasi yang rendah, hiperaktif dan penyakit (Kementerian
Kesihatan Malaysia, 2008). Bagi mengurangkan tingkah laku hiperaktif ini, ibu
bapa perlu perlu membekalkan segala keperluan pemakanan yang seimbang
dalam hidangan anak-anak mereka. Namun walaupun demikian, vitamin B
membantu membuka tenaga dalam glukos. Kekurangan vitamin B boleh
mengganggu pembelajaran dengan menyebabkan perubahan perwatakan
termasuk bersifat agresif, permusuhan dan kemurungan. Tiada sumber makanan
yang membekalkan kesemua vitamin B perlukan, oleh itu, kepalbagaian adalah
penting (Kementerian Kesihatan Malaysia,2008).
Langkah seterusnya yang boleh diambil adalah melalui rawatan.
Berdasarkan kepada cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,
ubat-ubatan boleh menurunkan kadar hiperaktiviti dan membantu mereka untuk
belajar dengan lebih baik. Ubat untuk mengawal masalah ini digunakan untuk
jangka masa panjang dan selamat untuk digunakan. Ia disarankan untuk kanak-
kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Lazimnya, ubat yang biasa digunakan adalah
jenis Methylphenidate (Ritalin). Namun, ubat ini mempunyai kesan sampingan
yang biasa berlaku iaitu hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan
14

tidur. Sebelum mengambil ubat ini, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor
dan kesan sampingannya perlu sentiasa dipantau.








8.0 KESIMPULAN

Hiperaktif adalah suatu pola perilaku seseorang yang tidak boleh duduk
diam dan memberi perhatian. Guru yang mengajar kanak-kanak harus mempunyai
jiwa yang sabar, tidak mudah mengalah dan sentiasa ceria bersama kanak-kanak
ini. Guru haruslah selalu berinteraksi dengan pelajar ini supaya mereka rasa
dihargai dan disayangi. Pengaruh lingkungan bagi anak hiperaktif ini kurang
disenangi khususnya bagi teman-teman sebayanya apabila kanak-kanak hiperaktif
lebih cenderung menguasai atau menjadi pemimpin di antara teman-teman yang
lain.
Anak hiperaktif dituntut untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan
pergaulan. Perhatian diperlukan daripada ibu bapa dan juga guru-guru untuk
mengatasinya. Dunia kehidupan anak itu penuh dengan kegembiraan dan
sukacita, maka kegiatan bercerita dapat memberi perasaan gembira, lucu dan
mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu guru supaya murid dapat
menyesuaikan diri bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat. Ahli
sosiologi dan psikologi berpendapatbahawa kanak-kanak hiperaktif memerlukan
bimbingan atau sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.



15













9.0 BIBLIOGRAFI

Gangguan hiperaktif dalam kelas (2010). Diperoleh pada November 8,
2011 daripada http://www.scribd.com/doc/39106800/ganguan-hiperaktif-dalam-
kelas
Hamid BinArshat, 2010. Kanak-kanak yang hiperaktif. Diperoleh pada 6
November 2011. (http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-
informasi-166/184-kanak-kanak-yang-hiperaktif.html)
Hiperaktif: Masalah kanak-kanak ADHD dan kepentingan permakanan
(2008). Diperoleh pada November 9, 2011 daripada
http://pkbp.smkintan.edu.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=111
Huffman, Karen (2002). P sychology in Action. USA: John Wiley &
Sons.

Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Kecelaruan gaya pemakanan.
Diperoleh pada November 11, 2011 daripada
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/Kecelaruangayapemakanan.php
16

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Kecelaruan Hiperaktif Kurang
Upaya Tumpuan (ADHD) . Diperoleh pada November 10, 2011 daripada
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanakkanak/KecelaruanHiperaktifkanak_kan
ak.php
Mohd Faldz Ibrahim, 2007. Membimbing anak hiperaktif. Diperoleh pada 4
November 2011. (http://www.scribd.com/doc/21251028/Membimbing- Anak-
Hiperaktif)
Noran Fauziah Yaakub dan Habi bah Elias
(1997). P sikologi P ersonaliti. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.


Norman Supadma, 2009. Hiperaktif P ada Anak. Diperoleh Pada 30
Ogos 2010,
daripada http://bali.forumotion.net/kesehatan-f48/hiperaktif-pada-
anak-t1540.htm

Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2001). P sikologi P endidikan
Untuk P erguruan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd

Raihanah Abdullah, 2004. Anak hiperaktif berkurang apabila Umur
Meningkat. Diperoleh pada 6 November 2011.
(http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=articl
e&sid48
Scrib (2010). Kanak-Kanak & Perm ainan. Diperoleh pada 14 Ogos
2010, daripada http://www.scribd.com/doc/18960073/gangguan-
hiperaktiviti-atau- kurang-tumpuan

Zuhayati yazid, 2009. Menangani Anak-anak hiperaktif. Utusan Malaysia.
Diperoleh pada 4 November 2011.
17

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0924&pub=Utusa
n_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_05.htm

Anda mungkin juga menyukai